May, 2014

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: May 25, 2014

MAKAN BUKAN SEKADAR UNTUK SEDAP TAPI MAKAN UNTUK SIHAT

MEE SEGERA SEDAP TAPI TIDAK SIHAT UNTUK KESIHATAN

MEE SEGERA SEDAP TAPI TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket. Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

KEROSAKKAN BUAH PINGGAN AKIBAT MAKAN   UNTUK SEDAP BUKAN MAKAN UNTUK SIHAT

KEROSAKKAN BUAH PINGGAN AKIBAT MAKAN UNTUK SEDAP BUKAN MAKAN UNTUK SIHAT


Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mee segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium. Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mee segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mee segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mee segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal. 

10 RAMUAN BERBAHAYA DALAM MEE SEGERA

Mee segera adalah makanan palsu pembunuh senyap manusia.  Berikut beberapa ramuan yang terkandung dalam mee iaitu;

1) Kalsium Sulfat (Kapur Paris}.


2) Asid Tartarik. Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida. Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ). Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT. Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate. Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate. Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol. Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane. Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine).  Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

BAHAN TERLARANG DALAM MEE SEGERA

BAHAN TERLARANG DALAM MEE SEGERA

Posted by: | Posted on: May 25, 2014

BAHAYA AJINOMOTO (MSG)

AJINOMOTO (MSG)

AJINOMOTO (MSG)

Sila kurangkan penggunaannya. Selalu kita dengar ibu atau isteri mengarahkan kita supaya menambah sedikit ajinomoto untuk menambah lazat lagi itu masakan. Itupun kalau para bapa yang disuruh oleh isteri untuk masak. Jikalau isteri yang masak, pernahkah kita cakap “kasi tambah sikit tu ajinomoto supaya sedap sayang!”

Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun,  negara kelahirannya sendiri?

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda- tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan
besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.

Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah
menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus

Posted by: | Posted on: May 22, 2014

MASALAH DENGGI BERDARAH

Salam kesihatan dari ZAI Permai

Virus Denggi

Virus Denggi

Masalah demam denggi sudah semakin serius dan menular tanpa kawalan. Pihak yang berkaitan memberi penyelesaian salah satunya menghapuskan nyamuk aedes yang merupakan agen atau vektor pembawa denggi. Hakikat yang menyedihkan adalah bahawa nyamuk aedes ini tidak mungkin akan dihapuskan dengan sepenuhnya. Sudah berpuluh-puluh tahun kita bergotong royong untuk membersihkan takungan air dan menyembur minyak nyamuk yang beracun itu, tetapi kes-kes jangkitan denggi masih meningkat. Adakah ini penyelesaian denggi??

Jika kita tanya doktor, kita temui jawapan denggi ini tiada ubat untuk merawatnya dan tiada vaksin yang boleh mengelakkannya. Ini berbeza sekali dengan konsep perubatan menurut Islam iaitu semua penyakit ada ubatnya. Inilah indahnya Islam iaitu Islam memberi penyelesaian dan bukan mengantung permasalah yang timbul. Jika benar denggi tiada ubat kenapa ada pesakit boleh sembuh.

JIka pesakit mengidap tahap kronik seperti denggi berdarah pesakit akan tahan di hospital untuk rawatan dan pemerhatian. Apa yang doktor lakukan adalam menganalisa platelet darah megikut masa yang ditetapkan. Apa itu platelet darah? Platlet darah adalah sejenis sel micro yang terdapat dalam darah manusia. Fungsi-fungsi dan sifatnya masih tidak dikenalpasti dengan sepenuhnya oleh para saintis. Setakat ini, fungsi platlet darah yang diketahui secara umum adalah ia bertanggungjawab dalam proses pembekuan darah (hemostasis) khasnya pada tempat luka.

