KESIHATAN

now browsing by category

 
Posted by: | Posted on: February 3, 2016

SERANGAN PENYAKIT AKIBAT RADIASI GELOMBANG NEGATIF

Ayat Al Quran surah An-Nahl Ayat 16:81 ini menjelaskan kepentingan dan kehebatan bahan-bahan dari bukit-bukau seperti tanah-liat, granit, garam bukit, batu-batu permata. Saintis telah membuat kajian dan memang terbukti bahan-bahan seperti tanah-liat ( bentonite clay) dapat menyahkan getaran dan radiasi dan sebagainya.

Saintis telah mengkaji (pada beberapa siri yang lepas) akan kehebatan mikro-kristal yang bersifat piezoelektrik dan pyroelektrik. Dan sekarang Al-Quran mengulangi lagi penerangan dan kelebihan bahan-bahan dari tanah dan bukit-bukau.

“Yutimmu Ni’matahu” (Allah telah melengkapkan nikmatNya) merujuk kepada ilmu pertahanan badan dan minda, iaitu ilmu nanoteknologi, untuk menyelamatkan manusia dari serangan getaran string gelombang dan pancaran radiasi.

Pada hari ini memang terbukti manusia terdedah kepada pelbagai pancaran dan sinaran yang merbahaya kepada kesihatan dan minda mereka. Statistik menunjukkan penyakit mental (dan pelbagai penyakit ganjil) meningkat dengan mendadak sejak akhir-akhir ini dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit mental akan menjadi musuh utama manusia mengatasi penyakit jantung.

Nabi Saw sendiri mengajar umatnya tentang kelebihan garam bukit dan memakai cincin permata bagi mengmbangi kesan getaran gelombang negative yang boleh membawa penyakit iaitu kerosakan sel manusia.

Posted by: | Posted on: January 28, 2016

MOTIF PENGHARAMAN POKOK MARIJUANA (GANJA)

Daun Marijuana

Daun Marijuana

Sejak kita masih kecil, Kita sering ditakut-takutkan  bahawa Marijuana (ganja) merupakan suatu dadah yang amat merbahaya dan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati sekiranya kita didapati memilikinya. Apakah motif sebenar disebalik undang-undang yang mengharamkam Marijuana?

Hakikatnya terdapat perbezaan anatara daun pokok Marijuana dan serbuk ganja. Daun Marijuana merupakan suatu tumbuhan semulajadi yang diciptakan oleh Allah S.W.T. dan mempunyai khasiat kesihatan yang banyak. Manakala serbuk ganja pula merupakan dadah yang telah diproses dengan bahan kimia yang merbahaya maka sudah tentulah orang yang memakannya akan menghadapi masaalah kesihatan yang teruk.

Sepatutnya hanya serbuk ganja yang telah diproses sahaja yang perlu diharamkam kerana memang betul serbuk tersebut amat merbahaya.Tetapi kenapakah pula pohon Marijuana yang banyak khasiatnya turut diharam? Tidakkah Allah memberitahu manusia bahawa setiap ciptaannya itu tidak sia-sia melainkan ia untuk memberi manfaat manusia. Sebenarnya ada tujuan tersirat disebalik pengharaman pokok Marijuana.

TUJUAN TERSIRAT DISEBALIK PENGHARAMAN POKOK MARIJUANA

Pada tahun 1974, Para penyelidik perubatan di Medical College Of Virginia di Amerika telah membuat kajian mengenai bahaya Marijuana. Tetapi mereka telah menemui bukti bahawa Marijuana mengandungi THC yang mampu menyembuhkan kanser kepada seekor tikus.

Medical College Of Virginia

Medical College Of Virginia

Selepas kajian itu, pihak DEA (Drug Enforcement Administration) dengan serta-merta telah menutup kajian yang dibuat oleh Medical College Of Virginia.

