August, 2015

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: August 23, 2015

LAW OF ATTRACTION 1

magnet

Hukum Penarikan atau dikenali sebagai Law of Attraction (LOA) merupakan salah satu hukum dalam alam semesta ini.  Sama seperti hukum graviti, setiap hukum alam tidak dapat disangkalkan lagi.  Ia dikaitkan dengan hukum Newton, hukum graviti iaitu seorang pengkaji tarikan graviti bernama Newton.

Hukum graviti menyatakan setiap objek, tidak kira berapa berat jisimnya, pasti akan tertarik semula ke bumi.  Ini adalah kerana, graviti dalam bumi mempunyai hukumnya tersendiri iaitu menarik apa sahaja yang ada dalam medannya untuk mendekatinya.  Hukum ini telah kita fahami sejak dahulu dan tiada siapa dapat menyangkalkan hingga kini.

Seperti hukum graviti, LOA juga adalah satu hukum alam.  Namun, bukan semua orang terdedah dengan maklumat hukum ini menyebabkan ia sedikit asing kepada kita.  LOA merupakan kesinambungan kepada hukum kuasa minda dalam diri manusia.  Jika hukum graviti bermula dari tarikan graviti daripada bumi, maka LOA pula adalah tarikan daripada kuasa minda manusia.

Hukum LAO akan menarik apa yang minda kita fikir, angan atau apa yang kita impikan. Jika kita impikan baik, benda yang baik akan mendekati kita. Kita fikirkan jahat, kita akan melakukan dosa dan kejahatan.

Posted by: | Posted on: August 14, 2015

CIRI-CIRI KEPIMPIAN YANG BAIK

leader

Pertama- Boleh berfikir jankaan di hadapan

Islam mengajar kita untuk berfikir bukan setakat dunia tetapi menjangkau dunia baru kita tidak nampak, tentang alam kubur, juga dilatih berfikir tentang mahsyar suatu masa yang belum terjadi. Maksudnya seorang pemimpin yang bijak dapat dilihat dari apakah ia mempunyai visi atau tidak, juga sejauh mana visi yang dicita-citakannya itu.

Seorang pemimpin yang hebat mesti memikirkan jangkaan yang akan berlaku dihadapan dan membuat persediaan ke waktu itu. Seorang pemimpin sejati dia tidak hanya berfikir untuk hari ini saja, tetapi mampu membuat perancangan, misalnya sampai 5-10 tahun ke depan, strategi jangka panjang dan jangka pendek.

Apakah hanya akan berkaya-kaya di dunia, tapi direbus di akhirat? Atau melimpah ruah di dunia dan di akhirat menjadi ahli Syurga? Tidak sedikit orang yang cita-citanya hanya sampai dunia saja. Berlatihlah memikirkan visi yang jauh ke depan, kerana berfikir jauh itu menentukan apa yang boleh kita lakukan.

Kedua- merancang dan membuat strategi

Mampu merancang dan menentukan mana yang harus didahulukan. Jangankan memimpin sesuatu yang besar, untuk menetapkan hal yang sederhana saja memerlukan kemampuan berfikir. Membuat sesuatu yang mudah saja jika tidak memakai strategi tentu akan gagal, apatah lagi untuk memimpin sesuatu yang besar. Jika seseorang tidak mampu menentukan mana yang harus didahulukan dan tidak mampu merancang, itu tidak layak menjadi pemimpim.

Ketiga- menggali potensi rakan kumpulannya

Tidak ada kejayaan seorang diri. Kejayaan hadir dalam jemaah atau kumpulan. Pemimpin yang bijak harus mahir membaca, menggali dan mencungkil potensi ahli kumpulannya. Lihat kepimpinan Nabi SAW bagaimana? Nabi SAW mengetahui potensi sahabat-sahabatnya, sehingga potensi mereka semua dapat digunakan untuk kembangkan islam. Contoh, Rasulullah SAW memahami potensi Bilal, walaupun ia hanya seorang budak yang hitam legam, tetapi ia sangat taat dan mempunyai suara yang bagus, sehingga azannya menyentuh kalbu. Oleh kerana itu, bacalah potensi orang-orang di sekitar kita. Di rumah potensi isteri dan anak apa, potensi pembantu apa, potensi tetangga bagaimana? Dalam bisnes apa potensi rakan bisnes kita?