sel darah

sel darah

Dua platelet (ungu) dikelilingi sel darah merah

Dua platelet (ungu) dikelilingi sel darah merah

Bagi orang yang mengidap demam biasa, graf  bancaan platelet akan akan turun setiap hari dan akan naik semula biasanya hari ke 5 walaupun ia tidak mengambil apa-apa ubat. Apa  yang berlaku adalah sistem pertahanan badan kita secara automatik akan membentuk pertahanan setelah ia mengesan kehadiran vairus dalam badan. Sistem pertahanan badan inilah antibodi. Inilah hukum antibodi yang Allah tetapkan dalam badan kita untuk menjaga fizikal kita sihat. Jika sistem ini runtuh maka kita mudah ditumpaskan oleh virus atau bakteria. Kita akan jatuh sakit.

Ramai orang juga doktor masih tidak jelas bagaimana jangkitan denggi boleh menyebabkan penurunan bacaan platelet darah yang mendadak. Jawapan yang diberi adalah kabur dan tidak jelas. Satu piawai ukuran yang biasa digunakan untuk mengenalpasti tahap demam denggi seseorang itu adalah kandungan platlet darah. Bagi seseorang yang sihat, bacaan kandungan platlet dalam darah adalah sekitar 150 hingga 450 BPL (Billion Per Liter).

Bagi mereka yang dijangkiti virus denggi, bacaan platlet darah akan mula turun sekitar hari ke-4 selepas gigitan nyamuk aedes itu. Menentukan seseorang deman biasa atau denggi adalah melihat pada graf bacaan platelet darah ini. Deman biasa, platelet akan naik semula pada hari ke 5 atau 6. Tapi selepas hari 6 atau 7, bacaan platelet menjunam menunjukkan ia demam denggi. Apabila bacaan platelet darah menjadi kurang daripada 100 BPL selepas hari ke 7 dan seterusnya, pesakit tersebut perlu dimasuk ke dalam wad hospital untuk jagaan rapi. Jika bacaan platelet darah menurun sehingga kurang daripada 10 BPL, keadaan sudah menjadi kritikal. Jika BPL menurun hingga paras sifar (negatif) pendarahan berlaku keluar setiap liang bulu roma yang ketara dan boleh membawa maut.

Kemasukan virus denggi ke dalam sel akan menyebabkan keadaan sel menjadi berasid (pH rendah bawah 6) yang merupakan faktor utama untuk perubahan struktur dalaman sel yang akhirnya menjadikan sel tersebut pecah dan melepaskan ‘anak-anak’ virus denggi yang akan menjangkiti sel-sel platlet darah yang lain. Dengan kata lain, virus denggi perlu keadaan yang berasid untuk merebak dan menjangkit sel-sel platlet yang lain. Maka, dengan mengurangkan kandungan asid di dalam darah, faktor merebaknya virus denggi boleh dihalang atau direncatkan. Pertumbuhan virus denggi mesti perlu disekat dahulu supaya sistem pertahanan imunasi badan dapat melawan dan menghapuskan sisa-sisa virus denggi di dalam badan.

Allah telah mencipta madu dan habbatus sauda sebagai penawar untuk segala penyakit. Madu penuh dengan vitamin, mineral enzim untuk membina antibodi kita. Propolis juga padat dengan vitamin dan mineral merupakan antibakteria yang baik. Habbatus sauda jaga penuh dengan vitamin, mineral dan enzim untuk membina sistem imunisasi badan kita. Malah habbatus sauda mengandungi mineral-mineral seperti Di-limonina, Simena, Glukosida, Saponin, Jigelin, Nigelon, Timokonon dan Sterol ntuk mengaktifkan sel T bagi membina antibodi yang kuat. Antibodilah senjata utama kesihatan kita. Kedua-dua makanan ini madu dan habbatus sauda bersifat alkali yang sesuai untuk tubuh kita dan sifat alkali ini akan mencegah bakteria dan virus aktif dalam tubuh kita.

