March, 2014

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: March 28, 2014

AURA 8 – JENIS-JENIS GELOMBANG OTAK

Salam penuh gelombang dari ZAI Permai

Memahami gelombang bererti kita faham molekul atom. Gelombang adalah getaran dari molekul atom. Getaran atom menghasilkan arus elektrik. Arus elektrik mengalir akan menghasilkan tenaga.  Hukum gelombang adalah akan menarik untuk berhubung dalam sifatnya berfrekuansi yang sama. Yang baik cari baik. Yang jahat cari jahat. Lumrah hukum Allah tetapkan supaya adil, orang baik dapat pasangan baik. Orang jahat dapat pasangan jahat. Jika orang baik dapat pasangan jahat tanda Allah sayang kerana nak bagi pahala sabar. Allah pilih untuk menguji. Jika tidak bersyukur dengan ujian  sampai jadi kufur, sendiri pilih untuk masuk neraka.

Contoh gelombang yang paling jelas nak faham gelombang otak, lihat gelombang radio.  Ia tidak nampak, tapi kita tahu ia ada.  Gelombang radio itu akan berada di alam semesta dan terus bergetar.  Apabila kita menggunakan frekuansi yang sama dengannya, maka ia tertarik dan saling menarik antara satu sama lain. Lumrah sama sifatnya seperti manusia. Manusia akan berkawan dengan yang mempunyai karakter yang sama dengannya. Begitu juga gelombang akan cari kawan yang sama karakter dengannya iaitu berfrekuansi sama. Contohnya, gelombang frekuansi 91.5 FM akan cari kawan gelombang yang berfrekuansi 91.5 FM juga. Itulah hebatnya ciptaan Allah hidup mesti berpasangan. Selagi tak ada pasangan rasa tak lengkap hidup. Sampai Nabi pun bersabda orang yang tak kahwin setelah mampu bukan dari umatku. Gelombang yang tak ada nafsu pun cari pasangan, apatah lagi manusia yang bernafsu.

Orang telah mengkaji makhluk Allah yang bernama gelombang ini, mereka dapati ada empat jenis  gelombang otak yang berperanan semasa manusia berfikir iaitu;

1.  Beta – Gelombang ini dihasilkan oleh otak dalam keadaan kita sedar dan berada dalam keadaan yang sangat aktif.  Frekuansi gelombang ini berukuran 13 – 30 Hz.  Keadaan minda kita pada ketika itu adalah minda sedar.  Ini adalah kerana minda berada dalam getaran yang sangat aktif iaitu gelombang beramplitud tinggi.  Gelombang amplitut tinggi ini merangsang otak mengeluarkan hormon kortisol dan norefinefrin yang menyebabkan rasa cemas, panik, mudah marah dan stress. Getaran yang kuat akan menyebabkan tekanan pada aliran darah menyebabkan jantung denyut dengan cepat (tidak normal) mengundang  penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Orang yang memancar gelombang ini akan menarik gelombang Beta di luar iaitu untuk berhubung dengan gelombang jahat (negatif) dipersekitaran. Dengan itu ia menarik perkara buruk terjadi pada dirinya. Inilah gelombang orang yang berfikiran negatif, buruk sangka, pengumpat, pendengki, panas baran, ahli maksiat dan lain-lain sifat negatif.

 

Frekuansi gelombang Beta

Frekuansi gelombang Beta

2.  Alpha – Gelombang ini terhasil semasa kita berada dalam keadaan rehat atau santai.  Gelombang yang dihasilkan berukuran 8 – 12 Hz. Inilah gelombang ikhlas yang kita cari. Orang yang sedang rileks, melamun, atau berkhayal gelombang otaknya berada pada frekuensi ini. Orang yang berada dalam gelombang ini adalah yang berjaya memasuki subconcius mind (bawah sedar). Contoh orang yang berada pada gelombang ini adalah orang khusyuk berdoa sehingga menangis terutama di waktu tahajjuj. Tanpa gelombang ini, jangan bermimpi untuk masuk ke alam subconcius mind. Orang yang berada dalam keadaan gelombang Alpha mampu menyerap pemahaman ilmu dengan cepat, cerdik dan genius. Dalam keadaan gelombang Alpha otak merembeskan hormon serotonin, kontisol dan endorfin yang menyebabkan seseorang merasakan rasa nyaman, tenang, dan bahagia. Hormon ini membuat sistem imun tubuh badan meningkat, pembuluh darah terbuka lebar, denyutan jantung menjadi stabil. Dengan kata berada dalam tenang dan tubuh badan sihat. Inilah gelombang orang berfikiran positif iaitu gelombang kesihatan.

Waktu mana kita hendak menyerap gelombang Alpha ini? Ia ada kaitan dengan Hadis Nabi iaitu waktu-waktu mustajab berdoa iaitu waktu 2/3 malam (sembahyang tahajuj), dalam waktu sujud solat, waktu awal Dhuha, semasa membaca Al Quran, waktu hujan turun, waktu antara dua kutbah hari jumaat, waktu malam Lailatul Qadar, sepanjang tawaf kaabah, waktu membaca Al Quran dengan tartil tajwid yang betul, waktu bersin dan carilah lain-lain waktu mustajab seperti Nabi Sabdakan.

Nak tahu kenapa waktu ini waktu mustajab berdoa? Ini adalah kerana hukum tarikan gelombang itu sendiri iaitu menarik gelombang yang sama jenisnya. Waktu ini gelombang alam adalah gelombang Alpha, jadi ucapan doa bergelombang Alpha akan di tarik oleh gelombang Alpha alam naik dengan tiada hijab. Hanya hak Allah saja memperkanan doa kita itu.

Nabi Rasulullah sudah faham gelombang ini sejak 1400 dalu lagi tetapi beliau tidak menceritakan dalam bentuk saintifik kerana megelakkan fitnah majnun ketika itu. Cuma Nabi menyatakan waktu-waktu tersebut adalah waktu yang mustajab berdoa. Kenapa orang Islam sendiri tidak mengembangkan ilmu gelombang ini?? Hari ini siapa yang pegang ilmu gelombang ini? Orang Islam hanya mampu berkhurafat saja akibat salah faham memahaminya.

 

Frekuensi gelombang Alpha

Frekuensi gelombang Alpha

3.  Theta –  Gelombang ini berfrekuansi 4 – 7 Hz.  Minda kita pada ketika ini berada dalam keadaan yang sangat rehat.  Orang yang sedang benar-benar berkhayal akan berada dalam gelombang ini.  Tahap logik akal sudah hampir tidak ada langsung pada ketika ini dan apa sahaja saranan daripada luar akan diterima dengan mudah. Contohnya orang sedang dalam keadaan mimpi. Pada gelombang ini, otak merembeskan hormon melatonin, catecholamine, dan AVP ( Arginine-Vasopressin).

