September, 2015

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: September 10, 2015

KEPENTINGAN HARTA INTELEK (IP) PADA MASA HADAPAN

Pada zaman lepas orang mencari harta seperti tanah dan rumah. Semakin lama nilainya semakin mahal sehingga mendapat kepercayaan kepada bank2 untuk dicagar dan dijual ditukar kepada wang ringgit.

Apabila tanah sudah habis, mahal dan sukar untuk memilikinya maka berlaku perubahan anjakan paradigma bentuk harta baru iaitu harta Interlek @ Intellectual Property (IP). IP adalah harta cetusan minda hasil dari kreativiti dan inovasi lahir dari pemikiran baru.

Property lama berbentuk fizikal seperti tanah dan rumah. Berbeza pula IP adalah hanya berbentuk logo dan tag line sahaja.

Perbezaan nilai property lama adalah ia memerlukan ruang fizikal yang besar untuk meningkatkan nilainya. Contoh tanah, untuk menjadi ia bernilai berbilion ringgit tanah memerlukan keluasan yang besar lagi banyak.

Berbeza dengan IP ianya hanya perlu membuat pegiklanan sehingga ia mendapat kepercayaan orang terhadap jenama tersebut. Jenama itu menjadi nilai berbilion atau trilion hanya perlu diikat dengan produk yang berkualiti. Contohnya di peringkat antarabangsa seperi Mcrosoft, KFC dan lain-lain. Jenamanya saja bernilai berbilion ringgit jika pihak lain hendak mengguna logonya. Contoh jenama tempatan seperti Upin dan Ipin dan lain-lain. Orang lain perlu membayar mengikut nilai semasa jika pihak lain menggunakannya.

Hakikatnya inilah bentuk aset baru bagi genarasi akan datang untuk hidup dan bersaing dizaman yang mereka akan hidup nanti. Harta baru ini bukan lagi segulong ijazah tetapi adalah IP, inovasi dan kreativiti sendiri. Mereka yang membina IP hari ini akan terbang lebih jauh dari mereka yang masih dengan cara konvensional.

Posted by: | Posted on: September 10, 2015

KHASIAT AIR BERAS

Tahu kah anda? Terdapat banyak khasiat air beras dari basuhan pertama hinggalah ke air didihan beras sebelum menjadi nasi. Antaranya:

1) Air basuhan beras yang pertama

Air basuhan pertama juga, boleh digunakan untuk mencuci ikan, ayam untuk menghilangkan bau hanyir yang ada pada ikan dan juga ayam. Ia juga boleh digunakan untuk membasuh sayur-sayuran untuk menghilangkan kekotoran dan juga ulat yang ada pada sayur.

Air ini juga boleh dijadikan baja pokok kerana ia akan berbuah lebat. Contohnya, pokok cili dan lain-lain jika anda ada menanam pokok di rumah.

2) Air basuhan kedua

Untuk wanita yang inginkan kulit putih, gebu dan mulus semulajadi, ambil air beras basuhan kedua untuk membasuh muka. Ia juga amat sesuai buat mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat.

Air ini juga dapat menyerikan wajah, bagi orang Islam mereka mengamalkan bacaan selawat sebanyak tiga kali sebelum menyapukan air ke wajah.

Air ini juga boleh dijadikan mandian bagi menggantikan susu dan juga scrub badan. Ia boleh digunakan begitu sahaja untuk mandian atau anda ingin campurkan dengan bunga-bunga agar lebih wangi dan membangkitkan aura positif di dalam badan.

Khasiat air beras untuk dijadikan mandian amat baik untuk kulit kering dan kusam, hilangkan panas badan, mereka yang mengalami gatal-gatal, menghilangkan daki dan sebagainya.

3) Air didihan beras sebelum menjadi nasi

Hah!!! Khasiat air didih beras pun tidak kurang hebatnya. Anda boleh mengamalkan air didihan beras secara sejuk atau suam dengan campuran gula atau tidak. Khasiatnya, akan membuatkan suara menjadi lunak bagi seorang yang suka menyayi atau pembaca Al-Quran.

Jika wanita di luar sana, mengamalkan air didihan beras sebelum tidur ia akan membuatkan payu dara anda menjadi tegang semulajadi.

Sekian disini sahaja untuk maklumat ini, elakkan pembaziran gunakanlah air beras ini sebaik mungkin.

 

Posted by: | Posted on: September 10, 2015

HARTA INTELEK (INTELLECTUAP PROPERTY) BAKAL MENJADI SUMBER KEKAYAAN BARU NEGARA

LOGO TM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Pelan Hala Tuju Intellectual Property Monetisation, strategi yang dirangka bagi menjadikan harta intelek sebagai satu sumber kekayaan baharu yang mampu mentransformasikan ekonomi negara.