HSPM penyelesaian kepada denggi berdarah. HSPM material utama untuk membina antibodi sistem pertahanan badan dari virus dan bakteria

HSPM penyelesaian kepada denggi berdarah. HSPM material utama untuk membina antibodi sistem pertahanan badan dari virus dan bakteria

Inilah jawapan sebenar permasalahan denggi menggantikan jawapan bahawa denggi tiada ubat atau vaksin. Vaksin yang barat ciptakan itu bukanlah ubat membunuh virus. Tetapi ia adalah satu konsep yang diterima dalam perubatan moden hari ini iaitu dengan memasukkan virus yang lemah dalam badan. Badan akan mengaktifkan antibodi untuk melawan kehadiran virus itu. Vaksin bukanlah ubat tapi agen untuk merangsang atau pemangkin. Kita tidak tahu vaksin itu dari sumber mana, halal atau tidak? Ini berbeza dengan habbatus sauda yang Allah jadikan secara semulajadi mempunyai mineral untuk mengaktifkan sel T. Sel T ini akan membuat antibodi kuat menyerang virus. Jadi untuk menentang virus denggi adalah dengan kaedah menguatkan antibodi supaya virus tidak dapat menguasai kita. Apabila antibodi sudah menang melawan virus maka bacaan platelet darah akan mula naik. Apabila bacaan platelet naik, bermakna antibodi sudah berjaya melawan virus. Virus berjaya diusir keluar dari tubuh kita. Virus tidak mati tetapi kalah dan akan keluar dari badan kita. Kita sembuh dari denggi berdarah dengan cara membinanya antibodi yang kuat.

Jika kita memahami konsep kesihatan maka kitalah yang menjadi doktor  kepada diri kita sendiri. Jika mempunyai kekuatan maka musuh tidak dapat menyerang kita. Kekuatan itu dibina dan musuh dibendung oleh kekuatan tembuk yang kita bina itu. Andaikata tembok itu runtuh maka sudah tentulah musuh akan menguasai kita. Begitu juga kesihatan kita. Kesihatan dibina dengan membina sistem imunisasi badan iaitu antibodi. Musuh kita berbagai diluar iaitu bakteria dan virus. Andaikata sistem pertahanan badan kita runtuh maka bakteria dan virus akan menguasai kita. Kita akan jatuh sakit. Andaikata nyawa masih ada kita akan merana menanggung azab penyakit.

Dalam usaha kita membina tembok antibodi, kita jangan tersalah mengambil materialnya. Jika tersalah ambil maka ia akan membawa risiko lain pada tubuh badan kita. Kita ambilah apa yang telah Allah dan Rasul recommendkan iaitu madu dan habbatus sauda. Jika kita beriman dengan kitab Al Quran dan hadis material ini sahih dan tiada ragu-ragu lagi.

VIRUS DENGGI

 

Posted by: | Posted on: May 20, 2014

PROSES TERJADINYA KANSER

Salam kesihatan dari ZAI Permai

Kanser adalah penyakit yang ditakuti karena keganasannya. Namun, kanser bukanlah penyakit yang terjadi dalam waktu singkat. Perlu proses yang cukup panjang sehingga belasan dan puluhan tahun untuk merubah sel normal menjadi sel kanker. Dengan memahami proses pembentukan dan faktor-faktor yang terjadi kanser pencegahan boleh dilakukan.

Tubuh kita terdiri badan dan anggota badan yang dihubungkan oleh pembuluh-pembuluh darah dan pembuluh limfa. Anggota badan tersusun dari sel-sel yang berukuran sangat kecil  ( 1/100 mm ), yang memiliki bentuk hampir sama, namun memiliki fungsi yang berbeza.

Seperti sel darah putih, yang berfungsi melawan kuman-kuman yang masuk ke dalam tubuh. Sel darah merah, berfungsi mengangkut oksigen dalam darah. Kepingan darah berfungsi untuk membekukan darah supaya tidak terjadi pendarahan.