 

Frekuensi gelombang Theta

Frekuensi gelombang Theta

4.  Delta – Gelombang ini paling perlahan, berukuran 0.2 – 3.5 Hz.  Contoh orang yang sedang pengsan, atau tidur yang terlalu nyenyak tanpa mengalami mimpi. Pada gelombang ini otak akan merembeskan HGH (Human Growth Hormone ) hormon yang membuat orang awet muda.

Frekuensi gelombang Delta

Frekuensi gelombang Delta

[Terlalu banyak rahsia alam ini. Semuanya Allah jadikan untuk manusia. Memang benar Allah itu maha pengasih dan penyayang. Jika dihitung nikmat Allah nescaya kita tidak mampu menulisnya.]

Posted by: | Posted on: March 27, 2014

AURA 7- PEMIKIRAN ADALAH TENAGA

Setiap sesuatu objek  di muka bumi ini, semuanya memiliki tenaga.  Hatta sebuah kerusi  buruk dirumah kita pun mempunyai tenaga sendiri.  Ini adalah kerana objek terdiri daripada molekul-molekul  atom yang bergabung yang menjadi suatu  jisim yang pejal. Atom-atom yang bergetar inilah menghasilkan tenaga atau energy. Andaikata atom-atom ini diaktifkan maka ia boleh membakar. Inilah teori orang mencipta tenaga nuklear atau tenaga atom. Hanya tahu bagaimana mengaktifkan atom-atom itu,  maka letupan  yang lebih besar bom atom lebih dahsyat lagi daripada letupan bom biasa.

Begitulah pemikiran manusia juga adalah sejenis tenaga.  Ia bukan sekadar pemikiran, khayalan, atau maginasi semata-mata.  Sebaliknya ia juga mempunyai tenaga.  Dalam ilimu Fizik telah membuktikan bahawa  pemikiran yang diaktifkan  akan memancarkan tenaganya keluar dari otak. Tenaga itu boleh diukur dengan alat EEG atau Electro Encephalogram dengan cara mengesan pancaran gelombang otak.

Alat EEG mengukur gelombang otak

Alat EEG mengukur gelombang otak

Ini sama teorinya dengan pemancar gelombang radio yang memancar gelombang di ruang angkasa. Orang membina stesen TV atau radio sebenarnya menggunakan  idea  hukum tarikan minda atau AURA. Lihat contoh, jika kita ingin mendengar siaran radio IKIM, maka kita aktifkan gelombang  radio pada frekuansi 91.5 FM, maka ia akan menarik gelombang frekuansi yang sama 91.5 FM di ruang angkasa yang dilepas oleh stesen pemancar. Maka kita dapat mengikuti siaran radio IKIM tersebut.  Inilah hukum gelombang, iaitu menarik gelombang yang sama frekuensi disekitarnya untuk melakukan communication.

Hukum tarikan gelombang. Gelombang yang diaktifkan diradio akan menarik gelombang yang sama di ruang angkasa

Hukum tarikan gelombang, gelombang yang diaktifkan diradio akan menarik gelombang yang sama di ruang angkasa

Begitu jugalah minda, jika kita memikir perkara baik, maka otak akan bergetar gelombang baik. Gelombang baik dari otak akan menarik gelombang yang baik (positif) yang ada disekitar kita maka benda-benda baik akan berlaku kepada kita. Begitu juga jika kita memikirkan perkara jahat, maka otak akan menggetarkan gelombang jahat (negatif). Gelombang jahat (negatif) ini akan menarik gelombang jahat disekitar kita maka berlakulah perkara buruk kepada kita. Orang terlalu negatif akan mengumpulkan gelombang negatif dan bila iaktifkan akan menghasilkan gelombang jahat atau disebut AIN. Orang yang ada AIN ini bila orang terpandangnya bertentang mata boleh jatuh sakit. Rasulullah ada mengajarkan doa untuk mengelakkan AIN seseorang. Inil adalah logik kerana Allah telah pun menetapkan hukum tarikan gelombang seperti itu.

Begitu juga hukum pemikiran. Sangka baik, kebaikkan datang. Sangka buruk padah akibatnya.

Hukum pemikiran, sangka baik, kebaikkan datang. Sangka buruk, keburukan yang datang

 

Bagi orang yang bijak dan nampak mengambil peluang hukum ini dengan membuat bisnes gelombang. Lihat saja contoh hari ini, orang menjaul gadjet handphone. Mereka bukan menjual gadget itu, tetapi mereka menjual gelombang. Lihat orang membuat satelit, mereka bukan menjual satelit tetapi mereka menjual gelombang. Ini kerana communication boleh dihubungkan dengan memancarkan gelombang yang sama frekuensinya.

Dalam pemikiran, fikir positif  otak boleh menarik gelombang positif diluar. Maksudnya fikir baik pasti benda baik yang datang. Fikir jahat pasti buruk yang datang. Dalam ajaran agama Islam, Nabi sendiri mengajar kita bersangka baik. Apa tujuannya?? Memang Nabi sudah faham pasal gelombang itu sejak 1400 tahun dulu lagi. Cuma Nabi tidak terang secara saintifik supaya orang tidak menuduh beliau lagi majnun membawa ajaran baru.

Adakah mempercayai ilmu gelombang ini kepercayaan khurafat??? Orang yang tidak ada ilmu ini saja yang mengatakan khurafat tanpa mereka berbuat sesuatu untuk memartabatkan agama Islam. Sedangkan orang kafir menerima ilmu ini megambil peluang ilmu gelombang ini. Dengan ilmu gelombang ini mereka mencipta teknologi canggih hari ini akhirnya membunuh orang Islam kembali. Orang Islam hari ini sekadar hanya pandai berhukum halal, haram dan suka membidaah saja.

Hal gelombang inilah yang menyebabkan minda manusia memiliki kuasa atau tenaga yang dikenali kuasa minda. Tidak kira sama ada perkara yang kita aktifkan dalam pemikiran kita itu baik atau buruk, ia akan bertindak untuk dipancarkan.  Dan perkara baik yang dipancarkan akan menarik perkara baik, begitu jugalah sebaliknya.

Lantaran itu, kita sering diingatkan untuk sentiasa berfikiran baik dan positif.  Jika kita memikirkan perkara yang tidak baik, dikhuatiri keburukan itu akan hadir kepada kita.

