June, 2014

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: June 25, 2014

LANGKAH AWAL MEMULAKAN BISNES

Sembilan rezeki terletak dalam bisnes. Jalan untuk mendapat rezeki yang lebih adalah pada bisnes. Ingin melepaskan tekanan belenggu kemiskinan, kemelaratan, gelandangan hidup adalah melalui jalan bisnes. Bisnes bukanlah perkara mudah seperti yang dambakan. Perlu ada ilmu, disiplin dan prinsip-prinsip untuk dipatuhi. Bagi sesiapa yang ingin menceburi dalam bisnes berikut adalah panduan untuk memulakan bisnes.

 

# Lakukan bisnes apa yang anda suka

Bisnis akan berkekalan jika ia menjadi minat. Minat akan menyeronokkan anda. Dengan minat anda akan menghabiskan banyak waktu dan tenaga untuk memulakan sebuah bisnes dan mengembangkannya menjadi berjaya tanpa mengeluh dan bosan. Ianya penting supaya anda menikmati apa yang anda kerjakan. Banyak orang maju dalam bisnes dengan menukar hobinya kepada bisnes. Hobi adalah minat dan menjadikan kesukaan kita. Jika anda minat berbasikal tukar hobi anda menjadi wang. Anda boleh jadi pakar basikal disamping bersenam membuat duit dengan menjual kepakaran anda. Dari hobi memancing tukar kepada bisnes menjual pancing. Disamping hobi yang menyihatkan tambah nilai dengan menjadi bisnes yang lebih bermanfaat.

 

# Mulakan bisnes anda ketika anda masih bekerja

Berapa tempoh masa paling lama seseorang itu mampu bertahan dengan tanpa wang? Tidak lama. Tempoh ini adalah tempoh masa yang lama sebenarnya anda telah memulakan perniagaan tetapi tanpa ada wang pusingan modal anda tidak boleh menggerakkan bisnes. Adalah lebih baik sekiranya anda berhasrat untuk memulakan bisnes ketika anda masih bekerja makan gaji. Mulakan bisnes anda semasa anda masih bekerja bererti anda masih mempunyai wang saku walaupun ketika menjalankan fasa pertama memulakan bisnes.

 

#Jangan mulakan bisnes anda sendirian.

Anda perlukan rakan kongsi untuk membantu anda memulakan bisnes pada fasa pertamanya. Jika boleh kongsi bisnes anda dengan pasangan anda. Rakan kongsi yang terbaik adalah pasangan anda dan ahli keluarga anda. Masalah akan timbul apabila perniagaan telah maju dan berlaku pecah amanah dalam pengurusan kewangan. Rakan kongsi yang tidak amanah akan menyebab perniagaan bermasalah ditengah jalan akibat perebutan kemewahan duit. Bisnes akan lingkup jika salah seorang menggelapkan duit.

 

# Bina konsep bines anda

Bisnes tidak boleh meniru membabi buta. Jika kita lihat orang berniaga nasi ayam dara maju kita pun meniru nasi ayam dara juga. Jika lihat orang maju buat coconut shake, kita pun meniru juga. Jika berniaga meniru macam ini nescaya tidak kemana. Perniagaan yang maju adalah dengan adanya konsep sendiri. Jika dah ada konsep barulah kita boleh kembangkan konsep itu lebih jauh lagi.  Baru boleh design bisnes kita sekarang dan masa hadapan. Contoh konsep bisnes adalah konsep produk sunnah. Kita hanya fokus kepada produk sunnah sahaja. Kita boleh buat bisnes madu, susu kambing, minyak zaitun, garam bukit dan berbagai lagi produk sunnah.

 

# Rancang plan bisnes anda

Plan bisnes adalah perkara pertama yang perlu anda sediakan. Plan bisnes akan memandu bisnes anda supaya tidak terbuang banyak masa dan wang dan menyimpang dari hala tuju konsep yang dipilih. Plan bisnes boleh meliputi 5-20 tahun akan datang. Seperti mana pakar ekonomi membuat Plan Stategik, RMK, begitu jugalah membuat plan bisnes anda. Dengan ada plan, kerja bines kita akan didorong dari plan tersebut. Buat adjustment plan jika perlu untuk sesuaikan dengan masa dan keadaan.

 

# Membuat kajian

Anda akan membuat banyak penelitian ketika membuat rancangan perniagaan. Sertailah rakan perniagaan lain yang sama dengan perniagaan yang anda sedang jalankan. Berkongsi pandangan dan menerima nasihat daripada peniaga yang lebih berpengalaman.

