AURA 4 – KENAPA PENTINGNYA AURA?

Posted by: | Posted on: March 21, 2014

Salam penuh AURA dari ZAI Permai

Kenapa kita perlu ada AURA yang baik terutama orang yang berbisnes?  AURA adalah kayu ukur atau melambangkan positif atau negatif seseorang. Orang positf adalah mempunyai medan tenaga (AURA) yang besar kerana banyak energy yang dihasilkan dalam dirinya. Bulatan AURA seperti bujur telur yang melingkari tubuhnya itu lebih besar. Ini juga melambangkan keberkatan dalam dirinya kerana AURA itu adalah cahaya (nur) yang terbit dari kolam hatinya. Jika kolam hatinya besar dan air kolam itu jernih maka ia dapat menjana tenaga dengan banyak. Dengan itu ia mudah  menjemput rahmat dan nikmat dari Ilahi dengan banyak.

Orang positif, medan tenaganya besar (AURA). Tarikan magnet keberkatan menjadi besar

Orang positif, medan tenaganya besar (AURA). Tarikan magnet keberkatannya kuat

Sebaliknya pula jika orang negatif medan tenaganya (AURA) kecil. Oleh itu bulatan AURA yang melingkari tubuhnya juga kecil. Dia tidak dapat menjana AURA yang besar kerana kolam hatinya kecil dan air dalam kolam itu kotor juga berkeladak akibat sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hatinya. Dengan keladak yang banyak itulah yang menghalang ia menjana tenaga yang maksima. Walau pun begitu ia masih boleh menjana tenaga juga tetapi tidaklah sebanyak tenaga yang dijana dari kolam yang besar dan airnya jernih pula. Dengan tenaga yang kecil itulah ia hanya mampu memiliki AURA yang kecil sahajalah. Bila bulatan AURAnya kecil, bererti bererti keberkatan hidupnya kurang. Ia sukar menarik rahmat Ilahi. Jika ia mendapat rezeki sekadar untuk dirinya sahaja. Lebih teruk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sistem pertahanan badannya rendah dan segala ancaman negatif boleh merobek dirinya.

Orang negatif, medan tenaganya kecil (AURA). Tarikan magnet keberkatan menjadi lemah.

Orang negatif, medan tenaganya kecil (AURA). Tarikan magnet keberkatan lemah.

AURA juga ada kaitan dengan kesihatan iaitu sistem pertahanan badan. AURA yang besar sukar mendapat penyakit atau sihir sukar menembusinya. Kadang-kadang kita pernah jumpa orang yang sakit kanser kemudian mengambil perubatan Islam kansernya boleh sembuh. Nak tahu kenapa?? Kanser adalah bawaan virus. Virus adalah ganguan jin. Gangguan ini akan membuat sel kita bercelaru maka terjadilah pembiakan sel tidak terkawal atau dinamakan kanser. Cara menghalau virus sebenarnya tiada ubat antibiotik boleh membunuhnya. Caranya adalah dengan menguatkan badan atau memulihkan AURAnya seperti mengguna ayat Rukyah untuk mengazab jin yang tinggal dalam badan pesakit, memulihkan AURA dengan solat tahajjuj, membaca Al Quran pendek kata melakukan semua perkara-perkara positif. Lama-lama kelamaan virus tidak tahan akan keluar dari badan dan mereka pulih sihat seperti sedia kala.

Bagi orang berbisnes pula AURA sangat penting kerana AURA yang besar akan mewujudkan emosi  yang baik. Orang suka membeli kepada kita yang beremosi baik. Cuba lihat ramai orang menjual produk yang sama tetapi kenapa ada orang boleh buat sale yang melambung pada hal produknya sama saja. Inilah jawapannya, pelanggan kita suka berurusniaga dengan dia kerana emosinya bagus. Emosi bagus datang dari AURA yang bagus. Itulah pentingnya memaksimakan AURA terutamanya orang yang berbisnes.

[AURA adalah lambang positif dan negatif diri kita. Jika AURA kita besar maka impact tarikan magnet itu lebih besar boleh menarik rahmat Allah. Jika AURA kita kecil, kita adalah orang negatif, perlu banyak perbaikki diri.]

 





One Comment to AURA 4 – KENAPA PENTINGNYA AURA?

  1. louis vuitton handbags

    michael kors outlet onlinecanada goose coatsray ban aviator sunglassesray ban wayfarer sunglassesnorth face jacketsair maxlouis vuitton outlet onlinelouis vuitton outletugg boots salecoach outlet onlinechristian louboutin outletlouis vuitton handbagsoa…

Leave a Reply