Pemikiran kita adalah tenaga dari gelombang. Diri kita adalah tenaga yang diaktifkan dari pemikiran kita.  Maka aktifkan dan gunakanlah tenaga yang ada dalam diri kita untuk menarik tenaga yang sama menghampiri kita. Jangan menyumpah terutama kepada anak-anak kerana dikhuatiri gelombang sumpah itu menarik keburukan kepada anak kita.

Posted by: | Posted on: March 24, 2014

PROPOLIS ANTIBIOTIK SEMULAJADI

Madu organik mengandungi propolis

Madu organik mengandungi propolis

HSPM dengan gabungan habbatus sauda dan madu organik

HSPM dengan gabungan habbatus sauda dan madu organik

Allah mencipta manusia Allah juga mencipta ubat atau penawar untuk manusia.  Perjalanan manusia didunia ini diganggu oleh gangguan – gangguan sehingga menimbulkan penyakit. Ini menyukarkan manusia beibadah kepadaNya.  Setiap aktiviti hidup manusia adalah ibadah jika diniatkan dengan baik kerana  Allah. Penyakit pula menjadi halangan kesempurnaan ibadah kepada Allah. Untuk itu Allah menurunkan madu ke dunia ini melalui lebah seperti difirman di dalam surah Al Nahl : 69 bagi mengubat dan penawar penyakit manusia.

Kenapa madu itu ubat yang sangat hebat? Tahukah anda, madu adalah merupakan antibiotik atau panesilin yang diciptakan sendiri oleh Allah kepada manusia. Hanya orang Islam yang tidak mengkaji dan orang barat mengambil peluang ayat ini. Dimanakah letaknya antibiotik atau panesilin dalam cerita surah itu?? Jawapannya, Propolis (sarang lebah).

Apa faktanya?? Sifat steril propolis telah dibuktikan dengan penemuan seekor tikus yang mati dalam sarang lebah yang berusia lebih dari 5 tahun tidak mengalami pereputan dan busuk. Tikus yang masuk dalam sarang lebah kemudian dibunuh oleh lebah karena lebah tidak dapat mengeluarkan bangkai tikus yang besar itu. Kemudian lebah membungkusnya dengan propolis seperti mengkafan mayat manusia. Tikus yang dibungkus propolis itu tidak membusuk walaupun sudah lebih 5 tahun dan madu tidak tercemar oleh bakteria dari bangkai tikus.  Ini menunjukkan bahawa propolis bersifat steril, antibiotik yang membunuh kuman dari bangkai tikus. Propolis bersifat seperti panasilin secara semula jadi membentuk sistem pertahanan dari serangan bakteria dari sekitarnya. Inilah konsep panesilin, ubat antibiotik yang dicipta hari ini.

Persolannya, kenapa kita tidak yakin panesilin ciptaan  Allah sendiri, antibiotik dari Allah sendiri?? Apabila kita makan madu, tubuh  kita menjadi steril dari segala bakteria tanpa menimbulkan sebarang efek penyakit lain.

[TERPULANGLAH KEPADA ANDA UNTUK MEMILIH ANTIBIOTIK CIPTAAN ALLAH ATAU CIPTAAN MANUSIA. ANDA YAKIN SURAH AL NAHL : 69 ?]

 

Posted by: | Posted on: March 23, 2014

AURA 6 – HUKUM TARIKAN AURA

Salam tarikan AURA dari ZAI  Permai

Semua orang tahu AURA adalah tarikan. Jika AURA besar maka tarikannya juga kuat. Itulah pentingnya kita memelihara AURA diri. Ia dikaitkan dengan diri yang positif, hati yang tulus dan bersih.

Cuba kita kenang kembali  masa belajar kita di sekolah dulu. Kita belajar berkenaan graviti, Kita belajar subjek Ilmu Fizik, pasal Hukum Newton. Hukum Newton (graviti) menyatakan bahawa setiap objek terdiri daripada  jisim. Jisim objek diukur dalam unit `m’. Bila objek jatuh dari atas pada kelajuan tertentu, ia akan ditarik oleh bumi. Graviti bumi diukur dalam unit ‘g’. Maka terciptalah satu daya magnet  tarikan  `F=ma’, dimana;

F = Daya pemusatan
m = jisim objek (berat x graviti)
a = speed objek

Siapa yang menjadi magnet ? Bumilah yang menjadi magnet, menarik objek .  Dalam Meta Fizik, objek itulah adalah impian kita dan bumi itu adalah minda atau AURA .  Ini adalah kerana, graviti bumi mempunyai hukumnya tersendiri iaitu menarik apa sahaja yang ada dalam medannya untuk mendekatinya.

Begitu jugalah AURA, Hukum graviti mudah difaham dalam konsep Ilmu Fizik, manakala AURA dan minda adalah dalam Ilmu Metafizik (ghaib). AURA kuat datang dari minda atau subconcius mind yang baik.  Jika medan tenaga  AURA kuat maka maka segala impian akan ditarik olehnya. Impian yan paling besar adalah Syurga. Ia sama juga seperti hukum tarikan graviti alam fizikal (akal) tetapi dalam alam Metafizik (ghaib) dinamakan sebagai Attraction. Attraction itu berada dalam subconcius mind berkaitan dengan Iman dan Akidah. Bezanya Hukum Newton di alam Fizikal manakala Attraction pula adalah alam Metafizik (ghaib). Kedua-duanya sama konsep cuma dunia saja yang berbeza. Bukankah Rukun Iman itu kena mempercayai perkara-perkara ghaib??

Jika Hukum Newton bermula dari tarikan graviti bumi, maka Attraction  juga adalah   hukum tarikan kuasa minda kita. Itulah hukum minda Law of Attaction. Dalam Ilmu Fizik, berat dan kelajuan objek mempengaruhi daya tarikan graviti. Jika objek besar daya tarikan graviti juga menjadi besar.

Teori Ilmu Fizik dalam concius mind (logik akal)

Teori Ilmu Fizik dalam concius mind (logik akal)

Begitu juga dalam Ilmu Metafizik, jika impian kita besar, Syurga Allah maka daya tarikan minda kita ke arah itu juga besar. Medan tenaga itulah Iman dan Akidah kita. Jika hati kotor maka tarikan magnet diri lemah kerana Iman dan Akidah nipis. Ilmu inilah yang disembunyikan oleh Barat. Ilmu Fizik (logik akal – concius mind) yang kita belajar tidak dihubungkan dengan Ilmu Metafizik (subconcius mind). Akhirnya kita berfikiran sebelah saja, dunia yang boleh dibuktikan dengan logik akal (sekular).

