April, 2014

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: April 30, 2014

KANSER DAN PENYELESAIANYA

Jumlah pengidap kanser semakin di Malaysia semakin meningkat dari setahun ke setahun. Data laporan MAKNA, 11 juta dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dan 6 juta darinya mati akibat kanser di seluruh dunia. Di Malaysia, 45,000 rakyat Malaysia dilaporkan mengidap penyakit kanser setiap tahun. Statistik ini sangat membimbangkan kerana 3 dari 4 pesakit kanser gagal diselamatkan atau sembuh. Angka ini sangat besar. Ada sesuatu yang tidak kena yang melanda manusia hari ini.

APA ITU KANSER?

Kanser adalah penyakit yang ditakuti karena keganasannya. Namun, kanser bukanlah penyakit yang terjadi dalam waktu singkat. Perlu proses yang cukup panjang untuk merubah sel normal menjadi sel kanser. Kanser ialah sel yang terhasil secara tidak normal dalam badan seseorang. Satu kelompok sel kanser dipanggil tumor dan jika tidak dirawat ia boleh membesar dan merebak ke anggota badan yang lain.Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Setiap orang ada sel kanser dalam badan. Sel kanser ini tidak kelihatan dalam ujian atau pemeriksaan piawai sehinggalah mereka telah berganda ke beberapa juta. Sel kanser tidak mempunyai bentuk khas, wujud dalam pelbagai saiz dan berbeza daripada sel sihat yang mempunyai bentuk seragam. Ia boleh dilihat dengan jelas di bawah mikroskop.

KEMBALI KEPADA MADU & HABBATUS SAUDA

Habbatus sauda adalah pemakanan yang sihat yang mengandungi berbagai vitamin dan galian-galian yang untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Apa yang Nabi saw sabdakan itu mesti mempunyai kebaikkan. Ramai orang tidak faham  bahawa itu hanya untuk bersunnah. Tetapi itulah makanan yang terbaik, murah tetapi khasiatnya sangat tinggi.

Pada hari ini dengan baru orang memahami bahawa habbatus sauda memang makanan yang yang baik untuk kesihatan secara semulajadi. Setelah merebaknya kanser baru orang berprasangka adakah ubatan moden ciptaan barat itu boleh menngubat penyakit dan dalam tempoh masa yang panjang memberi side efek penyakit lain terutama kanser.

Manusia bagai tersesat jalan sekian lama tetapi kanser yang datang telah melenyapkan kenikmatan hidup didunia ini. Setelah musibah menimpa barulah manusia mula buka mata bahawa apa yang Al Quran dan Sunnah itu benar belaka. Kajian-kajian sainstis hari telah membuktikan secara logik akal bahawa habbatus sauda memang terdapat unsur preventif untuk mencegah kanser berlaku. Antara agen yang terdapat dalam habbatus sauda yang besifat preventif kanser adalah;

  • Beta-Carotene
  • Density – BMD
  • D-Limonene
  • Fiber
  • Glycine
  • Linoleic acid (Asid Lemak)
  • Methionine
  • Serine
  • Stigmasterol
  • Tannin
  • Tyrosine

Manusia sebenarnya tidak perlu membazir wang yang banyak untuk mendapatkan kesihatan. Jika mereka kembali kepada Al Quran dan Sunnah pasti mereka akan menemui kunci pintu kesihatan. Jika mereka menjadi madu dan habbatus sauda pasti mereka tidak akan terkena penyakit yang melarat seperti kanser yang seolah-olah tidak penyelesaian hari ini melainkan menghabiskan wang banyak untuk mati.

sel kanser

sel kanser

Dalam tempoh yang lama   sel mula rosak

Dalam tempoh yang lama sel mula rosak

sel ada yang mati dan ada membiak tidak terkawal

sel ada yang mati dan ada membiak tidak terkawal

sel mula membiak menjadi jutaan sel dan tidak terkawal. Inilah sel kanser

sel mula membiak menjadi jutaan sel dan tidak terkawal. Inilah sel kanser

 

Posted by: | Posted on: April 29, 2014

MERAWAT GHOUT DENGAN HABBATUS SAUDA

HSPM

HSPM

BERPANTANG makan, itu nasihat yang sering diberi kepada pesakit gout. Udang, sotong, ketam dan semua jenis makanan laut serta sesetengah sayur sejuk menjadi makanan larangan. Namun, tidak dapat menahan selera, ramai juga yang terpaksa ingkar, walaupun tahu risiko bakal menunggu. Pemakanan tidak sihat dan seimbang boleh memburukkan keadaan pesakit gout. Gout sebenarnya penyakit yang menyebabkan asid urik berkumpul pada sendi, terutama pada kaki, dan menyebabkan rasa sakit. Tanda gout adalah bengkak pada sendi yang bermula pada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan menyebabkan penghidapnya berasa sangat sakit hingga ada yang tidak boleh berjalan.

Gaot dipercayai disebabkan kehadiran paras asid urik yang tinggi dalam darah. Asid urik biasanya dikumuhkan melalui air kencing dan najis. Kegagalan mengeluarkan asid urik berlebihan dari badan boleh menyebabkan ia mendak dan berkumpul di sendi (tangan dan kaki), buah pinggang atau kulit.

