LORONG-LORONG RAHSIA KEJAYAAN

Posted by: | Posted on: February 5, 2014

success3

Salam kejayaan dari ZAI Permai

Setiap orang pasti mengimpikan perkara-perkara yang terbaik dalam dirinya. Kita mungkin mengimpikan kehidupan yang baik, kewangan yang baik, kasih sayang  yang baik dan segala-gala mesti  yang baik-baik. Semua orang berimpian untuk memiliki impian-impian yang terbaik itu. Tetapi sayangnya kenapa manusia tidak mampu mencapai segala impian-impian tersebut. Adakah Allah menjadikan kita untuk gagal.?? Tidak… sebenarnya manusia diutuskan kedunia ini untuk mencipta kejayaan. Sebab itu Allah menciptakan Syurga untuk dihadiahkan kepada orang-orang yang telah berjaya di dunia ini. Bagaimanakah kita hendak mencapai ke arah  jalan itu? Kita tidak akan mencapai impian itu jika kita tidak tahu rahsia-rahsianya. Kita mestilah mencari rahsia orang-orang terdahulu yang berjaya dan kita mengikuti lorong-lorong kejayaan mereka itu bagi menggapai impian-impian yang hendak kita miliki  itu. Apakah lorong-lorong rahsia-rahsia itu?

#1) Berfikir dengan fikiran yang baik untuk  menjadikan minda  positif

images (2)

Jika kita berfikir yang baik-baik maka baiklah yang menjelma dalam pemikiran kita. Jika kita berfikiran negatif maka negatiflah yang akan terpancar dalam pemikiran kita. Hal ini sudah acap kali kita dengar, sentiasa berfikiran positif, sentiasa beremosi yang tenang, sentiasa damai dalam jiwa, dan banyak lagi perkara positif.  Tetapi kenapa hal-hal negatif masih berlegar di sekeliling kita?  Yang salahnya ialah kita terus membiarkan perkara negatif itu hadir dalam minda kita.

Sebagai contoh jika kita bangun di pagi hari, kita penuh bersemangat dan berazam dengan keazaman yang tinggi untuk menjalani kehidupan hari tersebut, tetapi bila tiba di pertengahan hari ada kejadian yang negatif berlegar di sekeliling kita.  Maka yang menjadi salahnya adalah kita terus membiarkan perkara negatif itu terus mengganggu kita dan menarik masuk ke dalam pemikiran kita.  Sepatutnya, apabila ada sesuatu masalah negatif yang berlaku di pertengahan hari itu, maka terus berusaha mengelak persekitaran negatif  itu dan kembali untuk berfikiran positif semula.  Jangan terbawa-bawa dengan hal-hal negatif itu dan terus berlanjutan hingga ke malam hari. Jika kita membiarkan perkara negatif masuk dalam pemikiran kita maka energy kita akan menjadi semakin berkurang. Bila energy kita kurang apa yang kita berimpian pada itu tidak akan kejari lagi. Maka sampai bila pun kita tidak menggapai kejayaan selagi berkeadaan begitu.

Bila ada sahaja fikiran negatif yang menyapa, terus HENTIKAN. Jangan  dilayan, jangan dibawa dalam diri dan jiwa. Itu adalah gangguan ibarat suara keldai yang mengejek kita. Katakan dengan tegas dan bersemangat pada diri bahawa kita tidak mahu melayan fikiran negatif itu, dan kembali semula kepada pemikiran yang positif dan baik.  Terus berusaha dan kuatkan semangat, pasti kita akan berjaya mengekalkan rasa positif dalam diri.

#2) Programkan semula minda kita.

dream

Sedar atau tidak, kita banyak memprogram ketidakupayaan kita dalam minda kita sejak kecil lagi.  Contohnya kita ini tidak pandai, kita tidak cantik, suruh buat tu susah, suruh buat ni susah….  Semua itu menunjukkan yang kita telah memprogram dalam minda kita bahawa kita ini sentiasa tidak mampu.

Fikiran manusia juga seperti mico cip dalam komputer iaitu ianya dapat diprogram untuk melakukan apa saja yang kita inginkan seperti memprogramkan sebuah komputer. Otak perlu diarah bukan dibiarkan menjadi tidak terarah.

Cuba program semula semua maklumat lapok dengan maklumat baru yang lebih baik, yang lebih menjurus kepada kejayaan dan keupayaan.  Selalu mainkan dengan ayat-ayat power yang menyuruh otak kita berfikir ke arah kejayaan. Ini merupakan satu teknik kita memprogramkan semula otak kita. Bila kita setkan satu kejayaan di hadapan maka otak kita akan fokus untuk mengejar fokus apa yang kita mahukan itu. Begitulah juga jika kita fikirkan kegagalan, maka kita telah programkan otak kita untuk  tindak sanggup menempuh cabaran. Maka kejayaan tidak akan mendampingi kita kerana memang kita telah program kegagalan itu.

Programkan kembali minda kita setiap hari, jika kita takutkan kegelapan, ucapkan bahawa kita berani dan bersedia menghadapi kegelapan kerana kegelapan itu tidak menjejaskan apa-apa kepada kita.  Jika kita takutkan ketinggian, katakan kita bersedia menghadapi ketinggian dan yakin kita tidak gayat malah yakin dengan diri sendiri.

#3)  Pengalaman masa lalu hanyalah satu sejarah untuk mengumpul daya lonjakan baru yang lebih besar untuk masa hadapan

download (2)

Jika suatu masa dulu, kita pernah gagal dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan, LEPASKANLAH ia berlalu pergi.  Jangan difikirkan kegagalan lalu.  Sebaliknya tumpukan perhatian, perancangan, dan tindakan untuk menghadapi masa hadapan. Berjalanlah terus kehadapan dan lepaskan ikatan yang menarik kita melangkah ke hadapan. Selagi kematian tidak menjemput kita terus berjalan sehinggalah kita direhatkan.

Masa lalu yang memberi kenangan perit kita boleh kenang sebagai satu refleksi daya lonjakan ke hadapan, jangan dikenang untuk melemahkan semangat. Kegagalan lalu cukup difikirkan untuk jadi sempadan supaya kita tidak lagi melakukan kesalahan yang sama hingga menyebabkan gagal dan jatuh lagi.

Terus fokus kepada masa hadapan yang sedang kita rancang untuk menempa kejayaan itu.  Ini lebih baik daripada kita asyik memikir dan meratap tentang kesilapan lalu.  Yang hadapan teruskan berlari dan mengejar untuk kita capai dan rangkulkan supaya ia menjadi milik kita.

Inilah tiga rahsia jalan kejayaan yang orang terdahulu bagi menjadi panduan untuk kita menciptaan kejayaan dalam hidup. Kejayaan tidak datang dengan sendiri tetapi kejayaan datang kerana kitalah yang mencipta kejayaan.  Jika kita terus berusaha dan bersedia menghadapi cabaran dengan bersemangat, pasti kita akan berjaya membentuk diri kita ‘yang baru’ yang lebih bersemangat dan berjaya. Jika kita tidak memprogramkan kejayaan untuk kita maka sia-sia sajalah Allah menghantar kita kedunia ini. Kembali kita dengan hampas yang tiada nilai di sisi tuhan.





2 Comments to LORONG-LORONG RAHSIA KEJAYAAN

  1. oakley sunglasses sale

    Hello, I enjoy reading all of your article. I like to write a little comment to support you.

  2. Ray Ban Sale Discount

    Saved as a favorite, І like your web site!

Leave a Reply