 

# Menjadi pakar dalam bisnes anda

Orang yang terlibat dengan dunia bisnes sering kali diklasifikasikan sebagai seorang yang profesional dan pakar terhadap produk yang mereka bawa. Dalam bisnes, anda sebenarnya  menjual kepakaran anda kepada orang lain. Orang akan yakin membeli produk anda jika anda telah menjadi pakar dan mahir dengan ilmu produk anda. Kepakaran bermakna anda khusus kepada sesuatu bidang sahaja. Orang tidak akan menjadi pakar jika menceburi banyak bidang. Bisnes akan maju apabila orang telah yakin dan membeli kepakaran anda itu.

 

Posted by: | Posted on: June 16, 2014

USAHAWAN KEROPOK LEKOR-TAIB MUDA

Ramai orang menyangka untuk menjadi usahawan perlu berpendidikan tinggi. Perlu ada Ijazah, Master, PHD, kenal Menteri, kenal dengan Datuk baru boleh jadi usahawan. Itulah minda yang ditanam sesetengah orang kita untuk menjadi ushawan. Lihat usahawan Keropok Lekor, Taib Muda berasal dari Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu. Beliau cuma berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia sahaja tetapi kajayaannya lebih dari seorang Profesor.

Siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan hanya mengusahakan keropak lekor. Dikenali sebagai Pak Embong yang tidak mengenal kegagalan atau putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai. Pembabitan awal Pak Embong bermula pada 1985 apabila bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Beliau ketika itu yang bekerja sebagai buruh terpaksa menanggung tujuh anak dengan pendapatan tidak menentu. Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih muda ketika itu membuang perasaan malu apabila sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari bagi mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing.

Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia bukan penghalang buat Pak Embong untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka kedai keropok di Kampung Losong Haji Su pada 2006 selain berniaga di pasar malam. Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan.

Menyedari potensi perniagaan terbabit untuk dikembangkan, Pak Embong melebarkan sayap perniagaan dengan membuka empat lagi cawangan kedai keropok di Cameron Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan. Operasi perniagaan keropoknya berjalan lancar dan semua cawangan berkenaan memberi pulangan seperti diharapkannya dengan purata keuntungan RM30,000 sebulan. Keuntungan itu juga mampu mencecah RM100,000 sebulan pada musim cuti sekolah dan perayaan. Prinsip kejayaan beliau adalah `di mana ada kemahuan di situ ada jalan’. Kini beliau boleh berbangga kerana usahanya untuk keluar daripada kancah kemiskinan telah berjaya, malah mampu memperoleh pendapat lumayan hasil perniagaan keropok.

Beliau adalah icon usahawan yang hebat. Budak kampung yang berjaya walau sijil tidak setara. Ciri-ciri usahawan hebat adalah tidak hipokrit. Boleh membina empayar perniagaan sendiri tanpa apa-apa bantuan kerajaan atau institusi kewangan. Ini menunjukkan usahawan itu mampu berdikari dan disitulah nampak kehebatannya. Jika tiada bantuan boleh bangun apatah lagi jika diberi sokongan.  Usahawan hebat boleh menyelesaikan apa-apa masalah yang wujud dalam usaha membina empayar perniagaan itu kerana faham masalah adalah tembok halangan yang mesti dipecahkan jika mahu mencapai impian. Tiada putus asa dan mencuba seribu kaedah sehingga tembok halangan dipecahkan. Tiada makna letih dalam usaha itu kerana usahawan faham segala keletihan akan lenyap bila berada di puncak nanti. Mereka akan senyum melihat ke bawah dan kemuncak nikmat akan dirasai disitu. Prinsip seorang usahawan yang berjaya adalah fokus melakukan tugas hingga selesai dan bukan sekadar melakukan kerja seperti melepas batuk di tangga atau hangat-hangat tahi ayam.

apa yang membezakan usahawan dengan orang biasa adalah pandangan dalam perspektif dalam minda. Orang biasa melihat keropok hanya sekadar penyedak tekak. Tetapi perspektif minda usahawan memandang lebih jauh dari itu. Ia bukan sekadar penyedap tekak malah boleh menjadi kilauan emas

Apa yang membezakan usahawan dengan orang biasa adalah pandangan perspektif dalam minda. Orang biasa melihat keropok lekor hanya sekadar penyedap tekak. Tetapi dalam perspektif minda usahawan, ia memandang lebih jauh dari itu. Keropok Lekor bukan sekadar penyedap tekak malah boleh menjadi kilauan emas

Posted by: | Posted on: June 13, 2014

MANUSIA TAHU TAPI SEBENARNYA TIDAK TAHU?

pokok membebaskan oksigen untuk nyaman manusia bernafas, tapi manusia mengejar wang dengan menebang pokok dengan rakus hingga alam menjadi panas

pokok membebaskan oksigen untuk kenyamanan manusia bernafas, tapi manusia rakus mengejar wang dengan menebang pokok sehingga dunia menjadi panas

Banyak perkara yang manusia tahu tapi tidak tahu rahsia di sebaliknya.

1. Mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka.

3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya.

4. Sesuatu perkara yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

6. Mendidik manusia secara tidak formal dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.

8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Secara nyata banyak bangsa tidak memilih jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan fizikal, maka dengan jalan ini kerosakan alam dan jiwa tidak berdoasa terlalu banyak.

9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh orang lain, kadang-kadang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Allah.

10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.

11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain.

13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak.

Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam.

Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung.

Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati.

Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan.

Posted by: | Posted on: June 13, 2014

AMALAN-AMALAN YANG MENYAKITI IBLIS

iblis

Iblis gentar dengan soalan Nabi Muhammad ketika diarah bertemu baginda oleh Allah. Di bawah ini adalah sebahagian daripada dialog diantara Rasulullah dengan iblis mendedahkan kelemahan iblis;

Rasulullah: ” Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?”
Iblis: “Aku merasa panas sejuk dan gementar. ”

Rasulullah : “Kenapa? ”
Iblis: ” Sebab, setiap seorang hamba bersujud satu kali kepada Allah, Allah mengangkatnya satu darjat.”

Rasulullah: ” Jika seorang umatku berpuasa ? ”
Iblis: ” Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka. ”

Rasulullah: ” Jika ia berhaji?”
Iblis: ” Aku seperti orang gila. ”

Rasulullah: ” Jika ia membaca Al- Qur’an? ”
Iblis: “Aku merasa meleleh laksana timah di atas api. ”

Rasulullah: ” Jika ia bersedekah? ”
Iblis: ” Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji . ”

Rasulullah: ” Mengapa boleh begitu ? ”
Iblis: ” Sebab, dalam sedekah ada empat keuntungan baginya. Yaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai , sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala musibah akan terhalau dari dirinya. ”

Raulullah : “Apa yang dapat mematahkan pinggangmu? ”
Iblis: ” Suara kuda perang di jalan Allah.”

Rasulullah: ” Apa yang dapat melelehkan tubuhmu? ”
Iblis: ” Taubat orang yang bertaubat. ”

Rasulullah: ” Apa yang dapat membakar hatimu? ”
Iblis: ” Istighfar di waktu siang dan malam.”

Rasulullah: ” Apa yang dapat mencoreng wajahmu ? ”
Iblis: “Sedekah yang diam- diam.”

Rasulullah: ” Apa yang dapat menusuk matamu? ”
Iblis: “Solat Fajar . ”

Rasulullah: ” Apa yang dapat memukul kepalamu?”
Iblis: “Solat berjemaah. ”

Rasulullah: ” Apa yang paling mengganggumu ? ”
Iblis: ” Majlis para Ulama . ”

Rasulullah: ” Bagaimana cara makanmu ? ”
Iblis: ” Dengan tangan kiri dan jariku . ”

Rasulullah: ” Di mana kau menaungi anak -anakmu di musim panas?”
Iblis: ” Di bawah kuku manusia. ”

Lalu Rasulullah bertanya: ” Siapa temanmu wahai Iblis ? ”
Iblis menjawab: ” Pemakan riba.”

Rasulullah: ” Siapa sahabatmu? ”
Iblis: ” Penzina . ”

Rasulullah: ” Siapa teman tidurmu ? ”
Iblis: ” Pemabuk . ”

Rasulullah: ” Siapa tamumu ? ”
Iblis: ” Pencuri. ”

Rasulullah: ” Siapa utusanmu? ”
Iblis: “Tukang sihir . ”

Rasulullah: ” Apa yang membuatmu gembira? ”
Iblis: ” Bersumpah dengan cerai. ”

Rasulullah: ” Siapa kekasihmu? ”
Iblis: “Orang yang meninggalkan solat Jumaat.”