Sendi yang diserang akan membengkak, panas dan merah, menyebabkan rasa sakit, khususnya pada waktu malam. Simptom ini boleh berlanjutan beberapa hari dan jika berulang, serangan mungkin berlaku lebih lama.Serangan yang berlaku setiap tahun menandakan gout kronik yang menyebabkan kemerosotan sendi dan menghadkan pergerakan pada anggota terbabit. Pemendapan urik asid benjolan akan terbentuk di tisu lembut sendi.

Simptom gout berlaku secara tiba-tiba, menyebabkan rasa sakit pada sendi sama ada paha, lutut, buku lali, tapak kaki, bahu, siku dan pergelangan tangan. Namun, radang sendi biasanya berlaku pada semua sendi kaki yang menyebabkan ia kejang, bengkak, merah dan pesakit boleh mengalami demam. Pembentukan benjolan dikenali sebagai tophi biasanya berlaku selepas beberapa tahun pesakit menderita akibat gout selama beberapa tahun. Tophi juga boleh muncul di buah pinggang, yang akhirnya menyebabkan organ penting ini gagal berfungsi.

KAJIAN HABBATUS SAUDA DALAM MENGUBAT PENYAKIT GOUT

Pada tahun 1982, Doktor Muhammad Ad-Dukhooknoni telah menyiarkan hasil satu kajian di dalam jilid ke 2 “Perubatan Islam” di mana kajian ini merangkumi ujikaji yang dijalankan ke atas ciri-ciri perubatan yang dimiliki oleh beberapa campuran Habbatus-Sauda. Ujikaji ini telah dijalankan ke atas tikus-tikus.

Di dalam ujikaji ini telah digunakan sekumpulan tikus yang mempunyai berat yang berbeza-beza antara 250-300gm. Tikus-tikus ini telah diberikan makanan yang terdiri dari roti & susu masam. Air kencing setiap 2 ekor tikus ini telah dikumpulkan pada setiap 24 jam & anggaran kadar asid urik disempurnakan di sepanjang tempoh itu. Kemudian, sekumpulan tikus ini telah disuntik dengan karbonil & Thymouquinone (bahan yang terdapat di dalam Habbatus-Sauda) setiap hari selama 5 hari. Hasilnya jelas sekali bahawa pati Habbatus-Sauda mempunyai kesan yang aktif dalam menambahkan pengeluaran asid urik di dalam air kencing. Sesungguhnya, kadar pengeluaran asid urik di dalam air kencing yang dilakukan oleh tikus-tikus itu bertambah berkali ganda pada hari-hari permulaan ujikaji tersebut.

Posted by: | Posted on: April 25, 2014

KEHEBATAN HABBATUS SAUDA

Hababatus sauda yang diadun

Hababatus sauda yang diadun

Salam kesiahtan dari ZAI Permai

Rahsia sebenar Habbatuss Sauda berperanan dalam penawar dan penyembuhan masih lagi menjadi misteri. Analisa demi analisa ke atas Habbatus Sauda’ secara saintifik telah mengenalpasti lebih dari 100 bahan-bahan penyembuh. Hanya 63 telah dijalankan ujikaji dan selebihnya belum lagi dikenalpasti oleh penyelidik.

Oleh itu walaupun penyelidikan telah dijalankan, rahsia kehebatan Habbatus Sauda’ masih lagi banyak yang belum dibongkar sepenuhnya. Mungkin di sinilah terletaknya rahsia perubatan Habbatus Sauda’, yang mengikut maksud hadith Nabi s.a.w penawar bagi segala penyakit. Setakat ini analisa telah menunjukkan bahawa bahan-bahan tersebut saling seiring, berhubungkait dan menyokong antara satu sama lain dalam proses rawatan untuk penyembuhan masalah kesihatan dan penyakit-penyakit. Untuk memahami proses saling hubung-kait dan perjalanan penyembuhan yang mungkin terjadi, berikut adalah senarai bahan-bahan kandungan holistic Habbatus Sauda dan ciricirinya yang diketahui oleh kajian sains:

Alanine
o Adalah sejenis asid amino non-essential.
o Antioxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Cancer preventive (pencegah kanser)

Alpha-spinasterol
o Anti-inflammatory,
o Anaesthetic (bius setempat, kebaskan sakit / numbs pain)
o berguna dalam sakit gigi

Arginine
o Ada sejenis asid amino yang non-essential
o Diuretic (Agen yang meransang pengeluaran air kencing)
o Pituitary stimulant (peransang kelenjar pituitari).
o Bahan ini juga memperbaiki tindak balas badan terhadap bakteria, virus dan selsel tumor.
o Ia menolong menyembuh luka, dan mengeluarkan hormon-hormon yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

Ascorbic acid (Vitamin C)
o Adalah asid gula yang bersifat anti-oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Anti-arthritic
o Anti bacterial
o Anti cold,
o Anti ulcer,
o Cancer & asthma preventative (pencegah kanser dan asthma/lelah)

Asparagine
o Asid amino non essential
o Anti sickling (penyakit sickle cell),
o Diuretic (agen yang meransang pengeluaran air kencing)
o Sistem saraf memerlukan asparagine untuk mengekalkan imbangan (equilibrium), dan transformasi asid amino acid. Ia juga memainkan peranan dalam synthesis ammonia.

