KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 5

Posted by: | Posted on: February 11, 2016

Kajian DNA Meayu juga telah dijalankan di Malaysia. Kajian dilakukan oleh oleh Pn Zaharah Sulaiman dari Ikatan Arkeologi Malaysia bersama Pofessor dari  UKM Prof. Dato’ Dr. Nik Anuar Nik Mahmud. Dalam kajian tersebut sebanyak 86 lelaki Melayu dijadikan sampel kajian dengan mengambil DNA mereka.

Pn Zaharah Sulaiman

Pn Zaharah Sulaiman

Mengikut DNA yang dilakukan kepada 86 lelaki Melayu tersebut, didapati terdapat 27 % DNA variant Mediterranean dalam darah DNA Melayu dari 86 orang itu. Apabila dirujuk dalam kamus sains DNA, DNA Mediterranean bermaksud ia dari kelompok Euro-Semitik. Bangsa Eoro-Semitik adalah termasuk dalam kelompok Bani Israel.

 Prof. Dato’ Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, UKM


Prof. Dato’ Dr. Nik Anuar Nik Mahmud, UKM

 

Dari dua maklumat kajian iaitu Human Genom Project oleh Professor Ralph Olsen dari Montana State University dan kajian oleh UKM oleh Pn Zaharan Sulaiman dan Prof Dato’ Dr. Nik Anuar terdapat kesamaan iaitu terdapat antara 25% – 27% DNA bangsa Melayu sama dengan DNA Yahudi Israel.

Ini menyokong kuat lagi mengaitkan bangsa Melayu ada kaitan dengan susur galur percampuran pertalian darah dengan bangsa Lost Tribe dari sebelah Manasseh yang dicari oleh Yahudi Zionis.

Dalam hipotesis Professor Ralph Olsen ini terdapat separuh kebenaran di dalam kesamaran. Orang Melayu bukanlah 100% berasal dari keturunan Manasseh (Yahudi Kuno) kerana hanya 25% DNA yang ada kesamaan.  Dari kajian Human Genom Project itu, Ralph Olsen telah membuat satu teori bahawa Melayu berasal dari Bumi Mala dan telah berkahwin campur dengan bangsa Lost Tribe Israel keturunan Manasseh ini. 

Persoalannya kenapa Ralph Olssen menyebut Tanah Melayu ini adalah ‘Bumi Mala’? Apakah yang diceritakan di dalam manukrip kuno Book of Mormon tentang satu bangsa misteri yang berjalan dan berlayar ke hujung dunia? 

Kenapa pula Ralph Olssen dalam bukunya bertajuk “The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon 1995,”menyatakan Melayu adanya keturunan Nabi Ibrahim dengan isteri yang bernama Keturah?? Dimanakah ia mendapat maklumat ini? Siapakah bangsa Melayu sebenarnya sehingga beriya-iya Zionis mengkaji?

Ramai juga pengkaji masih berdebat bahawa kaum-kaum hilang The Lost Tribe of Israel adalah  Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah. Sebenarnya rahsia bangsa misteri Lost Tribe of Israel ini masih terpelihara di dalam tabut, Kitab Kuno Yahudi menjadi rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa dapat membuat tafsiran yang tepat melain ia Allah yang mengetahuinya.

 





Leave a Reply