Keempat – memberi motivasi

Setelah potensi dibaca dan digali, lalu mereka digalakkan agar dapat berbuat sesuatu. Seorang pemimpin tidak cukup hanya pandai merancang dan bercita-cita, tetapi harus mampu memberi motivasi agar masyarakat dapat bergerak. Semua memain peranan mengikut potensi yang ada dalam diri masing. Gabungan semua orang membentuk satu kekuatan untuk mengerakkan suatu yang kita rancangkan.

 

Posted by: | Posted on: August 13, 2015

12 RAHSIA BISNES RASULULLAH

1.Menjadikan Perniagaan (Berkerja) Sebagai Ibadah Menuju Syurga

Firman Allah “Apabila telah tunaikan solat,maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah kurnian Allah dan banyak2 mengingati Allah supaya kamu beruntung” QS Al-Jumu’ah

2.Dalam dunia Bisnes Kejujuran dan Kepercayaan Tak boleh ditawar sama sekali

Sabda Rasulullah:
“Pedagang yang beramanah dan dipercayai, akan bersama orang-orang yang mati syahid nanti di hari kiamat” HR ibnu Majah dan Al Hakim.

3.Tidak hanya sebuah mimpi

Tapi harus jaga kewujudan Mimpi. Rasulullah Saw adalah orang yang memiliki impian yang besar semenjak kecil untukmenjadi pemimpin yang disegani walaupun dari keluarga miskin dan yatim piatu. Rasulullah telah tertanam prinsip yg kuat bahawa hari ini adalah lebih baik dari kemarin.

4.Berfikiran rasional,kreatif dan siap menghadapi perubahan

Perlu ada 5 prinsip
●Reputasi
●Tumbuh dari bawah. Bermula dari bawah kemajuan.
●Konsentrasi. Fokus ketekunan dlm satu urusan.
●Tidak terpengaruh. Mudah terikut dengan apa yang dibuat orang ramai.
●Modal hanya pelengkap.kunci sebenarnya keberanian.

5.Rasulullah Memiliki Planning dan Matlamat yg jelas

Dalam dunia bisnes kesuksesan sangat bergantung pada planning yang kita rancang.

6.Bijak Mempromosi Diri

Cara Rasulullah Saw mempromosi jualannya tidak pernah tergoda utk segera keuntungan sebanyak2nya. Baginya keuntungan yg sedikit dgn perjualan yang banyak.

7.Memberi gaji kepada pekerjanya sebelum kering keringatnya

Hubungan pekerja sudah dianggap keluarga majikan. Sabda Rasulullah Saw.
“Hendaklah memberi mereka makan dari apa yang ia makan dan memberinya pakaian seperti apa yang ia pakai.”

8.Mengetahui Formula ‘Bekerja dgn Cergas’

Rasulullah telah mempraktikkan konsep entrepreneurship yang luar biasa cerdasnya.

9.Mengutamakan Hubungan Silaturrajim

“Sesiapa yang ingin rezekinya dipanjangkan maka hendaklah ia menyambung silaturrahim” HR Muslim dari Anas bin Malik

10.Berbisnes dengan Cinta

“Barangsiapa yang tidak mengasihi manusia,maka ia tidak akan dikasihi Allah” HR Tarmizi.

11.Pandai Bersyukur dan Berucap Terima Kasih

“Jika kalian berserah diri kepada Allah sebenar2nya taqwa, nescaya Dia menjamin rezekimu sebagaimana Dia menjamin keperluan burung yang terbang di pagi hari dengan perut kosong dan kembali pada petang hari dengan perut kenyang” HR ImamTarmizi,Nasai,Ibn Majah dan Ibn Hiban.

12.Be The Best

Menjadi Manusia Paling Bermanfaat.

