KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 12

Posted by: | Posted on: April 23, 2016

Rasulullah saw mengetahui melalui wahyu Allah bahawa Islam kali kedua akan bangkit di Timur. Wasiat baginda dalam Kitab Melayu Hikayat Raja Pasai menyebut berkenaan negara Samudera. Dimanakah negara Samudera itu? Rasulullah saw juga memberi tahu bahawa toifah yang terakhir yang akan membetulkan Islam adalah Al Mahdi. Al Mahdi akan terbit dari keturunan Rasulullah saw dari cucunya iaitu sebelah Saidina Hassan r.a.

Di manakah mereka berada sekarang hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Ini menjadi rahsia Allah kerana jika diketahui oleh Yahudi Zionis sudah tentu senang mereka membunuhnya. Kebarangkalian Al Mahdi boleh jadi berada Asia Barat (Khurasan) atau kemungkinan berada di Timur Jauh (Nusantara Melayu). Kedua-duanya boleh dikaji berdasarkan sejarah yang di sandarkan dengan dalil-dalil yang kukuh dan bukti yang nyata dan bukanlah melalui cerita-cerita mitos yang tidak dapat dibuktikan.

Ramai pengkaji dari ahli sejarah mahu pun ulama telah membuat kajian kebangkitan Islam di Nusantara Melayu. Pengislaman di Nusantara Melayu bermula dengan mengislamkan Raja-Raja Melayu. Kemuadiannya rakyat jelata memeluk Islam setelah Raja mereka memeluk Islam. Orang Melayu mempunyai satu sifat iaitu taat setia kepada raja. Jika raja memeluk Islam, maka rakyat jelata akan memeluk Islam sebagai tanda taat mereka raja. Dengan itu Islam berkembang dengan cepat di dunia Melayu tanpa berlaku pertumpahan darah.

Orang yang membawa Islam di Nusantara Melayu adalah terdiri dari salafussoleh Fakir Muhammad dari keturunan Saidina Abu Bakar As Sidiq dan Syeikh Sultan Ariffin Ismail.

Syeikh Sultan Ariffin Ismail bernasab dari cucu Nabi saw sebelah Saidina Hasaan r.a. Saidina Hasaan melahirkan anaknya Saidina Musa Al Junni. Saidina Musa Al Junni telah melahirkan keturunan Sheikh Abdul Kadir Jailani. Sheikh Abdul Kadir Jailani melahirkan Syeikh Sultan Ariffin Ismail yang di makam di Pulau Besar, Melaka. Inilah salah satu bukti Nusantara Melayu menyimpan Ahlul Bait.

Bukti Kesultanan Melayu sebagai Ahlul Bait bernasabkan sampai Rasulullah saw melalui Sayidina Hassan r.a adalah seperti berikut. Saidina Hasan mempunyai 11 anak yang diketahui iaitu:

  1.   Saidina Zaid Al Ablaj melahirkan Saidina Hasan Al Anuar iaitu Gabenur Madinah yang di         lantik  olih Khalifah Abu Jaafar Al Mansoor, Khalifah Abassiyah pada tahun 150 H.
  2.  Saidina Hasan Al Musanna. Ibunya bernama Khaulah binti Mansor Al                                                 Farzariyah mmelahirkan:

            i)     Saidina Abdullah Al Mahdi. Dari beliau ini melahirkan keturunan Syarif Mekah iaitu                               Dinasti Hasyimiyah. Dari beliau juga melahirkan Keturunan Sultan Iraq, Jorda dan                                 Moroko.

            ii)    Saidina Ali bin Hasan Al Musanna melahirkan Saidina Husin Al Fukkhiy

       Saidina Abdullah Al Mahdi melahirkan 4 orang anak iaitu;

           i)     Saidina Mohamad Nafsuz Zakkiyah

           ii)    Saidina Ibrahim. Melahirkan Saidina Ismail melahirkan Saidina Ibrahim melahirkan                             Saidina Mohamad atau terkenal dengan nama Ibnu Thabathabai.

          iii)    Saidina Idris. Melahirkan Dinasti Idrisiah di Morokko dan para Ulama Ahli Bait                                         Morokko.

          iv)    Saidina Musa Al Juni melahirkan keturunan Syeikh Sayyid Mohyidin Abdul Qadir Al                               Jailani.

         Dari Syeikh Abdul Qadir Jailani melahirkan Sayyid Sholih Al Jabbar  melahirkan Sayyid                        Jabbar melahirkan Sayyid Abdul Qadir melahirkan Syeikh Sultan Ariffin Ismail yang di                          makamkan di Pulau Besar, Melaka dan menurunkan  pula 11 keturunan di Nusantara Melayu.

    3.  Saidina Al Qassi

    4.  Saidina Abu Bakar

    5.   Saidina Abdullah melahirkan Saidina Yahya dan Saidina Mohamad melahirkan Saidina                         Abdullah Al Asytar.

         Kelima-lima anak Saidina Hasan di atas (Saidina Zaid, Saidina Hassan, Saidina Al Qassim dan            Saidina Abu Bakar) telah syahid dengan bapa saudara mereka, Saidina Husin r.a di Karbala.    

    6.  Saidina Amru

    7.  Saidina Hasan Al Astram

    8.  Saidina Abdul Rahman

    9.  Saidina Mohamad melahirkan Saidina Isa Mohamad melahirkan pengasas Tariqat Syaziliyah              yang bernama Syeikh Sayyid Abul Hasan Al Syaziliyah.

    10. Saidina Yaakub

    11. Saidina Ismail

Inilah anak anak keturunan cucu Nabi saw, Saidina Hasan. Hampir keseluruhan mereka berada di Nusantara Melayu, khususnya dari keturunan Syeikh Abdul Qadir Jailani yang melahirkan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.

Inilah salah satu bukti yang jelas lagi nyata bahawa di Nusantara Melayu menyimpan ahlul bait yang bernasab dari Rasulullah dari sebelah Saidina Hassan yang berlaku melalui perkahwinan campur Raja-Raja Melayu dengan Ahlul Bait

Inilah satu dalil bahawa Nusantara Melayu adanya peranan kebangkitan Islam kedua di akhir zaman. Inilah puncanya Zionis, Illuminati dan Freemason berminat menjajah Raja-Raja Melayu sejak sekian lamanya. Kenapa mereka tidak berminat menjajah Thailand tetapi mereka memilih Negara Islam? Tidak lain mereka ingin menghancurkan kebangkitan Islam ke dua dan terakhir di akhir zaman.

Malangnya, hakikat yang terlindung ini telah menyebabkan bangsa Melayu menjadi sasaran utama perang saraf yang dicetuskan oleh musuh-musuh bangsa dan agama. Apa yang paling mengejutkan ialah serangan saraf ke atas bangsa Melayu yang melibatkan agenda Yahudi Zionis yang mulai zaman penjajahan British sekitar awal abad ke-19M. Sedikit sebanyak serangan yang bertubi-tubi tersebut telah berjaya merapuhkan hakikat orang Melayu dan melemahkan jati diri mereka pada hari ini.

 





Leave a Reply