Ilmu Fizik dihubungkan dengan Ilmu Meta Fizik (subconcius mind)

Ilmu Fizik dihubungkan dengan Ilmu Meta Fizik (subconcius mind)

Adakah Newton mencipta teorinya meniru ilmu Al Quran? Kenapa kita Islam meninggalkan permata-permata yang ada dalam Al  Quran? Untuk  dikembangkan kepada ummah. Itulah kekuatan Barat hari ini, mereka berfikir menggabungkan kekuatan concius mind (10%) dengaan subconcius mind (90%), maka potensi mereka ditingkatkan sehingga 100%, Sebab itulah mereka boleh menguasai dunia hari ini.

Kita orang Islam diajar berfikir mengguna concius mind (10%). Sebab itu Islam lemah hari ini. Mana mungkin boleh menang beradu kekuatan 10% dengan kekuatan 100%. Cuma beza Barat dengan kita Islam, mereka degil tidak mahu tunduk kepada PenciptaNya ibarat lawan tokey.

Kita lemah sebab kita ikut cara pemikiran mereka sedangkan mereka ikut cara pemikiran Islam tetapi mereka degil tidak mahu beriman. Kita masih dalam kehinaan kerana kita umat Islam sendiri tidak mahu mengubahnya.  “Allah  tidak akan mengubah sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubahnya”. Bila mereka berubah barulah Allah memberi Nusrahnya setelah Iman dan Akidah kita betul.

Kita boleh bangkit semula jika kita tahu menggunakan kekuatan 100% itu kerana kita lebih mulia daripada mereka. Cuma kebangkitan kita belum lagi maksima 100%. Tugas kitalah umat Islam dalam dimensi masing-masing untuk menyedarkan kelompok kita. Kita jadi lemah kerana kita telah terkena tipu daya mereka. Itulah Fitnah Dajjal yang Nabi sabdakan 1400 dahulu yang terkena pada kita umat Islam zaman kita berada ini.

Kita baru nak bangkit setelah sekian lama ditipu. Ilmu Metafizik yang berkait dengan Iman dan Akidah itu disembunyikan sebagai strategi mereka melemahkan umat Islam. Tugas kitalah untuk memahami dan mempraktikannya semula membawa kembali kegemilangan Islam.

[Adakah kita mampu untuk menarik sesuatu mendekati kita?  Jawapannya YA. Jika Iman dan Akidah kita tinggi di sisi Allah (Nur), ia  akan menjana medan tenaga  (AURA) yang besar. Jika AURA kita besar maka daya menarik (magnet) rahmat Allah juga besar. Kita mampu menarik kekayaan atau rezeki dari Allah dengan izinNya]

 

Posted by: | Posted on: March 22, 2014

AURA 5 – AURA ADALAH BARAKAH DIRI

Salam penuh AURA dari ZAI Permai

Tahukah anda bahawa AURA umpama seperti magnet. Ia bukanlah magnet fizikal tetapi ia magnet rohani dalam diri kita. Jika rohani kita tulus ia akan memamcarkan magnet diri yang mempunyai medan tenaga yang besar.

Cuba lihat magnet fizikal. Apakah sifat magnet fizikal? Magnet sifatnya adalah menarik objek disekelilingnya. Tidak semua objek yang ditariknya. Magnet tidak akan menarik kayu, magnet tidak akan menarik plastik, magnet tidak akan kain tapi ciri-ciri magnet adalah menarik salah satu benda berkat yang diturunkan Allah dari langit iaitu  besi. Ada empat benda berkat yang diturunkan Allah dari langit iaitu besi, air, garam dan api. Jadi magnet memilih untuk menarik besi sahaja tidak benda lain.

Begitu jugalah AURA umpama magnet diri . Ciri-ciri utamanya magnet diri  adalah menarik rahmat Allah. Segala rahmat berupa segala kebaikkan seperti rezeki, kesihatan dan segala nikmat kebahagian kehidupan akan ditarik olehnya. Medan tenaga yang besar (AURA) sudah tentulah dapat menarik rahmat yang banyak berbanding AURA yang kecil.

Magnet diri umpama keberkatan dalam diri. Keberkatan itulah yang mampu menarik rahmat Allah. AURA umpama pancaran Nur dari Ilahi. Nur datang dari hati yang bersih dan ia tidak datang dari hati yang kotor. Hati yang bersih akan memjemput kebaikkan manakala hati yang kotor akan menjemput masalah dalam hidup. Begitulah AURA yang besar akan menarik rahmat manakala AURA negatif akan menjemput masalah dalam diri.

Cuba renungkan rezeki seseorang. Kadang-kadang orang bekerja biasa-biasa saja tapi rezeki mereka mewah berbanding orang kerja kuat membanting tulang. Inilah yang membezakan orang yang mendapat keberkatan hidup. Cuba lihat guru-guru pondok, adakah mereka berkerja keras membanting tulang untuk mendapat sesuap nasi? Tentu tidak, tetapi mereka memilih jalan-jalan keberkatan mengajar manusia mengenal penciptanya. Sebagai balasan Allah membuka keberkatan dalam hidup mereka datang rezeki dari berbagai sudut yang tidak disangka-sangka.

Begitulah AURA. AURA yang besar datangnya dari hati yang bersih mentaati perintah Allah. Maka AURA itu umpama magnet keberkatan yang menarik rezeki Allah. Mereka mungkin tidak berkerja kuat tetapi rezeki mengejar mereka kerana tarikan magnet AURA itu. Apa yang mereka buat tak lari niat mereka untuk kehebatan Allah.

AURA umpama magnet diri (Barakah Hidup)

AURA umpama magnet diri
(Barakah Hidup)

[AURA menjadi lebih besar dan tarikan lebih kuat jika kita berjemaah. Apabila kita berjemaah maka combination AURA sudah tentu membentuk medan tenaga yang besar. Bukankah Rasulullah menekan umatnya berjemaah?? Bayangkan jika gabungan eneggy AURA seluruh dunia umat Islam disatukan??Itu yang umat Islam hilang hari ini. Terkapai-kapailah umat Islam hari ini kerana energy meraka tidak mampu menarik rahmat Allah]

Posted by: | Posted on: March 21, 2014

TERAPI KANSER DENGAN HABBATUS SAUDA PLUS MADU (HSPM)

HABBATUS SAUDA PLUS MADU (HSPM)

HABBATUS SAUDA PLUS MADU (HSPM)

Salah satu kaedah rawatan kanser yang sering diberikan kepada pengidap kanser adalah ubat kemoterapi. Kemoterapi ialah rawatan yang menggunakan ubatan yang khusus untuk merawat sesuatu penyakit kanser. Kemoterapi tidak dapat tidak akan menyebabkan perubahan penampilan fizikal, emosi & mungkin juga akan menyebabkan sukar untuk bercakap. Ubatan kemoterapi akan memasuki sistem pengaliran darah anda dan pergi ke seluruh badan untuk membunuh sel-sel kanser yang tidak dapat di buang melalui pembedahan atau di musnahkan oleh rawatan radioterapi.

