April, 2016

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: April 25, 2016

KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 14

Hasil analisis kajian dapatlah untuk membuat satu hipotesis berkenaan Nusantara Melayu. Tenyata bumi ini penuh dengan lagenda, misteri dan rahsia yang tersembunyi yang akan terbongkar di hujung zaman ini.

Di bumi ini Nabi Ibrahim A.S setelah meninggalkan Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail A.S menuju dan memijak bumi ini untuk menyebar agama tauhid Allah. Beliau datang sebagai mengembangkan zuriat anak cucunya untuk akhir zaman nanti yang mana mereka bakal menyambung dan menyempurnakan risalah Ilahi.

Sahabat-Sahabat Rasul ALLAH S.A.W telah sampai dan singgah untuk mengambil perbekalan makanan dan minuman semasa dalam misi dakwah ke China melalui jalan laut Nusantara Melayu.Salah seorang dari sahabat Rasulullah SAW yang bernama Saad bin Lubaid Al-Habsyi adalah salah seorang dari 73 orang yang diarahkan Nabi SAW untuk berhijrah ke Habsyah (Afrika) sebelum berlakunya hijrah ke Madinah. Saad bin Lubaid Al-Habsyi telah berlayar dari Habsyah ke Cina dan membina 2 buah masjid di Hanchow dan Canton (Guangzhou). Cina telah lama menjadi destinasi perniagaan orang Arab bahkan di zaman dinasti Tang (sebelum kurun ke 7 M) telah ada komuniti Arab (sebelum Islam) yang besar di Canton. Saad bin Lubaid Al-Habsyi telah berdakwah di sana. Mereka berulang alik di antara Tanah Arab dan Tanah Besar Cina, maka tidak mustahil ada para sahabat yang singgah di Tanah Melayu (Malaysia) dan kepulauan Nusantara Melayu. Salah satu bukti yang nyata, seorang dari sahabat besar Rasulullah SAW iaitu Saad bin Abi Waqqash makamnya terletak di Guang Zhou (Canton).

Bumi sangat istimewa didalam dunia kerana menerima kedatangan Islam tanpa peperangan. Bumi ini menerima kedatangan Islam dengan jalan dakwah yang mana agama Islam di bumi ini di bawa oleh anak cucu Rasul ALLAH S.A.W sendiri iaitu Ahlul Baitnya.

Bumi ini juga telah menerima kedatangan Ahlul Bait yang dalam pengusiran dan pemburuan oleh mereka-mereka yang dengki (Bani Saud) dan khianat terhadap Rasul ALLAH S.A.W.

Bumi ini di muliakan oleh ALLAH S.WT. yang mana kesemua Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu adalah dari Keturunan Ahlul Bait. Bumi ini di pelihara oleh ALLAH S.W.T dari sebarang musibah dan bala bencana kerana bumi in di diami dan di perintah oleh anak cucu kekasihnya Habibullah Rasul ALLAH S.A.W.

Bumi Nusantara Melayu walau pun di serang dan dijajah oleh berbagai bangsa bermula dari Siam , Tartar , Portugis , Belanda , Inggeris , Jepun , Komunis, bumi ini tetap utuh dalam memilihara keagungan dan kedaulat Islam. Kenapa ?

Mungkinkah ALLAH S.W.T mahu meletak pengharapan kepada Bani Jawi satu tugas yang penting dihujung zaman??  Wallahu’alam.

Tidak mustahil juga zionis tidak duduk senang dengan Islam di bumi ini. Kita tidak tahu apakah agenda mereka untuk membendung kemaraan Islam di Timur Jauh. Kita juga sukar menjawab isu-isu apakah dengan kehilangan MH 370, tragedi MH17 termasuk tipu muslihat mereka yang sedang disusun??

Posted by: | Posted on: April 24, 2016

KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 13

Siapakah yang dikatakan Ahlul Bait?  Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Keturunan Ahlul Bait ialah anak-cucu dan keturunan Nabi Muhammad SAW dari satu-satunya anak baginda yang melahirkan zuriat yang berterusan iaitu dari pasangan Fatimah Az-Zahra dan Ali bin Abi Talib. Manakala anak lelaki Rasulullah, Ibrahim dan Kassim meninggal dunia semasa kecil dan tidak meninggalkan zuriat. Anak perempuan Nabi yang lain iaitu Zainab, Ummu Kalthum dan Ruqaiyyah tidak diketahui mempunyai zuriat.