Beta-Carotene (â-Carotene)
o Bersifat antioxidant, ditukar menjadi Vitamin A:-
o anti kanser,
o Menolong pernafasan, membaiki masalah mata.
o Vitamin A adalah salah satu nutrient yang sangat penting bagin badan manusia.

Beta Sisterol
o Menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik (the bad cholesterol),
o Menolong rembesan,
o Meningkatkan sistem pertahanan badan (immune system), memulihkan tahap gula dalam darah,
o Mengecilkan kelenjar prostate yang bengkak. (BHP benign prostatic hyperplasia)

Calcium
o Anti allergic (alahan)
o Anti atheriosclerotic (penyempitan salur darah)
o Anti osteoporotic (mencegah kekurangan densiti galian tulang Bone Mineral

Density – BMD)
o Carminative mengeluarkan gas dari perut dan usus.Carvone (Essential Oil)
o Anti septic (bahan yang membunuh mikrob pada luaran/kulit)
o Cancer preventative (mencegah kanser)
o Carminative mengeluarkan gas dari perut dan usus.
o Insectifuge menghalau serangga.

Chromium
o Penting dalam metabolisma gula darah,
o Memainkan peranan yang utama dalam sensitiviti sel-sel kepada insulin.
o Meningkatkan tahap cholesterol dan triglyceride. Memperbaiki toleransi glucose.

Cobalt
o Meransang produksi sel-sel darah merah dan mencegah anemia (kurang darah).

Copper
o Menolong dalam pembentukan sel-sel darah merah,
o Membantu pembentukan tulang yang baik dan senggaraannya (maintenance).
o Ia juga menolong pembentukan elastin dan collagen yang penting untuk penyembuhan luka.

Cystine
o Anti homocystinuric (pengeluaran homocystin dalam air kencing satu penyakit yang disebabkan masalah metabolisma keturunan dirawat dengan Vitamin B6).
o Diperlukan untuk kegunaan Vitamin B6.
o Menolong dalam menyembuhkan melepuh, luka dan menghancurkan lapisan mukus dalam penyakit seperti bronchitis dan cystic fibrosis.
o Cystine menolong dalam pembekalan insulin ke pancreas, yang diperlukan untuk assimilasi gula dan kanji.
o Ia juga boleh menjadi agen detox (detoxification agent – penyahracun) untuk menahan badan dari kerosakan akibat alcohol dan rokok.
o Mencegah kerosakan ke atas hati (liver) dan otak

D-Limonene
o Anti cancer (breast),
o Anti tumour promoter,
o Cancer preventative (mencegah kanser)

Fiber
o Anti diabetic (kencing manis),
o Anti obesity (gemuk berlebihan),
o Anti tumour (barah),
o Anti ulcer (luka, kudis dalam perut),
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Cardio protective (melindungi jantung),
o Laxative (tindakan julap)

Glucose
o Anti varicose (pembengkakan vena urat darah),
o Memory enhancer (menguatkan ingatan)

Glutamic A (non-essential amino acid)
o Anti epileptic (sawan),
o Anti retardation (terencat akal/jasad)
o Juga penting untuk metabolisma gula dan lelemak.
o Ia juga boleh menjadi rawatan untuk masalah neurological, ulcer, hypoglycemic come, muscular dystrophy, epilepsy, Parkinson’s, and cacat akal (mental retardation).

Glycine
o Anti acid,
o Anti ulcer (mencegah luka dalam perut),
o Ancer preventative (mencegah kanser),

o Anti gastric.
o Ia penting untuk membina protein dan sinthesis asid nucleic, RNA dan DNA, asid hempedu, dan asid-asid amino yang lain dalam badan.
o Ia juga menghantikan kemerosotan otot, penting untuk kesihatan prostate.
o Dapat menolong mencegah sawan.

Hederagenin
o Anti allergenic(bahan alahan),
o Anti capillary fragility (kelemahan urat darah yang kecil),
o Anti fibrolytic
o anti inflammatory (radang),
o Fungicide (membunuh fungus -kulat)

Iodine
o Mengatur produksi tenaga dalam badan,
o Menolong membakar lebihan lemak dengan meransang kadar metabolisma,
o Menstabilkan berat badan,
o Mengawal tahap cholesterol.
o Ia juga memperbaiki kesihatan mental (mentality), pertuturan, tulang, keadaan rambut, kulit dan gigi.

Iron
o Anti anemic (kurang darah – anemia),
o Anti menorrhagic (haidh yang banyak dan lama keluarnya – )
o Ia juga diperlukan untuk mengoksigenkan sel darah merah, kesihatan sistem pertahanan badan dan penghasilan tenaga

Isoleucine (Essential amino acid)
o Anti encephalopathic (penyakit otak).
o Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin darah,
o Pengekalan tahap gula dalam darah
o Pembekuan darah (gula)

Leucine (Essential amino acid)
o Anti encephalopathic,
o Mengekal tahap gula dalam darah,
o Pertumbuhan tisu otot,
o Hormon pertumbuhan,
o Penyembuh luka dan tenaga.

