AURA 5 – AURA ADALAH BARAKAH DIRI

Posted by: | Posted on: March 22, 2014

Salam penuh AURA dari ZAI Permai

Tahukah anda bahawa AURA umpama seperti magnet. Ia bukanlah magnet fizikal tetapi ia magnet rohani dalam diri kita. Jika rohani kita tulus ia akan memamcarkan magnet diri yang mempunyai medan tenaga yang besar.

Cuba lihat magnet fizikal. Apakah sifat magnet fizikal? Magnet sifatnya adalah menarik objek disekelilingnya. Tidak semua objek yang ditariknya. Magnet tidak akan menarik kayu, magnet tidak akan menarik plastik, magnet tidak akan kain tapi ciri-ciri magnet adalah menarik salah satu benda berkat yang diturunkan Allah dari langit iaitu  besi. Ada empat benda berkat yang diturunkan Allah dari langit iaitu besi, air, garam dan api. Jadi magnet memilih untuk menarik besi sahaja tidak benda lain.

Begitu jugalah AURA umpama magnet diri . Ciri-ciri utamanya magnet diri  adalah menarik rahmat Allah. Segala rahmat berupa segala kebaikkan seperti rezeki, kesihatan dan segala nikmat kebahagian kehidupan akan ditarik olehnya. Medan tenaga yang besar (AURA) sudah tentulah dapat menarik rahmat yang banyak berbanding AURA yang kecil.

Magnet diri umpama keberkatan dalam diri. Keberkatan itulah yang mampu menarik rahmat Allah. AURA umpama pancaran Nur dari Ilahi. Nur datang dari hati yang bersih dan ia tidak datang dari hati yang kotor. Hati yang bersih akan memjemput kebaikkan manakala hati yang kotor akan menjemput masalah dalam hidup. Begitulah AURA yang besar akan menarik rahmat manakala AURA negatif akan menjemput masalah dalam diri.

Cuba renungkan rezeki seseorang. Kadang-kadang orang bekerja biasa-biasa saja tapi rezeki mereka mewah berbanding orang kerja kuat membanting tulang. Inilah yang membezakan orang yang mendapat keberkatan hidup. Cuba lihat guru-guru pondok, adakah mereka berkerja keras membanting tulang untuk mendapat sesuap nasi? Tentu tidak, tetapi mereka memilih jalan-jalan keberkatan mengajar manusia mengenal penciptanya. Sebagai balasan Allah membuka keberkatan dalam hidup mereka datang rezeki dari berbagai sudut yang tidak disangka-sangka.

Begitulah AURA. AURA yang besar datangnya dari hati yang bersih mentaati perintah Allah. Maka AURA itu umpama magnet keberkatan yang menarik rezeki Allah. Mereka mungkin tidak berkerja kuat tetapi rezeki mengejar mereka kerana tarikan magnet AURA itu. Apa yang mereka buat tak lari niat mereka untuk kehebatan Allah.

AURA umpama magnet diri (Barakah Hidup)

AURA umpama magnet diri
(Barakah Hidup)

[AURA menjadi lebih besar dan tarikan lebih kuat jika kita berjemaah. Apabila kita berjemaah maka combination AURA sudah tentu membentuk medan tenaga yang besar. Bukankah Rasulullah menekan umatnya berjemaah?? Bayangkan jika gabungan eneggy AURA seluruh dunia umat Islam disatukan??Itu yang umat Islam hilang hari ini. Terkapai-kapailah umat Islam hari ini kerana energy meraka tidak mampu menarik rahmat Allah]





Leave a Reply