Jadi ahlul bait ini dikaitkan dengan keturunan Hassan RA dan Hussein RA. Keturunan mereka ini kalau dalam konteks Nusantara Melayu di beri gelaran Sayyid atau Syarif untuk menjaga nasab. Sayyid untuk keturunan sebelah Hussein RA. Syarif untuk keturunan sebelah Hassan RA.

Mereka berbeza dengan gelaran Maulana, Makhdum atau Syeikh yang merupakan gelaran pada ulama yang datang dari Hijaz (Mekah dan Madinah) tetapi bukan dari jalur keturunan Rasulullah SAW.

Para Sahabat Rasulullah SAW jumlahnya melebihi 100,000. Ini adalah berdasarkan kepada umat Islam yang berkumpul di Padang Arafah untuk mendengar khutbah, amanat dan pesan terakhir rasulullah SAW. Ribuan dari mereka telah tersebar ke seluruh dunia. Bilal, maqamnya di Syria, Abu Ayub Al-Ansari maqamnya di Istanbul, Saad bin Abi Waqash di Cina. Mereka yang berstatus sahabat ini pula ada yang berjumpa dengan Rasulullah SAW pada usia yang amat kecil seperti Anas bin Malik RA yang didukung oleh Nabi dan di bawa naik unta bersamanya serta diberikan nasihat-nasihat. Anas bin Malik meninggal ketika usianya 93 tahun. Bererti setelah hampir 100 tahun Rasulullah SAW wafat, para sahabatnya masih hidup. Kemungkinan mereka hadir di Nusantara Melayu dan meninggal di sini seperti juga di tempat-tempat lain di seluruh dunia. Dengan hijrahnya para sahabat Nabi SAW, Islam tersebar 1/3 dunia.

Ulama yang berdakwah di Nusantara Melayu bermula sejak kurun ke 14M lagi. Mereka bergelar Syarif dan Sayyid seperti Syarif Kabungsuan, ulama dari Johor Lama yang berdakwah di Mindanao.

Syarif Makkah yang berdakwah kepada Raja Meura Silu yang kemudiannya memeluk Islam memakai gelaran Sultan Al-Malikus Soleh dan menjadi Raja pertama Islam di Nusantara (Kerajaan Pasai). 

Syarif Ali dari Taif diambil oleh Sultan Muhammad Syah, Sultan pertama Brunei. Nama Sultan Muhammad Syah sebelum Islam adalah Awang Alak Batatar.  Sultan Muhammad Syah mengambil Syarif Ali sebagai menantu dan diangkat menjadi Sultan Syarif Ali.  Dengan itu Sultan Syarif Ali ulama yang mengasaskan syariat Islam di negeri Brunei Darussalam.

Syarif Hidayatullah atau Fathillah berasal dari Pasai juga adalah keturunan Rasulullah SAW. Beliaulah yang menggempur Portugis dan mengalahkan kerajaan Sunda Kelapa pada tahun 1521 dan menukar namanya kepada Jayakarta(Jakarta). Nama Jakarta Ibu Negara Indonesia diambil dari nama beliau. Syarif Hidayatullah adalah merupakan salah seorang dari Wali Songo (Wali sembilan di Pulau Jawa).

Begitu juga ramai raja-raja Kepulauan Melayu adalah dari keturunan Ahlul Bait. Di antaranya ialah Raja Perlis Sultan Syed Sirajuddin Jamalullail Al-Haj. Baginda adalah dari keturunan keluarga Al-Ba’lawi dari Hijaz yang berasal dari nasab Rasulullah SAW. Selain itu, Raja Siak dan Raja Kutai (Kalimantan) juga adalah dari keluarga yang sama.

Kesimpulannya memang keturunan Ahlul Bait memang wujud di Nusantara Melayu dan mereka memainkan peranan yang besar dalam mengislamkan kepulauan Nusantara Melayu.