Linoleic acid (Asid Lemak)
o Anti anaphylactic (hypersentivity terlalu peka kepada bahan luaran -allargen)
o Anti arteriosclerosis,
o Anti arthritis,
o Anti eczema, (ezcema ialah kesan radang (inflammation) kulit yang menyebabkan merah, gatal, berkudis, berkeruping dan bersisik)
o Anti histamine (bahan yang bertindakbalas terhadap kesan fisiologi histamine hasil dari alahan)
o Anti inflammatory,
o Anti menorrhagic, (haidh haidh yang banyak dan lama keluarnya – )
o Cancer preventive (mencegah kanser).
o Asid Linoleic (LA) dan Asid Alpha-Lenolenic tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu ia adalah sangat penting didapati dari sumber pemakanan.

Lysine
o Anti alkalotic (pH badan)
o Ia diperlukan untuk pembentukan dan pertumbuhan tulang kanak-kanak, menolong menyerap kalsium.
o Ia juga menolong penghasilan antibodi, hormon, enzyme, collagen dan membaiki tissue.
o Ia juga menolong pesakit yang sedang sembuh dari kecederaan dan pembedahan.

Magnesium
o Mengatur aktiviti neuromuscular (saraf dan otot) jantung, menukarkan gula darah kepada tenaga.
o Ia menolong dalam pembentukan tulang dan gigi dan penyerapan calcium dan potassium.

Methionine
o Anti catarrh (tersumbat hidung akibat selsema bengkak membran mucous),
o Anti eczema (ezcema ialah kesan radang (inflammation) kulit yang menyebabkan kemerahan, gatal, berkudis, berkeruping atau bersisik),
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Anti oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Menghancurkan lemak, mencegah pengumpulan lemak dalam urat darah.

Myristic acid (Asid Lemak)
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Lubricant (pelincir dalam sistem penghadaman)

Nigellone
o Anti asthmatic,
o Anti bronchitic,
o Anti histaminic,
o Anti spasmodic

Oleic acid (Asid lemak)
o Anti inflammatory,
o Cancer preventative (mencegah kanser)

Palmitic acid (hexadecanoic acid – Asid Lemak)
o Anti fibrinolytic

Phenylalanine
o Anti ADD (Attention Defisit Disorder masalah kurang `tumpuan biasanya kanak-kanak)
o Anti parkinsonian,
o Anti depressant (kemurungan)
o Ia juga menolong dalam ingatan dan pembelajaran.

Phytosterols
o Menghentikan pengambilan cholesterol dan memudahkan pengeluarannya dari dalam badan.
o Menahan pembentukan tumor (barah ) dalam colon (usus besar), payudara dan kelanjar prostat.
o Mengurangkan inflamasi (radang)

Potassium
o Anti depressant,
o Anti fatigue (kelesuan),
o Anti hypertensive (mengurangkan tekana darah tinggi),
o Anti spasmodic (kejangan).
o Menggalakkan rambut dan kulit yang sihat.

Saponin
o Laxative
o Anti parasite
o Anti mucous
o Appetite stimulant (peransang selera),
o Merendahkan tahap gula dalam darah,
o Anti depressant,
o Anti inflammatory dan
o Anti toxic.

Selenium
o Adalah nutrien (bahan pemakanan) antioxidant yang utama.
o Mengurangkan risiko kanser payudara, usus besar, paru-paru dan kelenjar prostat.
o Ia menolong mengekalkan keanjalan tisu badan (tissues elasticity).
o Menolong dalam perawatan dan pencegehan kelemumur (dandruff).
o Ia juga sebagai anti penuaan (anti-aging).

Serine
o Cancer preventative (mencegah kanser)
o Serine diperlukan untuk metabolisma lemak, pertumbuhan tisu dan sistem pertahanan badan kerana ia menolong dalam penghasilan immunoglobulin dan antibodi.
o Ia juga It is a bahan dalam protein otak dan selaput saraf.
o Ia digunakan dalam kosmetik sebagai pelembap kulit.

Sodium
o Sodium adalah salah satu electrolyte di dalam badan
o Diperlukan untuk menghasilkan acid hydrochloric dalam perut untuk mempertahankan badan dari jangkitan yang mungkin ada dalam makanan.

Stigmasterol
o Anti hepatotoxic (keracunan kepada hati – liver),
o Anti inflammatory,
o Anti viral,
o Cancer preventative (mencegah kanser),
o Stimulant -Menambah aktiviti functional otak.
o Bertindak sebagai peransang gastrik (gastric stimulant).

Tannin
o Anti tumor,
o Anti bacterial,
o Anti cancer (mencegah kanser)
o Anti carcinogenic (bahan yang menyebabkan kanser)
o Anti diarrhoic (cirit birit)
o Anti dysenteric (sakit dalam perut- dan usus perut)
o anti oxidant, (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Anti ulcer,
o Anti viral

Threonine
o Anti bacterial,
o Anti streptococci.
o Ia adalah essential amino acid dan tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Oleh itu mesti diambil dari sumber pemakanan. Ia diperlukan untuk mengekalkan imbangan protein dalam badan.
o Ia juga menolong dalam pembentukan collagen dan elastin dalam kulit.
o Ia juga menolong dalam menghasilkan antibodi dan mengalakkan aktiviti dan pertumbuhan thymus.
o Zat-zat pemakanan lain dapat lebih diserap jika threonine ada dalam badan.
o Ia juga digunakan sebahagian dari rawatan kesihatan mental.

Thymoquinone
o Anti arthritic
o Anti asthmatic
o Anti bacterial,
o Anti histamine
o Anti oxidant (bahan yang mencegah/kurangkan kerosakan akibat proses oxidation)
o Mengeluarkan cacing dan parasit dari dalam usus.

