April, 2015

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: April 30, 2015

FENOMENA REZEKI BERBEZA SETIAP ZAMAN

Seiring dengan perkembangan internet dan kemajuan dalam teknologi telah memasuki era baru. Waktu telah berubah, zaman purba bertukar kepada moden, zaman moden bertukar kepada internet, zaman internet tidak tahu akan bertukar ke zaman apa pada masa hadapan?? Yang pasti kaedah mencari rezeki setiap zaman tidak statik tapi dinamik, berubah setiap satu abad  setiap 100 tahun. Orang yang statik beerti mereka akan sentiasa dibaluti kemiskinan sepanjang hayat hidup mereka. Allah tidak akan mengubah suatu kaum itu kecuali mereka sendiri yang bertindak mengubah diri mereka sendiri. Ternyata dunia ini sentiasa berputar dan cara mencari rezeki juga berputar mengikut zaman yang mereka hidup. Setiap zaman mempunyai fenomena yang berbeza. Memang itu reality. Manusia tidak boleh menghentikan kemajuan dunia kerana sifat dunia itu sentiasa berubah tapi manusia wajib mengambil dunia dalam keadaan yang tidak merosakkan dirinya. Dengan itu fasa-fasa mencari rezeki mengikut perubahan fasa tertentu.

FASA PERTAMA, model bisnes tradisional sekarang telah mula ditinggalkan dan keberadaannya akan digantikan dengan generasi yang inovatif. Pepatah dari Bill Gates : ”Kalau Anda tidak berada pada bisnes Internet maka anda akan terkeluar dari dunia bisnes”

FASA KEDUA, dalam perkembangan dunia, faktor-faktor seperti modal, permintaan dan persediaan, kemampuan perseorangan membawa pengaruh dan persaingan yang kompetitif. Secara fizikal, aturan-aturan yang berlainan sekarang telah berubah 360 degree dunia bines konvensional, menciptakan dunia baru yang dengan konsep global ‘world wide’ menghubung jarigan yang unlimited.

FASA KETIGA, dengan kemudahan informasi hanya dengan sentuhan satu jari, kompetitif yang menguntungkan tidak lagi pada penilaian diatas kertas, tapi, pada kreativiti dan inovasi. Yang terpenting, kecepatan dalam inovasi dan kreativiti berfikir akan menentukan kejayaan kita. Kita telah memasuki era dimana daya imaginasi menjadi begitu penting dari penilaian diatas kertas, dan kreativiti, menjadi lebih efektif dari pada produktiviti. Cara berfikir diluar kotak memunculkan ilmu-ilmu yang membatasi ilmu yang pelajari diuniversiti seolah-olah universiti ketinggalan subjek cara berfikir diluar kotak pemikiran.

FASA KEEMPAT, pengagihan kekayaan. Pada setiap revolusi teknologi, ledakan peluang kekayaan yang luar biasa akan tercipta. Bagi siapa yang memegang kunci teknologi, dan internet, dialah yang pertama memegang kunci untuk membuka peluang meraih kekayaan.

FASA KELIMA, konsep dan inovasi merupakan faktor utama kunci menuju kejayaan dan kekayaan yang luar biasa. Di zaman internet, kriteria untuk mencapai kekayaan dan kejayaan menjadi lebih mudah. Pola kekayaan menjadi  pemilik inovasi dan  kerajaan hannya bergantung kepada pendapatan percukaian para pemilik inovasi yang kreatif mengorek permata yang bernama rezeki.

Posted by: | Posted on: April 25, 2015

PEMIKIRAN ADALAH TENAGA (ENERGY)

Setiap benda memiliki tenaga tersendiri.  Tidak kira sama ada benda hidup atau benda bukan hidup tetap mempunyai tenaga yang telah dipinjamkan oleh ALLAH.  Malah cara pemikiran kita juga mempunyai tenaga.