Pada tahun 1976, President Amerika iaitu Gerald Ford telah tidak lagi membenarkan sebarang kajian dibuat mengenai Marijuana. Dia hanya memberikan hak utama kepada syarikat-syarikat perubatan moden di Amerika untuk membuat sebarang kajian tetapi syarikat perubatan tersebut tidak mahu meneruskan kajian tersebut.

Pada tahun 1983, President Ronald Reagan telah menyuruh pihak Universiti untuk memusnahkan segala kajian yang pernah dibuat pada tahun 1974 mengenai Marijuana.

Kos untuk berubat dengan menggunakan daun Marijuana adalah sungguh murah berbanding dengan ubat-ubatan moden yang dijual di pasaran. Malah rawatan Chemotheraphy untuk penyakit kanser juga hanya sia-sia.

Tahukah anda bahawa daun Marijuana merupakan ubat semulajadi yang mampu untuk menyembuhkan banyak penyakit-penyakit merbahaya seperti Kanser otak, Kanser kulit, Kanser buah dada, Diabetes (kencing manis), Sawan, Asthma, Leukemia, Alzheimer (hilang ingatan) dan Parkinson (tidak mampu mengurus diri sendiri) dan banyak lagi

Seorang lelaki berumur 63 tahun yang bernama Mike Cutler telah disahkan menghidap penyakit kanser. Beliau telah berjaya sembuh dari penyakitnya setelah berubat dengan menggunakan Marijuana.

Untitledarticle-2699875-1FD6C51600000578-319_634x693

Gambar dibawah menunjukkan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun yang bernama Landon Riddle telah menghidap penyakit Leukemia. Doktor telah memberikan Chemotheraphy tetapi itu hanya menambahkan penyakitnya.

cannabis-cure-2

Akhirnya ibunya telah mencuba untuk berubat anaknya dengan Marijuana. Selepas dua bulan berubat dengan Marijuana, akhirnya Landon Riddle telah sembuh dan telah memulakan penghidupan yang normal.

Pada September 18, 2014, Seorang doktor di Amerika yang bernama Stephen Bloomer telah dihukum penjara selama 5 tahun hanya kerana mengubati seorang pesakitnya dengan menggunakan daun Marijuana sedangkan pesakitnya yang menghidapi kanser itu telahpun sembuh selepas itu.

2saUntitled

Tahukah anda bahawa Industri perubatan moden merupakan industri yang kedua terbesar didunia selepas industri minyak? Jika Marijuana tidak diharamkam maka ubatan ciptaan puak Illuminati akan lumpuh dan rantaian bisnes ubatan juga turut lumpuh seperti insuran, hospital swasta, peralatan rawatan kanser yang bernilai jutaan ringgit tidak dapat dipasarkan.

Sekarang tahukah anda mengapa President Amerika dan juga DEA (Drug Enforcement Administration) tidak membenarkan daun Marijuana dijadikan kajian? Ini kerana presiden Amerika sendiri adalah terdiri dari committee Illuminati. Dengan kuasa yang ada pada mereka digunakan untuk menjaga kepentingan ubat-ubatan ciptaaan Illuminati.

Sayangnya kita hidup dizaman yang penuh dengan fitnah dan kerosakkan. Sekiranya daun Marijuana (ganja) dijumpai oleh manusia di khalifah beriman , sudah tentu ramai manusia yang akan berlumba-lumba untuk menanam pohon Marijuana.

Tetapi sungguh sedih, kerana pohon Marijuana ditakdirkan berada dizaman kefasadan Yahudi zionis  mengakibatkan pohon Marijuana telah menjadi mangsa ketidakadilan manusia yang rosak.

Sebenarnya orang terkena kanser tahap 4 bukan hanya menunggu untuk mati tetapi mereka boleh sembuh dengan cecair extract daun Marijuana. Mereka sepatutnya berusaha keluar dari negara yang mengharamkan Marijuana pergi ke negara yang membenarkan penggunaan Marijuana untuk rawatan kanser tahap 4. Kos rawatan kanser dengan daun Marijuana amat rendah berbanding dengan kos rawatan moden yang taja oleh puak Illuminati ini.

