June, 2015

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: June 8, 2015

AYAM ORGANIK VS AYAM SUNTIK

chicken-injected-with-hormones

 

Ayam ternakan biasanya disuntik dengan vaksin, antibiotik atau enzim samada untuk mencegah penyakit atau mempercepat tumbesaran ayam tersebut, namun ia boleh memudaratkan kesihatan, selain penggunaan enzim babi untuk membesarkan ayam.

Satu kajian di UK, ayam yang anda makan ada kemungkinan disuntik dengan protein lembu atau babi,menurut kajian yang dilakukan oleh BBC selepas pemerhatian selama 6 bulan di Belanda. Selain itu, terdapat juga laporan di mana ayam yang disuntik dengan lembu dan babi tapi dilabelkan sebagai halal dijual di UK dan beberapa negara Eropah lain.

Perkara ini disahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menyatakan protein lembu atau babi memang digunakan di sesetengah negara Eropah bertujuan mempercepatkan tumbesaran ayam, namun tidak diketahui adakah ianya juga digunakan di Malaysia

CAP juga mengesahkan ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalah menghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita

Menurut Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser

Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan, menurut pakar pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (Utusan Malaysia).

Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin (saltwater) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses yang digelar plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

Selain itu antibiotik yang digunakan untuk tumbesaran ayam yang kadang-kadang mencapai hingga kadar 20-25% boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.

ayam kampung azzainzainol-halal-chicken

ayam sufi

Kesimpulannya jika kita hendak sihat kita perlu makan makanan yang sihat. Banyak pengetahuan am bab pemakanan perlu dipelajari. Kalau rasa ayam yang kita beli mudah busuk, atau yang kita makan di kedai tu saiz macam ayam gajah atau macam burung unta, fikir-fikirlah tentu banyak hormone dan disuntik antibiotic. Kalau dari kecil kita main sental saja bila dah berumur 40-an bolehkah sihat?