KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 4

Posted by: | Posted on: February 10, 2016

Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon dari satu manuskrip kuno dan membuat kajian DNA sekali.

Prof Ralph Olssen

Prof Ralph Olssen

Book of Mormon (yang diriwayatkan Nephi), memperihalkan kisah pelarian, pelayaran dan suka-duka pengembaraan Lehi berserta isterinya, Sariah, yang membawa bersama mereka anggota keluarga dari anak-anak mereka Laman, Lemuel, Sam dan Nephi  (yang masing-masing menikahi wanita puak Bani Ismail) untuk mencari ‘bumi bertuah’ yang dijanjikan (‘Promised Land’) Tuhan.

Book of Mormon

Book of Mormon

Kajian ini dengan membuat pemetaan DNA keseluruhan bangsa-bangsa didunia untuk dimatchkan dengan DNA yahudi dan dengan ini kajian mereka menepati saintifik dan logik akal yang boleh dibuat satu hipotesis baru.

Hasil maklumat kajian pemetaan DNA dalam  Human Genom Project itu, mereka menemui terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (bangsa Patan/Pashtun), sedikit di India, sedikit divMyanmar, sedikit di China, sedikit di Jepun, sedikit di Filipina, sedikit  di Western Samoa, sedikit di Tonga, sedikit di Ecuador , sedikit di Madagascar dan sedikit di Hawaii.

Tetapi maklumat terbesar yang ditemui adalah bangsa Melayu Nusantara memilik 25 % DNA hampir sama dengan DNA Yahudi. Jadi, beliau membuat satu hipotesis kemungkinan bangsa Melayu Nusantara merupakan bangsa Lost Tribe iaitu sebelah keturunan Manasseh, anak Nabi Yusuf a.s.

Sebelum kajian Human Genom Project ini, pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh yang dicari dalam The Lost Tribe, tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. 

DNA

hasil pemetaaan DNA seluruh dunia Genom Projek

Analisis pemetaaan DNA seluruh dunia  dalam Human Genom Project

Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahawa Lost Tribe dari kalangan Manasseh adalah anak Nabi Yusuf a.s.yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia.

Maklumat ini menjadikan Nusantara Melayu menjadi satu subjek baru dalam kajian mereka mengenai satu bangsa di Timur Jauh meliputi Nusantara Melayu yang dikatakan misteri dalam kitab kuno mereka.

Kesimpulan dari kajian ini Melayu bukanlah Yahudi yang sebenar, tetapi dalam darah Melayu terdapat DNA Yahudi. Ini berlaku kerana adanya perkahwinan campur Melayu asal dengan bangsa Yahudi Lost Tribe Manasseh yang dicari itu melalui sejarah yang panjang.

Professor Ralph A. Olsen menulis dalam bukunya bertajuk “The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon 1995,”menyatakan ada keturunan Nabi Ibrahim dengan isteri yang bernama Keturah yang menetap di “The Promising Land at Far East” iatu di Semenanjung Tanah Melayu. Bangsa ini dipanggil “The Lost Tribe Of Israel”.Buku ini terdapat di perpustakaan Utah Universiti, Montana. 


KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 3

Posted by: | Posted on: February 8, 2016

Mengikut daftar bangsa Yahudi yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno,terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu. Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s melahirkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim.

Menasseh adalah salah satu dari “10 Puak Bani Israel yang Hilang” setelah bahagian utara wilayah Kerajaan Israel kuno diserang dan ditawan secara berperingkat-peringkat oleh Empayar Bangsa Assyria antara tahun 740 dan  722 sebelum Masehi yang mengusir 10 puak Bani Israel berikut:

  1. Reuben
  2. Issachar
  3. Zebulun
  4. Dan
  5. Naphtali
  6. Gad
  7. Asher
  8. Simeon
  9. Ephraim
  10. Manasseh

Menurut naskah-naskah Yahudi lama, Menasseh dan Ephraim adalah anak kepada Nabi Yusuf a.s. Manakala Nabi Yusuf (Joseph), selain Bunyamin (Benjamin) adalah anak kepada Nabi Ya’akub (Jacob) dengan isterinya Rahil (Rachel).