Secara amnya semua ubatan kemoterapi mematikan sel-sel kanser dengan cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel-sel kanser. Ini dilakukan dengan cara merosakkan DNA ataupun baka sel-sel kanser dengan cara mengikat ataupun memotong DNA tersebut. Akibat kerosakan DNA ini maka sel-sel kanser ini akan mati.

Risikonya tetap ada dimana kemoterapi ini tidak dapat membezakan di antara sel-sel kanser dengan sel-sel normal (sel-sel sihat) yang sedang membiak seperti sel-sel dinding usus, mulut, organ (ovari), sel-sel rambut dan juga sel-sel sum-sum tulang. Risiko kerosakan sel-sel sihat ini tidak dapat dielak tetapi ia cuma sekadar diminimakan sahaja.

Berbeza dengan kaedah perubatan Islam yang disarankan oleh Al Quran (An Nahl:69) kehebatan madu & keunikan habbatus sauda yang disabdalan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Jika dijadikan amalan istiqomah bukan sahaja sekadar mendapat pahala sunnah malah lebih dari itu mampu sihat, memcegah kanser & melawan kanser. Ini adalah kerana propolis (sarang lebah) mengandungi Asid Cafeic Phenethyl Esther (CAPE) yang menhalang sel-sel kanser berkembangan & merosakkan jaringan sel-sel kanser yang aktif.

Selain itu, HSPM juga mengandungi agen yang mengaktifkan sel  T untuk mengukuh dan menguatkan antibodi akan menendang virus keluar dari badan. Sebenarnya virus tidak ada antibiotik yang boleh membunuhmya melain dengan cara menguatkan tubuh badan (antibodi).

Bukankah jawapan itu ada pada HSPM? Al Quran & hadis sudah mengkhabarkan sejak 1400 tahun dahulu lagi berkaitan madu. Habbatus sauda pula disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. Dalam perubatan Islam sendiri mengetahui bahawa virus itu adalah gangguan bawaan jin. Tiada ubat antibiotik untuk membunuhnya kerana ia bukan bakteria.

Caranya adalah dengan menguatkan antibodi. Virus menjadi lemah apabila kita istiqomah membaca Al Quran terutamanya ayat-ayat yang mengazab jin. Kita bantu pula kuatkan badan kita dengan mengambil madu & habbatus sauda. Dengan cara itu molekul darah kita kuat & membentuk antibodi yang mampu menendang virus keluar dari tubuh kita. Kita sihat, kesihatan berkekalan hanya patuh mengamal ajaran Islam. Pahala pun dapat. Kenapa tidak mahu ambil cara Islam yang benar tidak memudaratan tubuh badan kita???

[Jangan fikir amal madu & habbatus sauda dapat pahala sunnah saja, lebih dari itu, kesihatan yang terjamin & tidak membazir. Indahkan Islam.]

Posted by: | Posted on: March 21, 2014

AURA 4 – KENAPA PENTINGNYA AURA?

Salam penuh AURA dari ZAI Permai

Kenapa kita perlu ada AURA yang baik terutama orang yang berbisnes?  AURA adalah kayu ukur atau melambangkan positif atau negatif seseorang. Orang positf adalah mempunyai medan tenaga (AURA) yang besar kerana banyak energy yang dihasilkan dalam dirinya. Bulatan AURA seperti bujur telur yang melingkari tubuhnya itu lebih besar. Ini juga melambangkan keberkatan dalam dirinya kerana AURA itu adalah cahaya (nur) yang terbit dari kolam hatinya. Jika kolam hatinya besar dan air kolam itu jernih maka ia dapat menjana tenaga dengan banyak. Dengan itu ia mudah  menjemput rahmat dan nikmat dari Ilahi dengan banyak.

Orang positif, medan tenaganya besar (AURA). Tarikan magnet keberkatan menjadi besar

Orang positif, medan tenaganya besar (AURA). Tarikan magnet keberkatannya kuat

Sebaliknya pula jika orang negatif medan tenaganya (AURA) kecil. Oleh itu bulatan AURA yang melingkari tubuhnya juga kecil. Dia tidak dapat menjana AURA yang besar kerana kolam hatinya kecil dan air dalam kolam itu kotor juga berkeladak akibat sifat-sifat mazmumah yang ada dalam hatinya. Dengan keladak yang banyak itulah yang menghalang ia menjana tenaga yang maksima. Walau pun begitu ia masih boleh menjana tenaga juga tetapi tidaklah sebanyak tenaga yang dijana dari kolam yang besar dan airnya jernih pula. Dengan tenaga yang kecil itulah ia hanya mampu memiliki AURA yang kecil sahajalah. Bila bulatan AURAnya kecil, bererti bererti keberkatan hidupnya kurang. Ia sukar menarik rahmat Ilahi. Jika ia mendapat rezeki sekadar untuk dirinya sahaja. Lebih teruk kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sistem pertahanan badannya rendah dan segala ancaman negatif boleh merobek dirinya.

Orang negatif, medan tenaganya kecil (AURA). Tarikan magnet keberkatan menjadi lemah.

Orang negatif, medan tenaganya kecil (AURA). Tarikan magnet keberkatan lemah.

AURA juga ada kaitan dengan kesihatan iaitu sistem pertahanan badan. AURA yang besar sukar mendapat penyakit atau sihir sukar menembusinya. Kadang-kadang kita pernah jumpa orang yang sakit kanser kemudian mengambil perubatan Islam kansernya boleh sembuh. Nak tahu kenapa?? Kanser adalah bawaan virus. Virus adalah ganguan jin. Gangguan ini akan membuat sel kita bercelaru maka terjadilah pembiakan sel tidak terkawal atau dinamakan kanser. Cara menghalau virus sebenarnya tiada ubat antibiotik boleh membunuhnya. Caranya adalah dengan menguatkan badan atau memulihkan AURAnya seperti mengguna ayat Rukyah untuk mengazab jin yang tinggal dalam badan pesakit, memulihkan AURA dengan solat tahajjuj, membaca Al Quran pendek kata melakukan semua perkara-perkara positif. Lama-lama kelamaan virus tidak tahan akan keluar dari badan dan mereka pulih sihat seperti sedia kala.

