January, 2014

now browsing by month

 
Posted by: | Posted on: January 30, 2014

ERTI DALAM KESYUKURAN

syukur

Salam kasih sayang penuh kedamaian dari ZAI PERMAI

Islam amat menyuruh umatnya bersyukur. Bersyukur bererti kita tidak merungut malah kita redho dengan ketentuan yang Allah tentukan setelah kita merancang dan berusaha. Jika kita bersyukur Allah akan tambahkan lagi nimatnya manakala jika kita kufur Allah akan tambah azabnya kepada kita . Maka kehidupan kita akan melalui jalan-jalan rumit, mengalami berbagai masalah dan kepayahan dalam hidup dan rezeki menjadi sempit.

Kenapa Islam mennyuruh kita bersyukur? Itulah sebenarnya bersyukur itu ada kaitannya dengan hukum tarikan dan kuasa minda. Semakin banyak kita bersyukur, semakin banyaklah kenikmatan lain yang akan kita tarik mendekati kita

Kita sebenarnya perlu belajar untuk mengawal otak kita dan jangan biarkan diri kita dikawal oleh otak. Otak kita sebenarnya bersifat menipu tuannya jika kita tidak memprogram dan mengarahkannya. Jika dia mengawal tuannya pasti tuannya menjadi orang tak tentu arah. Orang yang mampu mengawal, memandu otaknya ia akan menjadi positif manakala orang yang membiarkan otaknya mengawal dirinya ia akan menjadi orang yang negatif.

Siapakan diri kita?? Itulah dalaman kita atau kerohanian kita. Kerohanian kitalah yang sebenarnya memandu otak supaya diri kita menjadi baik. Jika kerohaniah kita subur maka maka otak kita akan dipandu kearah pemikiran yang positif.

Bagaimana kita hendak menyuburkan dalaman atau kerohanian kita? Itulah Islam telah mengajar kita mendalami agama, menghadiri majlis ilmu, beribadah. Apabila kerohanian subur barulah ia terbit buah-buah kebajikan. Maka sebaliknya jika kita menjauhi Islam, majlis ilmu dan ibadah maka hasilnya ia akan mengeluarkan buah-buah kemaksiatan yang kita akan memikul dosa demi dosa sampai hari akhirat.

Cuba kita lihat dalam satu pergaduhan atau pertengkaran itu. Dimana asasnya ia bermula. Ia berlaku kerana telah lahir perasaan negatif dalam pemikiran kita dan sampai satu tahap maksima menguasai otak kita maka terpancar keadaan negatif seperti bentuk kata-kata nista yang bermulanya bibit – bibit pergaduhan itu.

Sedari atau tidak kita kekadang lebih banyak merungut daripada bersyukur. Keadaan merungut ini sebenarnya hadir kerana rasa tidak berpuas hati. Rasa tidak berpuas hati ini merupakan keadaan negatif dalam jiwa. Andai negatif yang kita pancarkan, maka negatif jugalah yang akan kita terima.

Kita lihat contoh sekarang kita akui, ramai di kalangan kita sekarang agak tertekan kerana kenaikan harga barangan. Namun, ini bukan penghalang untuk kita berhenti merungut dan tambahkan kesyukuran. Kita sendiri terasa dengan kenaikan ini, namun cuba kita didik diri untuk tidak memikirkan tekanannya dan cuba bersyukur kerana masih mampu untuk membeli makanan walaupun harganya agak berbeza daripada dulu.

Pernahkah kita fikirkan; kita merungut kerana hanya ada RM10 dalam dompet namun terlupa bersyukur kerana masih ada RM50 atau RM5000 atau RM50,000  atau RM5 Juta dalam akaun bank?

Pernahkah kita fikirkan; kita merungut kerana makanan tidak sedap, sedangkan terlupa untuk bersyukur kerana makanan yang tidak sedap tadi telahpun masuk semuanya ke dalam perut kita?