Nabi Ya’akob, yang dinamakan Allah, Israel, mempunyai lagi 10 anak lelaki lain dari isteri pertamanya bernama Laiya (Leah), kakak kepada Rahil (Rachel), selain dari dua hamba sahayanya yang bernama Bilhah dan Zilpah. Berikut adalah 12 suku puak Bani Israel mengikut urutan kelahiran:

  1. Reuben (dilahirkan Leah)
  2. Simeon (dilahirkan Leah)
  3. Levi (dilahirkan Leah)
  4. Judah (dilahirkan Leah)
  5. Dan (dilahirkan Bilhah)
  6. Naphtali (dilahirkan Bilhah)
  7. Gad (dilahirkan Zilpah)
  8. Asher (dilahirkan Zilpah)
  9. Issachar (dilahirkan Leah)
  10. Zebulun (dilahirkan Leah)
  11. Joseph (dilahirkan Rachel)
  12. Benjamin (dilahirkan Rachel)

Manakala berikut pula 13 suku puak Bani Israel mengikut hak agihan tanah pusaka:

  1.  Reuben
  2. Judah
  3. Issachar
  4. Zebulun
  5. Dan
  6. Naphtali
  7. Gad
  8. Asher
  9. Benjamin
  10. Ephraim
  11. Manasseh
  12. Simeon
  13. Levi

Menjadi 13 suku puak kesemuanya kerana Israel (Nabi Ya’akob) mengurniakan hak dua bahagian kepada Nabi Yusuf untuk langsung kepada kedua-dua cucunya, Ephraim dan Menasseh, anak kepada Nabi Yusuf.

Berikutan kemangkatan Nabi Sulaiman (King Solomon), Bumi Canaan terbahagi dua wilayah pemerintahan, Kerajaan Israel dan Kerajaan Judah. Puak Judah dan Puak Bunyamin (Benjamin) menduduki dan memerintah wilayah selatan, manakala lain-lain puak menduduki dan memerintah wilayah utara. Manakala puak Levi tidak diberi tanah tetapi penguasaan ke atas kota-kota bumi Canaan kerana peranan mereka dalam hal ehwal keagamaan, termasuk mengetuai upacara keagamaan bagi Bani Israel.

Judah (atau Yahudza) terkenal sebagai bapa kepada bangsa Yahudi, di mana nama bangsa tersebut diambil dari nama Judah, bapa kepada “Children of Judah” atau Bani Yahudza.  Oleh itu keturunan dari Bani Israel (atau “Children of Israel”) yang tidak ada kena mengena dengan keturunan Judah, bukanlah berbangsa Yahudi sebenarnya. Pun begitu, bangsa Yahudi itu tetap dari antara “Children of Israel” (Bani Israel) kerana Judah itu adalah salah seorang anak kepada Israel (Nabi Yaakob). Para Nabi dari bangsa Yahudi (yakni dari keturunan Yahudza) adalah Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahaya dan Nabi Isa.

Satu kajian Bangsa Hilang Lost Tribe ini dijalankan oleh seorang Pprofessor di Amerika bernama Ralph Olssen di Montana State University. Kajian itu diberi nama Human Genom Project pada tahun 1989 iaitu mengkaji bangsa yang dicari Lost Tribe dengan membuat pemetaan DNA di seluruh dunia.


KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 2

Posted by: | Posted on: February 7, 2016

Kemunculan Saudi Arabia sejak penubuhannya pada tahun 1902 merupakan satu episod kelam umat Islam kerana ia secara rasminya menumbangkan kerajaan khalifah yang telah tertegak hampir 1000 tahun lamanya.

Pengasas kerajaan tersebut, Abdul Aziz Ibn Al Saud ( Pengasas Arab Saudi) bersama dengan pemimpin kabilah yang lain, menjadi penguasa baru Jazirah Arab dengan  dengan cara menikam Islam dari belakang. Beliau naik menjadi penguasa Arab dengan cara membuat pengkhianatan terhadap Islam, berkerjasama bersama musuh Islam kerajaan British dan Zionis pada masa itu bagi menumbangkan kerajaan Islam Othmaniyyah di Turki, menghapuskan Islam di sana dengan meletakkan kerajaan sekular Kamal Atartuk.

Sebagai balasannya, British melalui perjanjian Treaty of Friendship pada 1916, telah menobatkan Abdul Aziz Ibn Al Saud sebagai pemimpin dengan penguasaan baru Jazirah Arab dengan tertubuhnya Arab Saudi beribukota di Riyadh.

Bermula detik itu keturunan Ahlul Bait Rasulullah di usir dari Jazirah Arab. Keturunan Rasulullah saw di bunuh dan saki bakinya di hapuskan oleh pengikut Abdul Aziz Ibn Al Saud. Maka larilah Ahlul Bait keturunan Rasulullah saw bertebaran serata dunia menyelamatkan diri.

Sehinggalah  akan tiba masanya dihujung zaman nanti akan bangkit Al Mahdi yang terdiri dari Ahlul Bait yang diusir ini. Al Mahdi akan dibantu oleh Bani Tamim yang akan terbit dari bangsa Lost Tribe ini. Bangsa Lost Tribe ini adalah dari Timur samada di Afghanistan, Pakistan dan Nusantara Melayu. Mereka dari keturunan Bani Hashim yang di usir. Dalam hadis Nabi saw di kaitkan dengan Bani Tamim.

