January, 2015

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: January 25, 2015

KEBAIKKAN MINYAK ZAITUN UNTUK KECANTIKAN

olive-oil-turki1Minyak Zaitun

Jika anda seorang yang mementingkan kecantikan, pasti anda tahu tentang kehebatan minyak zaitun. Ia sangat baik untuk melembap dan meremajakan kulit, mencegah proses penuaan dan menentang radikal bebas. 5 kegunaan minyak zaitun untuk kecantikan.

1)RAMBUT LEBIH SIHAT

Produk perawatan rambut yang mengandungi minyak zaitun merupakan pilihan tepat dan sihat untuk mengatasi masalah kering, kusam, rapuh, gugur dan bercabang. Penggunaan rangkaian syampu serta perapi dengan kandungan minyak zaitun secara teratur dapat memperbaiki struktur rambut yang rosak oleh bahan kimia atau kepanasan pengering rambut. Selain itu, minyak zaitun mampu memberi kelembapan ekstra pada helai rambut dan membuat rambut nampak sihat, lebih berkilau serta terhindar daripada masalah keguguran dan rambut bercabang.
Khasiat antikedut minyak zaitun juga dikatakan mampu membuat kulit sekitar payudara menjadi lebih tegang. Apatah lagi jika penggunaannya disertai dengan urutan payudara yang khusus. Tidak hanya kulit, bentuk payudara anda juga akan kelihatan lebih menarik dan seksi. Caranya mudah sahaja, oleskan minyak zaitun di sekitar payudara, lalu urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat ke arah ketiak selama 10 minit. Kemudian, tutup payudara dengan menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air panas dan biarkan selama 10 minit. Untuk rawatan intensif, campurkan minyak zaitun dengan telur dan sedikit perahan lemon. Sapukan pada payudara dan lakukan urutan seperti biasa.
3)KULIT TUBUH LEBIH ANJAL
Sekiranya minyak zaitun dicampurkan ke dalam skrub atau mandian badan, ia boleh membuatkan kulit terasa lebih halus dan lembap. Sebagai pelembap, minyak zaitun juga boleh disapukan pada seluruh tubuh badan. Ia akan membuatkan kulit menjadi lebih anjal, lembap dan terlihat lebih berseri-seri. ‘Polyphenols’ yang terkandung di dalam minyak zaitun apabila dicampur dengan air panas/suam dipercayai dapat membersihkan kulit daripada bakteria dan kuman serta membuatkan kulit terhindar daripada sebarang alahan.

Campuran minyak zaitun dengan minyak ‘essential’ yang lain dapat menghangatkan tubuh badan sekiranya ia diaplikasikan dengan cara urutan. Ini bermakna ia boleh meredakan tekanan dan ketegangan otot serta melancarkan peredaran darah dan lemak penyebab selulit. Selain itu, kandungan protein, vitamin A dan E yang tinggi dalam minyak zaitun membuatkan kulit akan terlihat lebih remaja, sihat dan bercahaya.

4)MELEMBUTKAN KULIT KAKI DAN TANGAN
Bagi anda yang sering menghadapi masalah kulit tangan dan kaki kering, kasar serta kuku mudah patah, minyak zaitun boleh menyelesaikan masalah ini. Untuk masalah kulit dan kaki yang kering, minyak zaitun berkhasiat untuk melembapkan kulit. Untuk masalah kulit kaki yang kasar dan menebal, minyak zaitun akan bertindak secara maksimum jika dicampur dengan skrub kaki. Penggunaannya harus disertai dengan pemakaian ‘loofah’ atau berus kaki agar menyingkiran sel kulit mati lebih berkesan.
5)MENCEGAH KEDUTAN WAJAH
‘Polyphenols’ dalam minyak zaitun dikenal pasti sebagai salah satu agen antioksidan. Ini bermakna ia boleh menghalang radikal bebas, penyebab kedutan dan proses penuaan semulajadi. Kandungan ‘polyphenols’ ini juga berfungsi sebagai antibakteria. Kerana inilah minyak zaitun tidak hanya boleh menjadi bahan anti kedutan dan antioksidan, tetapi ia juga dapat berfungsi sebagai antiseptik terutamanya untuk mencegah jerawat.

Tidak perlu menunggu sehingga umur menginjak ke 30 tahun untuk mencegah kedutan wajah. Kandungan semulajadi minyak zaitun boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, tidak mengira umur dan masalah kulit yang dihadapinya. Selain mencegah proses penuaan, penggunaan produk kecantikan yang berasaskan minyak zaitun turut membantu kulit wajah kelihatan lebih bersih, sihat dan berseri.