“Tangan di atas itu lebih baik daripada tangan di bawah”

Posted by: | Posted on: August 13, 2015

MY STROY 2 – POWER OF TRUST DALAM BISNES

Trust

Dalam bahasa moden ia disebut integriti. Dalam bahasa Malaysia ia sebut jujur, kepercayaan, ikhlas boleh dipercayai. Dalam agama ia disebut ikhlas niat yang baik lerana Allah.

Setiap kita yang beriman kalau target nak masuk syurga mesti ada nilai ini. Dalam alam pekerjaaan jika pekerja ada nilai trust Insya Allah cepat naik pangkat. Dalam rumah tangga jika suami isteri ada nilai ini ia akan temui sakinah walau rumah tak seberapa apatah lagi jika rumah macam istana, suami isteri pula ada integriti, jawabnya mereka dapat merasai jannah didunia lagi. Bagaimana rasa jannah di syurga ya??

Dalam bisnes pula kalau nak maju bertahan selamanaya, nilai integriti amat perlu. Integriti mesti ada bersama customer, suplyer, pemborong atau pengimpot. Ia wujud dalam networking bisnes kita.Hubungan networking itu wujud bersterusan atas nilai integriti bersama. Rakan bisnes boleh jadi saudara terdekat, kawan atau rakan yang baru kita temui. Semua itu perlu diukur nilai mereka walau saudara sendiri.
Untuk menilai integriti seseorang ia perlu diukur, dibuat prediction dan finalnya nilaikan integriti yang ada dalam dirinya.

Untuk mengukur intergriti bukan boleh diukur dalam masa singkat sehari dua. Memakan masa lama biasanya lebih dari tempoh 3 tahun. Jika kita berjaya mengukur integriti rakan bisnes kita melepasi 3 tahun dan yakin dengan nilai intrgritinya yang ada padanya sudah precise barulah ia boleh diambil sebagai rakan kongsi bisnes.

Bila melepasi tahap itu bermakna kita boleh melepaskan barang kita dahulu dan bayar kemudian. Jika sebelum tempoh 3 tahun kita sudah menaruh nilai trust dan melepaskan barang itu merupakan error yang besar kita lakukan. Risiko mereka kencing tak bayar memang berlaku hatta dengan saudara pun boleh berlaku hingga boleh terjadi putus saudara, putus kawan dan macam-macam lagi.

jika ini berlaku boleh mengakibatkan kerugian atau duit pusingan modal sudah luput. Jika terkena lebih dari 5 agen kita dalam skala yang besar boleh menjadi bisnes gulong tikar kerana duit modal sudah habis.

Pengalaman kami zaipermai bersama pemborong memang begitulah. Setelah mereka sudah trust kita melepasi 3 tahun berurusan barulah mereka berani melepas produk dan bayar kemudian. Bukan setakat itu gudang dalam kilang pun mereka sanggup tunjuk dan offer produk apa yang kita hendak jual mereka sanggup bekalkan apabila mereka temui nilai trust dengan kita.

Konsep inilah pemborong Cina bekalkan produk kepada Melayu Acheh sehingga Melayu Acheh menguasai kedai runcit di Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur. Mereka Melayu Acheh hanya keluarkan modal sewa premis sahaja. Bayaran kepada taiko Cina dibayar bulanan selepas sold.

Sehingga kini kebanyakan produk FS sudah dapat dibawa masuk dengan mudah tanpa mengekuarkan modal yang tinggi. Konsep jual dahulu bayar kemudian. Try and erorr produk mana yang boleh jalan. Kepercayaan ini berlaku setelah dibina lebih 10 tahun sudah sudah 3 kali melepasi tahap integriti.

Bermacam rahsia strategi melebarkan empayar perniagaan masing-masing. Teknik ini mereka tidak perlu rugi malah berkembang. Kilang ini juga akan menambah cawanganya dari Utara ke Selatan di Rwang tidak lama lagi samada tahun ini atau tahun hadapan.

Posted by: | Posted on: August 13, 2015

NASIHAT TUN MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU

tun m

1.Melayu perlu belajar dari bawah

Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif

Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh

Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama

Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata “Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung…”.Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan

Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.

Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.

Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset

Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain

Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan

Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir “Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!”

