AURA 8 – JENIS-JENIS GELOMBANG OTAK

Posted by: | Posted on: March 28, 2014

Salam penuh gelombang dari ZAI Permai

Memahami gelombang bererti kita faham molekul atom. Gelombang adalah getaran dari molekul atom. Getaran atom menghasilkan arus elektrik. Arus elektrik mengalir akan menghasilkan tenaga.  Hukum gelombang adalah akan menarik untuk berhubung dalam sifatnya berfrekuansi yang sama. Yang baik cari baik. Yang jahat cari jahat. Lumrah hukum Allah tetapkan supaya adil, orang baik dapat pasangan baik. Orang jahat dapat pasangan jahat. Jika orang baik dapat pasangan jahat tanda Allah sayang kerana nak bagi pahala sabar. Allah pilih untuk menguji. Jika tidak bersyukur dengan ujian  sampai jadi kufur, sendiri pilih untuk masuk neraka.

Contoh gelombang yang paling jelas nak faham gelombang otak, lihat gelombang radio.  Ia tidak nampak, tapi kita tahu ia ada.  Gelombang radio itu akan berada di alam semesta dan terus bergetar.  Apabila kita menggunakan frekuansi yang sama dengannya, maka ia tertarik dan saling menarik antara satu sama lain. Lumrah sama sifatnya seperti manusia. Manusia akan berkawan dengan yang mempunyai karakter yang sama dengannya. Begitu juga gelombang akan cari kawan yang sama karakter dengannya iaitu berfrekuansi sama. Contohnya, gelombang frekuansi 91.5 FM akan cari kawan gelombang yang berfrekuansi 91.5 FM juga. Itulah hebatnya ciptaan Allah hidup mesti berpasangan. Selagi tak ada pasangan rasa tak lengkap hidup. Sampai Nabi pun bersabda orang yang tak kahwin setelah mampu bukan dari umatku. Gelombang yang tak ada nafsu pun cari pasangan, apatah lagi manusia yang bernafsu.

Orang telah mengkaji makhluk Allah yang bernama gelombang ini, mereka dapati ada empat jenis  gelombang otak yang berperanan semasa manusia berfikir iaitu;

1.  Beta – Gelombang ini dihasilkan oleh otak dalam keadaan kita sedar dan berada dalam keadaan yang sangat aktif.  Frekuansi gelombang ini berukuran 13 – 30 Hz.  Keadaan minda kita pada ketika itu adalah minda sedar.  Ini adalah kerana minda berada dalam getaran yang sangat aktif iaitu gelombang beramplitud tinggi.  Gelombang amplitut tinggi ini merangsang otak mengeluarkan hormon kortisol dan norefinefrin yang menyebabkan rasa cemas, panik, mudah marah dan stress. Getaran yang kuat akan menyebabkan tekanan pada aliran darah menyebabkan jantung denyut dengan cepat (tidak normal) mengundang  penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Orang yang memancar gelombang ini akan menarik gelombang Beta di luar iaitu untuk berhubung dengan gelombang jahat (negatif) dipersekitaran. Dengan itu ia menarik perkara buruk terjadi pada dirinya. Inilah gelombang orang yang berfikiran negatif, buruk sangka, pengumpat, pendengki, panas baran, ahli maksiat dan lain-lain sifat negatif.

 

Frekuansi gelombang Beta

Frekuansi gelombang Beta

2.  Alpha – Gelombang ini terhasil semasa kita berada dalam keadaan rehat atau santai.  Gelombang yang dihasilkan berukuran 8 – 12 Hz. Inilah gelombang ikhlas yang kita cari. Orang yang sedang rileks, melamun, atau berkhayal gelombang otaknya berada pada frekuensi ini. Orang yang berada dalam gelombang ini adalah yang berjaya memasuki subconcius mind (bawah sedar). Contoh orang yang berada pada gelombang ini adalah orang khusyuk berdoa sehingga menangis terutama di waktu tahajjuj. Tanpa gelombang ini, jangan bermimpi untuk masuk ke alam subconcius mind. Orang yang berada dalam keadaan gelombang Alpha mampu menyerap pemahaman ilmu dengan cepat, cerdik dan genius. Dalam keadaan gelombang Alpha otak merembeskan hormon serotonin, kontisol dan endorfin yang menyebabkan seseorang merasakan rasa nyaman, tenang, dan bahagia. Hormon ini membuat sistem imun tubuh badan meningkat, pembuluh darah terbuka lebar, denyutan jantung menjadi stabil. Dengan kata berada dalam tenang dan tubuh badan sihat. Inilah gelombang orang berfikiran positif iaitu gelombang kesihatan.

Waktu mana kita hendak menyerap gelombang Alpha ini? Ia ada kaitan dengan Hadis Nabi iaitu waktu-waktu mustajab berdoa iaitu waktu 2/3 malam (sembahyang tahajuj), dalam waktu sujud solat, waktu awal Dhuha, semasa membaca Al Quran, waktu hujan turun, waktu antara dua kutbah hari jumaat, waktu malam Lailatul Qadar, sepanjang tawaf kaabah, waktu membaca Al Quran dengan tartil tajwid yang betul, waktu bersin dan carilah lain-lain waktu mustajab seperti Nabi Sabdakan.

Nak tahu kenapa waktu ini waktu mustajab berdoa? Ini adalah kerana hukum tarikan gelombang itu sendiri iaitu menarik gelombang yang sama jenisnya. Waktu ini gelombang alam adalah gelombang Alpha, jadi ucapan doa bergelombang Alpha akan di tarik oleh gelombang Alpha alam naik dengan tiada hijab. Hanya hak Allah saja memperkanan doa kita itu.

Nabi Rasulullah sudah faham gelombang ini sejak 1400 dalu lagi tetapi beliau tidak menceritakan dalam bentuk saintifik kerana megelakkan fitnah majnun ketika itu. Cuma Nabi menyatakan waktu-waktu tersebut adalah waktu yang mustajab berdoa. Kenapa orang Islam sendiri tidak mengembangkan ilmu gelombang ini?? Hari ini siapa yang pegang ilmu gelombang ini? Orang Islam hanya mampu berkhurafat saja akibat salah faham memahaminya.

 

Frekuensi gelombang Alpha

Frekuensi gelombang Alpha

3.  Theta –  Gelombang ini berfrekuansi 4 – 7 Hz.  Minda kita pada ketika ini berada dalam keadaan yang sangat rehat.  Orang yang sedang benar-benar berkhayal akan berada dalam gelombang ini.  Tahap logik akal sudah hampir tidak ada langsung pada ketika ini dan apa sahaja saranan daripada luar akan diterima dengan mudah. Contohnya orang sedang dalam keadaan mimpi. Pada gelombang ini, otak merembeskan hormon melatonin, catecholamine, dan AVP ( Arginine-Vasopressin).

 

Frekuensi gelombang Theta

Frekuensi gelombang Theta

4.  Delta – Gelombang ini paling perlahan, berukuran 0.2 – 3.5 Hz.  Contoh orang yang sedang pengsan, atau tidur yang terlalu nyenyak tanpa mengalami mimpi. Pada gelombang ini otak akan merembeskan HGH (Human Growth Hormone ) hormon yang membuat orang awet muda.

Frekuensi gelombang Delta

Frekuensi gelombang Delta

[Terlalu banyak rahsia alam ini. Semuanya Allah jadikan untuk manusia. Memang benar Allah itu maha pengasih dan penyayang. Jika dihitung nikmat Allah nescaya kita tidak mampu menulisnya.]





Leave a Reply