Minyak zaitunmembuat sel kulit menjadi lebih aktif sehingga tidak terjadi pengumpulan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah terlihat kusam. Kandungan pelembapnya yang tinggi juga mampu meningkatkan keanjalan kulit. Bagi anda yang sering menggunakan solekan yang tebal, minyak zaitun merupakan pilihan yang baik untuk menanggalkan sisa-sisa mekap
Posted by: | Posted on: January 22, 2015

MENCIPTA KEJAYAAN MELALUI VISUALISASI

Visualisasi adalah salah satu aktiviti yang boleh digunakan untuk mendapatkan sesuatu.  Ia adalah salah satu hukum dalam sains kuasa minda, salah satu hukum alam yang hanya 10% sahaja manusia tahu dan berjaya menggunakannya dalam kehidupan mereka.

Visualisasi mengaktifkan kuasa minda manusia dan memancarkan apa yang diperlukan untuk menariknya kembali kepada kita.  Konsepnya sama seperti berangan, namun aktiviti yang dilakukan bukan hanya sekadar berangan-angan.  Ia memerlukan satu perlakuan sistematik dan berterusan untuk memastikan getaran yang dilepaskan akan dapat menarik kembali kepada kita.

Untuk melaksanakan visualisasi yang betul, beberapa langkah penting harus dilakukan.

Langkah 1 – Tulis apa yang anda impikan.

Menulis apa yang kita impikan mestilah jelas dan terperinci.  Jika kita mengimpikan sesuatu impian maka kita perlu menulisnya dengan sejelas mungkin.  Nyatakan impian, jangka masa yang kita tetapkan, tempat, dan sebagainya.  Tulisan haruslah spesifik dan menjurus kepada suatu perkara sahaja. Contohnya;

“Aku ialah Usahawan berjaya pada awal Januari 2016

Langkah 2 – Cari tempat yang sesuai dan masa yang sesuai untuk anda berada dalam keadaan yang tenang, dan dapat menggambarkan apa yang kita impikan.  Masa dan tempat terpulang kepada kita, namun haruslah kita benar-benar tenang tanpa gangguan daripada sebarang keadaan.  Biasanya, waktu sebelum tidur, dan semasa selepas bangun dari tidur atau selepas qiamullai ketika berada diatas tikar sejadah untuk melakukan visualisasi.  Ini adalah kerana pada ketika itu diri berada dalam situasi yang sangat tenang.  Ketika badan berada dalam keadaan yang sangat tenang, fikiran yang kosong, dan mata (serta otak) yang hampir berkhayal.

Langkah 3 – Bayangkan apa yang kita impikan itu benar-benar berlaku.  Situasi ini adalah peringkat yang sangat penting.  Pada ketika inilah kita sedang bervisualisasi.  Pada peringkat ini, kemahiran berangan-angan perlu digunakan dengan sebaik mungkin.  Bayangkan situasi kita benar-benar telah menjadi bos sendiri , bayangkan pejabat kita, kita duduk di meja ketua.  Bayangkan wajah-wajah staf kita yang berurusan dengan kita.  Bayangkan kita benar-benar berada di sana.  Semakin kuat dan semakin jelas kita dapat menggambarkannya dalam minda, semakin kuatlah pancaran getaran itu dapat dilepaskan.

Langkah 4 – Sertakan dengan emosi yang sesuai.  Semasa menggambar dan memvisualkan keadaan itu, kita perlu juga mengalirkan emosi yang sesuai dengan kejayaan itu.  Rasakan sebenar-benarnya tentang perasaan kita apabila berada di sana.  Rasa keseronokan, rasa kesyukuran, rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tugas.  Emosi yang berjaya dilahirkan akan membuatkan kita menjadi lebih yakin dengan visualisasi yang dilakukan.

Langkah 5 – Tindakan proaktif dalam diri.  Bukan dengan hanya bervisual itu kita akan mendapat apa yang kita impikan semudah mengetik dua jari.  Tindakan proaktif seperti berusaha bersungguh-sungguh, menonjolkan diri sebagai usahawan hebat, rajin dan bersemangat dalam melaksanakan tugas, dan sebagainya yang perlu dilakukan oleh seorang usahawan.  Langkah inilah sebenarnya yang membezakan visualisasi kita  dengan visualisasi angan-angan.

Dengan melakukan visualisasi secara berterusan, ditambah dengan langkah 5 yang dilaku secara bersungguh-sungguh, pasti ada mata yang memandang dan menilai kita.  Hukum alam dan hukum sains kuasa minda akan menarik perhatian orang sekeliling akan memilih kita sebagai usahawan yang berjaya.

Pada ketika ini, apa yang berlaku adalah kuasa minda kita sedang menarik kembali getaran impian tadi datang mendekati kita semula.  Dengan langkah yang betul dan usaha yang bersungguh-sungguh, apa sahaja yang kita impikan pasti akan tercapai.