March, 2016

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: March 1, 2016

KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 8

Bangsa Melayu berasal dari susur galur bangsa Malai. Pada masa Dinasti Fir’aun di Mesir sekitar 1.567SM  – 1.339SM di pesisir barat pulau Sumatera telah ada pelabuhan yang ramai iaitu namanya Pelabuhan Barus. Pelabuhan ini berkembang dengan baik karena adanya bangsa yang mengatur serta menjaganya dari serangan bajak laut atau negara lain. Penguasa Pelabuhan Barus dikenal dengan nama bangsa Malai. Malai dalam bahasa Sanskrit atau Tamil, bermaksud bukit atau gunung. Seperti namanya, bangsa Malai bermukim di sekitar perbukitan (dataran tinggi). 

 

bangsa Malai telah cemerlang sejak abad 1-16 selepas 9 tahun kewafatan Rasulullah s.a.w.

Bangsa Malai telah cemerlang sejak abad 1-16 Masihi selepas 9 tahun dakwah Rasulullah s.a.w. secara terbuka.

Asal usul bangsa Malai, bermula dari empat bangsa iaitu Arab-Cina-Eropa-Hindia. Singkatan sekarang di sebut ACHEH. Sampai sekarang istilah ACHEH masih dinisbatkan kepada keturunan Bangsa Malai yang tinggal di hujung utara pulau Sumatera.

Bangsa yang pertama datang ke Nusantara adalah bangsa Hindia Malaya (Himalaya). Bangsa Himalaya merupakan interaksi antara bangsa Hindia di sebelah keturunan Kusy keturunan Ham bin Nabi Nuh dengan bangsa Malaya (keturunan Bangsa Malaya Purba/Atlantis/Sundaland, Penduduk Asli Nusantara) yang selamat dari bencana banjir zaman Nabi Nuh.

Pada awalnya mereka tinggal di kaki gunung Himalaya. Sekitar tahun 6,000SM mereka datang ke pulau Sumatera. Mereka menyusul kerabatnya bangsa Polinesia, keturunan Heth, Ham bin Nabi Nuh, yang telah terlebih dahulu datang dan tinggal di bahagian timur Nusantara.

Pada sekitar tahun 4.500SM, datang bangsa Cina atau bangsa Formosa, keturunan Shini, Yafits bin Nabi Nuh. Bangsa ini membawa budaya Agraris dari tempat asalnya.

Setelah itu sekitar tahun 2.500SM, datang bangsa Eropah atau bangsa Troya atau Romawi Purba, keturunan Rumi, Yafits bin Nabi Nuh. Mereka membawa peradaban Harappa yang dikenali bangsa sudah sangat maju.

Terakhir sekitar tahun 2.200SM datang bangsa Arab Purba atau Bangsa Khabiru, keturunan A’d, Sam bin Nabi Nuh. Bangsa Khabiru adalah pengikut setia Nabi Hud. Mereka datang dengan membawa keyakinan Monotheisme di dalam masyarakat pulau sumatera.

Penyatuan ke empat-empat bangsa ini di kenal dengan nama bangsa Malai iaitu gabungan bangsa Acheh Purba atau Melayu Proto. Mata pencarian utama mereka adalah sebagai nelayan dan petani.

Bangsa Malai sebagaimana tempat asal pertamanya adalah bangsa Himalaya, mendiami daerah dataran tinggi, iaitu di sepanjang bukit barisan dari pegunungan pusat Gayo di utara, sampai daerah sekitar Gunung Dempo di selatan.

Siti Qanturah Bani Jawi hidup pada sekitar tahun 1670SM. Dikhabarkan  Nabi Ibrahim (keturunan Syalikh Sam bin NabiNuh) telah sampai berdakwah di negeri bangsa Malai. Beliau diceritakan memperistri puteri bangsa Malai, yang bernama Siti Qanturah (Qatura/Keturah).

Dari pernikahan itu Nabi Ibrahim di karuniai 6 anak, yang bernama Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah. Dari anak keturunan Siti Qanturah kelak akan memunculkan bangsa Media (Madyan) dan Melayu Deutro. Melayu Deutro wujud berdasarkan perkiraan Nabi Ibrahim hidup di masa Dinasti Hyksos berkuasa di Mesir Kuno (1730SM-1580SM). Sementara versi lain menyebutkan Nabi Ibrahim menikah dengan Siti Qanturah pada sekitar tahun 2025SM.