Misi pencarian Yahudi Zionis ini meluputi kedua-dua Al Mahdi dan Bani Tamim untuk di bunuh kerana merekalah penghalang kepada agenda NWO.


KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 1

Posted by: | Posted on: February 6, 2016

Puak ahli Jemaah Dajjal Illuminati mencari-cari ke manakah hilangnya ahli bait (keturunan Rasullullah s.a.w) setelah kejayaan mereka meracun Hassan Al-Askari r.a, keturunan Rasullullah s.a.w yang digelar antara Imam 12 oleh Syiah. Ternyata keturunan Rasullullah s.a.w seolah-olah lenyap tanpa berita. Iblis memberitahu mereka bahawa Al Mahdi adalah dari keturunan Rasullullah s.a.w dan Hasan Al-Askari r.a yang di racun bukanlah Mahdi yang dicari-cari.

Semua ciri-ciri dan  berwatakan Al Mahdi telah dihafal oleh para rahib. Begitu takutnya Dajjal akan orang yang akan membunuh dia kelak. Al Mahdi perlu dihapuskan.

Kesemua keturunan Rasullullah yang berketrampilan dan menjadi pemimpin masyarakat telah meninggal dunia akibat DIBUNUH.  90% dari mereka telah DIRACUN. Ini bukan kebetulan tetapi satu konspirasi terancang.

Tidak terhenti di situ sahaja, Yahudi zionis hari ini mencari-cari satu bangsa Lost Tribe dari keturunan mereka yang hilang.

Kenapa mereka mencari bangsa ini? Ini adalah kerana salah satu bangsa Lost Tribe ini mendapat petunjuk Ilahi dan mereka inilah yang akan bergabung dengan Al Mahdi memerangi Yahudi Zionis di Palestin. Kisah Ini mereka tahu di akhir zaman akan bangkit Al Mahdi dari keturunan Rasulullah bersama bangsa Lost Tribe yang akan menyembelih mereka di Palestin. Sehingga kini mereka tidak  menemui siapa Al Mahdi dan bangsa Lost Tribe hanya disyakki.

Pencarian bangsa LOST TRIBE ini termasuk agenda mereka melalui pertubuhan mereka iaitu Illuminati dan Freemason dengan menjalankan Projek Pemetaan DNA diseluruh dunia melibatkan banyak bangsa. Hasil hipotesis kajian, bangsa Lost Tribe ini disyakki  berada di beberapa tempat antaranya Afghanistan, Pakistan dan Nusantara Melayu hasil dari analisis DNA. Di Afghanistan dan Pakistan Islam telah dihancurkan. Sekarang yang tinggal adalah Nusantara Melayu.

Apakah kepentingan mencari bangsa yang hilang bagi Yahudi? Bagi Yahudi Ortodoks tiada apa kepentingan yang amat perlu pun tetapi bagi Yahudi Zionis atau Yahudi ingkar mereka percaya pada ramalan kitab Kuno Yahudi bahawa mereka akan musnah di tangan oleh bangsa Timur ini yang akan menyembelih mereka di Palestin.

Dalam hasrat mereka menubuhkan Israel Raya dibawah satu agenda besar New World Order (NWO) yang Dajjal Akhbar sebagai Al Maseh yang ditunggu akan menjadi Pemimpin Besar mereka. Dikala itu, bangsa Timur ini akan menjadi tentera kepada Imam Mahdi yang akan menentang Dajjal dan mereka nanti.

Peristiwa akhir zaman ini ada di khabarkan dalam Al Quran dan Hadis Nabi s,a,w dan juga dikhabarkan dalam Kitab Kuno Yahudi.


TALMUD – KITAB YAHUDI ZIONIS

Posted by: | Posted on: February 5, 2016
Talmud merupakan kitab suci kumpulan Zionis-Yahudi di seluruh dunia. Seluruh tindak-tanduk Zionis-Israel merujuk pada ayat-ayat Talmudisme. Bahkan Texe Marrs, penyiasat bebas Amerika yang telah meneroka keturunan Bush selama enam tahun dan membuktikan bahawa keluarga Bush, termasuk Presiden AS George W. Bush, merupakan sebuah keluarga yang sangat rajin mempelajari Talmud.
KITAB TALMUD YAHUDI ZIONIS

KITAB TALMUD YAHUDI ZIONIS

“Legasi Bush adalah Yahudi dan mereka menjadikan Talmud sebagai kitab sucinya. Adalah satu kesalahan yang besar jika ada yang menyangka mereka merupakan keluarga Kristiani. Mereka memperkudakan kekristianan untuk menipu warga Kristian dunia. Padahal, mereka merupakan keluarga Talmudis yang taat, “demikian Texe Marrs.