Didalam sel terdapat organel yang salah satunya adalah inti sel yang berisi gen atau DNA. DNA adalah pembawa genetik keturunan. Sel kanser berasal dari satu sel gen yang telah mengalami kerosakan.

Sel gen yang mengalami kerosakan tadi  mula membiak dan menjadi liar dan berkembang tanpa henti dan tidak terkawal sehingga dari satu sel menjadi jutaan sel dan membentuk jaringan baru. Jaringan baru itulah dinamakan sebagai tumor. Tumor membiak menjadi jutaan sel tidak terkawal dinamakan sebagai kanker.

VIDEO KANSER

Posted by: | Posted on: May 20, 2014

APA ITU KANSER

Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.

Tumor tidak berguna kepada badan, sebaliknya ia mengganggu dan mencuri zat daripada sel lain serta boleh membahayakan nyawa pesakit. Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

VIDEO KANSER

 

Posted by: | Posted on: May 14, 2014

PENICILLIN PERTAMA DITEMUI AL- QURAN

Dua perkara yang menjadi musuh kesihatan manusia. Pertama adalah bakteria. Keduanya adalah virus. Bakteria boleh dimusnahkan dengan antibiotik. Virus pula tidak dapat musnahkan dengan antibiotiK. Ianya boleh dielak dengan menguatkan sistem imunisasi badan.

Barat mendakwa antibiotik yang pertama kali dikenali sebagai Penicillin ditemui oleh Alexander Fleming pada tahun 1928.  Sebenarnya antibiotik telah lama diceritakan dalam Al-Quran 1400 tahun dahulu dalam Surah An Nahl : 69 lebih awal dari apa yang ditemui oleh Alexander Fleming. Dimanakah letaknya antibiotik atau penicillin dalam madu? Ia terletak pada propolis.

Propolis digunakan oleh lebah untuk melindungi sarang dan larva dari serangan bakteria. Sifat steril propolis yang sangat kuat dibuktikan dengan penemuan seekor tikus yang mati dalam sarang lebah lebih dari 5 tahun tidak mengalami pereputan dan busuk. Jadi ketika tikus masuk ke sarang lebah, kemudian dibunuh oleh lebah karena lebah tidak dapat mengeluarkan bangkai tikus yang besar, maka lebah membungkusnya dengan propolis. Tikus yang dibungkus propolis itu tidak membusuk dan menjadi seperti mumia. Inilah penicillin sepatutnya doktor Islam mencipta nama lebih awal dari Alexander Fleming.

Virus pula dapat dielakkan dengan menguatkan antibodi. Habbatus sauda mengandungi unsur-unsur ketahanan badan kerana mempunyai mineral-mineral seperti Di-limonina, Simena, Glukosida, Saponin, Jigelin, Nigelon, Timokonon dan Sterol yang berfungsi untuk mengaktifkan sel T bagi menguatkan antibodi.

Semua konsep ini telah diformulakan dalam HSPM, Insya-Allah mengamalkannya secara rutin harian kesihatan berkekalan dan menjana saham akhirat setiap hari

HSPM

HSPM

 

Posted by: | Posted on: May 9, 2014

NILAI HABBATUS SAUDA UNTUK KESIHATAN MANUSIA

black seed

Salam kesihatan dari ZAI Permai

Habbatusa sauda adalah anugerah dari Allah  yang  sangat bernilai. Terdapat tujuh ciri-ciri nilai emakanan Utama Habbatus Sauda untuk memelihara kesihatan dan mencegah penyakit. Sesungguhnya ubat yang paling baik adalah mencegah dari mengubat. Tujuh ciri-ciri kekuatan habbatus sauda adalah seperti berikut;

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatusa sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu ibu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Posted by: | Posted on: May 7, 2014

