KUASA MINDA

now browsing by category

 
Posted by: | Posted on: January 23, 2016

LAW ATRACTION 5 – ELEMEN YANG MENGUATKAN KUASA TARIKAN MINDA

1. MATLAMAT YANG DITULIS DENGAN JELAS DAN TIDAK BERUBAH-UBAH

Tulisan adalah hasilan dari dalam minda. Minda adalah sub concius atau minda separa sedari. Sebenarnya apa yang kita tulis berkenaan sesuatu matlamat yang hendak kita capai, akan terpahat dengan sendirinya dalam minda separa sedar.  Minda akan memprogram apa yang kita tulis itu sebagai sesuatu yang kita mahukan dan minda akan melaksanakan tugasnya untuk mencapai matlamat itu.

Dalam erti kata yang lain, minda akan menjana lebih banyak idea dan rangsangan bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut.  Mungkin sebelum ini kita tidak pernah terlintas untuk melakukan sesuatu idea itu, namun kini kerana program yang dimasukkan melalui tulisan itu menyebabkan minda terangsang dan mula bertindak. 

Namun begitu, matlamat yang ditulis itu haruslah jelas dan realistic atau logik.  Biar kita lakukan dalam konteks kehidupan kita dahulu.  Bila dah berjaya dan nampak bekerhasilannya, barulah kita kembangkan dengan lebih jelas lagi.

2.GAMBARAN MENTAL YANG BERULANG

Kita juga harus sentiasa menggambarkan apa yang kita impikan itu dalam minda.  Sentiasa visualisasikan impian itu.  Dalam kata mudah, angankan seolah-olah ianya telah benar-benar terjadi.

Visualisasi atau hayalan memang sangat hebat.  Manusia dikurniakan dengan keistimewaan untuk  membuat gambaran dalam minda.  Kita boleh menggambarkan apa sahaja yang kita mahukan dalam minda kita.  Jika kita tidak berkereta, kita boleh bayangkan bagaimana kita berkereta, lama kita akan berkereta juga kerana minda separa sedar telah diprogramkan. Mumungkin atas program itu kemahuan kita menjadi tinggi mendorong kita menjadi ahli bisnes yang akhirnya kita banyak duit dan boleh membeli kereta yang diimpikan itu. Namun, jangan terawang sampai melekakan.  Gambarkan dalam minda tentang positif tentang matlamat yang kita mahukan sahaja.  Paling penting, gambarkan apa yang kita tulis tadi.

Gambaran mental atau visualisasi haruslah berulang.  Jangan buat sekali sahaja dan terus berharap ia akan jadi dengan sendiri.  Sebaliknya, cuba gambarkan sentiasa.  Lebih bagus jika kita dapat buat visualisasi ini pada masa yang tetap setiap hari.  Contohnya lakukan visualisasi setiap hari sebelum tidur.  Lakukan tidur yang rutin setiap malam pada masa yang sama hampir setiap malam.  Jadi ini bermakna bervisualisasilah akan dilakukan pada masa yang hampir sama pada setiap hari.

Emosi positif yang dimasukkan ke dalam gambaran mental. Semasa kita bervisualisasi atau melakukan gambaran mental, ciptakan rasa keseronokan dan keterujaan kerana berhasilnya impian kita itu.

Contohnya, jika kita menggambarkan kereta baru, ciptakan rasa betapa seronoknya dapat berkereta baru itu.  Rasakan dengan sebenar-benarnya rasa seronok itu seolah-olah memang impian itu telah tercapai.

Mungkin pada awalnya kita akan merasa ragu-ragu.  Keadaan ini dinamakan sekatan minda.  Semasa kita bayangkan kereta baru, pasti ada sedikit rasa seolah-olah kita tidak mampu untuk memilikinya.  Awas, jangan biarkan ia berterusan kerana ketika minda negative sudah memasukinya dan akan membunuh impian kita.  Hentikan segera perasaan itu sebaliknya terus cipta rasa seronok berkereta baru itu.