Kita tentu sudah banyak mendengar tentang Talmud. Namun belum banyak yang mengetahui kandungan ayat-ayatnya. Berikut dipaparkan sejumlah ayat-ayat Talmud yang menjadi dasar segala tindak-tanduk kaum Zionis terhadap orang-orang bukan Yahudi (Ghoyim atau Gentilles), dan darinya anda akan “memahami” mengapa kaum Zionis selalu mahu menang, selalu mengkhianati perjanjian, dan sebagainya. Inilah ayat-ayat suci mereka:

“Hanya orang-orang Yahudi yang manusia, sedangkan orang-orang bukan Yahudi bukanlah manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

“Orang-orang bukan Yahudi diciptakan sebagai budak untuk melayani orang-orang Yahudi.” (Midrasch Talpioth 225)

“Angka kelahiran orang-orang bukan Yahudi harus ditekan sekecil mungkin.” (Zohar II, 4b)

“Orang-orang bukan Yahudi harus dijauhi, bahkan lebih daripada babi yang sakit.” (Orach Chaiim 57, 6a)

“Tuhan (Yahweh) tidak pernah marah kepada orang-orang Yahudi, melainkan hanya (marah) kepada orang-orang bukan Yahudi.” (Talmud IV / 8 / 4a)

“Di mana saja mereka (orang-orang Yahudi) berkumpul, mereka akan menjadi pangeran raja-raja.” (Sanhedrin 104a)

“Terhadap seorang bukan Yahudi tidak menjadikan orang Yahudi berzina. Boleh dijatuhkan hukuman bagi orang Yahudi hanya bila berzina dengan Yahudi lain iaitu isteri seorang Yahudi. Isteri bukan Yahudi tidak termasuk. “(Talmud IV / 4 / 52b)

“Tidak ada isteri bagi bukan Yahudi, mereka sesungguhnya bukan isterinya.” (Talmud IV / 4/81 dan 82ab)

“Orang-orang Yahudi harus selalu berusaha untuk menipu daya orang-orang bukan Yahudi.” (Zohar I, 168a)

“Jika dua orang Yahudi menipu orang bukan Yahudi, mereka harus membahagikan keuntungannya.” (Choschen Ham 183, 7)

“Tetaplah terus berjual beli dengan orang-orang bukan Yahudi, jika mereka perlu membayar wang untuk itu.” (Abhodah Zarah 2a T)

“Tanah orang bukan Yahudi, kepunyaan orang Yahudi yang pertama kali menggunakannya.” (Babba Bathra 54b)

“Setiap orang Yahudi boleh menggunakan kebohongan dan sumpah palsu untuk membawa seorang bukan Yahudi kepada kejatuhan.” (Babha Kama 113a)

“Pemilikan orang bukan Yahudi seperti padang pasir yang tidak dimiliki; dan semua orang (setiap Yahudi) yang merampasnya, bererti telah memilikinya. “(Talmud IV / 3 / 54b)

“Orang Yahudi boleh mengeksploitasi kesalahan orang bukan Yahudi dan menipunya.” (Talmud IV / 1 / 113b)

“Orang Yahudi boleh mempraktikkan riba terhadap orang bukan Yahudi.” (Talmud IV / 2 / 70b)

“Ketika Messiah (Raja Yahudi Terakhir atau Ratu Adil) muncul, semuanya akan menjadi orang suruhan Yahudi.” (Erubin 43b)

Inilah sebahagian kecil dari ayat-ayat hitam Talmud. Inilah landasan ideologi kaum Zionis dalam hidupnya. Setiap hari Sabtu yang dianggap suci (Shabbath), mereka Talmud sepanjang hari dan mengkaji ayat-ayat di atas. Mereka menganggap Yahudi sebagai bangsa yang satu-satunya berhak disebut manusia. Sedangkan bangsa di luar Yahudi mereka anggap sebagai binatang, termasuk orang-orang liberalis yang malah melayani kepentingan kaum Zionis.

SUMBER : eramuslim.com


SERANGAN PENYAKIT AKIBAT RADIASI GELOMBANG NEGATIF

Posted by: | Posted on: February 3, 2016

Ayat Al Quran surah An-Nahl Ayat 16:81 ini menjelaskan kepentingan dan kehebatan bahan-bahan dari bukit-bukau seperti tanah-liat, granit, garam bukit, batu-batu permata. Saintis telah membuat kajian dan memang terbukti bahan-bahan seperti tanah-liat ( bentonite clay) dapat menyahkan getaran dan radiasi dan sebagainya.

