May, 2015

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: May 31, 2015

FAKTA MENGENAI MINUMAN COCA COLA

coke

Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di USA, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.

Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.

Anda juga boleh mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 48 jam. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan ‘citric asid’ yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuangkan sahaja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap. Mesti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin kerana ianya mahal!

FAKTA

Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.

Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran “Bahan Kimia Bahaya” atau”Bahan Penghakis : bahaya”. Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus dua sebab hakisan/karat.

Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun.

Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!. Wahh! Rasa cam minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu. Semua minuman ringan menggunakan asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo, F&N dll.

Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minuman Coke adalah dicipta untuk meghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh. Macam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Itu yang jadinya perkataan Coca Cola tu.

Cuba rendamkan (serpihan gigi-gigi yang patah ke tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh gak) dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam.

Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll. Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya. Terkejut dengan fakta yang menarik ini!

Posted by: | Posted on: May 31, 2015

ALLAH MEMANGGIL KITA HANYA TIGA KALI SAJA SEUMUR HIDUP

Dalam kehidupan kita Allah memanggil hambanya hanya tiga kali sahaja.Panggilan pertama adalah Azan.  Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak cepat marah akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmat Nya, masih memberikan kebahagiaan bagi hambanya. Menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umat Nya ketika hari Kiamat nanti’.

Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah dan Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya bergiliran. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain.  Jalannya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merencanakan,ternyata akan pergi, ada yang memang merencanakan dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji  atau Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan “ Labaik Allahuma Labaik”. Ssesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Panggilan ke tiga adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan , Allah tidak memberikan tanda tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu , manfaatkan waktu kita sebaik- baiknya. Selagi tubuh bernyawa gunakan jasad untuk mengumpul segala kebaikkan. Bila roh dicabut jasad sudah tidak berguna lagi. Masa ada roh dalam jasad jangan gunakan untuk maksiat nanti berat menanggung azab kerana tidak pandai mengguna peluang semasa hidup.

Posted by: | Posted on: May 27, 2015

PERANAN BILLBOARD, BANNER DAN BUNTING DALAM MARKERTING BISNES

480-billboard

Membuat satu-satu bisnes melalui berbagai fasa. Bermula mendesign, sehingga kedai sudah siap setting dan membuat jualan. Dalam bisnes walau kita mempunyai kedai yang bagus dengan produk yang bagus tapi sekiranya orang tidak tahu tidak bermakna langsung. Sudah pasti kedai tidak dapat membuat jualan.

Marketing memainkan peranan yang penting untuk membuat positioning jenama kedai atau produk. Bagi bisnes ofline berbeza dengan bines online. Dalam bisnes ofline yang paling penting adalah pelanggan tempatan. Marketing adalah bertujuan menarik mereka datang kedai kita.

Salah satu teknik yang menjimatkan kos marketing ofline adalah banner, bunting & flyers. Banner biasa dipasang di jalan-jalan utama tempat penduduk keluar masuk. Setiap hari keluar masuk mereka akan membaca maklumat bisnes kita dan otak mereka akan merakam imej-imej atau maklumat yang dipamerkan dalam banner atau bunting. Setiap hari mereka melihat bererti mereka telah memasukkan imej bisnes dalam memori otak mereka. Ini menjadi tarikan untuk mereka datang ke kedai.

Mengikut kajian, banner walau pun statik tapi ia satu teknik marketing yang amat berkesan sejak dahulu hingga sekarang. Kosnya juga rendah berbanding marketing melalui media-media masa. Ia amat berkesan untuk positioning menaikkan suatu jenama.

Semua compony yang besar mengguna teknik banner juga bilboard ini dalam mempoisition jenama mereka seperti Honda, Toyota, Mercedes dan lain-lain. Lihat saja di tepi-tepi jalan biasa mau pun lebuh raya bagaimana mereka membina jenama.

Kos untuk marketing dengan banner lebih murah daripada bilboard. Legally kos dengan bilboard sangat mahal memcecah RM20K-RM80K hanya untuk satu bilboard yang bersaiz besar. Dipasang untuk pengiklanan dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Apabila kita memasang banner tidak mungkin semua penduduk akan datang tapi memadai cukup seribu orang dari puluhan ribu itu yang datang. Ini peringkat awal kita tarik mereka datang ke kedai. Jika seribu Itu pun telah datang sudah cukup letih kita membuat jualan di kedai.

Mereka ini akan viral kepada rakan, jiran yangg mereka kenali. Akhirnya penduduk sekitar akan terima dan akui branding kita. Pada masa itulah branding kita sudah ada nilai. Inilah salah satu teknik bagaimana membuat positioning branding kita.

Posted by: | Posted on: May 1, 2015

SIAPA MANUSIA PALING TERKAYA DIDUNIA ??

  1. Seorang muslim yg solat sunat 2 rakaat sebelum subuh
  2. Bill Gates – Kekayaan : US $ 72,7 M
  3. Carlos Slim- Kekayaan : US $ 72,1 M
  4. Warren Buffett – Kekayaan : US $ 59.6 M
  5. Ingvar Kamprad – Kekayaan : US $ 55.5 M
  6. Amancio Ortega – Kekayaan : US $ 56M
  7. Charles Koch – Kekayaan : US $ 45.2 M
  8. David Koch – Kekayaan : US $ 45.2 M
  9. Larry Ellison – Kekayaan : US $ 41.6 M
  10. Christy Walton – Kekayaan : US $ 37,9 M

DALIL:

Dari ‘ Aisyah di mana Nabi shallallahu ‘ alaihi wa sallam bersabda,
” Dua raka’at fajar (solat sunnah qobliyah subuh ) lebih baik daripada dunia dan seisinya. “( HR. Muslim no. 725)
” Dua raka’at solat sunnah fajar lebih kucintai daripada dunia seluruhnya” ( HR. Muslim no. 725)
” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah menjaga solat sunnah yang lebih daripada menjaga solat sunnah dua rakaat sebelum Subuh ” 
( HR. Muslim no. 724 ) .