TOKOH USAHAWAN

now browsing by category

 
Posted by: | Posted on: August 5, 2015

DATOK RAMLY MOKNI (RAMLY BURGER)

RAMLY

Datuk Ramly Mokni  adalah usahawan yang famous dengan burgernya, RAMLY. Dato Ramly ini jarang  mendapat liputan dan JARANG SANGAT kita baca kisah-kisah beliau dalam media. Dato Ramly berasal dari Tanjung Piandang,  Perak. Dibesarkan di Selangor dan ada 16 adik beradik.

Segalanya bermula pada tahun 1978 bila negara kecoh isu halal haram daging burger ni sebab kebanyakan burger masa tu diimport dari luar negara, jadi Ramly ambil keputusan buat sendiri burger daging di rumah bersama isterinya. Dengan modal RM2,000, mereka buat sendiri burger daging secara manual (tanpa mesin) di flat Jalan Haji Hussein, Kampung Baru. Mula-mulanya tak dapat sambutan sebab orang Melayu tak banyak makan burger, tapi perlahan-lahan Ramly buka banyak stall burger dekat area Chow Kit dan sejak itu permintaan daging burgernya bertambah.

Akhirnya dari hanya 200 keping daging sehari, mereka mula mendapat tempahan sehingga 3,000 keping sehari. Tahun 1980 mereka mula buka syarikat dan hanya empat tahun kemudian, mereka telah berjaya buka kilang di Bandar Tun Razak dengan menghasilkan kira-kira 10,000 keping sehari!

Cabaran Ramly paling besar masa tu sebab MARA tolak permohonan pinjaman mereka dengan alasan orang Malaysia tak ramai makan burger, tetapi Bank Pembangunan pula yang luluskan permohonan mereka. Lepas tu timbul fitnah pula burgernya tidak halal hingga beliau terpaksa buat report polis. Kemudian ada pula yang fitnah kononnya mereka dah jual bisnes kat orang lain. Semua fitnah tu buat beliau dan keluarganya lebih tabah dan berusaha membuktikan mereka bukan seperti mana yang difitnahkan.

Dan sekarang jualan tahunan mereka dah cecah RM1 billion, daging saja mereka guna hampir 1.5 tan sehari untuk menghasilkan pelbagai jenis burger, pergh! Kini, jenama Ramly bukan lagi sekadar mengeluarkan daging burger, malah sosej, nuget, bebola daging, daging kisar, sos cili dan banyak lagi turut dihasilkannya.

Posted by: | Posted on: June 16, 2014

USAHAWAN KEROPOK LEKOR-TAIB MUDA

Ramai orang menyangka untuk menjadi usahawan perlu berpendidikan tinggi. Perlu ada Ijazah, Master, PHD, kenal Menteri, kenal dengan Datuk baru boleh jadi usahawan. Itulah minda yang ditanam sesetengah orang kita untuk menjadi ushawan. Lihat usahawan Keropok Lekor, Taib Muda berasal dari Kampung Banggol Katong, Serada, Kuala Terengganu. Beliau cuma berpendidikan Sijil Pelajaran Malaysia sahaja tetapi kajayaannya lebih dari seorang Profesor.

Siapa sangka beliau boleh menjadi jutawan hanya mengusahakan keropak lekor. Dikenali sebagai Pak Embong yang tidak mengenal kegagalan atau putus asa dalam perniagaan bagi memastikan impiannya menjadi usahawan berjaya tercapai. Pembabitan awal Pak Embong bermula pada 1985 apabila bertekad keluar daripada kepompong kemiskinan untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.

Beliau ketika itu yang bekerja sebagai buruh terpaksa menanggung tujuh anak dengan pendapatan tidak menentu. Dengan bermodalkan RM200, beliau yang masih muda ketika itu membuang perasaan malu apabila sanggup mengayuh beca sejauh 25 kilometer setiap hari bagi mendapatkan bekalan ikan dari jeti Jabatan Perikanan di Pulau Kambing.

Walaupun terpaksa menempuh jatuh dan bangun, termasuk ditipu pada peringkat awal, ia bukan penghalang buat Pak Embong untuk terus bangkit memanfaatkan modal yang dikumpulkan untuk membuka kedai keropok di Kampung Losong Haji Su pada 2006 selain berniaga di pasar malam. Ternyata usaha dan strateginya tidak sia-sia apabila keropok keluarannya menerima sambutan hangat, terutama daripada orang luar yang bertandang ke perkampungan berkenaan.

Menyedari potensi perniagaan terbabit untuk dikembangkan, Pak Embong melebarkan sayap perniagaan dengan membuka empat lagi cawangan kedai keropok di Cameron Highlands, Pahang dan Gua Musang, Kelantan. Operasi perniagaan keropoknya berjalan lancar dan semua cawangan berkenaan memberi pulangan seperti diharapkannya dengan purata keuntungan RM30,000 sebulan. Keuntungan itu juga mampu mencecah RM100,000 sebulan pada musim cuti sekolah dan perayaan. Prinsip kejayaan beliau adalah `di mana ada kemahuan di situ ada jalan’. Kini beliau boleh berbangga kerana usahanya untuk keluar daripada kancah kemiskinan telah berjaya, malah mampu memperoleh pendapat lumayan hasil perniagaan keropok.

Beliau adalah icon usahawan yang hebat. Budak kampung yang berjaya walau sijil tidak setara. Ciri-ciri usahawan hebat adalah tidak hipokrit. Boleh membina empayar perniagaan sendiri tanpa apa-apa bantuan kerajaan atau institusi kewangan. Ini menunjukkan usahawan itu mampu berdikari dan disitulah nampak kehebatannya. Jika tiada bantuan boleh bangun apatah lagi jika diberi sokongan.  Usahawan hebat boleh menyelesaikan apa-apa masalah yang wujud dalam usaha membina empayar perniagaan itu kerana faham masalah adalah tembok halangan yang mesti dipecahkan jika mahu mencapai impian. Tiada putus asa dan mencuba seribu kaedah sehingga tembok halangan dipecahkan. Tiada makna letih dalam usaha itu kerana usahawan faham segala keletihan akan lenyap bila berada di puncak nanti. Mereka akan senyum melihat ke bawah dan kemuncak nikmat akan dirasai disitu. Prinsip seorang usahawan yang berjaya adalah fokus melakukan tugas hingga selesai dan bukan sekadar melakukan kerja seperti melepas batuk di tangga atau hangat-hangat tahi ayam.

apa yang membezakan usahawan dengan orang biasa adalah pandangan dalam perspektif dalam minda. Orang biasa melihat keropok hanya sekadar penyedak tekak. Tetapi perspektif minda usahawan memandang lebih jauh dari itu. Ia bukan sekadar penyedap tekak malah boleh menjadi kilauan emas

Apa yang membezakan usahawan dengan orang biasa adalah pandangan perspektif dalam minda. Orang biasa melihat keropok lekor hanya sekadar penyedap tekak. Tetapi dalam perspektif minda usahawan, ia memandang lebih jauh dari itu. Keropok Lekor bukan sekadar penyedap tekak malah boleh menjadi kilauan emas