Saintis telah mengkaji (pada beberapa siri yang lepas) akan kehebatan mikro-kristal yang bersifat piezoelektrik dan pyroelektrik. Dan sekarang Al-Quran mengulangi lagi penerangan dan kelebihan bahan-bahan dari tanah dan bukit-bukau.

“Yutimmu Ni’matahu” (Allah telah melengkapkan nikmatNya) merujuk kepada ilmu pertahanan badan dan minda, iaitu ilmu nanoteknologi, untuk menyelamatkan manusia dari serangan getaran string gelombang dan pancaran radiasi.

Pada hari ini memang terbukti manusia terdedah kepada pelbagai pancaran dan sinaran yang merbahaya kepada kesihatan dan minda mereka. Statistik menunjukkan penyakit mental (dan pelbagai penyakit ganjil) meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir ini dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit mental akan menjadi musuh utama manusia mengatasi penyakit jantung.

Nabi Saw sendiri mengajar umatnya tentang kelebihan garam bukit dan memakai cincin permata bagi mengmbangi kesan getaran gelombang negative yang boleh membawa penyakit iaitu kerosakan sel manusia.


AMARAN BAGI IBU YANG MENGANDUNG – AGENDA BARU ILLUMINATI

Posted by: | Posted on: February 2, 2016

Di Brazil, telah berlaku satu fenomena yang menggemparkan seluruh dunia iaitu apabila 2400 bayi dilahirkan dalam keadaan kepala dan otaknya sungguh kecil dan penyakit ini digelar “microcephaly”. Ini hanya berlaku sejak tahun 2015 dan sebelum ini tidak pernah berlaku dalam sejarah.

2400 anak-anak dilahirkan di Brazil disangsikan otak kecil adakah disebabkan oleh nyamuk ZIKA atau diracun oleh Vaksin Tdap??

2400 anak-anak dilahirkan di Brazil berotak kecil disangsikan. Adakah disebabkan oleh nyamuk ZIKA atau diracun oleh Vaksin Tdap??

 

Kenapakah berlakunya kelahiran bayi berotak kecil? Doktor di Brazil menyalahkan nyamuk yang dikenali sebagai ZIKA. Mustahil Allah menzalimi manusia dengan seekor nyamuk kemudian menimpakan azab kepada anak-anak yang tidak berdosa dengan jumlah yang sangat banyak sekali?? Allah MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG.  Amat tidak masuk akal sama sekali dunia hari ini.

2

Para doktor di Brazil telah mengaitkan dengan sejenis nyamuk yang digelar ZIKA kononnya punca sebenar berlakunya kejadian bayi lahir dengan otak kecil. Apakah bukti saintifik yang boleh disahkan dengan dakwaan tersebut?? Semua itu tidak dapat dibuktikan terlebih dahulu. Yang pastinya Vaksin Tdap telah dijual di seluruh dunia. Apa agenda ini??

vaksin Tdap sudah ada dipasaran. Nyamuk ZIKA disalahkan??

vaksin Tdap sudah ada dipasaran. Nyamuk ZIKA disalahkan??

Selepas diperkenalkan vaksin baru yang beri nama ‘Tdap’ baru timbul gejala baru iaitu terdapat beribu kanak-kanak terencat akal dan otak menjadi kecil.

Vaksin Tdap disuntik kepada setiap ibu yang sedang mengandung di Brazil dan akibatnya ialah bayi yang dilahirkan menjadi cacat dengan kepala dan otak yang sungguh kecil. Tidak semua menerima kesan otak bayi menjadi kecil tetapi bagi ibu yang mempunyai imunisasi lemah ia sangat terdedah kepada melahirkan bayi yang terencat dan berotak kecil.

Persoalannya kenapakah doktor menyuntik vaksin Tdap kepada ibu yang sedang mengandung? Mereka tidak boleh berbuat apa kerana mereka mendapat arahan dari orang “atas” yang lebih berkuasa dengan membuat undang-undang yang menguntungkan bisnes mereka.

Siapakah “orang atas” tersebut?  Mereka adalah “yahudi Illuminati” yang sedang menguasai dunia kini atas nama WHO dan mereka mempunyai agenda yang tersembunyi samada atas industri ubat Illuminati atau memadam atau melemahkan Al Mahdi . Tidak ada bezanya cerita Firaun zaman dahulu yang membunuh bayi baru lahir kerana diberitakn oleh ahli nujum bahawa akan lahir manusia (Musa a.s) yang mengamcam kedudukan Firaun.