Tryptophan
o Analgestic,
o Anti anxiety (keresahan),
o Anti dementia (nyanyuk),
o Anti hypertensive (tekanan darah tinggi),
o Anti parkinsonian,
o Anti migraine (sakit kepala),
o Anti insomniac (tidak boleh tidur),
o Anti manic (tekanan jiwa),
o Menstabilkan emosi,
o Mengawal kesakitan dan peristalsis usus,
o Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.

Tyrosine
o Anti parkinsonian
o cancer preventative (mencegah kanser)
o Menolong mengurangkan lemak badan, fungsi thyroid, kelanjar pituitary dan adrenal.
o Ia digunakan untuk mengurangkan stress dan menjadi lebih sedar (alert)
o Menolong otak kanak-kanak dalam pembelajaran.

Vitamin A (lihat â-carotene)
o Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu badan. Menolong mengekalkan (beta carotene) kulit licin, lembut dan bebas dari penyakit.
o Mengurangkan risiko kanser paru-paru.
o Ia juga diperlukan untuk penglihatan malam, dan kulit sihat.
o Ia juga membantu deria rasa (selera makan), sistem penghadaman.
o Ia juga penting dalam pembentukan tulang, gigi, dan sinthesis protein dan glycogen.

Vitamin B1 (thiamine)
o Membantu menghadamkan dan metabolisma carbohydrate.
o Sangat penting untuk fungsi normal sistem saraf, otot dan jantung.
o Menggalakkan pertumbuhan dan tone otot yang baik, dan menstabilkan selera.

Vitamin B2 (Riboflavin)
o Memetabolisasikan carbohydrate, lemak dan protein.
o Membantu dalam penghasilan (Riboflavin) anti bodi dan sel darah merah.
o Menggalakkan kesihatan am yang diperlukan
o Mengekalkan penglihatan yang baik, kulit, kuku dan rambut yang sihat.

Zinc
o Anti oxidant
o perlu untuk synthesis protein dan penyembuhan luka
o Mengekalkan imbangan akali badan.
o Baik untuk sistem pertahanan badan disamping melawan masalah kulit seperti jerawat, bisul dan sakit tekak.
o Ia juga diperlukan oleh tisu, kuku dan kulit sihat.

Senarai di atas ini hanyalah sebahagian dari bahan-bahan dalam Habbatus Sauda. Banyak lagi senarai ciri-ciri bahan yang belum dibentangkan, Semakin dikaji semakin banyak penemuan ditemui. Bagaimanapun senarai di atas sudah cukup untuk memberi bayangan kepada mengenai kehebatan kandungan Habbatus Sauda. Inilah anugerah Allah penawar yang sangat bernilai seperti disabdakan Rasulullah saw.

Posted by: | Posted on: April 24, 2014

ANCAMAN KOLESTROL

plak kolestrol dalam salur  darah

plak kolestrol dalam salur darah

Kolesterol ialah sejenis jisim lembut seperti lemak dan berlekit seperti lilin dan dijumpai di dalam aliran darah dan dalam semua sel badan. Kolesterol merupakan bahagian penting dalam badan yang sihat kerana ia digunakan untuk mengeluarkan membran sel dan sesetengah hormon, serta membantu melicinkan fungsi badan lain yang memerlukannya. Namun, terlampau banyak kolesterol dalam darah akan mengundang risiko besar untuk diserang penyakit jantung koronari (seterusnya akan membawa kepada serangan jantung) dan angin ahmar.

DARI MANAKAH DATANGNYA KOLESTROL?

Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan anda. Hepar dan sel lain dalam badan anda mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah. Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang anda makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari.

KOLESTROL LDL (KOLESTROL JAHAT)

Apabila terdapat terlampau banyak kolesterol jenis lipoprotein (LDL) berkepadatan rendah beredar dalam darah, ia beransur-ansur akan melekat dan mengumpul pada dinding dalaman arteri yang menyalurkan darah ke jantung dan otak. Bersama dengan jisim lain, ia lama kelamaan akan membentuk plak, iaitu sejenis longgokan keras yang akan menyempitkan arteri dan menjadikannya kurang anjal. Keadaan sedemikian dikenali sebagai atherosclerosis. Sekiranya suatu gumpalan terbentuk dan menyumbat arteri yang telah pun menyempit itu, ini akan mengakibatkan serangan jantung atau angin ahmar.

Kolesterol HDL (KOLESTROL BAIK)

Lebih kurang satu perempat hingga satu pertiga daripada kolesterol darah dibawa oleh lipoprotein yang berkepadatan tinggi (HDL). Kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol “baik”, sebab paras HDL yang tinggi dikatakan dapat melindungi daripada serangan jantung. Paras HDL yang rendah (kurang daripada 1.0 mmol/L) juga akan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Trigliserida

Trigliserida ialah bentuk sejenis lemak yang diperbuat di dalam badan. Trigliserida yang tinggi mungkin disebabkan oleh berat badan yang berlebihan, tidak aktif, merokok, meminum alkohol secara berlebihan dan mengambil makanan yang tinggi karbohidrat (60 peratus atau lebih daripada jumlah kalori). Mereka yang mempunyai trigliserida tinggi seringkali mempunyai paras kolesterol yang tinggi juga, termasuklah paras LDL yang tinggi serta paras HDL yang rendah.

