AURA 1- APA ITU AURA?

Posted by: | Posted on: March 18, 2014

Salam penuh AURA dari ZAI Permai

Setiap objek terdiri daripada molekul-molekul zarah (atom) samada objek bernyawa atau pegun. Molekul ini (atom) mengandungi elektron (cas negatif) dan proton (cas positif). Cas inilah yang bergetar menghasilkan gelombang, berlaku pergerakan  tarikan cas menghasilkan arus elektrik yang mengeluarkan energy membentuk AURA dalam diri.

Setiap sesuatu yang memiliki tenaga akan menghasilkan medan tenaga. Sedangkan magnet (besi berani) yang kaku dan mati itu turut memiliki tenaga dan medan tenaga, inikan pula manusia yang Allah telah jadikan dengan sehebat-hebat kejadian yang layak menjadi khalifah di muka bumi ini, sudah tentulah memiliki medan tenaga yang hebat. Medan tenaga yang melingkari disekelilingnya tubuhnya manusia itulah dikenali sebagai AURA. AURA ini juga adalah energy yang dipancarkan dari tubuh manusia. Semakin besar AURA semakin banyaklah energy yang dipancarkan.

Getaran cas elektron & proton molekul atom (zarah) dalam diri menghasilkan AURA diri

Getaran cas elektron & proton molekul atom (zarah) dalam diri menghasilkan AURA diri
Magnet (besi berani) yang tidak bernyawa mempunyai medan tenaga (AURA), inikan pula sebaik-baik manusia pasti AURAnya lebih baik.

Magnet (besi berani) yang tidak bernyawa itu mempunyai medan tenaga (AURA), inikan pula manusia sebaik-baik makhluk ciptaan Allah pasti AURAnya lebih baik.

Sebagai contoh matahari menghasilkan tenaga elektrik melebihi 369 mega billion W untuk memberi energy kepada makhluk seluruh alam. Bulan menghasikan energy sehingga boleh menarik  air laut menjadi air pasang dan surut untuk manfaat makhluk di bumi. Cuba renungkan, makhluk yang tidak bernyawa boleh memberi energy kepada alam apatah lagi manusia yang bernyawa dan berakal seperti kita?? Sudah tentulah kita kena memberi energy bukan setakat  sesama manusia malah kepada semua makhluk ciptaan Allah di alam dunia ini.

Matahari memberi energynya kepada alam. Kita??

Matahari yang tidak bernyawa dan berakal memberi energynya kepada alam. Kita??

Bulan juga memberi enrgynya kepada untuk makhluk bumi. Kita bagaimana??

Bulan juga memberi enrgynya kepada makhluk bumi. Kita bagaimana??

Energy dalam diri kita  inilah yang dinamakan sebagai AURA  iaitu getaran atom cas positif dan negatif serta gelombang dalam tubuh menghasil arus elektrik dan memancarkan tenaga elektrik . Tenaga elektrik ini (energy) perlu dimaksimakan gelombangnya dan akan menghasilkan AURA yang terbaik untuk diri. Ianya juga boleh dimaksimakan dengan menggabungkan concius mind (akal) dan subconcius mind (minda). Kekuatan subconcius mind adalah 90% manakala kekuatan concius mind adalah 10%. Jika manusia boleh  menghubungkan antara subconcius mind dengan concius mind maka ia boleh mencungkil potensi dirinya berada ditahap paling maksima 100%. Pada masa inilah AURAnya tinggi yang menjadi magnet tarikan diri yang kuat. Rahmat akan melimpah ruah, rezekinya murah, buat apa pasti berjaya dan orang sekeliling suka padanya. AURA yang baik ini datang dari hati yang positif, bererti datang dari hati yang bersih.

Pancaran yang luas daripada AURA tubuh akan membentuk jaringan yang kuat dengan orang yang berada di sekeliling.  Keadaan ini akan menyebabkan orang yang berada di sekeliling kita akan merasa sangat senang, tenang, damai, dan tertarik kepada kita.  Hal inilah yang akhirnya timbul ungkapan seperti dia ada AURA.  Ungkapan ini sebenarnya menunjukkan yang orang lain merasa seronok apabila bersama dengan kita.  Malah, apabila melihat wajah, atau mendengar suara kita, akan membuatkan seseorang itu tertawan.

Pernah suatu masa dulu bila sebut pasal AURA, ada yang teringatkan MAWI?  Maaf mengguna nama Mawi  tapi ini hanya sebagai gambaran AURA yang pernah berlaku.  Suatu masa dahulu, heboh diperkatakan Mawi ada AURA tersendiri. Itulah hebatnya AURA boleh menjadi sebagai magnet tarikan.

AURA datang daripada getaran dalam tubuh kita.  Jika kita seorang yang tulus, maka kita akan memancarkan warna AURA yang terbaik di sekeliling kita.  Warna AURA itu jika dapat dilihat, seperti sebutir telur yang mengelilingi tubuh kita, dari kaki hingga ke atas kepala.  Warna yang dipancarkan ini akan mengelilingi tubuh dalam bentuk putaran arah lawan jam sama dengan putaran tawaf kaabah.  Jika kita berjaya memancarkannya dengan kuat, maka ia akan menjadi semakin besar dan meluas di sekeliling kita.

Sebaliknya, jika orang yang negatif seperti kaki mengumpat, pemfitnah, pemarah, pembohong, kaki maksiat, tidak besolat, tidak berzikir, orang yang terkena sihir, pemakai jin saka dan lain-lain lagi maka AURA negatif akan melingkari tubuh mereka. AURA negatif memagnetkan (menarik) masalah pada diri, rezeki sukar masuk dan mengundang penyakit pada diri. Orang negatif ini jika berhadapan dengan orang AURA positif dapat dirasakan perbezaan gelombang itu. Getaran itu akan dirasakan seperti rasa tak sedap hati macam ada sesuatu yang tak kena atau rasa was-was. Keadaan ini biasa berlaku kepada orang-arang alim wali-wali Allah apabila berhadapan dengan orang yang mempunyai niat jahat, niat tidak baik itu akan terdetik dihati mereka akibat getaran gelombang yang tidak sama itu.

AURA dari diri kita

AURA dari diri kita

[AURAyang terbaik adalah AURA Muhammad Rasulullah s.a.w sehingga magnet tarikannya sangat kuat mampu menaarik rahmat Allah dan baginda memberi energy kepada seluruh makhluk ciptaan Allah. Pelajari bagaimana beliau memiliki AURA sehebat itu]

 





Leave a Reply