AURA 2 – AURA ALAM

Posted by: | Posted on: March 19, 2014

Pernahkah anda memerhati alam semesta? Ianya berkait rapat dengan AURA. Jika setiap orang ada AURA, setiap objek juga ada AURAnya samada objek kecil mau pun objek yang besar sekali  iaitu alam semesta  ini. Sangat hebat ciptaan Allah. Memang orang tidak sujud pada Allah adalah orang sangat sombong.  Ini memang berlaku jika kita perhatikan perubahan warna alam dari fajar hingga malam. Cuba perhatikan AURA alam.

Waktu sebelum fajar hingga Subuh, alam berwarna biru muda.  Pada waktu ini, AURA alam amat mempengaruhi metabolisma badan.  Oleh itu, ia dikaitkan dengan penawar dan sumber rezeki.  Orang yang bangun untuk bertahajjuj sebelum subuh (2/3 malam) diwaktu ini akan mendapt hormon kontisol. Hormon ini akan dikeluarkann oleh badan pada waktu ini yang menjadikan tubuh badan sihat secara total. Hormon ini diaktifkan oleh badan kerana sesuai dengan warna AURA alam waktu itu. Waktu ini juga alam berada dalam gelombang Alpha yang memberi ketenangan dapat dilihat diwajah. Gelombang Alpha alam ini jika sama dengan gelombang Alpha otak menjadikan doa yang sangat makbul dan tiada hijab. Orang yang istiqomah berqiamulail diwaktu ini akan mendapat anugerah Allah full pakage samada kesihatan mau pun nikmat kehidupan. Diakhirat menjadi tujuh golongan yang mendapat keistimewaan dalam orang lain menangggung azab sengsara di Mahsyar. Mereka sebagai golongan yang mendapat Fast Track memasuki Syurga Allah. Orang yang solat sunat dua rakaat sebelum subuh diwaktu ini nilainya lebih baik dari dunia segala isinya. Orang bersolat subuh berjemaah akan mendapat keberkatan dalam segala hal kehidupannya. Orang yang istiqomah berdhuha lepas waktu fajar akan mendapti rezekinya seperti air yang mengalir dan tidak disangka-sangka datangmya. Ini adalah kerana pada waktu ini, AURA alam akan mempengaruhi keadaan badan kita.  Orang yang selalu meninggalkan solat Subuh atau melewat-lewatkannya akan beransur-ansur menjadi semakin lemah dan mudah dijangkiti penyakit.  Mereka juga berpotensi untuk menghadapi masalah dalam komunikasi dan sumber rezeki.

warna biru muda waktu subuh

warna biru muda waktu subuh

Lihat waktu Zohor pula, alam berwarna hijau pada awalnya dan beransur-ansur menjadi warna kuning.  Warna kuning ada kaitan dengan sistem pencernaan dan keceriaan.  Ini sesuai kerana pada waktu ini, lumrahnya manusia akan makan dan berehat seketika.  Jadi, unsur warna alam ini membantu pencernaan dan penghadaman kepada sistem tubuh manusia. Orang yang tidak bersolat Zohor tidak termasuk mendapat nikmat ini malah mengundang penyakit dalam perutnya.

Bila matahari di atas kepada warna menjadi kuning

Bila matahari di atas kepala warna menjadi kuning

Lihat pula waktu Asar, warna alam bertukar kepada spektrum oren.  Pada ketika ini, ia mempengaruhi kepada sistem reproduksi (pembiakan) dan kreativiti.  Orang yang sering tertinggal solat pada spektrum warna ini biasanya akan mempengaruhi sistem peranakannya dan daya pemikiran mereka.  Perasan tak orang tua selalu ingatkan kita jangan tidur lepas asar kerana jika diamalkan akan menjadi gila.  Sekarang baru terbukti, anda nampak pada waktu ini warna AURA alam sedang mempengaruhi daya kreativiti manusia. Jika kita tidur waktu ini, sel otaknya juga menurun serentak dengan turunnya matahari. Bagi hafiz Al Quran juga dilarang menghafal Al Quran diwaktu matahari sedang turun.

spektrum warna oren waktu asar

spektrum warna oren waktu asar

Waktu Maghrib pula, alam berubah menjadi warna merah.  Perhatikan betul-betul warna di dada langit pada waktu ini, warna merah akan tampak jelas dari kejauhan.  Warna merah ini juga ada kaitan dengan spektrum warna jin dan iblis.  Lantaran itu kita disuruh berada di dalam rumah, surau, untuk mengelak daripada warna alam ini.  Ilmu mistik juga mengakui bahawa suasana pada ketika ini memudahkan seseorang yang lemah semangat akan mudah dikuasai oleh jin.  Rahsia AURA pada waktu ini adalah berkaitan dengan keyakinan.  Jika seseorang itu berada dalam khusyuk semasa solat Maghrib, akan memudahkan dia mendalamkan lagi keyakinannya kepada ALLAH.

 

warna merah waktu maghrib

warna merah waktu maghrib

Waktu Isyak pula, warna AURA alam bertukar menjadi warna indigo.  Pada ketika ini warna ini mempengaruhi ketenteraman juga kedamaian.  Sesuai dengan kehidupan manusia, pada ketika inilah masa untuk mereka berehat yang sebenarnya. Berkerja diwaktu akan menambahkan stress.

warna indigo waktu isyak

warna indigo waktu Isyak

Waktu tengah malam, warna alam berubah-ubah menjadi warna putih, merah jambu, dan ungu.  Warna ini sesuai untuk fungsi otak dan ketahanan tubuh.  Orang yang berada dalam keadaan rehat pada ketika ini akan menyerap AURA warna ini.  Ini sesuai kerana pada ketika ini manusia sedang tidur dan berehat untuk membetulkan semula fungsi tubuh dan menjana kembali energy untuk hari besoknya.  Namun, bagi yang bangun untuk menunaikan solat (qiamullail) selepas tidurnya itu dan sebelum masuk waktu subuh akan mendapat lebih banyak manafaat pula.

Moral story, kenapa AURA ada kaitkan dengan waktu solat?  Ini adalah sebagai bukti bahawa setiap waktu yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuk menemuinya adalah suatu masa yang sangat indah dan sangat berharga. Segala pertama Allah akan beri pada waktu ini. Di luar waktu ini lebih banyak pasir yang dipungut. Walaupun banyak tapi hanya pasir semata-mata. Walaupun bertan-tan beratnya pasir itu, ianya tidak dapat menandingi sebutir permata yang kecil. Bukan kecil permata yang diukur tapi nilainya yang tinggi. Allah tidak menyuruh kita bertemu dengannya 24 jam, cuma waktu-waktu ini saja. Datanglah bertemu denganNya kerana Allah hendak memberi. Bukan setakat memberi malah MAHA memberi.

[Rugi betul jika tak ambil pertama dari Allah, raja segala raja. Nak bagi pun tak nak, sombong betul kita ni ya macam kita ni hebat sangat tak perlu penciptanya]

 





One Comment to AURA 2 – AURA ALAM

  1. north face jackets

    [URL=http://www.redsoleshoes.us.com]http://www.redsoleshoes.us.com[/URL] [URL=http://www.ray-ban-sunglassesoutlet.com]http://www.ray-ban-sunglassesoutlet.com[/URL] [URL=http://www.uggbootsclearance.eu.com]http://www.uggbootsclearance.eu.com[/URL] [URL=…

Leave a Reply