Bagi orang berbisnes pula AURA sangat penting kerana AURA yang besar akan mewujudkan emosi  yang baik. Orang suka membeli kepada kita yang beremosi baik. Cuba lihat ramai orang menjual produk yang sama tetapi kenapa ada orang boleh buat sale yang melambung pada hal produknya sama saja. Inilah jawapannya, pelanggan kita suka berurusniaga dengan dia kerana emosinya bagus. Emosi bagus datang dari AURA yang bagus. Itulah pentingnya memaksimakan AURA terutamanya orang yang berbisnes.

[AURA adalah lambang positif dan negatif diri kita. Jika AURA kita besar maka impact tarikan magnet itu lebih besar boleh menarik rahmat Allah. Jika AURA kita kecil, kita adalah orang negatif, perlu banyak perbaikki diri.]

 

Posted by: | Posted on: March 20, 2014

AURA 3 – WARNA-WARNA AURA

Salam penuh warna-warni dari ZAI Permai.

Anda telah memahami apa itu AURA, tujuan AURA. Sekarang kita perlu memahami bahasa warna pula. Allah jadikan hidup ini dalam rencah berbagai warna-warni kehidupan. Ada orang cantik, ada orang hodoh, ada orang pandai, ada orang bodoh, ada orang kaya, ada orang miskin, ada orang sihat, ada orang sakit, ada orang orang berumah istana juga ada orang papa kedana hidup gelandangan.

Itulah rencah warna-warna kehidupan. Allah menjadikan bermacam-macam warna. Ada orang suka warna terang, ada orang suka warna lembut, ada yang suka warna gelap. Pasti warna-warna pilihan manusia tak sama setiap orang. Itulah kehidupan kita penuh dengan warna-warni.

Cuba lihat Allah ciptakan pelangi, cantik di pandang di langit. Adakah pelangi satu warna? Tentu tidak ya. Ada tujuh warna pelangi. Untuk apa itu semua?? Adakah Allah menjadikan sia-sia suka-suka??

Semuanya ada iktibar untuk manusia yang berakal. Tidak pernah terfikirkah kita bahawa warna pelangi itu adalah sama dengan warna AURA dalam diri kita. Jadi adakah mempercayaai AURA itu khurafat atau ilmu nujum Pak Belalang?? Tidak kerana ianya saintifik yang boleh dibuktikan dengan akal.

Semua maksud warna ini telah dikaji dengan menggunakan kamera Fotografi Kirlian iatu seni fotografi dengan menganalisa warna-warna  AURA yang terbit dari diri kita. Ianya boleh dilakukan oleh golongan profesional yang menggunakan kamera jenis ini sahaja dan kosnya juga mahal. Jurukamera mengambil gambar foto diri dan  warna yang terbit akan dibuat analisa bukan meramal atau menujum seseorang. Warna yang terbit semasa pergambaran adalah bergantung kepada emosi kita ketika itu.

MELIHAT AURA DIRI

warna-warna AURA yang dilihat melalui Kamera Kerlian

warna-warna AURA yang dilihat melalui Kamera Kerlian

Pancaran warna cahaya terbit hasil dari getaran gelombang molekul atom dalam tubuh. Tenaga elektrik dihasilkan. Pergerakan arus elektrik akan menghasilkan gelombang. Ianya dapat dilihat dalam bentuk warna-warna gambar foto yang diambil ketika itu. Peratusan tujuh warna tadi berbeza mengikut emosi kita semasa gambar diambil tadi. Jika kita dalam emosi marah, maka peratusan warna tidak stabil dapat dilihat.

Kamera Kerlian

Kamera Kerlian

analisa warna AURA diri dengan perisian Kirlian

analisa warna AURA diri dengan perisian Kirlian

Tujuh warna AURA yang ditafsir itu seperti dibawah;

1.Warna Merah

Warna merah adalah warna emosi yang terbit daripada dalam diri manusia.  Orang yang terlalu beremosi akan memancarkan warna ini di sekelilingnya.  Emosi dan perasaan ketika marah dapat terpancar jelas pada wajah manusia seperti sama dengan unkapan “mukanya merah padam bila marah”.  Orang disekeliling juga terkesan menerima AURA. Siapa pun tak berani dekati jika AURA begini. Kalau berbisnes jangan harap orang membeli dengan kita.  Begitu juga emosi dalam kasih sayang. Kasih sayang membara ditunjuk dengan  warna merah dengan jelas terpancar. Inilah warna LOVE.

2. Oren

Warna yang menunjukkan semangat, sifat kreatif, dan emosi.  Warna ini baik dan memberi kesan positif kepada diri.  Jika kita memancarkan warna ini, semangat kita akan membara, emosi akan stabil dan cemerlang, dan daya kreativiti akan bertambah.

3. Kuning

Warna ini akan dipancarkan oleh orang yang pintar, cerdik, bersifat intelek.  Semakin kuat warna ini terhasil, semakin kritis pemikiran seseorang itu.

4. Hijau

Warna yang melambangkan sifat sensitif dan cita-cita terhadap sesuatu yang sangat tinggi.  Orang yang memancarkan warna ini adalah orang yang berdikari, boleh dipercayai, pandai bersahabat, dan bersifat terbuka.  Namun  jika warna ini terlalu gelap, ia melambangkan orang itu terlalu gopoh, dan sangat kuat cemburunya.

5. Biru

Biru  melambangkan kepercayaan dan keyakinan.  Orang yang memancarkan warna ini adalah orang yang memiliki keunggulan dalam mentadbir.

6. Indigo

Warna yang dipancarkan oleh orang yang bersifat penyayang, dan suci.  Warna ini paling sukar dilihat kerana lapisan warnanya sangat kecil dan sedikit.

7. Ungu

Warna ini sangat hangat.  Ia akan mempengaruhi hati dan minda iaitu gabungan fizikal dan rohani.  Orang yang baik hatinya, dan suka melakukan kerja kebaikan akan memancarkan warna ini dengan jelas.

Dengan teknologi Fotografi Kirlian ini, kita tidak akan mampu untuk menipu diri sendiri.  Ia adalah nilai warna-warna dalam diri yang sebenar ketika itu.  Jika kita melihat AURA diri dengan teknologi ini tujuannya hanya satu iaitu untuk menilai kembali diri kita berdasarkan sifat peribadi warna-warna itu. Jika warna diri stabil bermakna dalaman kita stabil. Sebaliknya jika warna AURA tidak sekata, kita perlu membina AURA yang sestabil dan secantik warna-warna pelangi yang Allah tunjukkan itu.

[Indahnya mesej dari  Allah. Semua orang suka melihat warna pelangi yang tenang dan damai itu. Warna diri kita bagaimana?]

