KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 6

Posted by: | Posted on: February 13, 2016

Bukti Melayu berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s seperti dinyatakan oleh Ralph Olsen dalam bukunya kerana telah diberitahu dalam kitab Taurat iaitu Genesis 25:6.

Kisah keturunan bangsa Melayu juga diceritakan dalam kitab Usd Al-Ghabah Fi Ma’rifah Al-Shahabah. Pengarang kitab ini bernama Ibn Al-Atsir lahir pada 5 Jamadil Awal tahun 555H/1160M.

Kitab Usd al-Ghabah fi Ma’rifah al-Shahabah

Kitab Usd al-Ghabah fi Ma’rifah al-Shahabah

Kisah ini berlaku kira-kira 4,000 tahun lampau. Pada ketika itu tamadun yang sedang berlangsung adalah Tamadun Mesir Kuno seperti, Tamadun Lembah Indus dan Tamadun Akkadia. Tamadun Lembah Indus bermula sekitar 500 tahun sebelum itu manakala Tamadun Akkadia bermula sekitar 300 tahun sebelum itu.

Semasa Nabi Ibrahim a.s keluar berdakwah meninggalkan Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s yang masih kecil di tengah-tengah padang pasir kerana mendapat wahyu dari Allah untuk menyebarkan agama Allah di Timur Jauh iaitu Nusantara Melayu. Nabi Ibrahim a.s meneruskan perjalanan hingga sampai ke satu tempat yang bernama Kembayat atau Kemboja. Hari ini Kemboja dikenali sebagai Kampuchea.

Di Kembayat, Nabi Ibrahim berkahwin dengan Keturah atau Qatura dan mendapat enam orang anak. Kemudian Nabi Ibrahim pulang semula ke Kanaan tetapi Keturah dan enam anaknya tidak ikut serta.

Keturunan Nabi Ibrahim bersama isterinya Keturah ini berkembang biak di Kemboja dan sekitar Nusantara dan akhirnya bergelar Bani Jawi. Menurut bahasa Arab, Jawi itu bermakna Jauh dari tanah Arab (Timur Tengah).

Di sebelah sini, keturunan Jawi itu disebut Melayu. Istilah Jawa pula berasal dari pengembangan istilah Jawi yang dari bahasa Arab tadi. Istilah asalnya adalah Jawah atau Jawi ertinya Jauh.

Menurut Ibnu Athir, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Jadinya Keturah adalah merupakan ibu kepada Bani Jawi iaitu bangsa Melayu sekarang.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani sendiri memang tahu kisah Ibrahim memerintahkan anak-anak Keturah agar berpindah ke Timur dan dibekalkan sebilah keris kerana ia termaktub dalam Taurat iaitu Genesis 25:6.

Timur ini mungkin bermaksud ke Yunan dari kawasan Kemboja tetapi ahli Kitab Yahudi dan Nasrani menyatakan mereka sendiri tidak tahu dari bangsa apakah dan di manakah Keturah menetap.

Ketika Nabi Ibrahim a.s. wafat, hanya anaknya Ishaq dan Ismail berada di sisinya. Anak-anak yang lain sebelah Keturah tidak hadir kerana mereka dikatakan berada amat jauh di Bani Jawi, iaitu di sebelah sini, Nusantara Melayu.

Ahli Kitab menyatakan bahawa nama Keturah itu bermaksud “yang berbau wangi”. Wangian adalah seperti setanggi dan wangi ini dikaitkan juga oleh Ahli Kitab dengan budi pekerti luhur yang dimiliki oleh Keturah. Oleh sebab itulah orang Melayu dikenali sebagai bangsa yang memiliki budi pekerti yang tinggi dari bangsa lain hasil campuran pekerti Nabi Ibrahim a.s dan Keturah.

Susur galur bangsa Melayu yang dikatakan dari Nabi Ibrahim a.s

Susur galur bangsa Melayu yang dikatakan dari Nabi Ibrahim a.s





Leave a Reply