Begitu juga dengan Yahudi Zionis hari ini telah diberitahu bahawa mereka akan dibunuh oleh orang Islam akhir zaman. Cuma cara menyekat orang Islam hari ini tidak dibuat secara terang-terang tetapi kaedahnya sama iaitu meracun bayi yang akan lahir diracun secara tidak sedar.

Pada masa sekarang WHO memalukan gendang darurat akibat ZIKA. Tak lama lagi semua ibu-ibu yang mengandung diwajibkan mengambil vaksin Tdap. Maka seluruh dunia akan melahirkan anak yang cacat akal berkepala kecil.

Tahukah anda bahawa Virus ZIKA adalah buatan manusia? Virus ZIKA dibuat oleh ROCKEFELLER FOUNDATION dan kini sedang dijual oleh mereka akan diedar diseluruh dunia. WHO baru saja mengistihar darurat akibat virus ZIKA . Ini bermakna seluruh dunia akan mengguna pakai vaksin Tdap ini. WHO adalah pertubuhan dibawah kawalan ahli Jemaah Dajjal Rothschild Rockerfeller . Dibuktikan melalui link  dibawah.

http://www.atcc.org/Products/All/VR-84.aspx?slp=1&geo_country=my#history

Mahukah anda melahirkan anak yang terencat akal berotak yang kecil???  Sangat takut dunia hari ini, penuh dengan fitnah dan kerosakan. Inilah yang di ingatkan oleh Rasulullah saw tentang Dajjal. Fitnahnya sukar dibezakan dan tiada tempat yang tidak dimasuki oleh Dajjal di muka bumi ini.


KUASA TINDAKAN LEBIH UTAMA DALAM BISNES

Posted by: | Posted on: January 30, 2016

Jika anda mengkaji kisah para usahawan yang berjaya, majoriti daripada mereka terdiri daripada mereka yang suka bertindak.

Mereka pergi berseminar mempelajari sesuatu ilmu baru, balik saja mereka terus mempraktikkan ilmu tersebut. Apabila mereka bertindak maka saat itulah mereka telah membuka langkah pertama untuk terjun dalam arena bisnes.

Selepas wujudnya bisnes mereka ia tidak terus berjaya, banyak masalah dan cacat cela yang timbul masa mewujudkan bisnes. Mereka tidak putus asa. Masalah dan halangan yang timbul di kenal pasti dan selepas itu mereka menyelsaikan satu persatu.

Apabila masalah dapat diselesaikan pada masa itu kejayaan digarap. Jika tidak berupaya dan putus asa dengan masalah jangan berimpi untuk menjadi usahawan dan jutawan. Inilah yang membezakan di antara usahawan berjaya dengan usahawan yang masih lagi masih lagi ditakuk lama.

Berapa banyak dalam masyarakat kita hari ini mempunyai kesedaran untuk memulakan perniagaan sendiri. Telah hadir pelbagai jenis seminar perniagaan, telah membaca pelbagai jenis buku berkaitan dunia bisnes, telah menonton pelbagai rancangan bisnes tetapi masih tidak mengambil sebarang tindakan. Selagi tiada membuat tindakan selagi itulah kita menjadi angan-angan Mat Jenin.


MOTIF PENGHARAMAN POKOK MARIJUANA (GANJA)

Posted by: | Posted on: January 28, 2016
Daun Marijuana

Daun Marijuana

Sejak kita masih kecil, Kita sering ditakut-takutkan  bahawa Marijuana (ganja) merupakan suatu dadah yang amat merbahaya dan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati sekiranya kita didapati memilikinya. Apakah motif sebenar disebalik undang-undang yang mengharamkam Marijuana?

Hakikatnya terdapat perbezaan anatara daun pokok Marijuana dan serbuk ganja. Daun Marijuana merupakan suatu tumbuhan semulajadi yang diciptakan oleh Allah S.W.T. dan mempunyai khasiat kesihatan yang banyak. Manakala serbuk ganja pula merupakan dadah yang telah diproses dengan bahan kimia yang merbahaya maka sudah tentulah orang yang memakannya akan menghadapi masaalah kesihatan yang teruk.

Sepatutnya hanya serbuk ganja yang telah diproses sahaja yang perlu diharamkam kerana memang betul serbuk tersebut amat merbahaya.Tetapi kenapakah pula pohon Marijuana yang banyak khasiatnya turut diharam? Tidakkah Allah memberitahu manusia bahawa setiap ciptaannya itu tidak sia-sia melainkan ia untuk memberi manfaat manusia. Sebenarnya ada tujuan tersirat disebalik pengharaman pokok Marijuana.

TUJUAN TERSIRAT DISEBALIK PENGHARAMAN POKOK MARIJUANA

Pada tahun 1974, Para penyelidik perubatan di Medical College Of Virginia di Amerika telah membuat kajian mengenai bahaya Marijuana. Tetapi mereka telah menemui bukti bahawa Marijuana mengandungi THC yang mampu menyembuhkan kanser kepada seekor tikus.