Beliau berkata pelan tersebut juga mampu meletakkan Malaysia bersaing dengan negara-negara maju yang lain.

“Kita perlu berdaya saing ke arah negara berpendapatan tinggi yang tidak bergantung kepada sumber-sumber tradisional dan fizikal tetapi hendaklah berasas kepada sumber kekayaan baharu seperti sumber intelektual,” katanya pada majlis Anugerah Harta Intelek Negara 2015 di sini, hari ini.

Najib berkata bagi memastikan momentum kelangsungan kejayaan ini, rakyat perlu lebih berinovasi dan kreatif serta sentiasa mencipta nilai tambah untuk menghasilkan produk dan teknologi yang berimpak tinggi bagi pasaran tempatan dan global.

Menurutnya, Malaysia, yang mempunyai kaitan budaya dengan negara-negara Asean, China dan India, perlu mempertingkatkan pengeksportan seni dan budaya melalui kreativiti tersendiri.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, inisiatif mmperkasakan ekosistem harta intelek negara menunjukkan keberkesanan apabila angka permohonan mencatatkan peningkatan setiap tahun, iaitu pada purata enam peratus.

Ini membuktikan harta intelek merupakan penyumbang kepada perkembangan ekonomi negara, katanya.

Susulan itu, beliau berkata kerajaan bersetuju untuk menimbang menyediakan peruntukan bagi permohonan pendaftaran harta intelek tertentu dalam usaha meningkatkan lagi bilangan permohonan.

Sebanyak 42 peratus daripada jumlah keseluruhan permohonan harta intelek adalah daripada kalangan pemohon tempatan berbanding dari luar negara.

Perdana Menteri turut menggesa pihak institusi kewangan untuk membangunkan kapasiti dalam menilai projek berasaskan harta intelek berikutan masalah kekurangan dana dalam kalangan pemilik harta intelek.

“Usaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), bersama-sama dengan pihak berkepentingan akan menghasilkan satu ekosistem yang lebih dinamik lagi mampan, serta melahirkan satu sektor ekonomi berlandaskan inovasi dan kreativiti bagi menyokong status negara sebagai sebuah ekonomi berpendapatan tinggi,” katanya.

SUMBER – http://www.sinarharian.com.my/nasional/harta-intelek-bakal-jadi-sumber-kekayaan-negara-1.429305

Posted by: | Posted on: September 8, 2015

KHASIAT BAYAM

bayam

MEMBINA TULANG YANG KUAT

1.Pengambilan sayur bayam secara berkala boleh mencegah Osteoporosis. Sumber vitamin K yang terbaik dari bayam cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum.

2. MEMBINA SALUR DARAH YG BAIK

Bayam juga kaya dengan zat besi. Zat besi penting dalam membina sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh badan.

3. MENJAGA KESIHATAN JANTUNG

Sifat antioksidannya mencegah pengumpulan plak kolesterol pada arteri. Bayam juga bagus dalam mengawal tekanan darah.

4. MENCEGAH KANSER

Mengandungi flavanoid yang mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

5. BAGUS UNTUK IBU MENGANDUNG

Bayam mengandungi sumber vitamin A dan folat yang sangat diperlukan dalam pembentukan paru-paru bayi dan sistem saraf yang lengkap.

6. MATA YANG SIHAT

Bayam mampu melindungi mata dari proses penuaan yang berubah seiring usia. Amalkan pengambilan secawan bayam sehari untuk mendapatkan mata yang sihat.

Posted by: | Posted on: September 2, 2015

LAW OF ATTRACTION 2

ATTACK

Manusia mengeluarkan gelombang melalui otak. Gelombang itu hanya dapat dikesan dan ditunjukkan melalui alat EEG, sejenis alat yang dapat memaparkan aktiviti gelombang dalam alam semesta.

Semasa manusia memikirkan perkara positif, maka gelombang positif sahaja yang akan dikeluarkan.  Begitu juga jika manusia memikirkan perkara negatif, maka gelombang negatif sahaja yang akan dikeluarkan.  Ini menjelaskan bahawa, dalam satu-satu masa, hanya satu gelombang sahaja yang akan aktif melalui pemikiran manusia dipancarkan ke alam semesta.

Teori gelombang menjelaskan bahawa gelombang akan menarik gelombang yang mempunyai frekuansi yang sama menghampiri pemancarnya.  Gambarkan manusia sebagai pemancar dan mengeluarkan gelombang positif, maka perkara baik yang positif akan tertarik kepada manusia (pemancar). Hukum ini digunakan oleh stesesn radio dan televisyen. Untuk menarik siaran yang kita kehendaki kita aktifkan receiver di radio atau television mengikut frekuansi gelombang yang kita kehendakki, maka gelombang tadi akan berhubung dengan gelombang yang sama di stesen pemancar dan siaran akan jelas kedengaran. Teori ini sama dengan gelombang di pancarkan oleh otak manusia. Fikiran yang baik akan memancarkan gelombang yang positif dan akan menarik gelombang baik sekeliling. Kebaikkan akan datang. Sebaliknya jika kita memikirkan perkara buruk otak akam memancarkan gelombang negatif . Keburukan yang akan menghampiri kita.