Pernahkah kita fikirkan; kita merungut kerana kereta kita sudah tua dan uzur, namun terlupa untuk bersyukur kerana kereta tua itulah masih setia mampu berkhidmat untuk bergerak untuk kita?

images (4)

Wahai diri….bersyukurlah kerana nikmat yang ada akan lebih bermakna bila kita bersyukur. Jauhkanlah rasa tidak puas hati dan merungut kerana ia hanya membuatkan jiwa kita makin berserabut. Terlalu banyak rahsia dalam erti bersyukur itu ….

Dengan bersyukur kita akan menukarkan suis dalam diri dari negatif kepada positif.

Dengan bersyukur tarikan magnet rezeki kita lebih kuat

Dengan bersyukur kita mengalih dari tekanan kepada damai.

Dengan bersyukur memilih sihat dari sakit.

Dengan bersyukur kita memilih muda dari tua

Dengan bersyukur kita memilih kaya dari miskin.

Dengan bersyukur kita menerima kawan dari lawan

Dengan bersyukur kita memilih syurga dari neraka

 

Posted by: | Posted on: January 4, 2014

PRINSIP-PRINSIP KEJAYAAN DALAM BISNES

usaha

Salam kejayaan dari ZAI Permai

Setiap orang ingin menceburi bisnes tetapi mereka tidak mengetahui bukan senang untuk mencapai kejayaan dalam bisnes. Ada yang berjaya diperingkat permulaan tetapi apabila sampai dipertengahan menggelungsur jatuh sehingga tidak mampu bangun lagi. Semua ini berlaku kerana  tidak membaiki dan menambah ilmu dalam bisnes dan berbisnes kerana ghairah melihat kejayaan orang lain.

Apabila terjun dalam bisnes baru kita menyelusuri bahawa dipringkat awal nampak mudah dan senang dikawal. Tetapi yang paling penting adalah bagaimana mengurus dan untuk terus kekal sehingga berjaya membentuk sebuah legasi yang boleh diwarisi oleh keturunan.

Kita lihat bagaimana suatu bangsa itu boleh membina tamadun hanya melalui bisnes dan mereka kekal dari dulu hingga kini. Didalam Islam sendiri Nabi SAW menggalak umatnya untuk menceburi bisnes kerana didalamnya terdapat suatu kekuatan yang kukuh iaitu boleh menjadi super power di dalam ekonomi. Setiap bangsa yang maju dan bertamadun itu mesti dikaitkan dengan ekonomi dan ekonomi itu pula ada kaitannya dengan bisnes seperti disabdakan oleh Nabi SAW.

Suatu bisnes itu tidak akan mencapai kejayaan jika kita tidak berhati-hati menyusun langkah, tiada plan arah tuju, tiada prinsip dan disiplin dalam berbisnes. Kita jangan menjadi hipokrit dengan menunjuk-nunjuk seolah-olah kita telah berjaya dalam bisnes dengan mempamerkan simbol-simbol kemewahan seperti kereta dan sebagainya. Biarlah kita mempunyai benteng kewangan yang kukuh terlebih dahulu sebelum kita menzahirkan simbol kejayaan tersebut. Sampai bila sikap itu boleh kekal. Lambat laun orang akan tahu juga yang kita hanya mampu berpura-pura dan hal yang sebenarnya kita adalah gagal. Percayalah sekali kita gagal orang tidak akan hormat kita lagi apatah lagi kita hanya mampu mempamirkan kejayaan rekaan kita yang hipokrit itu dalam tempoh yang amat singkat.

Sebenarnya orang yang berjaya dalam bisnes adalah orang berjaya membina sistem pertahanan kewangan yang kukuh terlebih dahulu, selepas itu baru ia muncul dengan  kekuatan banteng kewangan dibelakangnya. Biarlah banteng itu dibina sehingga ia mampu menampung badai yang dijangka akan melanda pada masa hadapan.  Kita tidak perlu risau jika ekonomi dunia atau negara jatuh sekiranya ekonomi kita kukuh lagi stabil.

