AURA 6 – HUKUM TARIKAN AURA

Posted by: | Posted on: March 23, 2014

Salam tarikan AURA dari ZAI  Permai

Semua orang tahu AURA adalah tarikan. Jika AURA besar maka tarikannya juga kuat. Itulah pentingnya kita memelihara AURA diri. Ia dikaitkan dengan diri yang positif, hati yang tulus dan bersih.

Cuba kita kenang kembali  masa belajar kita di sekolah dulu. Kita belajar berkenaan graviti, Kita belajar subjek Ilmu Fizik, pasal Hukum Newton. Hukum Newton (graviti) menyatakan bahawa setiap objek terdiri daripada  jisim. Jisim objek diukur dalam unit `m’. Bila objek jatuh dari atas pada kelajuan tertentu, ia akan ditarik oleh bumi. Graviti bumi diukur dalam unit ‘g’. Maka terciptalah satu daya magnet  tarikan  `F=ma’, dimana;

F = Daya pemusatan
m = jisim objek (berat x graviti)
a = speed objek

Siapa yang menjadi magnet ? Bumilah yang menjadi magnet, menarik objek .  Dalam Meta Fizik, objek itulah adalah impian kita dan bumi itu adalah minda atau AURA .  Ini adalah kerana, graviti bumi mempunyai hukumnya tersendiri iaitu menarik apa sahaja yang ada dalam medannya untuk mendekatinya.

Begitu jugalah AURA, Hukum graviti mudah difaham dalam konsep Ilmu Fizik, manakala AURA dan minda adalah dalam Ilmu Metafizik (ghaib). AURA kuat datang dari minda atau subconcius mind yang baik.  Jika medan tenaga  AURA kuat maka maka segala impian akan ditarik olehnya. Impian yan paling besar adalah Syurga. Ia sama juga seperti hukum tarikan graviti alam fizikal (akal) tetapi dalam alam Metafizik (ghaib) dinamakan sebagai Attraction. Attraction itu berada dalam subconcius mind berkaitan dengan Iman dan Akidah. Bezanya Hukum Newton di alam Fizikal manakala Attraction pula adalah alam Metafizik (ghaib). Kedua-duanya sama konsep cuma dunia saja yang berbeza. Bukankah Rukun Iman itu kena mempercayai perkara-perkara ghaib??

Jika Hukum Newton bermula dari tarikan graviti bumi, maka Attraction  juga adalah   hukum tarikan kuasa minda kita. Itulah hukum minda Law of Attaction. Dalam Ilmu Fizik, berat dan kelajuan objek mempengaruhi daya tarikan graviti. Jika objek besar daya tarikan graviti juga menjadi besar.

Teori Ilmu Fizik dalam concius mind (logik akal)

Teori Ilmu Fizik dalam concius mind (logik akal)

Begitu juga dalam Ilmu Metafizik, jika impian kita besar, Syurga Allah maka daya tarikan minda kita ke arah itu juga besar. Medan tenaga itulah Iman dan Akidah kita. Jika hati kotor maka tarikan magnet diri lemah kerana Iman dan Akidah nipis. Ilmu inilah yang disembunyikan oleh Barat. Ilmu Fizik (logik akal – concius mind) yang kita belajar tidak dihubungkan dengan Ilmu Metafizik (subconcius mind). Akhirnya kita berfikiran sebelah saja, dunia yang boleh dibuktikan dengan logik akal (sekular).

Ilmu Fizik dihubungkan dengan Ilmu Meta Fizik (subconcius mind)

Ilmu Fizik dihubungkan dengan Ilmu Meta Fizik (subconcius mind)

Adakah Newton mencipta teorinya meniru ilmu Al Quran? Kenapa kita Islam meninggalkan permata-permata yang ada dalam Al  Quran? Untuk  dikembangkan kepada ummah. Itulah kekuatan Barat hari ini, mereka berfikir menggabungkan kekuatan concius mind (10%) dengaan subconcius mind (90%), maka potensi mereka ditingkatkan sehingga 100%, Sebab itulah mereka boleh menguasai dunia hari ini.

Kita orang Islam diajar berfikir mengguna concius mind (10%). Sebab itu Islam lemah hari ini. Mana mungkin boleh menang beradu kekuatan 10% dengan kekuatan 100%. Cuma beza Barat dengan kita Islam, mereka degil tidak mahu tunduk kepada PenciptaNya ibarat lawan tokey.

Kita lemah sebab kita ikut cara pemikiran mereka sedangkan mereka ikut cara pemikiran Islam tetapi mereka degil tidak mahu beriman. Kita masih dalam kehinaan kerana kita umat Islam sendiri tidak mahu mengubahnya.  “Allah  tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya”. Bila mereka berubah barulah Allah memberi Nusrahnya setelah Iman dan Akidah kita betul.

Kita boleh bangkit semula jika kita tahu menggunakan kekuatan 100% itu kerana kita lebih mulia daripada mereka. Cuma kebangkitan kita belum lagi maksima 100%. Tugas kitalah umat Islam dalam dimensi masing-masing untuk menyedarkan kelompok kita. Kita jadi lemah kerana kita telah terkena tipu daya mereka. Itulah Fitnah Dajjal yang Nabi sabdakan 1400 dahulu yang terkena pada kita umat Islam zaman kita berada ini.

Kita baru nak bangkit setelah sekian lama ditipu. Ilmu Metafizik yang berkait dengan Iman dan Akidah itu disembunyikan sebagai strategi mereka melemahkan umat Islam. Tugas kitalah untuk memahami dan mempraktikannya semula membawa kembali kegemilangan Islam.

[Adakah kita mampu untuk menarik sesuatu mendekati kita?  Jawapannya YA. Jika Iman dan Akidah kita tinggi di sisi Allah (Nur), ia  akan menjana medan tenaga  (AURA) yang besar. Jika AURA kita besar maka daya menarik (magnet) rahmat Allah juga besar. Kita mampu menarik kekayaan atau rezeki dari Allah dengan izinNya]

 





Leave a Reply