Atas fakta-fakta sejarah inilah bahawa Nusantara Melayu dikatakan menyimpan Ahlul Bait. Berlaku melalui perkahwinan campur keturunan Rasulullah SAW dengan keturunan Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu pula adalah institusi yang memelihara agama Islam. Atas fakta inilah Nusantara Melayu menjadi penelitian ulama juga musuh Islam iaitu Zionis yang berkuasa hari ini. Mudah-mudahan umat Islam di sini tidak lagi membuat kesilapan untuk membuka ruang Zionis masuk di Alam Melayu.

Jika kita merujuk Wasiat Rasulullah SAW di akhir zaman tentang negara Samudera, tidak ada negara lain yang mengguna  perkataan “Samudera” melainkan di Nusantara Melayu. Apakah ini ada kaitan dengan Al Mahdi? Apakah Al Mahdi itu akan muncul di dunia Melayu adalah suatu yang sukar dijawab. Ini kerana bangsa Melayu bukan bangsa perang yang sanggup berhadapan dengan kekuatan Rom dan Yahudi Zionis berbanding dengan bangsa Khurasan yang bertungkus lumus menghadapi tentera Rom dan Yahudi Zionis di Syam sekarang.

Tetapi di Nusantara Melayu ini adalah tempat yang aman telah memberi peluang kepada Islam untuk membuat Setup Sistem berbanding dunia Arab yang penuh dengan peperangan, tiada ruang untuk membina Islam yang dirosakkan oleh sistem sekular. Kita tidak tahu, apakah sekarang ini Islam benar-benar di awal ambang kebangkitan? Ianya akan menempuhi sejarah yang panjang lagi untuk sampai ke mercu kekuasaan dan berbagai perkara yang akan berlaku sukar diramal pada masa hadapan. Hanya Allah yang merencanakan kemunculan Al Mahdi dalam keadaan musuh dan umat Islam tidak terduga. Wallahu’alam.

 

Posted by: | Posted on: April 23, 2016

KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 12

Rasulullah saw mengetahui melalui wahyu Allah bahawa Islam kali kedua akan bangkit di Timur. Wasiat baginda dalam Kitab Melayu Hikayat Raja Pasai menyebut berkenaan negara Samudera. Dimanakah negara Samudera itu? Rasulullah saw juga memberi tahu bahawa toifah yang terakhir yang akan membetulkan Islam adalah Al Mahdi. Al Mahdi akan terbit dari keturunan Rasulullah saw dari cucunya iaitu sebelah Saidina Hassan r.a.

Di manakah mereka berada sekarang hanya Allah saja yang lebih mengetahui. Ini menjadi rahsia Allah kerana jika diketahui oleh Yahudi Zionis sudah tentu senang mereka membunuhnya. Kebarangkalian Al Mahdi boleh jadi berada Asia Barat (Khurasan) atau kemungkinan berada di Timur Jauh (Nusantara Melayu). Kedua-duanya boleh dikaji berdasarkan sejarah yang di sandarkan dengan dalil-dalil yang kukuh dan bukti yang nyata dan bukanlah melalui cerita-cerita mitos yang tidak dapat dibuktikan.

Ramai pengkaji dari ahli sejarah mahu pun ulama telah membuat kajian kebangkitan Islam di Nusantara Melayu. Pengislaman di Nusantara Melayu bermula dengan mengislamkan Raja-Raja Melayu. Kemuadiannya rakyat jelata memeluk Islam setelah Raja mereka memeluk Islam. Orang Melayu mempunyai satu sifat iaitu taat setia kepada raja. Jika raja memeluk Islam, maka rakyat jelata akan memeluk Islam sebagai tanda taat mereka raja. Dengan itu Islam berkembang dengan cepat di dunia Melayu tanpa berlaku pertumpahan darah.

Orang yang membawa Islam di Nusantara Melayu adalah terdiri dari salafussoleh Fakir Muhammad dari keturunan Saidina Abu Bakar As Sidiq dan Syeikh Sultan Ariffin Ismail.