Rasulullah: ” Siapa yang paling membahagiakanmu? ”
Iblis: ” Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja. ”

Diriwayatkan dari Ma’adz bin Jabal ra bahwa Ibnu Abbas ra. Dari Syajaratul Kaun , Doktrin Tentang Peribadi Manusia Pilihan , Muhammad SAW. Ditulis oleh Asy -Syaikh Al-Akbar Muhyidin Ibnu Arabi Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Ahmad bin Ali Al- Hatimi At – Tha’i Al – Andalusia ) ,

Posted by: | Posted on: June 11, 2014

PENYAKIT STROKE (ANGIN AHMAR)

Stroke

Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus tiba-tiba. Otak memerlukan bekalan oksigen berterusan daripada darah. Jika bekalan darah terputus, sel otak yang terjejas akan rosak atau mati. Kadangkala strok dipanggil ‘serangan otak’. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik. Strok Iskemia berlaku bila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak menyebabkan tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan tertentu. Dalam setengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk dalam saluran darah otak sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam kes strok iskemia lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan bergerak ke otak seterusnya menyumbat saluran darah otak. Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak lemah, rosak dan pecah menyebabkan pendarahan dalam otak.

Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid. Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak kemudian mengalir ke dalam otak menyebabkan bekalan darah ke sel otak terputus dan sel otak akan rosak atau mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok. Pendarahan Subarachnoid berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut biasanya diisi cecair otak – cerebrospinal. Setiap satu daripada 20 kes disebabkan jenis ini.

Strok di Malaysia menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang strok. Setiap tahun dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok adalah punca kematian ketiga terbesar selepas sakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja. Punca-punca berisiko tinggi berlaku strok terbahagi kepada dua, tidak boleh diubah dan boleh diubah.

Risiko tidak boleh diubah:

* Umur
* Genetik
* Jantina
* Sejarah serangan jantung atau strok Risiko boleh diubah:
* Tekanan darah tinggi
* Merokok
* Kencing manis
* Kolesterol
* Obesiti

Simptom serangan strok Setiap fungsi tubuh yang berbeza dikawal oleh bahagian otak berbeza. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak terjejas dan saiz otak yang rosak. Satu atau lebih simptom tiba-tiba:

1. Tangan kaki lemah atau lumpuh.
2. Sebelah muka lemah. Air liur sentiasa meleleh tanpa kawalan.
3. Masalah kestabilan, koordinasi badan,percakapan, penglihatan, sukar menelan.
4. Rasa pening atau sakit kepala
5. Kebas di sebahagian daripada badan
6. Pengsan atau menjadi keliru

Kesan jangka panjang Jenis dan kadar kelumpuhan disebabkan serangan strok berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok. Serangan teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:

1. Sebelah badan lemah.
2. Masalah kestabilan, koordinasi badan.
3. Masalah menelan.
4. Masalah percakapan dan komunikasi.
5. Masalah penglihatan.

Apa yang tersenarai di atas adalah contoh yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit. Minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak akan kurang. Sebahagian simptom mungkin kurang atau hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi, keadaan pesakit mungkin bertambah baik. Rawatan moden untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan rawatan rehabilitasi atau fisioterapi selepas pesakit strok stabil. Pesakit strok yang mengalami simptom awal serangan harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin. Rawatan segera penting untuk mengelak kematian. Rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kerosakan otak dan meningkatkan kesembuhan. Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubatan dan/atau pembedahan akan mengeluarkan darah beku dari otak. Rawatan rehabilitasi dilakukan selepas pesakit stabil untuk membantu mendapat kekuatan fizikal, mengembalikan keupayaan fungsi badan dan membolehkan pesakit berdikari.

Satu kaedah rawatan strok adalah dengan al-Quran. Ayat al-Quran memiliki mukjizat membantu penyembuhan strok. Strok berlaku dengan cepat akibat campur tangan Jin Ahmar berlaku lebih cepat kepada pesakit. Sejenis jin digelar Jin Ahmar masuk dalam badan pesakit dan merosakkan saluran darah dalam otak menyebabkan pendarahan dan mengakibatkan pesakit mendapat strok.

Perubatan moden mengakui strok disebabkan pendarahan dalam otak, tetapi sukar menerangkan puncanya. Kita selalu mendengar pesakit muda, tiada sejarah keluarga, sihat, tiada darah tinggi atau diabetes tetapi mendapat strok. Dalam kes demikian selalunya mereka diganggu Jin Ahmar dan perlu dikeluarkan daripada badan pesakit sebelum dirawat. Selalunya Jin Ahmar berada di dalam otak atau tulang belakang pesakit. Amalkan ayat-ayat AlQuran untuk merukyah jin Ahmar yang mengganggu. Berdoa kepada Allah memohon penyembuhan. InsyaAllah ayat al-Quran yang dibaca pesakit dapat merangsang sel otak yang rosak akibat strok berfungsi semula. Ayat-ayat tersebut adalah:

Surah Al-Israa’ ayat 40 hingga 55
Surah An-Nahli ayat 81 hingga 89
Surah Az-Zumaar ayat 24 hingga 37
Surah An-Nahli ayat 35 hingga 47