Dibawah ini adalah pedoman jalan dan prinsip-prinsip orang yang telah berjaya dalam membina sebuah bisnes;

#1 – Melabur Dalam Ilmu Bisnis

download (1)

Seorang usahawan perlu sentiasa menambah ilmu sesuai dengan perkembangan zaman mereka. Sebagai contoh pada masa dahulu ilmu marketing lebih bersifat konvensinal dan pasif. Jika ilmu perniagaan zaman dahulu dipraktikkan pada zaman sekarang pasti kita akan tertinggal jauh dari pesaing.

Pada zaman sekarang ilmu perlu diupgrade dari semasa ke semasa kerana perkembangan teknologi ICT berkembang dari semasa ke semasa dan tidak bersifat statik. Jangan terlalu kedekut melabur duit untuk belajar ilmu baru terutamanya ilmu-ilmu ICT yang boleh meningkatkan kerjaya dan bisnes. Carilah Mentor yang telah berjaya dan telah terlibat dengan perniagaan bukan hanya belajar dengan orang hanya berteori tetapi tiada perniagaan yang dilakukannya.

#2 – Bangkit Dari Kegagalan

images

Biasanya orang yang berjaya dalam perniagaan adalah yang pernah gagal dalam bisnes dipermulaanya. Mereka telah mencuba berbagai perniagaan sehinggalah sampai satu tahap mereka akan menemui satu perniagaan yang sesuai sehinggalah mereka berjaya mendaki ke puncak kejayaan.

Pengalaman kejatuhan dimasa lalu jangan dijadikan kuburan untuk kita tidak bangkit lagi. Jadikan ia sebagai motivasi menjadi satu punca lonjakan untuk kita menyusun kejayaan yang lebih halus lagi terancang. Jangan menjadi terlalu rakus dan terlalu cepat untuk membina kejayaan dalam masa yang singkat. Sebenarnya tiada kejayaan berlaku dengan tergesa-gesa. Sedangkan Nabi SAW membina agama Allah mengambil masa yang lama 23 tahun  untuk complete. Itu pun ia disambung pula oleh para sahabat untuk mencapai ke puncak kegemilangan. Tidak ada magic untuk kaya dengan cepat dalam bisnes melainkan berusaha keras. Sesiapa yang menjadi magic kaya cepat dalam bisnes sebenarnya ia adalah pendusta besar.

#4 – Dugaan Untuk Menghisab Diri & Baiki Semula

rainbow-wallpaper-251

Apabila berlaku perkara negatif, jangan cepat menyalahkan orang lain. Cuba cari kesalahan apa yang orang komplen pada kita dan carilah kesilapan untuk improve semula. Ambil iktibar bahawa komplen orang sebagai gerakan dari Allah supaya kita membuat analisis untuk membaiki kelemahan yang berlaku itu.

Anggap itu sebgai positf supaya minda kita tidak tertekan  dan emosi kita boleh ditingkatkan lagi. Emosi yang ditingkat akan menggerak kuasa energy(aura) dalam diri kita. Energi dalamanlah yang membantu kita bersemangat untuk terus mendaki tangga ke puncak.

Ingat Allah menjadi manusia menjadi khalifah didunia ini adalah untuk membina kejayaan dan bukan untuk membina kegagalan. Kejayaan mesti ada MENTOR.Untuk agama ,MENTOR kita adalah Nabi Muhammad SAW. Beliau mengajar kita membina kejayaaan iaitu ending dengan kejayaan masuk kesyurga Allah. Nabi SAW tidak pernah pun mengajar kita kegagalan untuk masuk ke neraka. Hanya syaitan yang mengajar jalan itu dan kita sendiri yang memilih untuk gagal dan masuk ke neraka.

Biasanya orang gagal adalah kerana tidak sanggup memecah tembok halangan. Ingatlah bahawa untuk berjaya bukan soal mudah. Temboh halangan itu perlu diredah dahulu baru boleh masuk ke dalam zon kejayaan. Dimanakah tembok halangan itu? Itulah minda dalam diri kita ibarat biawak yang menghalang dalam pemikiran yang menjadikan pemikiran negatif.