 Akhirnya pohon Marijuana telah didapati “bersalah” dan telah dijatuhkan hukaman “gantung sampai mati” oleh puak yang berkepentingan iaitu Illuminati dan Freemason.

Posted by: | Posted on: December 6, 2015

HERBA MENURUNKAN DARAH TINGGI

1. Daun durian belanda / soursoup leaf

Paling berkesan menurunkan tekanan darah tinggi kerana ia agen vasodilator (membesarkan salur darah) yang kuat. Jadi untuk pesakit jantung, pesakit kronik terlantar yg lemah, tekanan darah rendah & anemia perlu hati-hati kerana ia menurunkan denyut jantung. Jadi dos yg sesuai sangat penting.

 2. Mahkota dewa

Juga berkesan merawat darah tinggi. Dos 1-2 hiris mahkota dewa yang telah dikering direndam dalam satu cawan air panas. Tambah madu. Minum.

 3Halba / fenugreek

Walaupun lembut tindakannya, halba agak berkesan kerana dose-dependant. Halba boleh diberi dalam dos yang tinggi spt 25 gm sehari untuk sebulan tanpa kesan sampingan. Halba dapat membersihkan dinding salur darah yg sempit akibat plaq kolesterol & lemak.

 4. Cuka epal, cuka kurma, cuka nipah dan lain-lain

Juga berkesan melarutkan plaq kolesterol & lemak pada dinding salur darah. Makan 2 sudu besar yg dibancuh air mineral  dan madu 3 kali seminggu.

 5. Jintan hitam / Nigella sativa

Jika diambil jangka masa panjang dapat menurunkan darah tinggi yg tegar sekalipun. Sebaiknya dicampur dengan halba, halia, kunyit, daun beluntas.

6Jintan hitam dan halba

 Gabungan jintan hitam dan halba adalah herba penyeimbang yang sesuai untuk menurunkan darah tinggi. Ia akan meningkatkan kesan menurunkan tekanan drh tinggi dengan lembut tanpa kesan sampingan (lemah badan).

Posted by: | Posted on: December 6, 2015

RAMUAN ENGUATKAN SYAHWAT

Limau nipis dan airnya boleh memulihkan syahwat hanya mencampurkan dengan sebiji telur ayam kampung yang dimasak tiga suku masak. Masukkan serbuk lada hitam. Makanlah pada waktu pagi selang sehari, selama seminggu, Inshaallah tuan/puan akan terasa nikmatnya.

Posted by: | Posted on: December 6, 2015

KHASIAT LIMAU NIPIS – PETUA AWET MUDA

 


khasiat-buah-limau-nipis-4-300x225Campur sebiji kuning telur, sesudu madu, air limau nipis sebiji,s egengam daun bayam merah yang diblend dan diperah airnya. Campurkan semua dan minumlah setiap pagi dan petang. Inshaallah dalam masa tiga hari anda akan nampak lebih sihat dengan wajah kemerahan.

Posted by: | Posted on: November 22, 2015

HERBA KURUS BADAN

asamkunyit

maxresdefault

Ambil beberapa helai daun betik muda, setengah aun kunyit hidup, setengah sudu besar asam jawa dan setengah gelas air masak. Daun betik dan kunyit ditumbuk atau blend sehingga hancur. Campurkan sedikit demi sedikit air. Campuran tadi diperah dan ambil airnya sahaja. Asingkan air perahan tadi dalam gelas. Air perahan tadi, masukkan asam jawa, kacau sehingga sebati. Simpan air tadi dalam peti air dan minum tiap-tiap pagi sebelum sarapan. Insya-Allah badan akan kekal langsing.