Inilah yang dinamakan hukum tarikan Law Of Attraction. Penjelasannya, apabila manusia memikirkan perkara baik, maka kita MENARIK perkara yang baik itu menghampiri kita. Sangat bahaya manusia yang berkhayal perkara buruk kerana semua gelombang jahat akan melepaskan gelombang jahat. Gelombang jahat akan berhubung dengan gelombang jahat alam dan keburukan akan ditarik olehnya. Keburukan akan menghampirinya.

Posted by: | Posted on: September 2, 2015

PENIPUAN YAHUDI ZIONIS MEMPERBODOHKAN MANUSIA SELURUH DUNIA

zionis

Kita tahu saat ini bangsa Yahudi menguasai dunia. Mereka mencipta, merangka dan mempraktiskan satu teori iaitu konspirasi Illuminati. Iluminati adalah satu langkah perancangan strategik Yahudi menguasai dunia. Seperti kita ketahui juga ada banyak perkara di dunia ini yang nampaknya begitu misteri, namun sudah menjadi gaya hidup manusia hari ini kecuali orang yang betul-betul berpegang dengan Al Quran dan hadis Nabi SAW. Perhatilah sekeliling perkara dibawah;

1. Rokok

Bangsa Yahudi pemilik kilang rokok terbesar di dunia. Bangsa Yahudi tidak merokok, mereka tahu bahaya merokok jadi harga rokok dibuat sangat mahal. Di New York, Amerika Syarikat harga rokok sebungkusnya USD 12.

Bila pasaran Yahudi enggan membeli rokok kerana mahal, lantas dijual kemana rokoknya? Tentu saja ke negara-negara Muslim. Merokok dapat membuat otak tumpul dan bodoh. Rokok dijual bebas di setiap kedai, di tepi sekolah, warung kaki lima di sebelah sekolah. Bangsa Yahudi makin pintar kerana tak merokok, dan umat muslim semakin bodoh kerana lebih memilih membeli rokok. Walau pun orang tahu merokok tidak baik tetapi meninggalkannya amat sukar kecuali orang yang faham yahudi sebagai musuh orang Islam. Jika ia belum dapat meninggalkan rokok ia belum berjaya menjadi pejuang Islam.

2. Vaksin Dan Ubat Moden

Yahudi membuat vaksin dan ubat moden lain, tapi tahukah anda? Rakyat Israel tidak berubat menggunakan vaksin dan ubat-ubatan moden.Mereka tahu ubat yang mengandungi bahan kimia tidak bagus untuk kesihatan. Kerana itu masyarakat Israel memilih ubat-ubatan semula jadi, misalnya Habbatus Sauda, rawatan alami sunah rasul digunakan sebagai rawatan sehari-hari rakyat Israel, namun umat Islam lebih percaya dengan ubat kimia yang katanya moden itu. Belum lagi beberapa vaksin mengandungi babi.

3. Hubungan Ibu dan Calon Bayinya

Wanita Yahudi ketika mengandung, akan mendengar suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama. Tujuannya untuk mendapatkan bayi yang bijak dan pintar, kerana fikiran dan perasaan si ibu berterusan dengan sang anak. Apabila si anak lahir, sang ibu menyusui sendiri anaknya. Bagaimana dengan umat Islam? Saat ini banyak ibu yang memilih menggunakan susu formula untuk bayinya.

4. Mengganti Kafein berbahaya

Bangsa Yahudi tahu itu. McDonald di Israel menggantikan kopi berkafein dengan teh yang mengandungi polyphenols. Polyphenols berguna sebagai antioksidan memperbaiki sel rosak dan mencegah kanser. Sedang umat Islam masih terpedaya dengan kafein berbahaya.

5. Makan Buah Sebagai Makanan Pembuka

Di Israel mereka mendahulukan makan buah terlebih dahulu sebelum memakan makan utama. Mereka tahu kalau mereka makan makanan utama terlebih dahulu (contohnya nasi atau roti), maka mereka akan mengantuk, lemah dan payah, kombinasi yang tidak produktif untuk belajar dan bekerja. Bagaimana dengan umat Islam? Lagi-lagi mereka terpedaya. Masyarakat muslim lebih percaya untuk memakan buah sebagai makanan penutup. Ini akan menjadi suka mengantuk dan malas utk beribadah.