HABBATUS SAUDA DAN MADU ADALAH PERISAI TERBAIK KESIHATAN TUBUH BADAN

Salam kesihatan dari ZAI Permai

HSPM

HSPM

Hadis Nabi saw memkhabarkan bahawa habbatus sauda adalah ubat segala penyakit kecuali mati. Apakah bahan-bahan yang terkandung dalam habbatus sauda yang boleh menjadi ubat untuk bermacam jenis penyakit? Setakat ini 100 elemen yang telah ditemui oleh saintis. Itu pun belum habis lagi dikaji dan masih masih banyak penemuan belum didedahkan. Jika manusia membuat produk kesihatan amat mustahil mereka boleh memasukkan beratus mineral, vitamin dan enzim seperti yang terdapat dalam habbatus sauda .

Apa yang mampu dibuat oleh mineral, vitamin dan enzim tersebut? Banyak sebenarnya, ia meningkatkan fungsi kekebalan tubuh terhadap penyakit. Sekali gus mencegah tubuh diserangi  penyakit. Ia juga merangsang sumsum tulang dan sel yang perlu untuk sistem kekebalan tubuh. Dalam erti kata lain ia turut melindungi sel biasa untuk melawan VIRUS dan juga sel ketumbuhan atau apa yang dikenali sebagai SEL TUMOR. Dengan meningkat fungsi sistem kekebalan tubuh, habbatus sauda berperanan penting dalam pengekalan sistem imunisasi badan, penyembuhan KANSER dan AIDS.

Habbatus sauda juga bertindak sebagai antibiotik. Dengan itu mampu menjadi pemusnah virus yang membawa penyakit cirit-birit, dycentry, radang paru-paru, kolera, penyakit kulit termasuk kudis dan bisul. Habbatus sauda mampu bertindak sebagai anti alahan dan menjadi bahan anti lelah atau penyakit asma. Ia boleh menurunkan kadar kandungan gula dalam tubuh pengidap penyakit diabetis atau kencing manis. Di samping itu habbatus sauda juga mampu menurunkan kadar kolestrol, meningkatkan daya ingatan, konsentrasi serta kecerdasan otak kerana mempunyai kandungan yang merangsang pertumbuhan sel-sel neoron otak dan memperbaiki peraliran darah ke otak. Dengan banyaknya sel-sel neoron menjadikan seorang itu pintar dan tangkas berfikir. Ia amat baik untuk membina anak-anak kita menjadi cerdas dan pintar. Habatus sauda dan madulah makanan yang paling sesuai untuk mereka. Sepatutnya mereka menjadi makanan rutin sarapan pagi sebelum ke sekolah.

BAGAIMANA HABBATUSSAUDA BERTINDAK?

Konsep dalam ilmu kesihatan, jika kita mampu membina benteng diri yang kuat, apa-apa virus dan bakteria tidak mampu menggugat kita. Sebagai contoh, lihat dalam ketenteraan. Jika kita ada batalion armada angkatan perang yang kuat seperti kecanggihan teknologi peralatan perang, ilmu peperangan, askar yang ramai dan kuat, maka musuh tidak berani menyerang kita.

Begitu juga jika kita mempunyai benteng imunisasi badan yang kuat, maka virus dan bakteria tidak mudah menyerang kita. Selagi kita ada kekuatan diri Insya Allah kita sukar jatuh sakit. Semua kekuatan perlu dibina. Ia tidak datang sendiri. Kitalah yang mencipta kesihatan. Kita perlu yakin bahawa habbatus sauda dan madu itulah sebenarnya senjata yang ampuh untuk kesihatan. Jangan anggap ia sebagai penawar yang leceh. Jika ia datang dari Allah pasti ada  ilmu yang tak akan habis untuk kita terokai.

