KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 10

Posted by: | Posted on: April 21, 2016

Kita diajar dalam sejarah bahawa kegemilangan Islam di dunia Melayu sekitar  tahun 1250 M. Pada masa itu kita diajar tentang tentang Parameswara yang memeluk islam dan membuka Melaka. Itu adalah sejarah langkauan, sebelum itu  Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad  saw telah pun dimusnahkan oleh kerajaan Budha.

Sejarahnya bermula setelah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) , pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik atau Damascus.

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi), baginda telah mengutus surat kepada Sri Maharaja Srindrawarman dan mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua pemerintah tersebut antara khalifah Bani Umayyah dan maharaja Malayu dikatakan sangat baik. Usaha Khalifah Umar akhirnya membuahkan hasil apabila Maharaja Malayu tersebut telah terbuka hati untuk menerima Islam.

Peristiwa tersebut berlaku kira-kira pada tahun 718 Masihi. Menurut catatan sejarah, Sri Maharaja Srindrawarman dipercayai merupakan orang Melayu pertama di dunia yang memeluk agama Islam. 

Pedagang Arab pada masa itu menggelar Malayu sebagai Sribuza Islam (Srivijaya Islam) atau Zabaq yang berasal dari nama Muara Sabak di Jambi.

Walau bagaimanapun, berita tentang pengIslaman kerajaan Malayu di Pulau Sumatera tidak begitu disenangi oleh golongan pemerintah Dinasti Tang di Tanah Besar China. Pada pandangan mereka, pengIslaman kerajaan Malayu hanya akan menyebabkan aktiviti perdagangan lada hitam mereka tergugat dan terancam.

Menurut catatan yang ditulis oleh seorang sami Buddha berketurunan Cina bernama I-Tsing, kerajaan Malayu pada ketika itu berada di bawah pengaruh kekuasaan empayar Srivijaya yang berpusat di Palembang. Agama rasmi empayar Srivijaya ialah Buddha bermazhab Vajrayana, yakni berbeza dengan Malayu yang sudah pun menjadi sebuah kerajaan Islam.

Pada tahun 680 Masihi, pemerintah Dinasti Tang di Tanah Besar China telah bertindak menghantar dua orang pendeta Buddha iaitu Vajrabodhi dan Amoghavajra ke Srivijaya. Tujuannya ialah untuk mengembangkan agama Buddha bermazhab Mahayana di Srivijaya serta menyekat pengaruh perkembangan Islam di Malayu.

Hasil campur tangan Dinasti Tang telah memaksa empayar Srivijaya untuk menyerang kerajaan Malayu pada sekitar tahun 730 Masihi. Pada ketika itu, Malayu berada di bawah pemerintahan Sri Maharaja Indrawarman,  putera kepada Sri Maharaja Srindrawarman yang sudah mangkat.

Serangan tersebut telah mengakibatkan Sri Maharaja Indrawarman mangkat dibunuh. Akhirnya, negara Kota Malayu Sribuza Islam atau Zabaq telah berjaya ditawan oleh empayar Srivijaya. Penaklukan tersebut menandakan berakhirnya kekuasaan sebuah kerajaan Islam yang terawal di Kepulauan Melayu atau Nusantara di bawah pemerintahan dua orang maharajanya yang beragama Islam iaitu Sri Maharaja Srindrawarman dan puteranya, Sri Maharaja Indrawarman. Amoghavajra adalah salah seorang dari dua Sami Buddha yang dihantar oleh Dinasti Tang ke Srivijaya untuk menyekat perkembangan Islam di Nusantara Melayu.

 

 





Leave a Reply