Kolesterol Lp (a)

Lp (a) merupakan variasi genetik bagi kolesterol LDL (kolesterol jahat). Paras Lp (a) yang tinggi adalah faktor risiko utama bagi perkembangan pramatang pendepositan lemak dalam atreri.

APAKAH YANG DITUNJUKKAN OLEH PARAS KOLESTROL?

Laporan ujian menunjukkan paras kolesterol mengikut ukuran “millimoles per litre (mmol/L)”. Untuk menentukan bagaimana paras kolesterol mempengaruhi risiko untuk anda menghidapi penyakit jantung, doktor juga akan mengambilkira faktor risiko lain seperti usia, sejarah keluarga, merokok atau tidak dan tekanan darah tinggi.

HABBATUS SAUDA SEBAGAI DIET MENGURANGKAN KOLESTROL

Suatu kajian terhadap tikus-tikus yang telah diberi makan minyak Habbatus Sauda’ menunjukkan pengurangan paras kolesterol, triglyceride, gula, dan bilangan platelet sebanyak 15-35%. Juga kajian menyatakan bahawa volatile oil di dalam Habbatus Sauda’ mempunyai kesan yang sama efektif dengan dalam mengurangkan paras kolesterol di dalam badan. Manakala satu kajian yang lain yang melibatkan sembilan orang pelajar menjumpai bahawa dua kapsul 500 mg minyak Habbatus Sauda’ sebanyak dua kali sehari selama dua minggu mampu mengurangkan paras gula dan juga paras kolesterol.

Posted by: | Posted on: April 18, 2014

AMALAN MENGHINDARI KANSER

Kanser terjadi kerana pembiakan sel tidak terkawal akibat deprestion dalam badan

Kanser terjadi kerana pembiakan sel tidak terkawal akibat depress sel-sel dalam badan kita

Salam kesihatan dari ZAI Permai

Pada masa kini kanser adalah penyakit yang paling serius dan peratusan yang mengidap kanser meningkat dari setahun ke setahun. Kos rawatan kanser amat tinggi dan menjadi tekanan orang mengalami masalah kewangan. Dua derita terpaksa ditanggung. Pertama derita azab bertarung nyawa melawan kanser. Kedua azab memikirkan sumber kewangan untuk berubat. Kanser terjadi kerana pembiakan sel yang ganas dan tidak terkawal akibat faktor depress sel-sel dalam badan.

Kesihatan adalah aset yang paling berharga sekali untuk diri kita. Jika kita sihat berbagai nikmat Allah dapat kita kecapi semasa hidup di dunia ini. Dengan kesihatan macam-macam kita boleh lakukan, mencari rezeki, beribadah, menikmati makanan lazat, menikmati keindahan alam, kebahagian rumah tangga malah berbagai nikmat yang tidak terhitung. Kesihatan tidak datang dengan sendiri. Ia seperti rezeki dan iman, perlu dicari. Selepas dapat perlu dikekalkan supaya beterusan.

Di awal usia biasanya Allah bagi kesihatan. Andaikata kita tidak memeliharanya maka kita akan jatuh sakit. Bila sakit hilang segala nikmat hidup. Walau emas dan duit berjuta ianya sudah tidak bermakna lagi jika kita jatuh sakit. Harta kekayaan sebenarnya tidak dapat ditukar dengan kesihatan. Kesihatan adalah hak mutlak Allah. Jadi hargailah kesihatan. Orang akan hargai kesihatan setelah ia jatuh sakit. Akan dikenangnya betapa indahnya sewaktu ia sihat.

Adakah sihat boleh dicipta? Jawapannya YA, bila kita ikut hukum yang Allah tetapkan untuk jadi sihat. Apakah hukumnya? Sentiasa diri kita dalam keadaan positif. Bagaimana hendak positif? Segala yang Nabi ajar dalam agama itu semuanya positif, tiada satu pun negatif. Jadi, hendak sihat sudah ada dalam agama Islam itu sendiri. Amalan agama yang Nabi saw tunjukkan dalam hidup kita pasti kita jadi positif jika kita benar-benar amalkannya. Bila diri positif maka kita sukar dihinggapi penyakit kerana penyakit itu adalah negatif dan dia tidak boleh hidup dalam positif.

Jika cara hidup kita berada di atas garisan Islam kita adalah positif pasti kita tidak dihinggapi penyakit itu. Faktor pemakanan kita, persekitaran kita mestilah dalam keadaan positif supaya diri kita sentiasa menyerap benda-benda yang positf  belaka.

Cuba lihat dari sudut pemakanan, adakah kita mengikut ajaran agama kita iaitu bersunnah terutama garam bukit, madu dan habbatus sauda? Cuba buat kajian sendiri terhadap cara makan seseorang. Kaji orang yang mencicah garam bukit sebelum makan, pengamal madu, habbatus sauda atau herba-herba adakah mereka ini pengidap kanser?