Syeikh Sultan Ariffin Ismail bernasab dari cucu Nabi saw sebelah Saidina Hasaan r.a. Saidina Hasaan melahirkan anaknya Saidina Musa Al Junni. Saidina Musa Al Junni telah melahirkan keturunan Sheikh Abdul Kadir Jailani. Sheikh Abdul Kadir Jailani melahirkan Syeikh Sultan Ariffin Ismail yang di makam di Pulau Besar, Melaka. Inilah salah satu bukti Nusantara Melayu menyimpan Ahlul Bait.

Bukti Kesultanan Melayu sebagai Ahlul Bait bernasabkan sampai Rasulullah saw melalui Sayidina Hassan r.a adalah seperti berikut. Saidina Hasan mempunyai 11 anak yang diketahui iaitu:

  1.   Saidina Zaid Al Ablaj melahirkan Saidina Hasan Al Anuar iaitu Gabenur Madinah yang di         lantik  olih Khalifah Abu Jaafar Al Mansoor, Khalifah Abassiyah pada tahun 150 H.
  2.  Saidina Hasan Al Musanna. Ibunya bernama Khaulah binti Mansor Al                                                 Farzariyah mmelahirkan:

            i)     Saidina Abdullah Al Mahdi. Dari beliau ini melahirkan keturunan Syarif Mekah iaitu                               Dinasti Hasyimiyah. Dari beliau juga melahirkan Keturunan Sultan Iraq, Jorda dan                                 Moroko.

            ii)    Saidina Ali bin Hasan Al Musanna melahirkan Saidina Husin Al Fukkhiy

       Saidina Abdullah Al Mahdi melahirkan 4 orang anak iaitu;

           i)     Saidina Mohamad Nafsuz Zakkiyah

           ii)    Saidina Ibrahim. Melahirkan Saidina Ismail melahirkan Saidina Ibrahim melahirkan                             Saidina Mohamad atau terkenal dengan nama Ibnu Thabathabai.

          iii)    Saidina Idris. Melahirkan Dinasti Idrisiah di Morokko dan para Ulama Ahli Bait                                         Morokko.

          iv)    Saidina Musa Al Juni melahirkan keturunan Syeikh Sayyid Mohyidin Abdul Qadir Al                               Jailani.

         Dari Syeikh Abdul Qadir Jailani melahirkan Sayyid Sholih Al Jabbar  melahirkan Sayyid                        Jabbar melahirkan Sayyid Abdul Qadir melahirkan Syeikh Sultan Ariffin Ismail yang di                          makamkan di Pulau Besar, Melaka dan menurunkan  pula 11 keturunan di Nusantara Melayu.

    3.  Saidina Al Qassi

    4.  Saidina Abu Bakar

    5.   Saidina Abdullah melahirkan Saidina Yahya dan Saidina Mohamad melahirkan Saidina                         Abdullah Al Asytar.

         Kelima-lima anak Saidina Hasan di atas (Saidina Zaid, Saidina Hassan, Saidina Al Qassim dan            Saidina Abu Bakar) telah syahid dengan bapa saudara mereka, Saidina Husin r.a di Karbala.    

    6.  Saidina Amru

    7.  Saidina Hasan Al Astram

    8.  Saidina Abdul Rahman

    9.  Saidina Mohamad melahirkan Saidina Isa Mohamad melahirkan pengasas Tariqat Syaziliyah              yang bernama Syeikh Sayyid Abul Hasan Al Syaziliyah.

    10. Saidina Yaakub

    11. Saidina Ismail

Inilah anak anak keturunan cucu Nabi saw, Saidina Hasan. Hampir keseluruhan mereka berada di Nusantara Melayu, khususnya dari keturunan Syeikh Abdul Qadir Jailani yang melahirkan Syeikh Sultan Ariffin Sayyid Ismail yang dimakamkan di Pulau Besar, Melaka.

Inilah salah satu bukti yang jelas lagi nyata bahawa di Nusantara Melayu menyimpan ahlul bait yang bernasab dari Rasulullah dari sebelah Saidina Hassan yang berlaku melalui perkahwinan campur Raja-Raja Melayu dengan Ahlul Bait

Inilah satu dalil bahawa Nusantara Melayu adanya peranan kebangkitan Islam kedua di akhir zaman. Inilah puncanya Zionis, Illuminati dan Freemason berminat menjajah Raja-Raja Melayu sejak sekian lamanya. Kenapa mereka tidak berminat menjajah Thailand tetapi mereka memilih Negara Islam? Tidak lain mereka ingin menghancurkan kebangkitan Islam ke dua dan terakhir di akhir zaman.