Posted by: | Posted on: November 15, 2015

KHASIAT BUAH PINANG

khasiat-pokok-pinang-1

MENINGKATKAN GHAIRAN SEKS

Khasiat ini di ketahui karena di dalam pinang terkandung arekolin. Ambil satu biji buah pinang yang belum mengeras. Potong kecil-kecil kemudian kunyah dan makan. Cara lain, ambil satu biji buah pinang kemudian hancurkan dan rebus dalam dua gelas air. Tunggu sampai menjadi satu gelas. Keduanya memiliki khasiat yang sama.

MENGECUTKAN RAHIM

Biji pinang muda digunakan kaum wanita untuk mengecilkan rahim setelah melahirkan. Caranya masak buah pinang muda lalu airnya diminum hingga rahim kembali ke bentuk normal.

SAKIT PINGGANG

Ambil beberapa helai daun pinang. Tumbuk daun tersebut dan panaskan. Daun pinang yang telah ditumbuk ditampalkn di tempat yang sakit

RABUN MATA

Untuk mengobati rabun mata. Cukup dengan langsung dikunyah dan airnya ditelan.

MENGUAT GIGI DAN GUSI

Ambil beberapa biji buah pinang. Iris menjadi beberapa bagian, kemudian kunyah irisan tersebu

Posted by: | Posted on: October 29, 2015

KEPENTINGAN VITAMIN DAN MINERAL UNTUK TUBUH BADAN

1047423620X310

Vitamin, mineral adalah nutrisi penting untuk pemeliharaan kesihatan dan pencegahan penyakit. Mineral dan vitamin dua unsur berbeza bertindak secara interaksi antara satu sama lain. Tanpa beberapa mineral dan vitamin, maka beberapa vitamin dan mineral tidak berfungsi dengan baik.

Mineral dapat diklasifikasikan menurut jumlah yang diperlukan tubuh Anda. Mineral utama (major) adalah mineral yang kita perlukan lebih dari 100 mg sehari, sedangkan mineral minor adalah yang kita perlukan kurang dari 100 mg sehari. Kalsium, tembaga, fosfor, kalium, natrium dan klorida adalah contoh mineral utama sedangkan kromium, magnesium, yodium, besi, flor, mangan, selenium dan zinc adalah contoh mineral minor. Pembezaan jenis mineral tersebut semata-mata hanya berdasarkan jumlah yang diperlukan, bukan kepentingan. Mineral minor juga penting dibandingkan mineral utama. Kekurangan mineral minor akan menyebabkan masalah kesihatan yang juga serius.

Ketika pola makan sihat dan bervariasi, kita mendapatkan cukup mineral. Namun, bila pola makan kita tidak seimbang atau kita memiliki gangguan penyerapan mineral seperti masalah usus kita mengalami kekurangan mineral. Untuk mengatasi masalah tersrbut, kita mungkin perlu mengambil suplemen mineral dan vitamin.

Manfaat mineral untuk tubuh sangat banyak. Berbagai jenis mineral yang ada memiliki fungsi masing-masing yang sangat penting untuk tubuh kita. Sebagian besar mineral membantu untuk menjaga metabolisme dan keseimbangan air dalam tubuh, serta menjaga kesihatan tulang.

Beberapa manfaat mineral diantaranya adalah :

Boron :

Bermanfaat untuk kesihatan tulang, menjaga fungsi otak, anti penuaan, menjaga kesihatan seksual, mencegah kanser, mengobati penyakit alzheimer,

Kalsium :

Menjaga kesihatan tulang, mencegah artritis, menjaga kesihatan gigi, berperanan dalam penurunan berat badan, mencegah kanser usus besar, penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi.

Ferum :

Bermanfaat untuk fungsi otak, perawatan kulit, radang sendi, kekurangan hemoglobin, kekebalan, dan penyakit jantung.

Yodium :

Bermanfaat untuk perawatan rambut, menjaga metabolisme tubuh, kehamilan, hingga kanser.

Besi :

Membantu pembentukan hemoglobin, menjaga metabolisme tubuh, membantu mengatasi anemia, dan menjaga fungsi otak.

Magnesium :

Bermanfaat untuk mencegah tekanan darah tinggi, serangan jantung, cramp, diabetes, asma, menjaga kesihatan tulang, dan baik untuk masa kehamilan.