12.Mengamalkan peribadi mulia

Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji

Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan

Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network

Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya…

16.Membayar hutang dengan baik

Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.“Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai

 

Posted by: | Posted on: August 11, 2015

KEGEMUKKAN ITU SEBENARNYA TIDAK BAIK

Rasulullah saw pernah menyebutkan generasi terbaik yakni generasi beliau, kemudian generasi sesudahnya, dan generasi sesudahnya lagi. Lalu setelah itu beliau menyebutkan sebuah zaman yang dipenuhi kejelekan. Salah satu tandanya adalah banyak orang kegemukan.
Beliau bersabda:
خَيْرُكُمْ قَرْنِى ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ، ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ . قَالَ عِمْرَانُ لاَ أَدْرِى أَذَكَرَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – بَعْدُ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلاَثَةً . قَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ ، وَيَشْهَدُونَ ، وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ وَيَنْذِرُونَ وَلاَ يَفُونَ ، وَيَظْهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ
“Umat terbaik di antara kalian adalah pada generasiku ini, kemudian generasi sesudahnya, kemudian generasi sesudahnya lagi.” Imran bin Hushain, sahabat yang meriwayatkan hadis ini mengatakan, aku tidak ingat apakah Nabi saw menyebutkan dua generasi selepas atau tiga generasi. Kemudian Nabi saw melanjutkan sabdanya: “Sesungguhnya setelah generasi kalian nanti akan muncul suatu kaum yang berkhianat dan tidak dapat dipercaya, mereka memberi kesaksian tetapi tidak boleh dipertanggungjawabkan kesaksiannya, mereka bernazar tetapi mengingkarinya, dan pada zaman itu banyak orang yang mengalami kegemukan” (HR. Al Bukhari)
Dalam hadis ini hanya disebutkan bahawa pada zaman tersebut banyak orang mengalami kegemukan. Tidak secara tegas dikatakan bahawa kegemukan itu jelek sebagaimana jeleknya khianat, kesaksian palsu dan mengingkari nadzar. Namun yang perlu kita renungkan, setiap yang berlebih-lebihan merupakan perkara yang tidak baik. Gemuk itu baik, tapi kalau sudah kegemukan, menjadi tidak baik. Sekurang-kurangnya dari segi kesihatan.
Di zaman sahabat juga ada orang yang obesiti, namun jumlahnya tidak banyak. Salah satunya pernah bertemu dengan Umar bin Khattab ra;
“Mengapa perutmu besar seperti ini?”, Tanya Umar bin Khattab sewaktu terserempak dengannya di sebuah jalan. “Ini adalah kurnia dari Allah,” jawab orang itu. “Ini bukan barakah, tapi azab dari Allah!” Tegas Umar, “Hai sekalian manusia, hindarilah perut yang besar. Sebab itu membuat kalian malas menunaikan solat, merosakkan organ tubuh dan menimbulkan banyak penyakit. Makanlah secukupnya. Agar kalian semangat menunaikan solat, terhindar dari sifat boros, dan lebih giat beribadah kepada Allah. “
Imam Syafie memberikan nasihatnya mengenai kegemukan, “Sama sekali tidak akan beruntung orang yang gemuk, kecuali Muhammad bin Hasan Asy-Syaibany.” Lalu ada yang bertanya, “Mengapa demikian wahai Imam?”  “Kerana seorang yang berakal tidak lepas dari dua hal; sibuk memikirkan urusan akhiratnya atau urusan dunianya, sedangkan kegemukan tidak terjadi jika banyak fikiran. Jika seseorang tidak memikirkan akhiratnya atau dunianya bermakna ia sama sahaja dengan haiwan. “
Posted by: | Posted on: August 5, 2015

LEMON PEMUSNAH SEL KANSER

LEMON

Tahukan anda lemon adalah amat mujarab untuk merwat kanser. Kos lemon sangat rendah. Caranya adalah meminum air lemon panas. boleh menolong anda seumur hidup. Lemon panas membunuh sel kanser.  2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, bolehmenjadi air alkaline. Kesan jgka pendek badan rasa ringan, sakit tumit hilang, buang air besar lawas, sakit kpala hilang, bisul dan bengkak dibadan berkurang, resdong dan arlegik berkurang. Badan terasa lebih sihat.

Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sangat bermanfaat bagi siapa sahaja. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yang terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh. lemon boleh bantu atasi segala jenis tumur. Llemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor.

Lemon extract boleh melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal. Acid Citrit Polifenol yang terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan darah.

 

Posted by: | Posted on: August 5, 2015

DATOK RAMLY MOKNI (RAMLY BURGER)

RAMLY

Datuk Ramly Mokni  adalah usahawan yang famous dengan burgernya, RAMLY. Dato Ramly ini jarang  mendapat liputan dan JARANG SANGAT kita baca kisah-kisah beliau dalam media. Dato Ramly berasal dari Tanjung Piandang,  Perak. Dibesarkan di Selangor dan ada 16 adik beradik.

Segalanya bermula pada tahun 1978 bila negara kecoh isu halal haram daging burger ni sebab kebanyakan burger masa tu diimport dari luar negara, jadi Ramly ambil keputusan buat sendiri burger daging di rumah bersama isterinya. Dengan modal RM2,000, mereka buat sendiri burger daging secara manual (tanpa mesin) di flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru. Mula-mulanya tak dapat sambutan sebab orang Melayu tak banyak makan burger, tapi perlahan-lahan Ramly buka banyak stall burger dekat area Chow Kit dan sejak itu permintaan daging burgernya bertambah.

Akhirnya dari hanya 200 keping daging sehari, mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari. Tahun 1980 mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya buka kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping sehari!

Cabaran Ramly paling besar masa tu sebab MARA tolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger, tetapi Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka. Lepas tu timbul fitnah pula burgernya tidak halal hingga beliau terpaksa buat report polis. Kemudian ada pula yang fitnah kononnya mereka dah jual bisnes kat orang lain. Semua fitnah tu buat beliau dan keluarganya lebih tabah dan berusaha membuktikan mereka bukan seperti mana yang difitnahkan.

Dan sekarang jualan tahunan mereka dah cecah RM1 billion, daging saja mereka guna hampir 1.5 tan sehari untuk menghasilkan pelbagai jenis burger, pergh! Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.

Posted by: | Posted on: August 5, 2015

MY STORY FARUQ SHOP 1

Alhamdulillah 3 bulan lagi FARU SHOP  (FS) akn genap setahun. Tidak terasa masa berlalu begitu pantas. Ini bermakna bisnes yang kita pilih itu sesuai, serasi, memang passion atau hobi.

Bila dah jadi passion itu merupakan salah satu faktor kejayaan bisnes. Ia boleh melonjak krn ada energy dari momentum akibat feel hapy kita membuat bisnes. Tidak ada istilah jemu.Tidak ada istilah letih krn ia telah menjadi passion atau hobi. Inilah yg dikatakan U LOVE WHAT U DO.

Belum sampai setahun sudah nampak kejayaan. Konsep yg FS bawa bukan fikir keuntungan dunia srmata2 malah menjadi saham akhirat pahala menyediakan produk halal utk muslim. Inilah yg membakar semangat membara. Tidak terasa letih dlm penat lelah meredah mencari produk2 halal krn sudah ditanam jihad.

Yg paling seronok tidak ada konsultan yg diupah utk setup FS. Apa yg kami buat adalah idea km berdua.Tidak lupa berdoa, munajat kepada Allah memohon menyelesaikan masalah yg dihadapi.

Juga FS tidak mengambil apa2 loan spt mana kami membuat bisnes MAB dan HSPM. Sikit2 ia dinject dana dari keuntungan MAB dan HSPM.Nampak Allah hadirkan insan2 yg membantu.

Satu kekuatan yg sangat luar biasa yg Allah bagi jika difikirkan kedai2 seangkatan yg dibuka banyak yg sudah ditutup sedangkan FS terus memgukir nama di Lembah Klang.

Nak ikuti cerita km buat bisnes folow jgn tak follow. FREE OF CAJ dari idea2 yg terbit selepas dhuha. Nk bisnes dhuha menjadi amalan wajib. Bersambung lagi semoga menjadi inspirasi utk siapa yg nk kaya dunia dan kaya akhirat.