Kaji pula para pengidap kanser, adakah mereka ini penggemar makanan segera Maggi, Mc Donald, KFC, Coca- Cola atau pengamal ubatan kimia sintetik? Makanan ciptaan siapa semua itu? Cuba lihat pengamal sunnah yang orang anggap kolot dan tidak moden, merekalah sihat. Lihat pula pengamal makanan moden, standart ada clas seperti MC Donald, KFC, Coca-Cola adakah mereka sihat di hujung usia mereka? Jika anda mengkaji sudah tentu anda akan nampak kebenaran Islam itu dalam sudut pemakanan sahaja, belum lagi aspek lain.

Cuba kita kaji garam bukit yang orang anggap ada apa pada garam bukit itu? putih, pink dan rasa pun tak sedap. Itulah yang diamal oleh Nabi Muhammad  Rasulullah saw. Beliau mencicah garam bukit sebelum dan selepas makan. Ada apa ya? Nampak macam kolot saja. Tapi itulah amalan yang paling mujarab untuk mencegah kanser.

Bagaimana? Garam bukit sentiasa menggetarkan gelombang positif iatu gelombang Alpha. Apabila kita mencicah garam maka garam ini akan berada dalam badan kita. Molekul garam tidak seperti molekul zat makanan lain. Zat makanan lain  akan bertukar kepada sebatian lain untuk membolehkan badan menyerap zat tersebut. Tetapi garam walaupun ia larut ia tetap berada dalam bentuk garam juga. Molekul atom garam inilah yang akan mengetarkan gelombang Alpha yang tenang dan damai untuk menberi kedamaian sel-sel tubuh badan kita. Dengan ini sel kita tidak akan depress. Maka kerosakkan sel tidak akan berlaku. Dengan kata lain kanser tidak akan berlaku jika sel kita sentiasa santai dalam gelombang Alpha yang tenang.

Gelombang Alpha juga menjadi punca penghalang kepada makhluk halus seperti jin untuk tinggal dalam badan kita terutama angkara dari perbuatan sihir. Ini kerana jin sihir adalah negatif. Gelombang Alpha yang positif akan menyakiti dan mencederakan fizikal mereka apabila gelombang dirukyah dengan ayat-ayat yang mengazab jin. Mungkin di alam jin itu gelombang Alpha menjadi seperti senjata yang sentiasa menghirsis tubuh badan mereka akhirnya mereka terpaksa keluar dari tubuh manusia. Gangguan jin juga yang dikenali sebagai virus yang membuat sel-sel tubuh kita menjadi depress. 

Konsep kejadian kanser sama seperti minda kita yang depress. Minda yang berada dalam depress lama-lama boleh menjadikan seseorang itu gila. Begitu juga sel kita, jika sudah bertahun berada dalam depres sel pun boleh jadi gila. Faktor pemakanan yang tidak betul itulah yang membuatkan sel-sel depress. Bila dah lama dalam keadaan tekanan maka berlakulah kerosakan sel. Akhirnya sel pun jadi gila, bercelaru dan membiak hingga tidak boleh di kawal. Sel yang gila itulah yang dinamakan kanser. Memang orang gila tidak boleh dikawal, berbuat sesuka hati dia. Untuk dipulihkan pun sukar tetapi jika kena kaedahnya boleh sembuh. Oleh itu untuk mengelak kanser kita perlu jaga sel kita supaya dia hidup dalam persekitran yang damai dan harmoni. Berikan gelombang Alpha supaya dia selalu tenang dan damai. Cicahlah garam bukit sebelum dan selepas makan untuk menghantar gelombang Alpha yang menjadi makanan sel-sel kita. Garam bukit bukan garam dari laut. Nabi Rasulullah saw telah tunjukkan cara itu, cuma Nabi tidak bercerita sains pada masa itu. Kalau Nabi saw terangkan pasti orang akan kata beliau lagi majnun. Kita zaman sekaranglah perlu huraikan secara saintifik kerana semua orang sudah faham ilmu sains.

Kajian saintifik juga menunjukkan garam mengandungi 84 galian yang cukup untuk tubuh badan bagi menguatkan sel-sel dalam tubuh badan kita. Mustahil sel yang kuat akan membuat komplikasi pembiakan sel tidak terkawal atau kanser. 84 galian itu telah di kaji oleh seorang Profesor bukan Islam bernama Dr. Barbara Hendel dan kajian beliau dikeluarkan oleh syarikat Natural Resources Inc. dalam sebuah buku bertajuk “Water & Salt, The Essence of Life”. Kenapa orang Islam sendiri tidak membuat kajian ini? Mereka telah menemui 84 galian yang amat sihat untuk kesihatan tubuh badan iaItu;

hydrogen,lithium,beryllium,boron,carbon,nitrogen,oxygen,fluoride,sodium,magnesium,aluminum,silicum,phosphorus,sulfur, chloride, calcium, scandium, titanium, vanadium, chromium, manganese ,iron,c obalt, nickel, copper, zinc ,gallium, germanium, arsenic, selenium, bromine, rubidium, strontium, yttrium, zirconium, niobium, molybdenum, ruthenium, rhodium, palladium, silver, cadmium, indium, tin, antimony ,tellurium ,iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,praseodymium,samarium,europium,gadolinium,terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium,lutetium,hafnium,tantalum, fungsten,rhenium. Osmium, iridium, platinum, gold ,mercury ,thallium, lead,bismuth, polonium, astatine, francium, radium, actinium ,thorium, protactinium ,uranium, neptunium and plutonium.

