KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 11

Posted by: | Posted on: April 23, 2016

Berkenaan dengan bumi Melayu, Rasulullah saw telah mewasiatkan kepada sahabatnya untuk datang berdakwah. Wasiat baginda di riwayatkan dalam Kitab Tua Melayu, Hikayat Raja Pasai.

“ sepeninggalan aku kelak akan muncul sebuah negeri dibawah angin Samudera namanya, apabila terdengar kamu akan negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan negeri itu, serta kamu Islamkan sekelian negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang akan menjadi wali Allah. Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil  seorang Fakir di negeri Menggiri, bawa Fakir itu belayar bersama-sama ke negeri Samudera itu.”

Merujuk Kitab Sulalatus Salatin, Nabi saw menyebut Mengiri sebagai negeri muktabar. Fakir yang dimaksudkan oleh Nabi saw adalah Fakir Muhammad. Beliau adalah seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi saw untuk berdakwah di negeri Samudera. Negeri Samudera yang dimaksudkan adalah Acheh sekarang iaitu pusat bangsa Melayu ketika itu. Dahulunya dikenali sebagai kerajaan Pasai.

Fakir datang ke Nusantara Melayu dengan belayar dengan sebuah kapal. Nakhoda kapal yang membawa Fakir berdakwah ke negeri Samudera ialah Sultanul Arifin Sheikh Ismail. Beliaulah juga yang terlibat mengislamkan Parameswara di Melaka. Sultanul Arifin Sheikh Ismail meninggal di Melaka dan dimakamkan di Pulau Besar Melaka. Kuburnya masih ada sekarang di Pulau Besar Melaka.

Dalam melaksana wasiat Rasulullah saw ini, Fakir telah datang dan berjumpa dengan pengasas Kesultanan Samudera iaitu Sultan Malikus Salih. Menjadi persoalan ulama kenapa wasiat ini menyebut dari negeri itu akan muncul banyak wali? Apakah ada rahsia berkaitan peristiwa akhir zaman kebangkitan Islam dari Timur di sebalik semua itu? Dan sekarang selepas Acheh di timpa bala Tsunami mereka kembali melaksanakan hukum Allah. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

 

 





Leave a Reply