 

Posted by: | Posted on: March 19, 2014

AURA 2 – AURA ALAM

Pernahkah anda memerhati alam semesta? Ianya berkait rapat dengan AURA. Jika setiap orang ada AURA, setiap objek juga ada AURAnya samada objek kecil mau pun objek yang besar sekali  iaitu alam semesta  ini. Sangat hebat ciptaan Allah. Memang orang tidak sujud pada Allah adalah orang sangat sombong.  Ini memang berlaku jika kita perhatikan perubahan warna alam dari fajar hingga malam. Cuba perhatikan AURA alam.

Waktu sebelum fajar hingga Subuh, alam berwarna biru muda.  Pada waktu ini, AURA alam amat mempengaruhi metabolisma badan.  Oleh itu, ia dikaitkan dengan penawar dan sumber rezeki.  Orang yang bangun untuk bertahajjuj sebelum subuh (2/3 malam) diwaktu ini akan mendapt hormon kontisol. Hormon ini akan dikeluarkann oleh badan pada waktu ini yang menjadikan tubuh badan sihat secara total. Hormon ini diaktifkan oleh badan kerana sesuai dengan warna AURA alam waktu itu. Waktu ini juga alam berada dalam gelombang Alpha yang memberi ketenangan dapat dilihat diwajah. Gelombang Alpha alam ini jika sama dengan gelombang Alpha otak menjadikan doa yang sangat makbul dan tiada hijab. Orang yang istiqomah berqiamulail diwaktu ini akan mendapat anugerah Allah full pakage samada kesihatan mau pun nikmat kehidupan. Diakhirat menjadi tujuh golongan yang mendapat keistimewaan dalam orang lain menangggung azab sengsara di Mahsyar. Mereka sebagai golongan yang mendapat Fast Track memasuki Syurga Allah. Orang yang solat sunat dua rakaat sebelum subuh diwaktu ini nilainya lebih baik dari dunia segala isinya. Orang bersolat subuh berjemaah akan mendapat keberkatan dalam segala hal kehidupannya. Orang yang istiqomah berdhuha lepas waktu fajar akan mendapti rezekinya seperti air yang mengalir dan tidak disangka-sangka datangmya. Ini adalah kerana pada waktu ini, AURA alam akan mempengaruhi keadaan badan kita.  Orang yang selalu meninggalkan solat Subuh atau melewat-lewatkannya akan beransur-ansur menjadi semakin lemah dan mudah dijangkiti penyakit.  Mereka juga berpotensi untuk menghadapi masalah dalam komunikasi dan sumber rezeki.

warna biru muda waktu subuh

warna biru muda waktu subuh

Lihat waktu Zohor pula, alam berwarna hijau pada awalnya dan beransur-ansur menjadi warna kuning.  Warna kuning ada kaitan dengan sistem pencernaan dan keceriaan.  Ini sesuai kerana pada waktu ini, lumrahnya manusia akan makan dan berehat seketika.  Jadi, unsur warna alam ini membantu pencernaan dan penghadaman kepada sistem tubuh manusia. Orang yang tidak bersolat Zohor tidak termasuk mendapat nikmat ini malah mengundang penyakit dalam perutnya.

Bila matahari di atas kepada warna menjadi kuning

Bila matahari di atas kepala warna menjadi kuning

Lihat pula waktu Asar, warna alam bertukar kepada spektrum oren.  Pada ketika ini, ia mempengaruhi kepada sistem reproduksi (pembiakan) dan kreativiti.  Orang yang sering tertinggal solat pada spektrum warna ini biasanya akan mempengaruhi sistem peranakannya dan daya pemikiran mereka.  Perasan tak orang tua selalu ingatkan kita jangan tidur lepas asar kerana jika diamalkan akan menjadi gila.  Sekarang baru terbukti, anda nampak pada waktu ini warna AURA alam sedang mempengaruhi daya kreativiti manusia. Jika kita tidur waktu ini, sel otaknya juga menurun serentak dengan turunnya matahari. Bagi hafiz Al Quran juga dilarang menghafal Al Quran diwaktu matahari sedang turun.

spektrum warna oren waktu asar

spektrum warna oren waktu asar

Waktu Maghrib pula, alam berubah menjadi warna merah.  Perhatikan betul-betul warna di dada langit pada waktu ini, warna merah akan tampak jelas dari kejauhan.  Warna merah ini juga ada kaitan dengan spektrum warna jin dan iblis.  Lantaran itu kita disuruh berada di dalam rumah, surau, untuk mengelak daripada warna alam ini.  Ilmu mistik juga mengakui bahawa suasana pada ketika ini memudahkan seseorang yang lemah semangat akan mudah dikuasai oleh jin.  Rahsia AURA pada waktu ini adalah berkaitan dengan keyakinan.  Jika seseorang itu berada dalam khusyuk semasa solat Maghrib, akan memudahkan dia mendalamkan lagi keyakinannya kepada ALLAH.

 

warna merah waktu maghrib

warna merah waktu maghrib

Waktu Isyak pula, warna AURA alam bertukar menjadi warna indigo.  Pada ketika ini warna ini mempengaruhi ketenteraman juga kedamaian.  Sesuai dengan kehidupan manusia, pada ketika inilah masa untuk mereka berehat yang sebenarnya. Berkerja diwaktu akan menambahkan stress.

warna indigo waktu isyak

warna indigo waktu Isyak

Waktu tengah malam, warna alam berubah-ubah menjadi warna putih, merah jambu, dan ungu.  Warna ini sesuai untuk fungsi otak dan ketahanan tubuh.  Orang yang berada dalam keadaan rehat pada ketika ini akan menyerap AURA warna ini.  Ini sesuai kerana pada ketika ini manusia sedang tidur dan berehat untuk membetulkan semula fungsi tubuh dan menjana kembali energy untuk hari besoknya.  Namun, bagi yang bangun untuk menunaikan solat (qiamullail) selepas tidurnya itu dan sebelum masuk waktu subuh akan mendapat lebih banyak manafaat pula.

Moral story, kenapa AURA ada kaitkan dengan waktu solat?  Ini adalah sebagai bukti bahawa setiap waktu yang telah ditetapkan oleh ALLAH untuk menemuinya adalah suatu masa yang sangat indah dan sangat berharga. Segala pertama Allah akan beri pada waktu ini. Di luar waktu ini lebih banyak pasir yang dipungut. Walaupun banyak tapi hanya pasir semata-mata. Walaupun bertan-tan beratnya pasir itu, ianya tidak dapat menandingi sebutir permata yang kecil. Bukan kecil permata yang diukur tapi nilainya yang tinggi. Allah tidak menyuruh kita bertemu dengannya 24 jam, cuma waktu-waktu ini saja. Datanglah bertemu denganNya kerana Allah hendak memberi. Bukan setakat memberi malah MAHA memberi.

