KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 7

Posted by: | Posted on: February 17, 2016

Benarkah rumpun Melayu dari keturunan Ibrahim a.s? Ibnu Khaldun dengan beraninya mengangkat Melayu ini datangnya daripada keturunan Nabi Ibrahim a.s daripada sebelah isterinya Keturah. Negeri Madyan diambil dari nama Madyan (Midian) bin Ibrahim (Abraham), dari isterinya yang bernama Qanthura (Ketura), kemudian dijadikan nama kabilah yang terdiri dari keturunan anak cucu Madyan itu.

“Belumkah datang kepada mereka berita penting tentang orang-orang yang sebelum mereka, (iaitu) kaum Nuh, ʿĀd, Tsamud, kaum Ibrahim, penduduk Madyan dan negeri-negeri yang telah musnah? Telah datang kepada mereka rasul-rasul dengan membawa keterangan yang nyata, maka Allah tidaklah sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri” (At Taubah 9 : 70 )

Ibnu Khaldum

Ibnu Khaldum

Mengikut sejarah kehidupan Nabi Ibrahim a.s, Nabi Ibrahim mempunyai 3 orang isteri iaitu Sarah, Hajar dan Keturah. Sumber lain mengatakan ada 4 isteri, iaitu Hajun. 

Sarah merupakan Puteri masyarakat Haran, Puteri Raja Chazan, manakala Hajar ialah Puteri kepada Raja Mesir. Keturah pula ialah kerabat diraja Sargon.

Keturah berasal dari kerabat diraja Sargon

Keturah berasal dari kerabat diraja Sargon

Asal-usul Melayu dikatakan datang dari Keturah apabila anaknya diperintah menuju ke Land Of Promised yang terletak di timur hujung dunia dan diberikan hadiah sebilah keris.

Selain itu, Keturah sebagai  isteri ke 3 Nabi Ibrahim telah di khabarkan dalam kitab Taurah (Genisis). Di bawah adalah sumber maklumat dari  kitab Taurah (Genisis) ;

1. Ibrahim mengambil lagi seorang isteri, dan namanya Keturah. (Kejadian 25:1)

2. Dan anak-anak Midian ialah Ephah, Epher, Hanoch, Abidah dan Eldaah. Semuanya        keturunan Keturah. (Kejadian 25:4)

3. Anak-anak Keturah, ialah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. ( 1 Tawarikh 1:32)

4. Anak-anak Midian ialah Ephah, Epher, Hanoch, Abida, and Eldaah. Semuanya keturunan Keturah. (1 Tawarikh 1:33)

Demikianlah sumber-sumber rujukan yang boleh dijadikan dalil bangsa Melayu yang dikatakan berasal dari susur galur Nabi Ibrahim a.s.





Leave a Reply