AURA 3 – WARNA-WARNA AURA

Posted by: | Posted on: March 20, 2014

Salam penuh warna-warni dari ZAI Permai.

Anda telah memahami apa itu AURA, tujuan AURA. Sekarang kita perlu memahami bahasa warna pula. Allah jadikan hidup ini dalam rencah berbagai warna-warni kehidupan. Ada orang cantik, ada orang hodoh, ada orang pandai, ada orang bodoh, ada orang kaya, ada orang miskin, ada orang sihat, ada orang sakit, ada orang orang berumah istana juga ada orang papa kedana hidup gelandangan.

Itulah rencah warna-warna kehidupan. Allah menjadikan bermacam-macam warna. Ada orang suka warna terang, ada orang suka warna lembut, ada yang suka warna gelap. Pasti warna-warna pilihan manusia tak sama setiap orang. Itulah kehidupan kita penuh dengan warna-warni.

Cuba lihat Allah ciptakan pelangi, cantik di pandang di langit. Adakah pelangi satu warna? Tentu tidak ya. Ada tujuh warna pelangi. Untuk apa itu semua?? Adakah Allah menjadikan sia-sia suka-suka??

Semuanya ada iktibar untuk manusia yang berakal. Tidak pernah terfikirkah kita bahawa warna pelangi itu adalah sama dengan warna AURA dalam diri kita. Jadi adakah mempercayaai AURA itu khurafat atau ilmu nujum Pak Belalang?? Tidak kerana ianya saintifik yang boleh dibuktikan dengan akal.

Semua maksud warna ini telah dikaji dengan menggunakan kamera Fotografi Kirlian iatu seni fotografi dengan menganalisa warna-warna  AURA yang terbit dari diri kita. Ianya boleh dilakukan oleh golongan profesional yang menggunakan kamera jenis ini sahaja dan kosnya juga mahal. Jurukamera mengambil gambar foto diri dan  warna yang terbit akan dibuat analisa bukan meramal atau menujum seseorang. Warna yang terbit semasa pergambaran adalah bergantung kepada emosi kita ketika itu.

MELIHAT AURA DIRI

warna-warna AURA yang dilihat melalui Kamera Kerlian

warna-warna AURA yang dilihat melalui Kamera Kerlian

Pancaran warna cahaya terbit hasil dari getaran gelombang molekul atom dalam tubuh. Tenaga elektrik dihasilkan. Pergerakan arus elektrik akan menghasilkan gelombang. Ianya dapat dilihat dalam bentuk warna-warna gambar foto yang diambil ketika itu. Peratusan tujuh warna tadi berbeza mengikut emosi kita semasa gambar diambil tadi. Jika kita dalam emosi marah, maka peratusan warna tidak stabil dapat dilihat.

Kamera Kerlian

Kamera Kerlian

analisa warna AURA diri dengan perisian Kirlian

analisa warna AURA diri dengan perisian Kirlian

Tujuh warna AURA yang ditafsir itu seperti dibawah;

1.Warna Merah

Warna merah adalah warna emosi yang terbit daripada dalam diri manusia.  Orang yang terlalu beremosi akan memancarkan warna ini di sekelilingnya.  Emosi dan perasaan ketika marah dapat terpancar jelas pada wajah manusia seperti sama dengan unkapan “mukanya merah padam bila marah”.  Orang disekeliling juga terkesan menerima AURA. Siapa pun tak berani dekati jika AURA begini. Kalau berbisnes jangan harap orang membeli dengan kita.  Begitu juga emosi dalam kasih sayang. Kasih sayang membara ditunjuk dengan  warna merah dengan jelas terpancar. Inilah warna LOVE.

2. Oren

Warna yang menunjukkan semangat, sifat kreatif, dan emosi.  Warna ini baik dan memberi kesan positif kepada diri.  Jika kita memancarkan warna ini, semangat kita akan membara, emosi akan stabil dan cemerlang, dan daya kreativiti akan bertambah.

3. Kuning

Warna ini akan dipancarkan oleh orang yang pintar, cerdik, bersifat intelek.  Semakin kuat warna ini terhasil, semakin kritis pemikiran seseorang itu.

4. Hijau

Warna yang melambangkan sifat sensitif dan cita-cita terhadap sesuatu yang sangat tinggi.  Orang yang memancarkan warna ini adalah orang yang berdikari, boleh dipercayai, pandai bersahabat, dan bersifat terbuka.  Namun  jika warna ini terlalu gelap, ia melambangkan orang itu terlalu gopoh, dan sangat kuat cemburunya.

5. Biru

Biru  melambangkan kepercayaan dan keyakinan.  Orang yang memancarkan warna ini adalah orang yang memiliki keunggulan dalam mentadbir.

6. Indigo

Warna yang dipancarkan oleh orang yang bersifat penyayang, dan suci.  Warna ini paling sukar dilihat kerana lapisan warnanya sangat kecil dan sedikit.

7. Ungu

Warna ini sangat hangat.  Ia akan mempengaruhi hati dan minda iaitu gabungan fizikal dan rohani.  Orang yang baik hatinya, dan suka melakukan kerja kebaikan akan memancarkan warna ini dengan jelas.

Dengan teknologi Fotografi Kirlian ini, kita tidak akan mampu untuk menipu diri sendiri.  Ia adalah nilai warna-warna dalam diri yang sebenar ketika itu.  Jika kita melihat AURA diri dengan teknologi ini tujuannya hanya satu iaitu untuk menilai kembali diri kita berdasarkan sifat peribadi warna-warna itu. Jika warna diri stabil bermakna dalaman kita stabil. Sebaliknya jika warna AURA tidak sekata, kita perlu membina AURA yang sestabil dan secantik warna-warna pelangi yang Allah tunjukkan itu.

[Indahnya mesej dari  Allah. Semua orang suka melihat warna pelangi yang tenang dan damai itu. Warna diri kita bagaimana?]

 





Leave a Reply