3. KEMAHUAN MEMBARA YANG AMAT KUAT

Bila kita dapat lakukan semua ini, pasti kita akan rasa kemahuan kita terhadap matlamat itu sangat menjadi-jadi.  Teruskan rasa kemahuan yang membara itu kerana ia sangat baik untuk mengaktifkan kuasa tarikan dalam minda kita.

Ketepikan segala rasa ragu-ragu, bakul sampahkan segala kata-kata sinis orang yang berada di sekeliling kita, hilangkan rasa negatif, lepaskan ikatan yang membelenggu kita akhirnya membuat rempuhan ( break through ) supaya tembok halangan dapat dipecahkan. Kuatkan rasa keyakinan bahawa itulah yang kita mahukan.

Posted by: | Posted on: October 11, 2015

LAW OF ATTRACTION 4

Ingat kembali zaman-zaman sekolah tentang ilmu fizik iaitu persamaan hukum graviti dan hukum tarikan.  Graviti adalah hukum yang ALLAH tetapkan berlaku di bumi ini. Ia akan menarik apa sahaja objek yang mendekatinya.  Lantaran itu, kita tidak akan terapung-apung di awangan dan manusia boleh melakukan aktiviti di atas permukaan bumi ini. Graviti akan menarik apa sahaja tidak tidak kira apa jenis objek yang mendekatinya.

Diangkasa penuh dengan meteor atau batuan besar. Andai ada meteor di angkasa yang menghampiri bumi, ia tetap akan ditarik. Jika meteor itu sampai ke bumi sebelum sempat terbakar di atmosfera, maka pasti bencana besar akan berlaku di bumi. Tetapi yang memegang kuasa graviti adalah Allah. Jika ALLAH katakan tidak kepada tarikan graviti, maka pasti meteor besar itu terus terapung dan menjauh daripada memasuki bumi.

Begitu juga dengan hukum tarikan minda. Hukum ini juga ciptaan ALLAH, bukan ciptaan ahli sains Barat.  Dalam hukum ini, manusia akan menarik apa sahaja yang difikirkan untuk mendekatinya tidak kita perkara itu baik atau buruk, maka pasti ia akan menghampiri kita kerana kita yang menariknya melalui hukum tarikan. Namun, jika ALLAH katakan tidak kepada apa yang difikirkan, maka pasti ia tidak akan berlaku jua kerana ALLAH lebih berkuasa daripada hukum tarikan itu.

Jadi untuk menentukan kejayaan tarikan minda, manusia perlu minta izin atau berdoa kepada Allah supaya Allah membenarkan tarikan minda itu terjadi atau direalisasikan.

Posted by: | Posted on: October 11, 2015

LAW OF ATTRACTION 3

Kuasa minda manusia sebenarlah adalah satu bentuk penarikan. Apakah yang menyebabkan kuasa minda dapat berfungsi sebagai penarik kepada hukum tarikan minda?

Kuasa minda menjadi seperti magnet untuk menarik sesuatu melalui imaginasi. Imaginasi atau gambaran mental juga disebut sebagai visualisasi. Apabila manusia berimaginasi tentang sesuatu dengan menggambarkan dalam pemikiran, sebenarnya dia telah mewujudkan suatu bentuk tenaga. Imaginasi yang dilakukan sama seperti suatu bentuk gambaran yang dirakam dalam minda manusia. Apabila ini berlaku, maka ia akan menarik perkara atau situasi itu untuk berlaku dengan nyata.

Manusia memiliki minda separa sedar yang jarang mereka ketahui sekiranya mereka tidak mempelajari. Minda separa sedar manusia tidak akan tahu sama ada perkara yang divisualkan itu baik atau buruk.  Apabila kita telah menggambarkannya dalam imaginasi maka ia akan menangkap gambaran tersebut untuk direalisasikan. Hal inilah yang dinamakan penarikan atau magnet iaitu apa yang kita fikirkan maka itulah yang akan tertarik kepada kita dan menjadi kenyataan. Inilah kehebatan kuasa minda yang dianugerahkan ALLAH kepada setiap manusia.