Mangan :

Menjaga metabolisme tubuh, mencegah osteoporosis, kelelahan, keradangan, epilepsi, menjaga fungsi otal dan alat reproduksi.

Fosforus :

Menjaga kesihatan tulang, fungsi otak, perawatan gigi, metabolisme tubuh dan fungsi seksual.

Kalium :

Mengatur tekanan darah, mencegah penyakit jantung, gangguan otot, kejang, gangguan ginjal, radang sendi, dan menjaga ketersediaan air dalam tubuh.

Natrium :

Menjaga keseimbangan air dalam tubuh, menjaga tubuh dari  sinaran matahari, menjaga fungsi otak, anti penuaan, dan mencegah cramp otot.

Zinc :

Untuk perawatan kulit, enzim, jerawat, penyembuhan luka, gangguan postrate, membantu dalam penurunan berat badan, reproduksi, perawatan mata dan rambut.

Mineral yang baik bagi tubuh adalah mineral organik yang hanya boleh didapatkan langsung dari sayur dan buah – buahan atau secara tidak langsung dari daging haiwan. Hal tersebut kerana tumbuhan dapat memproses mineral dari tanah melalui fotosintisis dan merubahnya menjadi organik.

Posted by: | Posted on: October 18, 2015

ALKOHOL MEMBAWA PENYAKIT

P1080106

Perubatan mengesahkan bahawa kejahatan yang terdapat dari alkohol sangat bayak dan merbahaya, dan bagi siapa yang mendakwa bahawa alkohol baik untuk hati adalah salah, kerana pelbagai jenis alkohol merosakkan sistem kekebalan tubuh dan kerosakan sel-sel hati dan mempengaruhi sel-sel otak serta menyebabkan gangguan mental. Oleh kerana itu Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya Allah tenlah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan setiap penyakit ada ubatnya, kerana itu berubatlah dan jangan berubat dengan cara yang diharamkan” (Hadis riwayat Abu Dawud)

Alkohol mempengaruhi organ tubuh manusia. Bahawa organ rumit dan kompleks dalam tubuh adalah yang paling sering terpengaruh oleh alkohol. Saraf, hati dan kelenjar endokrin boleh menyebabkan alkohol memberi masalah serius dan berbahaya. Pengaruh alkohol boleh dilihat pada mulut, bibir dan lidah. Kadang kala muncul bibir berair dengan air liur, kekeringan di lidah bahkan boleh menyebabkan kanser lidah.

Alkohol juga boleh menyebabkan perluasan esofagus, pembuluh darah, menyebabkan luka serius. Sebagaimana yang dijelaskan dalam kajian terbaru bahawa pesakit kanser kebanyakan dari para penagih alkohol. Nabi saw pernah ditanya tentang bolehkah berubat dengan alkohol ? Nabi bersabda:

“Alkohol bukan ubat tetapi penyakit.” (hadis riwayat Muslim).

Alkohol juga boleh berpengaruh pada perut. Kajian terbaru juga mengatakan bahawa pengaruh negatif alkohol terhadap perut sehingga menjadi punca keradangan membran perut dan meningkatkan rembesan lendir asid klorida, yang menyebabkan jangkitan ulser perut kronik lalu berkembang dan menyebabkan kanser perut. Dan yang berkaitan dengan usus pada saat mengambil alkohol akan mengakibatkan jangkitan serius, dan gangguan penyerapan makanan melalui usus serta mengakibatkan gangguan pergerakan dan masalah kejang otot.

Pada hari ini kebanyakkan dalam perubatan moden, ubat banyak mengandungi alcohol seperti ubat batuk, antiseptic, antibakteria dan lain-lain lagi. Tidak mustahil hari ini manusia semakin berumur semakin tidak sihat dan banyak menghidap kanser. Sepatutnya manusia tetap sihat walau tua cuma tenaga sahaja makin berkurang. Tetapi apa yang berlaku hari ini, sudahlah tua, berpenyakit pula. Tenaga sudahlah tiada, kena pula memikul azab penyakit. Manusia pun keliru adalah penyakit itu kifarah dosa atau salah memilih jalan berubat.

