KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 14

Posted by: | Posted on: April 25, 2016

Hasil analisis kajian dapatlah untuk membuat satu hipotesis berkenaan Nusantara Melayu. Tenyata bumi ini penuh dengan lagenda, misteri dan rahsia yang tersembunyi yang akan terbongkar di hujung zaman ini.

Di bumi ini Nabi Ibrahim A.S setelah meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail A.S menuju dan memijak bumi ini untuk menyebar agama tauhid Allah. Beliau datang sebagai mengembangkan zuriat anak cucunya untuk akhir zaman nanti yang mana mereka bakal menyambung dan menyempurnakan risalah Ilahi.

Sahabat-Sahabat Rasul ALLAH S.A.W telah sampai dan singgah untuk mengambil perbekalan makanan dan minuman semasa dalam misi dakwah ke China melalui jalan laut Nusantara Melayu.Salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Lubaid Al-Habsyi adalah salah seorang dari 73 orang yang diarahkan Nabi SAW untuk berhijrah ke Habsyah (Afrika) sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Saad bin Lubaid Al-Habsyi telah berlayar dari Habsyah ke Cina dan membina 2 buah masjid di Hanchow dan Canton (Guangzhou). Cina telah lama menjadi destinasi perniagaan orang Arab bahkan di zaman dinasti Tang (sebelum kurun ke 7 M) telah ada komuniti Arab (sebelum Islam) yang besar di Canton. Saad bin Lubaid Al-Habsyi telah berdakwah di sana. Mereka berulang alik di antara Tanah Arab dan Tanah Besar Cina, maka tidak mustahil ada para sahabat yang singgah di Tanah Melayu (Malaysia) dan kepulauan Nusantara Melayu. Salah satu bukti yang nyata, seorang dari sahabat besar Rasulullah SAW iaitu Saad bin Abi Waqqash makamnya terletak di Guang Zhou (Canton).

Bumi sangat istimewa didalam dunia kerana menerima kedatangan Islam tanpa peperangan. Bumi ini menerima kedatangan Islam dengan jalan dakwah yang mana agama Islam di bumi ini di bawa oleh anak cucu Rasul ALLAH S.A.W sendiri iaitu Ahlul Baitnya.

Bumi ini juga telah menerima kedatangan Ahlul Bait yang dalam pengusiran dan pemburuan oleh mereka-mereka yang dengki (Bani Saud) dan khianat terhadap Rasul ALLAH S.A.W.

Bumi ini di muliakan oleh ALLAH S.WT. yang mana kesemua Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah dari Keturunan Ahlul Bait. Bumi ini di pelihara oleh ALLAH S.W.T dari sebarang musibah dan bala bencana kerana bumi in di diami dan di perintah oleh anak cucu kekasihnya Habibullah Rasul ALLAH S.A.W.

Bumi Nusantara Melayu walau pun di serang dan dijajah oleh berbagai bangsa bermula dari Siam , Tartar , Portugis , Belanda , Inggeris , Jepun , Komunis, bumi ini tetap utuh dalam memilihara keagungan dan kedaulat Islam. Kenapa ?

Mungkinkah ALLAH S.W.T mahu meletak pengharapan kepada Bani Jawi satu tugas yang penting dihujung zaman??  Wallahu’alam.

Tidak mustahil juga zionis tidak duduk senang dengan Islam di bumi ini. Kita tidak tahu apakah agenda mereka untuk membendung kemaraan Islam di Timur Jauh. Kita juga sukar menjawab isu-isu apakah dengan kehilangan MH 370, tragedi MH17 termasuk tipu muslihat mereka yang sedang disusun??





Leave a Reply