Malangnya, hakikat yang terlindung ini telah menyebabkan bangsa Melayu menjadi sasaran utama perang saraf yang dicetuskan oleh musuh-musuh bangsa dan agama. Apa yang paling mengejutkan ialah serangan saraf ke atas bangsa Melayu yang melibatkan agenda Yahudi Zionis yang mulai zaman penjajahan British sekitar awal abad ke-19M. Sedikit sebanyak serangan yang bertubi-tubi tersebut telah berjaya merapuhkan hakikat orang Melayu dan melemahkan jati diri mereka pada hari ini.

 

Posted by: | Posted on: April 23, 2016

KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 11

Berkenaan dengan bumi Melayu, Rasulullah saw telah mewasiatkan kepada sahabatnya untuk datang berdakwah. Wasiat baginda di riwayatkan dalam Kitab Tua Melayu, Hikayat Raja Pasai.

“ sepeninggalan aku kelak akan muncul sebuah negeri dibawah angin Samudera namanya, apabila terdengar kamu akan negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan negeri itu, serta kamu Islamkan sekelian negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadah. Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang akan menjadi wali Allah. Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil  seorang Fakir di negeri Menggiri, bawa Fakir itu belayar bersama-sama ke negeri Samudera itu.”

Merujuk Kitab Sulalatus Salatin, Nabi saw menyebut Mengiri sebagai negeri muktabar. Fakir yang dimaksudkan oleh Nabi saw adalah Fakir Muhammad. Beliau adalah seorang Sultan berketurunan Saidina Abu Bakar as-Siddiq yang turun takhta untuk mengikuti rombongan menjalankan wasiat Nabi saw untuk berdakwah di negeri Samudera. Negeri Samudera yang dimaksudkan adalah Acheh sekarang iaitu pusat bangsa Melayu ketika itu. Dahulunya dikenali sebagai kerajaan Pasai.

Fakir datang ke Nusantara Melayu dengan belayar dengan sebuah kapal. Nakhoda kapal yang membawa Fakir berdakwah ke negeri Samudera ialah Sultanul Arifin Sheikh Ismail. Beliaulah juga yang terlibat mengislamkan Parameswara di Melaka. Sultanul Arifin Sheikh Ismail meninggal di Melaka dan dimakamkan di Pulau Besar Melaka. Kuburnya masih ada sekarang di Pulau Besar Melaka.

Dalam melaksana wasiat Rasulullah saw ini, Fakir telah datang dan berjumpa dengan pengasas Kesultanan Samudera iaitu Sultan Malikus Salih. Menjadi persoalan ulama kenapa wasiat ini menyebut dari negeri itu akan muncul banyak wali? Apakah ada rahsia berkaitan peristiwa akhir zaman kebangkitan Islam dari Timur di sebalik semua itu? Dan sekarang selepas Acheh di timpa bala Tsunami mereka kembali melaksanakan hukum Allah. Hanya Allah yang lebih mengetahui.

 

 

Posted by: | Posted on: April 21, 2016

KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 10

Kita diajar dalam sejarah bahawa kegemilangan Islam di dunia Melayu sekitar  tahun 1250 M. Pada masa itu kita diajar tentang tentang Parameswara yang memeluk islam dan membuka Melaka. Itu adalah sejarah langkauan, sebelum itu  Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad  saw telah pun dimusnahkan oleh kerajaan Budha.

Sejarahnya bermula setelah kemasyhuran kerajaan Malayu telah sampai ke pengetahuan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian atau Khalifah Mu’awiyah I (661-680 Masihi) , pengasas dan pemerintah pertama empayar Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik atau Damascus.

Ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz (717-720 Masihi), baginda telah mengutus surat kepada Sri Maharaja Srindrawarman dan mengajak maharaja Malayu tersebut untuk memeluk agama Islam. Hubungan yang terjalin di antara kedua-dua pemerintah tersebut antara khalifah Bani Umayyah dan maharaja Malayu dikatakan sangat baik. Usaha Khalifah Umar akhirnya membuahkan hasil apabila Maharaja Malayu tersebut telah terbuka hati untuk menerima Islam.