Apa yang kita fikir akan akan menghasilkan gelombang.  Gelombang ini akan keluar dari ruang aura diri kita dan akan menarik gelombang yang sama untuk bersamanya.  Jika kita fikirkan perkara baik, maka gelombang baiklah yang akan keluar, dan menarik perkara baik juga mendekati kitaOleh itu jaga pemikiran supaya sentiasa positif.

BUKTI PEMIKIRAN MEMPUNYAI TENAGA

Kumpulkan ahli kumpulan,rakan setugas,atau ahli keluarga.  Kemudian kita nyatakan sesuatu yang sedih dan bermasalah.  Perhatikan apa yang akan berlaku selepas itu.  Perkara pertama, kita akan nampak kesedihan dalam wajah ahli kumpulan kita.  Hal ini sahaja sudah membuktikan bahawa pemikiran yang kita keluarkan tadi sudah mempunyai tenaga dan membentuk kesedihan dan masalah kepada orang lain.  Perhatikan lagi kepada tindakan mereka selepas itu.  Pasti sahaja kita akan dapat lihat mereka tidak bermaya dan melakukan tugasan dengan lemah dan tidak bersemangat.  Ini bukti bagaimana tenaga mereka menjadi kurang dan tidak bersemangat akibat dari tenaga dari pemikiran yang dilepaskan.

Cuba lakukan keadaan yang sama namun dengan situasi yang berbeza. Berikan kata-kata semangat atau harapan yang positif.  Pasti sahaja apa yang akan dapat kita lihat sangat berbeza.  Ahli kumpulan kita akan menjadi lebih cergas, bersemangat, dan dapat melakukan tugasan dengan lebih sempurna.

Kenapa ini berlaku?  Kerana kita telah memberi TENAGA dalam pemikiran kita dan disalurkan kepada ahli kumpulan kita. Untuk success dalam apa bidang berada dalam kumpulan yang positif akan memberi tenaga. Tenaga akan memberi momentum untuk membuat daya lonjakkan. Apa-apa usaha tidak akan sudah jika tiada tenaga (energy).

 

 

 

Posted by: | Posted on: April 25, 2015

3 PERISTIWA PENTING DALAM BULAN REJAB

Setiap memasuki bulan Rajab, sebahagian kaum muslimin akan langsung terbesit di dalam fikirannya yakni bahawa bulan Rejab adalah bulan Isra ‘Mikraj. Padahal, disamping peristiwa bersejarah tersebut, juga terdapat peristiwa-peristiwa lain yang juga sangat bersejarah dan turut serta memberikan perubahan bagi kehidupan kaum muslimin  iaitu;
1. Isra ‘Mikraj (27 Rejab).
 
Tepat malam 27 Rajab, nabi Muhammad saw melakukan perjalanan yang dikenal dengan Isra ‘Mikraj, dimana nabi Muhammad diperjalankan berangkat dari Masjidil Haram menuju masjid al aqsha di Baitul Maqdis Palestin. Isra ‘Mikraj itu sendiri adalah hiburan yang diberikan oleh Allah swt kepada Nabi Muhammad saw, sebagai penguat dirinya, dalam menjalani beratnya perjalanan dakwah yang beliu hadapi, terlebih lagi setelah meninggalnya isteri yang begitu beliau cintai dan sayangi yakni Khadijah ra yang selalu setia berada di sisi nabi, memberikan sokongan moral dan spiritual juga bahan akan dakwah nabi, juga meninggalnya paman beliau yakni Abu Talib, orang yang selama ini memberikan himayah (perlindungan) akan dakwah nabi Muhammad saw.
2. Pembebasan Baitul Maqdis Palestin
 
27 Rajab 583 H, Salahuddin al Ayyubi bersama pasukan kaum muslimin bergerak mengepung dan membebaskan tanah Palestin yang setelah sekian abad lamanya dikuasai oleh pasukan salibis. Pembebasan itu sendiri tidak mendapat perlawanan yang berarti dari pasukan salibis. Umat ​​Islam Palestin pun akhirnya kembali boleh hidup dengan melaksanakan syariah Islam di bawah system pemerintahan Khilafah Islam.
3. Penghapusan system khilafah
 