Medical College Of Virginia

Medical College Of Virginia

Selepas kajian itu, pihak DEA (Drug Enforcement Administration) dengan serta-merta telah menutup kajian yang dibuat oleh Medical College Of Virginia.

Pada tahun 1976, President Amerika iaitu Gerald Ford telah tidak lagi membenarkan sebarang kajian dibuat mengenai Marijuana. Dia hanya memberikan hak utama kepada syarikat-syarikat perubatan moden di Amerika untuk membuat sebarang kajian tetapi syarikat perubatan tersebut tidak mahu meneruskan kajian tersebut.

Pada tahun 1983, President Ronald Reagan telah menyuruh pihak Universiti untuk memusnahkan segala kajian yang pernah dibuat pada tahun 1974 mengenai Marijuana.

Kos untuk berubat dengan menggunakan daun Marijuana adalah sungguh murah berbanding dengan ubat-ubatan moden yang dijual di pasaran. Malah rawatan Chemotheraphy untuk penyakit kanser juga hanya sia-sia.

Tahukah anda bahawa daun Marijuana merupakan ubat semulajadi yang mampu untuk menyembuhkan banyak penyakit-penyakit merbahaya seperti Kanser otak, Kanser kulit, Kanser buah dada, Diabetes (kencing manis), Sawan, Asthma, Leukemia, Alzheimer (hilang ingatan) dan Parkinson (tidak mampu mengurus diri sendiri) dan banyak lagi

Seorang lelaki berumur 63 tahun yang bernama Mike Cutler telah disahkan menghidap penyakit kanser. Beliau telah berjaya sembuh dari penyakitnya setelah berubat dengan menggunakan Marijuana.

Untitledarticle-2699875-1FD6C51600000578-319_634x693

Gambar dibawah menunjukkan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang bernama Landon Riddle telah menghidap penyakit Leukemia. Doktor telah memberikan Chemotheraphy tetapi itu hanya menambahkan penyakitnya.

cannabis-cure-2

Akhirnya ibunya telah mencuba untuk berubat anaknya dengan Marijuana. Selepas dua bulan berubat dengan Marijuana, akhirnya Landon Riddle telah sembuh dan telah memulakan penghidupan yang normal.

Pada September 18, 2014, Seorang doktor di Amerika yang bernama Stephen Bloomer telah dihukum penjara selama 5 tahun hanya kerana mengubati seorang pesakitnya dengan menggunakan daun Marijuana sedangkan pesakitnya yang menghidapi kanser itu telahpun sembuh selepas itu.

2saUntitled

Tahukah anda bahawa Industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar didunia selepas industri minyak? Jika Marijuana tidak diharamkam maka ubatan ciptaan puak Illuminati akan lumpuh dan rantaian bisnes ubatan juga turut lumpuh seperti insuran, hospital swasta, peralatan rawatan kanser yang bernilai jutaan ringgit tidak dapat dipasarkan.

Sekarang tahukah anda mengapa President Amerika dan juga DEA (Drug Enforcement Administration) tidak membenarkan daun Marijuana dijadikan kajian? Ini kerana presiden Amerika sendiri adalah terdiri dari committee Illuminati. Dengan kuasa yang ada pada mereka digunakan untuk menjaga kepentingan ubat-ubatan ciptaaan Illuminati.

Sayangnya kita hidup dizaman yang penuh dengan fitnah dan kerosakkan. Sekiranya daun Marijuana (ganja) dijumpai oleh manusia di khalifah beriman , sudah tentu ramai manusia yang akan berlumba-lumba untuk menanam pohon Marijuana.

Tetapi sungguh sedih, kerana pohon Marijuana ditakdirkan berada dizaman kefasadan Yahudi zionis  mengakibatkan pohon Marijuana telah menjadi mangsa ketidakadilan manusia yang rosak.

Sebenarnya orang terkena kanser tahap 4 bukan hanya menunggu untuk mati tetapi mereka boleh sembuh dengan cecair extract daun Marijuana. Mereka sepatutnya berusaha keluar dari negara yang mengharamkan Marijuana pergi ke negara yang membenarkan penggunaan Marijuana untuk rawatan kanser tahap 4. Kos rawatan kanser dengan daun Marijuana amat rendah berbanding dengan kos rawatan moden yang taja oleh puak Illuminati ini.

 Akhirnya pohon Marijuana telah didapati “bersalah” dan telah dijatuhkan hukaman “gantung sampai mati” oleh puak yang berkepentingan iaitu Illuminati dan Freemason.