Peristiwa tersebut berlaku kira-kira pada tahun 718 Masihi. Menurut catatan sejarah, Sri Maharaja Srindrawarman dipercayai merupakan orang Melayu pertama di dunia yang memeluk agama Islam. 

Pedagang Arab pada masa itu menggelar Malayu sebagai Sribuza Islam (Srivijaya Islam) atau Zabaq yang berasal dari nama Muara Sabak di Jambi.

Walau bagaimanapun, berita tentang pengIslaman kerajaan Malayu di Pulau Sumatera tidak begitu disenangi oleh golongan pemerintah Dinasti Tang di Tanah Besar China. Pada pandangan mereka, pengIslaman kerajaan Malayu hanya akan menyebabkan aktiviti perdagangan lada hitam mereka tergugat dan terancam.

Menurut catatan yang ditulis oleh seorang sami Buddha berketurunan Cina bernama I-Tsing, kerajaan Malayu pada ketika itu berada di bawah pengaruh kekuasaan empayar Srivijaya yang berpusat di Palembang. Agama rasmi empayar Srivijaya ialah Buddha bermazhab Vajrayana, yakni berbeza dengan Malayu yang sudah pun menjadi sebuah kerajaan Islam.

Pada tahun 680 Masihi, pemerintah Dinasti Tang di Tanah Besar China telah bertindak menghantar dua orang pendeta Buddha iaitu Vajrabodhi dan Amoghavajra ke Srivijaya. Tujuannya ialah untuk mengembangkan agama Buddha bermazhab Mahayana di Srivijaya serta menyekat pengaruh perkembangan Islam di Malayu.

Hasil campur tangan Dinasti Tang telah memaksa empayar Srivijaya untuk menyerang kerajaan Malayu pada sekitar tahun 730 Masihi. Pada ketika itu, Malayu berada di bawah pemerintahan Sri Maharaja Indrawarman,  putera kepada Sri Maharaja Srindrawarman yang sudah mangkat.

Serangan tersebut telah mengakibatkan Sri Maharaja Indrawarman mangkat dibunuh. Akhirnya, negara Kota Malayu Sribuza Islam atau Zabaq telah berjaya ditawan oleh empayar Srivijaya. Penaklukan tersebut menandakan berakhirnya kekuasaan sebuah kerajaan Islam yang terawal di Kepulauan Melayu atau Nusantara di bawah pemerintahan dua orang maharajanya yang beragama Islam iaitu Sri Maharaja Srindrawarman dan puteranya, Sri Maharaja Indrawarman. Amoghavajra adalah salah seorang dari dua Sami Buddha yang dihantar oleh Dinasti Tang ke Srivijaya untuk menyekat perkembangan Islam di Nusantara Melayu.

 

 

Posted by: | Posted on: April 19, 2016

KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 9

Ada tiga syariat saja yang dicipta oleh Allah Ta’ala untuk diamalkan untuk umat tertentu. Selainnya adalah khusus untuk kaum-kaum tertentu sahaja. Pertama sekali Syariat Nabi Adam, kerana baginda adalah bapa segala manusia. Kedua Syariat Nabi Ibrahim kerana daripada bagindalah bapa segala nabi, terbit semua Nabi-nabi selepas baginda, raja-raja serta pemimpin umat-umat kemudian.

Syariat yang memperbaharui dan membetulakan semua syariat pada agama-agama yang sebelumnya yang lain iaitu Syariat Nabi Muhammad SAW kerana baginda adalah Nabi dan Rasul akhir zaman.

Maka itu jika diteliti kitab-kitab Melayu lama, agama yang ada disebut wujud sebelum kemunculan Nabi Muhammad adalah Syariat Nabi Ibrahim iaitu agama Islam juga. Cuma untuk membezakan Syariat ini dengan Syariat Nabi Muhammad, wujud satu istilah untuk memanggil pengikut ajaran Nabi Ibrahim sebagai orang-orang Hanifiyah iaitu mereka yang ‘lurus’ “tunduk” “patuh” “layu”. Dari sinilah terbitnya perkataan Melayu iaitu ada kaitan dengan maksud Syariat dari Nabi Ibrahim a.s. Manakala dalam Kitab Istiadat Rraja-Raja Melayu pula menyebut dinamakan Melayu supaya anak-anak bangsa ini melayukan diri seumpama layunya daun ubi tanpa api atau matahari di hadapan Allah swt.