Bagaimana imaginasi ini dapat direalisasikan adalah dengan kuasa ALLAH iaitu penentu mutlak yang menentukan gambaran itu terjadi atau tidak. Jadi untuk menjadikan ia berlaku manusia hendaklah meminta izin atau berdoa kepada Allah supaya ia dapat direalisasikan seperti apa yang kita impikan dalam minda atau niat kita kepada apa yang diimiginasikan.

 

 

Posted by: | Posted on: September 2, 2015

LAW OF ATTRACTION 2

ATTACK

Manusia mengeluarkan gelombang melalui otak. Gelombang itu hanya dapat dikesan dan ditunjukkan melalui alat EEG, sejenis alat yang dapat memaparkan aktiviti gelombang dalam alam semesta.

Semasa manusia memikirkan perkara positif, maka gelombang positif sahaja yang akan dikeluarkan.  Begitu juga jika manusia memikirkan perkara negatif, maka gelombang negatif sahaja yang akan dikeluarkan.  Ini menjelaskan bahawa, dalam satu-satu masa, hanya satu gelombang sahaja yang akan aktif melalui pemikiran manusia dipancarkan ke alam semesta.

Teori gelombang menjelaskan bahawa gelombang akan menarik gelombang yang mempunyai frekuansi yang sama menghampiri pemancarnya.  Gambarkan manusia sebagai pemancar dan mengeluarkan gelombang positif, maka perkara baik yang positif akan tertarik kepada manusia (pemancar). Hukum ini digunakan oleh stesesn radio dan televisyen. Untuk menarik siaran yang kita kehendaki kita aktifkan receiver di radio atau television mengikut frekuansi gelombang yang kita kehendakki, maka gelombang tadi akan berhubung dengan gelombang yang sama di stesen pemancar dan siaran akan jelas kedengaran. Teori ini sama dengan gelombang di pancarkan oleh otak manusia. Fikiran yang baik akan memancarkan gelombang yang positif dan akan menarik gelombang baik sekeliling. Kebaikkan akan datang. Sebaliknya jika kita memikirkan perkara buruk otak akam memancarkan gelombang negatif . Keburukan yang akan menghampiri kita.

Inilah yang dinamakan hukum tarikan Law Of Attraction. Penjelasannya, apabila manusia memikirkan perkara baik, maka kita MENARIK perkara yang baik itu menghampiri kita. Sangat bahaya manusia yang berkhayal perkara buruk kerana semua gelombang jahat akan melepaskan gelombang jahat. Gelombang jahat akan berhubung dengan gelombang jahat alam dan keburukan akan ditarik olehnya. Keburukan akan menghampirinya.

Posted by: | Posted on: August 23, 2015

LAW OF ATTRACTION 1

magnet

Hukum Penarikan atau dikenali sebagai Law of Attraction (LOA) merupakan salah satu hukum dalam alam semesta ini.  Sama seperti hukum graviti, setiap hukum alam tidak dapat disangkalkan lagi.  Ia dikaitkan dengan hukum Newton, hukum graviti iaitu seorang pengkaji tarikan graviti bernama Newton.

Hukum graviti menyatakan setiap objek, tidak kira berapa berat jisimnya, pasti akan tertarik semula ke bumi.  Ini adalah kerana, graviti dalam bumi mempunyai hukumnya tersendiri iaitu menarik apa sahaja yang ada dalam medannya untuk mendekatinya.  Hukum ini telah kita fahami sejak dahulu dan tiada siapa dapat menyangkalkan hingga kini.

Seperti hukum graviti, LOA juga adalah satu hukum alam.  Namun, bukan semua orang terdedah dengan maklumat hukum ini menyebabkan ia sedikit asing kepada kita.  LOA merupakan kesinambungan kepada hukum kuasa minda dalam diri manusia.  Jika hukum graviti bermula dari tarikan graviti daripada bumi, maka LOA pula adalah tarikan daripada kuasa minda manusia.

Hukum LAO akan menarik apa yang minda kita fikir, angan atau apa yang kita impikan. Jika kita impikan baik, benda yang baik akan mendekati kita. Kita fikirkan jahat, kita akan melakukan dosa dan kejahatan.