LAW ATRACTION 5 – ELEMEN YANG MENGUATKAN KUASA TARIKAN MINDA

Posted by: | Posted on: January 23, 2016

1. MATLAMAT YANG DITULIS DENGAN JELAS DAN TIDAK BERUBAH-UBAH

Tulisan adalah hasilan dari dalam minda. Minda adalah sub concius atau minda separa sedari. Sebenarnya apa yang kita tulis berkenaan sesuatu matlamat yang hendak kita capai, akan terpahat dengan sendirinya dalam minda separa sedar.  Minda akan memprogram apa yang kita tulis itu sebagai sesuatu yang kita mahukan dan minda akan melaksanakan tugasnya untuk mencapai matlamat itu.

Dalam erti kata yang lain, minda akan menjana lebih banyak idea dan rangsangan bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut.  Mungkin sebelum ini kita tidak pernah terlintas untuk melakukan sesuatu idea itu, namun kini kerana program yang dimasukkan melalui tulisan itu menyebabkan minda terangsang dan mula bertindak. 

Namun begitu, matlamat yang ditulis itu haruslah jelas dan realistic atau logik.  Biar kita lakukan dalam konteks kehidupan kita dahulu.  Bila dah berjaya dan nampak bekerhasilannya, barulah kita kembangkan dengan lebih jelas lagi.

2.GAMBARAN MENTAL YANG BERULANG

Kita juga harus sentiasa menggambarkan apa yang kita impikan itu dalam minda.  Sentiasa visualisasikan impian itu.  Dalam kata mudah, angankan seolah-olah ianya telah benar-benar terjadi.

Visualisasi atau hayalan memang sangat hebat.  Manusia dikurniakan dengan keistimewaan untuk  membuat gambaran dalam minda.  Kita boleh menggambarkan apa sahaja yang kita mahukan dalam minda kita.  Jika kita tidak berkereta, kita boleh bayangkan bagaimana kita berkereta, lama kita akan berkereta juga kerana minda separa sedar telah diprogramkan. Mumungkin atas program itu kemahuan kita menjadi tinggi mendorong kita menjadi ahli bisnes yang akhirnya kita banyak duit dan boleh membeli kereta yang diimpikan itu. Namun, jangan terawang sampai melekakan.  Gambarkan dalam minda tentang positif tentang matlamat yang kita mahukan sahaja.  Paling penting, gambarkan apa yang kita tulis tadi.

Gambaran mental atau visualisasi haruslah berulang.  Jangan buat sekali sahaja dan terus berharap ia akan jadi dengan sendiri.  Sebaliknya, cuba gambarkan sentiasa.  Lebih bagus jika kita dapat buat visualisasi ini pada masa yang tetap setiap hari.  Contohnya lakukan visualisasi setiap hari sebelum tidur.  Lakukan tidur yang rutin setiap malam pada masa yang sama hampir setiap malam.  Jadi ini bermakna bervisualisasilah akan dilakukan pada masa yang hampir sama pada setiap hari.

Emosi positif yang dimasukkan ke dalam gambaran mental. Semasa kita bervisualisasi atau melakukan gambaran mental, ciptakan rasa keseronokan dan keterujaan kerana berhasilnya impian kita itu.

Contohnya, jika kita menggambarkan kereta baru, ciptakan rasa betapa seronoknya dapat berkereta baru itu.  Rasakan dengan sebenar-benarnya rasa seronok itu seolah-olah memang impian itu telah tercapai.

Mungkin pada awalnya kita akan merasa ragu-ragu.  Keadaan ini dinamakan sekatan minda.  Semasa kita bayangkan kereta baru, pasti ada sedikit rasa seolah-olah kita tidak mampu untuk memilikinya.  Awas, jangan biarkan ia berterusan kerana ketika minda negative sudah memasukinya dan akan membunuh impian kita.  Hentikan segera perasaan itu sebaliknya terus cipta rasa seronok berkereta baru itu.

3. KEMAHUAN MEMBARA YANG AMAT KUAT

Bila kita dapat lakukan semua ini, pasti kita akan rasa kemahuan kita terhadap matlamat itu sangat menjadi-jadi.  Teruskan rasa kemahuan yang membara itu kerana ia sangat baik untuk mengaktifkan kuasa tarikan dalam minda kita.

Ketepikan segala rasa ragu-ragu, bakul sampahkan segala kata-kata sinis orang yang berada di sekeliling kita, hilangkan rasa negatif, lepaskan ikatan yang membelenggu kita akhirnya membuat rempuhan ( break through ) supaya tembok halangan dapat dipecahkan. Kuatkan rasa keyakinan bahawa itulah yang kita mahukan.