Dengan adanya komponen-komponen dalam habbatu ssauda, ianya akan bertindak mengeluarkan penyakit yang bersifat medical, menenangkan tubuh supaya beristirahat, menyedia atau melengkapkan pembaikan sel dalam tubuh. Semua ini sudah lengkap meliputi konsep pengubatan dalam membina sistem pertahan tubuh melawan serangan penyakit. Musuh utama fizikal kita yang akan merobek kesihatan kita hanya ada dua saja iaitu VIRUS dan BAKTERIA. Madu dan habbatus sauda adalah benteng pertahanan yang terbaik. Yakin dengan hadis Nabi saw bahawa sesiapa yang mengamalkannya tidak akan terkena penyakit yang melarat dan setiap hari menjana pahala sunnah.

Posted by: | Posted on: May 6, 2014

HABBATUS SAUDA MENGELAK PENYAKIT DARAH TINGGI

Salam kesihatan dari ZAI Permai

Kajian ke atas haiwan mendedahkan bahawa Habbatus Sauda mampu menjadi alternatif kepada ubat-ubat darah tinggi yang berada di pasaran sekarang. Kesan yang dilaporkan setelah mengambil Habbatus Sauda termasuk penurunan tekanan darah di dalam arteri selepas hanya 15 hari mengambilnya. Ciri-ciri anti-oksida Habbatus Sauda juga telah dikenalpasti dapat menghindarkan dari penyakit jantung.

Penyelidik-penyelidik menyatakan bahawa kemampuan Habbatus Sauda yang menyebabkan ia menjadi ubat darah tinggi yang baik adalah disebabkan oleh volatile oil di dalam Habbatus Sauda. Satu kajian di Perancis menjumpai bahawa dichloromethane (sejenis volatile oil) yang dijumpai di dalam ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan yang tinggi. Bahagian methanol yang larut minyak menunjukkan kesan membantut ke atas tindakan arachidonic acid untuk meningkatkan penggumpalan platelet dan pembekuan darah yang mengakibatkan kesan anti-platelet bertambah.

HSPM

HSPM

Posted by: | Posted on: May 6, 2014

HABBATUS SAUDA MENCEGAH KENCING MANIS

Nigella sativa atau habbatus sauda dengan bahan aktifnya Thymoquinone mempengaruhi paras gula dan insulin di dalam badan. Ini adalah bahan yang mencegah penyakit kencing manis.

HSPM

HSPM

Beberapa kajian telah dilakukan untuk mengkaji kesan-kesan Habbatus Sauda pada paras gula di dalam darah. Kajian-kajian ini telah dilakukan ke atas beberapa haiwan, termasuk arnab, kambing, dan tikus. Keputusan kajian-kajian ini sangat memberangsangkan kerana telah menunjukkan kesan yang penting terhadap paras gula iaitu dapat menurunkan paras gula di dalam darah setelah diberikan Habbatus Sauda’ untuk sekurang-kurangnya 48 jam. Kesan tersebut akan terus meningkat apabila Habbatus Sauda’ diberikan untuk tempoh yang panjang, iaitu sehingga beberapa minggu. Oleh sebab itu, pada masa kini Habbatus Sauda’ digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan untuk diabetes.

Pada tahun 2002, kajian yang dilakukan di Gifu Universiti di Jepun telah membuktikan bahawa Habatus Sauda’ boleh digunakan sebagai rawatan Type 2 diabetes. Pada tahun 1991, Kuwait Universiti telah menjalankan kajian ke atas mekanisma aktiviti Nigella Sativa berkaitan dengan diabetes. Mereka menjumpai bahawa ekstrak Habbatus Sauda’ adalah ubat yang sesuai digunakan untuk merawat penyakit diabetes yang tidak memerlukan insulin. Pada tahun 2003, tiga fakulti di Van, Turki, dan pada 2004 di Faculty of Medicine, Universiti Zonguldak Karaelmas, Zonguldak mengesahkan bahawa Nibella Sativa dapat menurunkan paras gula di dalam darah kepada paras normal bagi arnab yang menghidapi diabetes.