 

 

 

 

Posted by: | Posted on: October 16, 2015

JUS KURUS BADAN DALAM MASA 4 MINGGU

PUDINA

Ramai diantara kita yang ingin mencari cara yang cepat untuk menghilangkan lemak badan yang terkumpul. Sekarang, anda tidak perlu lagi risau kerana terdapat cara yang lebih cepat untuk selesaikan masalah ini. Kepada mereka yang berfikir bahawa mustahil untuk berfesyen dengan baju-baju yang cantik dan “up to date” disebabkan bentuk badan anda berlemak terutama pada bahagian perut,paha dan lenggan?. Terdapat petua ajaib yang mengambil masa hanya beberapa minit untuk menyiapkannya. Keajaiban mengenai minuman ini adalah ia sangat berkesan dalam meleburkan lemak perut yang berlebihan. Untuk membuat minuman ini, anda akan memerlukan bahan-bahan berikut:

  • 8 ½ cawan air ditapis
  • 1 sudu teh halia parut (atau satu sudu halia organik serbuk akar)
  • 1/2 timun, dihiris nipis
  • 1/2 lemon, dihiris nipis
  • 12 daun pudina

CARA PENYEDIAAN

Campurkan semua bahan dan gaul sehingga sebati. Keluarkan kepingan lemon, halia dan daun pudina sebelum menuangkan minuman tersebut ke dalam gelas. Minum minuman ini untuk sepanjang hari. Jika tidak habiskan minuman itu pada hari yang sama, anda boleh menyejukkanya selama 2 hari. Anda boleh minum minuman ini setiap hari dalam masa 4 minggu, kerana ia selamat dan sangat menghidratkan.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI DENGAN BEGITU CEPAT?

Semua bahan-bahan yang disenaraikan diatas mempunayai pelbagai manfaat kesihatan dan kesan pembersihan, tetapi apabila digabungkan, mereka mampu menghasilkan BOM yang sihat dimana ia membantu menyucikan badan dan membantu membuang lemak yang berlebihan. Sekarang lihat satu persatu khasiat bahan yang telah digunakan tadi.

Timun

Timun adalah rendah kalori, bertindak sebagai diuretik, kaya dengan serat pemakanan dan membantu menjaga alkali badan. Timun adalah makanan yang sesuai untuk penurunan berat badan.

Halia

Dalam satu kajian yang dilakukan di Institut Pemakanan Manusia di Universiti Columbia menunjukkan, apabila seseorang individu minum minuman panas dengan halia, mereka berasa lebih kenyang dan mempunyai peluang kurang daripada makan berlebihan.

Lemon

Walaupun pada dasarnya lemon mengandungi asid, tetapi apabila diproses di dalam badan manusia hasilnya adalah dalam keadaan beralkali. Lemon mengandungi kedua-dua sitrik dan asid askorbik,asid-asid lemah mudah dimetabolismakan dalam badan membolehkan kandungan mineral lemon untuk membantu pengalkalian darah (Ph optmal darah ialah:7.35 – 7.45). darah yang berPh rendah dari itu (berasid) sangat “subur” untuk sel-sel kanser dan bakteria jadi mengundang pelbagai jenis penyakit.

Pudina

Anda mungkin tidak terfikir bahawa pudina sebagi penahan selera makan. Tetapi sebenarnya ia memang penahan selera. Pudina bukan sahaja memberikan rasa segar malah dapat membendung rasa ketagihan untuk makan.

Air

Anda semua mesti sudah tahu manfaat kesihatan apabila minum air yang mengcukupi. Air menyokong kehidupan kita, menghidratkan badan, meringankan sendi dan otot semasa senaman,dan jika minum secara teratur ia dapat mengurangkan ketagihan makanan.