AURA 7- PEMIKIRAN ADALAH TENAGA

Posted by: | Posted on: March 27, 2014

Setiap sesuatu objek  di muka bumi ini, semuanya memiliki tenaga.  Hatta sebuah kerusi  buruk dirumah kita pun mempunyai tenaga sendiri.  Ini adalah kerana objek terdiri daripada molekul-molekul  atom yang bergabung yang menjadi suatu  jisim yang pejal. Atom-atom yang bergetar inilah menghasilkan tenaga atau energy. Andaikata atom-atom ini diaktifkan maka ia boleh membakar. Inilah teori orang mencipta tenaga nuklear atau tenaga atom. Hanya tahu bagaimana mengaktifkan atom-atom itu,  maka letupan  yang lebih besar bom atom lebih dahsyat lagi daripada letupan bom biasa.

Begitulah pemikiran manusia juga adalah sejenis tenaga.  Ia bukan sekadar pemikiran, khayalan, atau maginasi semata-mata.  Sebaliknya ia juga mempunyai tenaga.  Dalam ilimu Fizik telah membuktikan bahawa  pemikiran yang diaktifkan  akan memancarkan tenaganya keluar dari otak. Tenaga itu boleh diukur dengan alat EEG atau Electro Encephalogram dengan cara mengesan pancaran gelombang otak.

Alat EEG mengukur gelombang otak

Alat EEG mengukur gelombang otak

Ini sama teorinya dengan pemancar gelombang radio yang memancar gelombang di ruang angkasa. Orang membina stesen TV atau radio sebenarnya menggunakan  idea  hukum tarikan minda atau AURA. Lihat contoh, jika kita ingin mendengar siaran radio IKIM, maka kita aktifkan gelombang  radio pada frekuansi 91.5 FM, maka ia akan menarik gelombang frekuansi yang sama 91.5 FM di ruang angkasa yang dilepas oleh stesen pemancar. Maka kita dapat mengikuti siaran radio IKIM tersebut.  Inilah hukum gelombang, iaitu menarik gelombang yang sama frekuensi disekitarnya untuk melakukan communication.

Hukum tarikan gelombang. Gelombang yang diaktifkan diradio akan menarik gelombang yang sama di ruang angkasa

Hukum tarikan gelombang, gelombang yang diaktifkan diradio akan menarik gelombang yang sama di ruang angkasa

Begitu jugalah minda, jika kita memikir perkara baik, maka otak akan bergetar gelombang baik. Gelombang baik dari otak akan menarik gelombang yang baik (positif) yang ada disekitar kita maka benda-benda baik akan berlaku kepada kita. Begitu juga jika kita memikirkan perkara jahat, maka otak akan menggetarkan gelombang jahat (negatif). Gelombang jahat (negatif) ini akan menarik gelombang jahat disekitar kita maka berlakulah perkara buruk kepada kita. Orang terlalu negatif akan mengumpulkan gelombang negatif dan bila iaktifkan akan menghasilkan gelombang jahat atau disebut AIN. Orang yang ada AIN ini bila orang terpandangnya bertentang mata boleh jatuh sakit. Rasulullah ada mengajarkan doa untuk mengelakkan AIN seseorang. Inil adalah logik kerana Allah telah pun menetapkan hukum tarikan gelombang seperti itu.

Begitu juga hukum pemikiran. Sangka baik, kebaikkan datang. Sangka buruk padah akibatnya.

Hukum pemikiran, sangka baik, kebaikkan datang. Sangka buruk, keburukan yang datang

 

Bagi orang yang bijak dan nampak mengambil peluang hukum ini dengan membuat bisnes gelombang. Lihat saja contoh hari ini, orang menjaul gadjet handphone. Mereka bukan menjual gadget itu, tetapi mereka menjual gelombang. Lihat orang membuat satelit, mereka bukan menjual satelit tetapi mereka menjual gelombang. Ini kerana communication boleh dihubungkan dengan memancarkan gelombang yang sama frekuensinya.

Dalam pemikiran, fikir positif  otak boleh menarik gelombang positif diluar. Maksudnya fikir baik pasti benda baik yang datang. Fikir jahat pasti buruk yang datang. Dalam ajaran agama Islam, Nabi sendiri mengajar kita bersangka baik. Apa tujuannya?? Memang Nabi sudah faham pasal gelombang itu sejak 1400 tahun dulu lagi. Cuma Nabi tidak terang secara saintifik supaya orang tidak menuduh beliau lagi majnun membawa ajaran baru.

Adakah mempercayai ilmu gelombang ini kepercayaan khurafat??? Orang yang tidak ada ilmu ini saja yang mengatakan khurafat tanpa mereka berbuat sesuatu untuk memartabatkan agama Islam. Sedangkan orang kafir menerima ilmu ini megambil peluang ilmu gelombang ini. Dengan ilmu gelombang ini mereka mencipta teknologi canggih hari ini akhirnya membunuh orang Islam kembali. Orang Islam hari ini sekadar hanya pandai berhukum halal, haram dan suka membidaah saja.

Hal gelombang inilah yang menyebabkan minda manusia memiliki kuasa atau tenaga yang dikenali kuasa minda. Tidak kira sama ada perkara yang kita aktifkan dalam pemikiran kita itu baik atau buruk, ia akan bertindak untuk dipancarkan.  Dan perkara baik yang dipancarkan akan menarik perkara baik, begitu jugalah sebaliknya.

Lantaran itu, kita sering diingatkan untuk sentiasa berfikiran baik dan positif.  Jika kita memikirkan perkara yang tidak baik, dikhuatiri keburukan itu akan hadir kepada kita.

Pemikiran kita adalah tenaga dari gelombang. Diri kita adalah tenaga yang diaktifkan dari pemikiran kita.  Maka aktifkan dan gunakanlah tenaga yang ada dalam diri kita untuk menarik tenaga yang sama menghampiri kita. Jangan menyumpah terutama kepada anak-anak kerana dikhuatiri gelombang sumpah itu menarik keburukan kepada anak kita.





Leave a Reply