Bermula dari bukit barisan inilah, bangsa Malai beretebaran ke pelusuk Nusantara, seperti di Sumatera, Kalimantan, Sulawesi, Semenanjung Malaya, Siam, Kemboja, Sunda, Jawa, Bali, Maluku dan Papua New Geinei.

Bangsa Malai adalah pelindung Nusantara menurut para sejarawan. Bangsa Mongoloid begitu mendominasi daerah di sebelah utara Nusantara.

Muncul pertanyaan, mengapa bangsa Mongoloid tidak sampai meluaskan kekuasaan sampai ke selatan. Bukankah Nusantara adalah daerah yang sangat layak untuk dikuasai? Daerahnya subur, serta tersimpan beraneka bahan seperti emas, timah dan sebagainya. Apa yang mereka takutkan? Jawapannya hanya satu iaitu Nusantara ketika itu dilindungi bangsa Malai. Bangsa Malai dikenali memiliki kekuatan maritim yang kuat dan balatentaranya memiliki ilmu beladiri atau persilatan yang ampuh.

Ilmu bela diri inilah yang dikaji oleh zionis kerana menjadi kepentingan di akhir zaman nanti semasa zaman Dajjal, Al Mahdi dan Isa a.s. Ketika itu teknologi sudah tiada lagi kerana telah musnah semasa berlakunya peristiwa Ad-Dhukan. Tiada teknologi dan senjata canggih lagi, yang berguna ketika itu untuk merampas kuasa adalah ilmu beladiri atau persilatan.

Bangsa Melayu Nusantara memang terkenal dalam sejarah sejak dulu dengan ilmu persilatan terutama di zaman Hang Tuah ketika kekuasaan empayar Islam Melaka. Ramai tidak tahu sebab sejarah Melaka yang diajar di sekolah hari ini adalah atas acuan zionis dengan memadamkan kekuatan Melayu yang membawa Islam. Ketika itu kecemerlangan Melayu kerana membawa Islam dibawah payung sistem pemerintahan khalifah Islam Uthmaniah berpusat di Turki.

Melayu Nusantara menjadi satu mesteri bagi zionis kerana adanya ciri-ciri Timur Jauh tempat kebangkitan Islam akhir zaman. Nusantara Melayu juga menjadi salah satunya tempat menyimpannya Ahlul Bait yang lari dikejar oleh Wahabi Bani Saud. Nusantara Melayu juga ada kaitan dengan keturunan Nabi Ibrahim as. Nusantara Melayu juga ada kesamaan DNA dengan dengan bangsa Lost Tribe Yahudi yang dicari.

Adakah bangsa ini benar-benar akan keluar wali-wali Allah, orang-0rang soleh beriman yang akan bangkit membawa Islam akhir zaman?? Adakah bangsa inikah yang akan akan bekumpul di Palestin nanti setelah selesai perang besar Al Malhamah Kubra yang sedang berlangsung di Syiria sekarang untuk membunuh Yahudi yang lari bersembunyi di sebalik pohon Qarqhad??

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan: “Akan muncul dari Khurasan bendera-bendera hitam, maka tidak ada seorang pun yang mampu mencegahnya, sehingga bendera-bendera itu dipacakkan di Eliya (al-Quds)“. (HR. Ahmad, Tirmidzi dan Nu’aim bin Hammad).

Khurasan itu menjadi perbahasan Ulama sehingga hari ini. Adakah Afghanistan atau tempat lain yang mengumpul seluruh kekuatan Islam yang bergabung? Siapa pula Panji-Panji Hitam yang akan berada dibarisan hadapan Al Mahdi. Semua kaum muslim hari ini ingin merebut janji Allah di akhir zaman untuk menjadi seperti Sultan Al Fateh untuk membuka Kota Contantinople kali ke dua menyahut tawaran Allah buat yang terakhir sebelum dunia ini dikiamatkan.

Hanya Allah yang mengetahui ilmu akhir zaman. Wallahua’lam.