Cara amalan ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama tiga kali waktu malam dan surah kedua tiga kali pada siang. Pembacaan diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa penyembuhan kepada Allah. Pesakit harus ingat penyembuhan hanya dengan izin Allah. Kita jangan berputus asa dan sentiasa berdoa kepada Allah. Seperti di dalam surah Yusuf ayat 12, Allah berfirman; “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

Kita sebagai umat Islam yang diberi nikmat Islam dan iman harus berpegang teguh, beramal dan yakin mukjizat al-Quran. Keistimewaan al-Quran pasti membantu setiap insan di dalam kehidupan dunia yang silih berganti antara bahagia dan sengsara. Apabila kita atau insan tersayang ditimpa strok, kita kena kuat dan tabah. Kadangkala keluarga pesakit tertekan menjaga pesakit strok. Ramai keluarga pesakit mengadu susahnya menjaga pesakit strok. Bersabar, berikhtiar dan percaya semua dugaan dan ujian Allah ada hikmahnya. Antara cara memperkuatkan rohani dan hati apabila dilanda penyakit hati akibat musibah strok adalah membaca al-Quran setiap hari.

Penawar rohani paling mujarab sudah lama diberi kepada manusia, iaitu al-Quran. Allah berfirman di dalam surah Yunus ayat 57: “Wahai manusia, telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuhan bagi penyakit yang ada dalam dadamu (jiwa) dan petunjuk serta rahmat bagi orang beriman.

doa angin ahmar

Posted by: | Posted on: June 11, 2014

PERANAN GARAM BUKIT DALAM PENJAGAAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN

Garam bukit,  rahsia kesihatan berkekalan

Garam bukit, rahsia kesihatan berkekalan

Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda s.a.w akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah s.a.w akan menghisap garam itu. Sebaik-baik garam adalah garam bukit. Kemudian barulah Rasulullah menjamah makanan tersebut.

Mengapa?

Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yang kiri. Ini adalah kerana enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan proses pertama penghadaman.

Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita. Mencicah garam dari jari kita itu adalah sama dengan satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita.

Kenapa garam bukit?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan. Mengikut doktor di hospital-hospital, kaedah rawatan mula-mula bagi keracunan adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam bukit  juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin mengganggu manusia. Ini adalah garam bukit akan mengeluarkan gelombang Alpha yang membingitkan jin yang mengganggu kita. Garam bukit adalah positif dan jin-jin sihir adalah negatif. Mereka tidak selesa dengan garam bukit. Jika dirukyah menjadi senjata yang mencederakan fizikal mereka.

Garam bukit juga mengandungi 84 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan dan otak. Orang yang mengamalkan garam bukit akan menjadi sihat kerana mineral ini cukup untuk kekuatan badan. Otot dalam badan menjadi kejap dan kemas dengan cukupnya mineral ini. Ini merupakan satu kaedah anti oksida secara semulaja atau awet muda. Badan akan memiliki antibodi yang kuat dan sukar dihinggapi penyakit. Inilah petua menjaga badan sihat walaupun berusia.

Pengambilan pil-pil sebagai pemakanan tambahan sebenarnya tidak perlu dan boleh memudaratkan tubuh. Ini bermakna Rasulullah SAW meninggalkan tatacara makanan yang lengkap untuk diteladani seluruh umatnya.  Namun begitu, umat Islam masih dibelenggu pelbagai penyakit yang menyebabkan perbelanjaan orang Islam dihabiskan untuk perubatan serta makanan tambahan. Oleh itu, untuk membentuk kesinambungan generasi Islam, maka tabiat dan cara makan harus mencontohi Rasulullah SAW.

Pil pemakananan tmabahan yang tidak perlu untuk tubuh jika diet pemakanan betul

Pil pemakananan tambahan yang tidak perlu untuk tubuh jika diet pemakanan betul

Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang sedikit makan, maka perutnya akan sihat dan hatinya akan bersih. Sebaliknya barang siapa yang banyak makan, maka perutnya akan ditimpa sakit dan hatinya keras.” (Hadis riwayat Huzaifah).

Dalam memastikan tubuh kita sihat, seharusnya kita mencontohi amalan pemakanan yang baik sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.  Jika tubuh sihat, ibadah yang dilakukan sehari-hari akan terasa mudah untuk dilaksanakan.  Apalagi, mari kita kembali kepada Islam untuk memelihara diri sihat sehingga ke hari tua kita. Mari mengkaji pemakanan sunnah kerana Rasulullah sendiri sihat sehingga penghujung usia beliau 63 tahun.