August, 2014

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: August 8, 2014

POWER OF GIVING

Ramai orang berbisnes tapi berapa lama ia mampu bertahan lama sehingga boleh diwarisi malah membentuk dinasti dalam perniagaan mereka. Jika dikaji semua bisnes yang berkembang mesti ada konsep memberi. Memberi bermaksud bukan duit semata-mata. Ia meliputi segala macam bentuk seperti ilmu, idea, motivasi, nasihat,  tenaga dan lain-lain lagi.

Semua ahli bisnes yang berjaya mengamalkan konsep ini sehinggalah mereka menubuhkan Yayasan sendiri untuk memberi samada kewangan mau pun apa-apa khidmat kebajikan. Jika dikaji, semua usahawan sehinggalah billionaire dunia sekali pun menubuhkan Yayasan mereka sendiri seperti Billgates, Donald Trump, Roberk Kiyosaki, usahawan tempatan seperti Syed Bukhari, Faiza, Dr Azizan Osman malah semua usahawan-usahawan lain yang untuk kekal dalam bisnes mereka.

Kenapa perlu memberi?

Bukankah memberi akan mengurangkan harta? Jika orang tiada ilmu mungkin berfikiran begitu. Tapi orang yg berilmu dia akan cari jalan untuk memberi.

Kenapa?
Kerana bila dia nemberi dia akan mendapat pulangan balik. Pulangan balik itu akan menjadi berganda mengikut keikhlasan semasa ia memberi.
Ini adalah kerana Allah akan menggantikan balik harta itu malah Allah boleh menggantikan berganda-ganda lagi. Bagi Allah ia yang menjadikan rezeki. Memberi rezeki tidak akan mengurangkan apa-apa kuasanya. Dunia hanya ibarat sebelah sayap nyamuk sahaja.

Hukum memberi yang ikhlas  Allah telah tetapkan tersingkap dalam Surah Alfatihah ayat 2. Setiap hari kita membaca dalam solat 5 waktu. Kita bersembahyang tapi kita tidak faham apa yang kita ucapkan. Tafsiran dari ayat itu, sifat Allah Aar Rahman dan Ar Rahim. Sifat Ar Rahman terkandung diatas dunia ini tak kira muslim atau kafir, siapa berushaha memberi akan mendapat pulangan balik. Manakala sifat Ar Rahim Allah khas untuk nikmat  orang-orang yang beriman sahaja diakhirat kelak.

Di atas dunia ini siapa yang berusaha kena dengan jalan ilmunya akan mendapat rezeki Allah. Siapa yang memberi akan mendapat pulangan balik. Oleh itu untuk berjaya perlu banyak memberi. Banyak memberi, bersedekah, infak, wakaf, memderma, memberi makan adalah faktor-faktor yang menjadi bisnes itu berkembang dan mendapat rezeki yang luas dan berterusan.

Orang bakhil, tahi hidung masin, menipu, tidak membayar hutang, culas berzakat lambat laun bisnesnya akan berkubur jua.

Posted by: | Posted on: August 1, 2014

KISAH PERANG DUNIA MENGIKUT HADIS, SUDAH BERLAKU HARI INI.

gaza

Dari Abu Hurairah Ra, Katanya Rasulullah Shallallahu ‘ Alaihi wa Sallam bersabda : ” Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah (ujian, kesesatan, kekufuran, kegilaan, penderitaan, mushibah ) serta sering berlaku Al – Harj “.

Sahabat bertanya , “Apakah Al – Harj itu hai Rasulullah? “Nabi Shallallahu’ Alaihi wa Sallam menjawab : ” Peperangan, peperangan, peperangan . Beliau mengucapkannya tiga kali , ” ( HR. Ibnu Majah ).

Suatu atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib.Dia berkata pada orang-orang di sekelilingnya :

“Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman.” Maka orang-orang berkata : “Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik.” Maka beliau pun berkata :

#Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

(Berlaku Perang Dunia Pertama)

 

#Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama ‘hirr’ (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler)

(Berlaku Perang Dunia Kedua)

 

#Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga… bermaksud Sekarang 1435 H, dua atau 3 dekad bermakna Perang Dunia Ketiga akan bermula dari sekarang hingga 1445 – 1455 H. Kita sekarang berada pada tahun 1435 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, sedang meletus. Konflik Syiria, Mesir dan Palestin sekarang mungkin membuka pintu Peranga Dunia Ketiga

Dunia akan berada kekalutan akibat peperangan sehingga manusia tiada jalan keluar sehingga Allah akan memunculkan al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia. Dunia bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra’ dan Mi’raj dekat gunung Mageddon. Dikenali sebagai Al Malhamah Kubra.

(Berlaku Perang Dunia Ketiga)

 

Akan keluar menjadi orang tengah adalah Ratu Dunia dengan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika). Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Kisah dalam hadis di atas sedang berlaku  dizaman kita sekarang.