Bangsa Melayu berasal dari keturunan Keturah dari Tanah Kanaan, Himalaya dan Tibet dan Malai. Terdapat dua budaya iaitu Vedic-India dan Melayu di Nusantara. Wujudnya perkampungan Arab di Pelabuhan Barus, Sumatera telah ditemui wujud sejak abad 16 M lagi, kerana lahirnya tamadun Melayu yang membawa Islam dari Syariat Nabi Ibrahim a.s.

Sebahagian besar pengkaji telah pun mengetahui tentang rahsia yang terpendam di dalam organisasi Nazi Hitler. Parti Nazi,’swastika’ di ambil dari swastika dalam ajaran Vedic Kuno.Hindu dan Buddha.

Nazisme adalah fahaman ciptaan ‘The Hidden Hand’ digunakan untuk merangka plan jangka panjang, menubuhkan negara Zionis Israel. Holocaust adalah pembohongan semata dan jika ada Yahudi yang dibunuh,itu adalah Yahudi Ortodoks yang menentang Zionis.

Mereka dibunuh bersama-sama bangsa kulit putih Eropah yang dungu dan menjadi patsies di dalam kerja-kerja kotor mereka untuk menubuhkan Israel pada hari ini

Menurut pengarang ’Nazisme et Sociétiés Secretès’, bangsa Hyperborea selepas bermigrasi ke padang pasir Gobi lebih 6000 tahun yang lalu, telah mengasaskan sebuah penempatan baru yang digelar Agartha. Legenda menyebut,bangsa ini kemudiannya digelar sebagai Aryan telah berpecah kepada dua. Satu kumpulan bergerak ke barat laut berharap dapat kembali kepada Hyperborea yang hilang. Kumpulan kedua pula bergerak ke selatan, di mana mereka telah menubuhkan penempatan rahsia baru, di kaki gunung Himalaya.

Dalam operasi rahsia Hitler, Hitler telah menghantar berpuluh-puluh ekspedisi rahsia ke Tibet. Rahib Illuminati mula mencari-cari ke manakah hilangnya ahli bait (keturunan Rasullullah s.a.w) selepas kejayaan meracun Hassan Al-Askari r.a. Keturunan Rasullullah s.a.w ternyata seolah-olah lenyap tanpa berita. Padahal  mereka tahu Al-Mahdi adalah dari keturunan Rasullullah s.a.w dan Hasan Al-Askari r.a bukanlah Mahdi yang dicari-cari.

Dalam kitab kuno Kristian Rosicrusian (ajaran sesat) telah menyebut terdapat kerajaan kristian di Timur. Dengan itu pengembara Rosicrusian Sepanyol dan Portugis datang ke Nusantara mencari-cari kerajaan Kristian yang disebut di dalam mitos kitab kuno mereka. Setelah datang, mereka hanya menemui sebuah kerajaan Kristian Presto John yang kecil tidak seperti yang digembar-gemburkan dalam kitab kuno Kristian Rosicrusian. Tetapi apa yang memeranjatkan mereka adalah terdapat sebuah kerajaan Islam yang kaya-raya di Timur Jauh iaitu Barus di Aheh. Barus bukanlah negara orang-orang Arab, tetapi satu bangsa yang mereka sendiri tidak pernah mengenalinya. Inilah bangsa Melayu yang membawa ajaran tauhid dibawa Nabi Ibrahim a.s. Bagaimana terdapat sebuah kerajaan Islam ditengah-tengah pengaruh Hindu-Buddha di Timur Jauh yang jaraknya beribu kilometer dari negara Arab? Ini yang menjadi subjek Nusantara dijajah tanpa henti kerana untuk memadamkan Islam dari berkembang kerana Nusantara Melayu termasuk dalam ciri-ciri Timur di akhir zaman. Wallahu’alam.