analysismrs[1] (1)-1

analysismrs[1] (2)-2

analysismrs[1] (3)-3

analysismrs[1] (4)-4

analysismrs[1] (5)-5

Certificate of the Analysis of Himalayan Crystal Mineral Rock Salt From the book, Water & Salt, The Essence of Life by Dr. Barbara Hendel MD and Peter Ferreira

Certificate of the Analysis of Himalayan Crystal Mineral Rock Salt
From the book, Water & Salt, The Essence of Life
by Dr. Barbara Hendel MD and Peter Ferreira. Kenapa Ilmuan Islam tidak terkehadapan mengkaji kenapa Rasulullah saw mencicah garam bukit sebelum & selepas makan. Cukupkah kita sekadar mengatakan ianya makanan sunnah , sedangkan nilainya  seperti permata yang bernilai, atau lebih teruk kita menganggap sebagai makanan yang leceh kerana kejahilan kita. 

Mineral ini jugalah sama seperti mineral yang terdapat dalam darah kita. Walaupun saintis mengetahui meneral ini tetapi mereka tetap tidak dapat mencipta darah seperti yang Allah jadikan. Amat ajaib sekali.

Hari ini orang membuat kajian bahawa buah durian belanda adalah ubat anti kanser yang baru ditemui. Walau bagaimanapun ia tidak dapat menandingi garam bukit. Adakah buah durian belanda dapat membekalkan 84 mineral seperti garam bukit? Adakah buah durian belanda dapat menggetarkan gelombang Alpha yang mendamaikan untuk sel-sel dalam tubuh badan kita? Jika durian belanda terbaik sudah tentulah Nabi saw mengkhabarkan 1400 tahun dulu lagi. Yang pasti garam bukit memang terhebat. Jika tidak tak kan Nabi saw sendiri mengamalkannya dan hari ini sains sendiri telah membuktikannya. Itulah hebatnya ilmu sains jika dihubungkan dengan ilmu metafizik maka kita akan nampak kehebatan Allah dengan kekuatan ilmu itu. Sepatutnya pemahaman Islam sebegini yang perlu terapkan kepada umat Islam, bukanlah sekadar memberitahu fadhilat-fadhilat amal sahaja. Diwaktu manusia hari ini mengguna fakta logik, bagaimana kita hendak menerangkan bahawa Islam itu sebagai ajaran yang benar dan hebat?

Selain mencegah kanser dengan pemakanan, kanser juga boleh dicegah dengan kerohanian. Sebenarnya kerohanianlah yang lebih penting. Ini kerana kekuatan diri manusia 70% hingga 90% adalah pada kerohanian atau subconcius. Jika kita faham agama bermakna kekuatan kita telah mencapai 90%. Hanya 10% lagi adalah fizikal kita semata-mata yang meliputi bab pemakanan yang betul.

Melalui cara kerohanian (subconcius) terdapat lapan surah dalam Al Quran jika diamalkan secara istiqomah akan menghalang dari virus yang menyebabkan kanser. Lapan surah ini diamalkan dengan cara merukyah untuk mencegah dan memusnahkan sel-sel barah kanser. Juga boleh diamalkan orang-orang yang sihat untuk mencegah kanser. Jika pesakit kanser dapat merukyah sendiri adalah lebih baik. Jika tak terdaya atau  kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain merukyah untuknya.

Kaifiat merukyah, sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x.

2. Salawat Nabi 10x.

3. Al-Fatihah 1x.

Boleh letakkan HSPM atau air secukupnya air yang bersih lagi suci (seelok air zam-zam) dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada HSPM atau air. Bagi yang sihat amalkan makan HSPM atau air yang dirukyah tadi seperti biasa sebagai ikhtiar mencegah kanser.

Bagi pesakit kanser, amalkan makan HSPM 3 kali sehari. Air rukyah tadi boleh diminum tiap -tiap hari dan sapu atau mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).

2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).

3. Surah Ar Ra’d (Ayat 16-28).

4. Surah Al Anbiyaa’ (Ayat 38-50).

5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227).

6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).

7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).

8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Semoga dapat menjadi amalan untuk mencegah kanser. Energykan HSPM atau air minum dengan gelombang Alpha yang sihat mudah-mudahan sel-sel dalam tubuh kita juga damai dan tenang dengan mukjizat Al Quran mengekalkan kesihatan kita. Daripada meminum biasa yang tiada energy lebih baik tambah nilai dengan energy dan roh Al Quran.

Dengan merukyah  Al Quran kristal atau molekul madu  atau air  digelombangkan dengan gelombang Alpha secara tidak langsung kita telah menukar kualiti kristal air yang berenergy boleh menyembuhkan pelbagai penyakit yang ada baik sakit fizikal mahupun rohani.

Seekor kalajengking telah menyengat Rasulullah semasa solat. Ketika selesai solat, Rasulullah berkata, ‘Semoga Allah melaknat kalajengking dan tidak membiarkan oranglain bersolat disitu ‘. Lalu Rasulullah mengambil air yang dicampur dengan garam. Kemudian diusapkan ke bahagian yang sakit sambil membaca surat al-Kafirun, surah al-Falaq dan surah an-Nas. “(HR. Ath-Thabrani dan disahihkan oleh Syeikh al-Albani hadis no. 548)

“Dan Kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. “(Al-Isra`: 82) .

 images (22)