[Rugi betul jika tak ambil pertama dari Allah, raja segala raja. Nak bagi pun tak nak, sombong betul kita ni ya macam kita ni hebat sangat tak perlu penciptanya]

 

Posted by: | Posted on: March 18, 2014

AURA 1- APA ITU AURA?

Salam penuh AURA dari ZAI Permai

Setiap objek terdiri daripada molekul-molekul zarah (atom) samada objek bernyawa atau pegun. Molekul ini (atom) mengandungi elektron (cas negatif) dan proton (cas positif). Cas inilah yang bergetar menghasilkan gelombang, berlaku pergerakan  tarikan cas menghasilkan arus elektrik yang mengeluarkan energy membentuk AURA dalam diri.

Setiap sesuatu yang memiliki tenaga akan menghasilkan medan tenaga. Sedangkan magnet (besi berani) yang kaku dan mati itu turut memiliki tenaga dan medan tenaga, inikan pula manusia yang Allah telah jadikan dengan sehebat-hebat kejadian yang layak menjadi khalifah di muka bumi ini, sudah tentulah memiliki medan tenaga yang hebat. Medan tenaga yang melingkari disekelilingnya tubuhnya manusia itulah dikenali sebagai AURA. AURA ini juga adalah energy yang dipancarkan dari tubuh manusia. Semakin besar AURA semakin banyaklah energy yang dipancarkan.

Getaran cas elektron & proton molekul atom (zarah) dalam diri menghasilkan AURA diri

Getaran cas elektron & proton molekul atom (zarah) dalam diri menghasilkan AURA diri
Magnet (besi berani) yang tidak bernyawa mempunyai medan tenaga (AURA), inikan pula sebaik-baik manusia pasti AURAnya lebih baik.

Magnet (besi berani) yang tidak bernyawa itu mempunyai medan tenaga (AURA), inikan pula manusia sebaik-baik makhluk ciptaan Allah pasti AURAnya lebih baik.

Sebagai contoh matahari menghasilkan tenaga elektrik melebihi 369 mega billion W untuk memberi energy kepada makhluk seluruh alam. Bulan menghasikan energy sehingga boleh menarik  air laut menjadi air pasang dan surut untuk manfaat makhluk di bumi. Cuba renungkan, makhluk yang tidak bernyawa boleh memberi energy kepada alam apatah lagi manusia yang bernyawa dan berakal seperti kita?? Sudah tentulah kita kena memberi energy bukan setakat  sesama manusia malah kepada semua makhluk ciptaan Allah di alam dunia ini.

Matahari memberi energynya kepada alam. Kita??

Matahari yang tidak bernyawa dan berakal memberi energynya kepada alam. Kita??

Bulan juga memberi enrgynya kepada untuk makhluk bumi. Kita bagaimana??

Bulan juga memberi enrgynya kepada makhluk bumi. Kita bagaimana??

Energy dalam diri kita  inilah yang dinamakan sebagai AURA  iaitu getaran atom cas positif dan negatif serta gelombang dalam tubuh menghasil arus elektrik dan memancarkan tenaga elektrik . Tenaga elektrik ini (energy) perlu dimaksimakan gelombangnya dan akan menghasilkan AURA yang terbaik untuk diri. Ianya juga boleh dimaksimakan dengan menggabungkan concius mind (akal) dan subconcius mind (minda). Kekuatan subconcius mind adalah 90% manakala kekuatan concius mind adalah 10%. Jika manusia boleh  menghubungkan antara subconcius mind dengan concius mind maka ia boleh mencungkil potensi dirinya berada ditahap paling maksima 100%. Pada masa inilah AURAnya tinggi yang menjadi magnet tarikan diri yang kuat. Rahmat akan melimpah ruah, rezekinya murah, buat apa pasti berjaya dan orang sekeliling suka padanya. AURA yang baik ini datang dari hati yang positif, bererti datang dari hati yang bersih.

Pancaran yang luas daripada AURA tubuh akan membentuk jaringan yang kuat dengan orang yang berada di sekeliling.  Keadaan ini akan menyebabkan orang yang berada di sekeliling kita akan merasa sangat senang, tenang, damai, dan tertarik kepada kita.  Hal inilah yang akhirnya timbul ungkapan seperti dia ada AURA.  Ungkapan ini sebenarnya menunjukkan yang orang lain merasa seronok apabila bersama dengan kita.  Malah, apabila melihat wajah, atau mendengar suara kita, akan membuatkan seseorang itu tertawan.

Pernah suatu masa dulu bila sebut pasal AURA, ada yang teringatkan MAWI?  Maaf mengguna nama Mawi  tapi ini hanya sebagai gambaran AURA yang pernah berlaku.  Suatu masa dahulu, heboh diperkatakan Mawi ada AURA tersendiri. Itulah hebatnya AURA boleh menjadi sebagai magnet tarikan.

AURA datang daripada getaran dalam tubuh kita.  Jika kita seorang yang tulus, maka kita akan memancarkan warna AURA yang terbaik di sekeliling kita.  Warna AURA itu jika dapat dilihat, seperti sebutir telur yang mengelilingi tubuh kita, dari kaki hingga ke atas kepala.  Warna yang dipancarkan ini akan mengelilingi tubuh dalam bentuk putaran arah lawan jam sama dengan putaran tawaf kaabah.  Jika kita berjaya memancarkannya dengan kuat, maka ia akan menjadi semakin besar dan meluas di sekeliling kita.

Sebaliknya, jika orang yang negatif seperti kaki mengumpat, pemfitnah, pemarah, pembohong, kaki maksiat, tidak besolat, tidak berzikir, orang yang terkena sihir, pemakai jin saka dan lain-lain lagi maka AURA negatif akan melingkari tubuh mereka. AURA negatif memagnetkan (menarik) masalah pada diri, rezeki sukar masuk dan mengundang penyakit pada diri. Orang negatif ini jika berhadapan dengan orang AURA positif dapat dirasakan perbezaan gelombang itu. Getaran itu akan dirasakan seperti rasa tak sedap hati macam ada sesuatu yang tak kena atau rasa was-was. Keadaan ini biasa berlaku kepada orang-arang alim wali-wali Allah apabila berhadapan dengan orang yang mempunyai niat jahat, niat tidak baik itu akan terdetik dihati mereka akibat getaran gelombang yang tidak sama itu.

AURA dari diri kita

AURA dari diri kita

[AURAyang terbaik adalah AURA Muhammad Rasulullah s.a.w sehingga magnet tarikannya sangat kuat mampu menaarik rahmat Allah dan baginda memberi energy kepada seluruh makhluk ciptaan Allah. Pelajari bagaimana beliau memiliki AURA sehebat itu]