#5 – Belajar Dengan Ulamak Bisnes (MENTOR Yang Berjaya)

images (1)

Untuk berjaya dalam dunia perlu beguru dengan alim ulama. Begitu juga bisnes, untuk berjaya perlu berguru dengan ulamak bisnes. Cari mentor usahawan yang telah berjaya dan pelajari ilmu mereka bagaimana mereka boleh berjaya. Pilih mentor yang dapat membimbing kita dengan ilmu, sistem dan tindakan yang betul supaya proses kejayaan menjadi lebih pantas.

#6 – Jaga Solat & Amalan Sunat sebagai “Penarik Rezeki”

download

Kita perlu ingat bahawa apa yang kita miliki kejayaaan bisnes semuanya adalah harta dan perbendaharaan Allah. Kita hanya dapat memiliki kerana Allah telah perkenan untuk memberi kepada kita. Kita hanya sekadar tumpang menikmati nikmat Allah didunia ini sementera sahaja.

Perlu kita ingat bahawa ciri-ciri ahli syurga salah satunya dia sudah pun merasai nikmat hidup semasa didunia ini. Jadi kita perlu hisab diri jika kita gagal didunia ini takut-takut kita tiada tempat diakhirat nanti,Nauzubillah. Allah menyahut manusia dalam azan “mari menuju kejayaan”. Kenapa kita tidak sahut seruan itu???

Untuk berjaya dalam bisnes kita perlu mencari barakah dalam diri dan hidup kita. Kejayaan akan berlaku jika kita mendapat keberkatan dalam kehidupan. Untuk mencari itu kita perlu mendekatkan diri dengan Allah. Solat lima waktu  wajib dijaga dan merupakan asas mendapat barakah rezeki. Kita tambah lagi dengan amalan sunat kerana Allah suka kepada orang yang buat lebih dari yang fardhu. Bila Allah suka baru apa kita minta dia akan kasi kepada kita.

Kita juga perlu semak dalam diri kalau kita tidak solat tapi kita maju dalam bisnis. Jika itu berlaku kepada kita itu bukanlah nikmat atau kejayaan. Itu adalah istijraj. Istijraj adalah Allah memberi rezeki supaya kita terus punah dengan kesibukan menguruskan harta hingga tiada masa dengan Allah. Kita mahu kejayaan hakiki Berjaya dunia dan Berjaya akhirat.

Istijrah adalah apabila Allah tidak lagi berkehendak lagi kepada kita. Allah memberi rezeki sehingga kita tiada masa lagi bersolat, tidak ada masa lagi ambil tahu agama Allah. Punca Allah murka kerana kita lalai dan tamak dengan rezeki yang Allah kurnia. Kisah ini telah berlaku dizaman Nabi Muhammad SAW iaitu sahabat bermana Saglabah. Asalnya beliau susah, mohon Nabi SAW berdoa untuknya menjadi kaya.

Pada permulaamnya nampak ok, tapi akhirnya tidak tahan dengan ujian harta. Beliau menjadi sibuk mengurus harta kekayaan (ketika itu ternakan kambing). Beliau akhirnya menjadi tamak dan kedekut menyumbang untuk agama Allah. Sampai tahap maksima tidak lagi mengeluarkan zakat sehingga mendapat kemurkaan Allah.

Untuk mendapat barakah reseki seorang ahli bisnes wajib menjaga solat fardu, Tambahkan amalan barakah rezeki dengan solat dhuha, mengamal surah waqiah, mewiridkan ayat seribu dinar, bersedekah dan banyakkan memberi dan menolong orang. Kuasa memberi dengan ikhlas adalah sangat menakjubkan kerana ia akan mendapat pulangan balik dalam bentuk yang kita tidak sangka-sangka.

Apabila kita beramal dengan amalan di atas bukanlah niat kita untuk menjadi kaya. Tetapi hati kita hendaklah ikhlas dan faham bahawa Allahl ah yang memberi rezeki kejayaan pada kita. Kita akan dapat apabila kita berserah dan yakin bahawa Allah adalah punca rezeki. Usaha kita kita hanyalah as-sebab saja jalan Allah memberi rezeki itu.