28 Rajab 1342 H atau tepatnya pada 03 Mac 1924, seorang pengkhianat yang bernama Mustafa Kemal at-Tarturk, seorang yang berketurunan Yahudi dari suku Dunamah, seorang agen barat (Inggeris), telah menghapuskan system pemerintahan Islam yakni istem Khilafah, yang kemudian diganti dengan system pemerintahan Republik. Sejak saat itulah, petaka, bencana dan musibah menimpa umat Islam. Peraturan syariah Islam dicampakan, dan diganti dengan peraturan yang berpijak pada ideologi Kapitalisme-sekularis. Umat ​​Islam yang dulunya berada pada satu wilayah kekuasaan kerajaan, kini telah terpecah-pecah menjadi negeri-negeri kecil sekitar 57 negara, yang disekat dengan batas territorial wilayah atas nama Nasionalisme.
Posted by: | Posted on: April 22, 2015

KONSEP FAMILY PLANNING MAB

GRAF KESUBURAN WANITA

GRAF KESUBURAN WANITA

Secara teorinya merancang keluarga dengan MAB bermakna seseorang wanita itu akan berikhtar untuk mendapat kitaran period tetap 28 hari setiap bulan. Kitaran periodnya akan dipecahkan kepada 4 minggu;

MINGGU PERTAMA

MAB mula diambil samada pada hari 3/4/5 ia berperiod. Pada minggu ini kesuburannya mula meningkat. Hormon Estrogen dan Luteinizing mula dirembeskan tetapi masih diperingkat awal. Dinding rahim mula menebal sebagai persediaan untuk hamil.

MINGGU KE DUA

Pada minggu ke 2, kesuburan terus meningkat dengan peningkatan rembessan Hormon Estrogen dan Hormon Luteinizing. Tahap maksima kesuburan ini akan berlaku pada hari ke 14. Pada masa ini berlaku ovulasi dimana ovum yang matang akan menetas dan keluar dari ovari. Dengan itu proses kehamilan dicegah dengan kaedah kawalan suhu dalam tiub falopia. Setelah 24 jam ovum akan luput hayat, dengan itu ia gagal bersenyawa dengan sperma walaupun sperma masih hidup sehingga 7 hari. Akhirnya selepas 7 hari sperma pula akan luput hayat. Proses meluputkan sperma dan ovum akan di detox melalui period selepas 21 hari berhenti mengambil MAB.

MINGGU KE TIGA

Pada minggu ke 3, selepas berlaku ovulasi tahap kesuburan mula menurun. Paras remberasan Horman Estrogen dan Hormon Luteinizing juga semakin kurang. Risiko untuk hamil ketika ini rendah kerana geraf kesuburan semakin menurun.

MINGGU KE EMPAT

Pada minggu ke 4, tahap kesuburan terus menurun sehingga rembesan Horman Estrogen dan Hormon Luteinizing berhenti. Waktu ini kesuburan paling rendah dan kehamilan jarang berlaku. Pada hari 21 ini merupakan hari terakhir mengambil MAB kerana pada waktu ini sudah tidak subur. Selepas hari 21 inilah masa untuk period keluar.

Dengan memahami teori dan konsep ini, maka wanita dapat mengecam waktu subur secara lebih tepat jika sudah mendapat period yang regular setiap bulan iatu 14 hari selepas period.

Waktu subur ini mesti difahami sebagai satu ikhtiar utk mengelak kehamilan. Jika yg berhajat utk hamil juga mereka patut tahu waktu ovulasi iaitu tempoh maksima subur. Diwaktu ovulasi itulah pasangan kerap bersama jika ingin hamil.

Dengan MAB ia lebih selamat berbanding kimia sintetik. Kebanyakan kimia sentetik ini dicipta oleh yahudi dalam masa yang sama memberi side efek merosakkan kesihatan terutama di usia emas. Kita berhak sihat hingga akhir hayat jika kita mengikut Al Quran dan sunnah. Ciptaan yahudi banyak yg bathil dari yang benar.