Setiap kali selepas solat, doa dengan bersungguh-sungguh dan minta dengan Allah apa yang kita inginkan dengan spesifik. Fokus di dalam solat dan doa menjadi pembuka rezeki dan memudahkan jalan dalam urusan harian seterusnya setiap matlamat lebih mudah dicapai. Sekira mampu manfaatkan 1/3 malam untuk sujud kepada-Nya memohon keampunan, keredaan & kerahmataan-Nya untuk diri, keluarga & perniagaan.

Posted by: | Posted on: January 3, 2014

HAYATI TOKOH PERNIAGAAN ISLAM, ABDUL RAHMAN BIN AUF

 

salman

Salam sejahtera dari ZAI Permai

Abdul Rahman Bin Auf adalah tokoh ahli perniagaan Islam yang berjaya dan beriman. Beliau menjadikan perniagaan sebagai satu jalan untuk berjuang menegakkan Islam dan bukan untuk kemegahan.

Sebagai seorang sahabat Rasulullah yang akrab, Abdul Rahman mempunyai satu keistimewaan yang khas iaitu berjuang untuk menegakkan ugama Allah bukan saja dengan pedangnya bahkan dengan harta dan kekayaannya. Beliaulah antara para sahabat yang banyak sekali mengorbankan kekayaannya untuk memperjuangkan kepentingan Islam.

Beliau telah memeluk Islam sebelum Rasulullah s.a.w memasuki Darul Arqam lagi. Dengan hal demikian nyatalah bahawa beliau tergolong orang-orang Islam yang permulaan dan menurut riwayat beliau adalah orang yang ke 8 dan orang-orang permulaan yang memeluk Islam.

Kisah beliau memeluk Islam tetapi tidak direstui oleh emaknya. Diriwayatkan bahawa ibu Abdul Rahman Bin Auf bila mengetahui Abdul Rahman Bin Auf memeluk Islam, iapun berkata kepada anaknya, “Aku akan berjemur dipanas matahari yang terik di waktu siang dan di waktu ma1am yang sejuk aku akan bermalam diruang lapang, hinggalah engkau mengaku akan kembali semula kepada agama nenek moyangmu.

Dimikian ibunya mengancam. Sungguhpun begitu Abdul Rahman Bin Auf tetap tegak memeluk ugama suci dan mencintai Rasulullah S.A.W.

Sungguh beliau memang seorang pedagang yang berbakat dan pintar. Dalam sekejap masa saja beliau berjaya menunjukkan keahliannya dalam berdagang hingga berjaya memperoleh harta yang banyak. Beliau mempunyai 100 ekor kuda yang dapat dipergunakan dalam peperangan 100 ekor unta dan 10,000 ekor kambing sehingga diwaktu beliau meninggal, tatkala dihitung seperempat dan kekayaannya menyamai jumlah 84 ribu dinar. Akan tetapi disamping kekayaannya yang melimpah-limpah itu, bellau termasuk orang yang paling dermawan dan paling pemurah juga merupakan seorang tokoh sahabat yang paling banyak berbuat kebajikan terhadap kaum fakir miskin.

Abdul Rahman pernah membahagikan dua kekayaannya untuk dibahagikan kepada fakir miskin dan pernah pula menyerahkan seluruh kekayaannya untuk keperluan sabilillah demi menegakkan panji-panji Islam.

Ramai sahabat yang telah memimpin penjuangan Islam dan menyibarkan syiar Islam yang berjuang sebagai panglima atau sebagai pahlawan Islam yang dikenal sejarah, tetapi Abdul Rahman Bin Auf telah melakukan kepahlawanannya dengan jalan menyerahkan seluruh kekayaannya dalam menegakkan Islam.

Pada zaman Rasulullah S.A.W, beliau pernah membahagikan seluruh kekayaannya dan menyerahkan yang sebahagian itu kepada orang-orang yang memerlukannya. Pernah terjadi dalam satu peristiwa, Abdul Rahman Bin Auf mengeluarkan sedekah sekali duduk sebesar 40 ribu dinar, dan pernah ia membiayai peperangan dengan menyediakan perlengkapan sebanyak 500 ekor kuda tempur lengkap dengan senjatanya pakaian makanan untuk dipergunakan oleh para perajurit dan juga dalam waktu yang sama membawa konvoi perbekalan yang diangkut oleh 500 unta.

Memandangkan jasa dan pengorbanan menegakkan Islam dengan hanta kekayaannya Rasulullah S.A.W pernah bersabda, “Abdul Rahinan Bin Auf adalah saudagar Tuhan ” sebagai memujinya atas peranannya menegakkan ugama ALlah dengan harta kekayaan.

Dalam satu riwayat lain pula Rasulullah pernah bersabda, “Sesungguhnya mereka yang memelihara keluarga saya setelah saya meninggal dunia adalah manusia yang benar dan manusia yang mempunyai kebajikan.

Dalam hal ini Abdul Rahmanlah salah seorang sahabat yang menyahut seruan Rasulullah s.a.w kerana beliaulah yang menyiapkan kemudahan untuk Ummul Mu’minin dalam melakukan ibadah haji dibawah lindungan beliau

Disamping memiliki kekayaan yang melimpah-limpah beliau adalah seorang yang takut dan benci kepada harta kekayaan dan selalu menghindarkan din dan penganuh kekayaannya.

Diriwayatkan bahawa pada suatu han Abdul Rahman Bin Auf menangis tersedu-sedu lalu ia ditanyai orang apakah yang menyebabkan beliau menangis itu, lalu dijawabnya, “Sesungguhnya Mas’ab adalah lebih baik daripadaku kerana ia meninggal dunia di zaman Rasul dan diwaktu meninggal dunia ia tidak memiliki sepotong kain yang dapat dijadikan kafan untuk membungkusnya. Sesungguhnya Hamzah Bin Muttalib adalah manusia yang lebih utama daripada saya padahal ia tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan kafan untuk memakamkannya.

Saya khuatir saya ini termasuk di antara orang-orang yang dipercepat untuk menikmati kebahgiaan dunia fana ini dan saya khuatir bahawa saya akan tersisih daripada para sahabat Nabi diAkhirat kelak disebabkan kerana saya mempunyai banyak harta.

Dalam satu riwayat yang lain pula diceritakan orang bahawa tatkala Abdul Rahman Bin Auf memberikan makanan kepada tamunya beliau tiba-tiba menangis lalu ditanyai orang, “Mengapakah engkau menangis hai Ibnu Auf ?” Ia lalu menjawab, “Nabi telah wafat, sedangkan ia dan keluarganya tidak pernah kenyang oleh roti gandum.

Demikianlah jiwa Abdul Rahman Bin Auf salah seorang sahabat besar Rasulullah. Memandangkan besarnya semangat pengorbanannya itu maka tidaklah hairan kiranya Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa Abdul Rahman adalah di antara sepuluh orang yang telah digembirakan oleh baginda Rasul akan memasuki syurga.

Pada tahun 31 Hijrah, setelah menempuh hidup didunia yang fana mi selama 74 tahun, berpulanglah tokoh sahabat besar ini kerahmatullah. Dalam usia 75 tahun. Dan sebelum meninggalnya, Ummul Mu’minin Aisyah telah menawarkan bahawa jika ia menghendakinya akan ditempatkan kuburannya nanti di sisi kuburan Nabi, Abu Bakar dan Umar r.a.

Dengan suara yang merendah diri ia menjawab bahawa ia malu jika diberi kedudukan yang sedemikian tingginya untuk berkubur di samping Rasul. Dan ia juga menyatakan bahawa dirinya telah terikat janji dengan Uthman Bin Mazh’un bahawa jika salah satu di antara mereka berdua meninggal dunia lebih dahulu, maka ia akan berkubur di samping kuburan kawannya yang lain.

Jenazah beliau telah dikebumikan di Baqi dan disembahyangkan oleh Saiyidina Uthman Bin Affan, Zubair Ibnul Awwam dan lain-lain tokoh sahabat