MOTIVASI

now browsing by category

 
Posted by: | Posted on: February 10, 2016

KAJIAN BANGSA LOST TRIBE YAHUDI – PART 4

Prof Ralph Olssen mengkaji secara mendalam tentang Book of Mormon dari satu manuskrip kuno dan membuat kajian DNA sekali.

Prof Ralph Olssen

Prof Ralph Olssen

Book of Mormon (yang diriwayatkan Nephi), memperihalkan kisah pelarian, pelayaran dan suka-duka pengembaraan Lehi berserta isterinya, Sariah, yang membawa bersama mereka anggota keluarga dari anak-anak mereka Laman, Lemuel, Sam dan Nephi  (yang masing-masing menikahi wanita puak Bani Ismail) untuk mencari ‘bumi bertuah’ yang dijanjikan (‘Promised Land’) Tuhan.

Book of Mormon

Book of Mormon

Kajian ini dengan membuat pemetaan DNA keseluruhan bangsa-bangsa didunia untuk dimatchkan dengan DNA yahudi dan dengan ini kajian mereka menepati saintifik dan logik akal yang boleh dibuat satu hipotesis baru.

Hasil maklumat kajian pemetaan DNA dalam  Human Genom Project itu, mereka menemui terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur. antaranya, Afghanistan, Pakistan Utara (bangsa Patan/Pashtun), sedikit di India, sedikit divMyanmar, sedikit di China, sedikit di Jepun, sedikit di Filipina, sedikit  di Western Samoa, sedikit di Tonga, sedikit di Ecuador , sedikit di Madagascar dan sedikit di Hawaii.

Tetapi maklumat terbesar yang ditemui adalah bangsa Melayu Nusantara memilik 25 % DNA hampir sama dengan DNA Yahudi. Jadi, beliau membuat satu hipotesis kemungkinan bangsa Melayu Nusantara merupakan bangsa Lost Tribe iaitu sebelah keturunan Manasseh, anak Nabi Yusuf a.s.

Sebelum kajian Human Genom Project ini, pada mulanya Yahudi Zionis menyangkakan Red Indian Amerika adalah ibu bagi segala orang-orang Manasseh yang dicari dalam The Lost Tribe, tetapi kesemua keputusan DNA adalah negatif. 

DNA

hasil pemetaaan DNA seluruh dunia Genom Projek

Analisis pemetaaan DNA seluruh dunia  dalam Human Genom Project

Jadi kalau berpandu kepada kitab Yahudi tua bahawa Lost Tribe dari kalangan Manasseh adalah anak Nabi Yusuf a.s.yang bakal berada di barisan hadapan tentera Imam Mahdi dan bakal menyembelih orang-orang Yahudi di Palestin dan bakal juga memadamkan Israel daripada peta dunia.

Maklumat ini menjadikan Nusantara Melayu menjadi satu subjek baru dalam kajian mereka mengenai satu bangsa di Timur Jauh meliputi Nusantara Melayu yang dikatakan misteri dalam kitab kuno mereka.

Kesimpulan dari kajian ini Melayu bukanlah Yahudi yang sebenar, tetapi dalam darah Melayu terdapat DNA Yahudi. Ini berlaku kerana adanya perkahwinan campur Melayu asal dengan bangsa Yahudi Lost Tribe Manasseh yang dicari itu melalui sejarah yang panjang.

Professor Ralph A. Olsen menulis dalam bukunya bertajuk “The Malay Peninsula as the Setting for the Book of Mormon 1995,”menyatakan ada keturunan Nabi Ibrahim dengan isteri yang bernama Keturah yang menetap di “The Promising Land at Far East” iatu di Semenanjung Tanah Melayu. Bangsa ini dipanggil “The Lost Tribe Of Israel”.Buku ini terdapat di perpustakaan Utah Universiti, Montana. 

Posted by: | Posted on: December 27, 2015

MAKSUD BAKHIL MESKIPUN KAYA

Sekiranya hasil daripada kekayaan, manusia menjadi sombong, takbur dan riak terhadap apa yang dimilikinya, asas kebahagiaan hidup itu sebenarnya tidak bererti lagi buatnya. Sesungguhnya apa jua kurniaan Allah SWT perlu dimanfaatkan dengan betul. Sekiranya Allah bersikap pemurah kepada hamba dan makhluk-Nya bagaimana pula kepemurahan kita sesama manusia?

Allah SWT menyarankan agar setiap nikmat diterima dengan kesyukuran dan disalurkan kepada perkara yang baik berupa kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain seperti dalam urusan jual beli, berzakat fitrah dan bersedekah. Iaitu bukan dengan cara menunjuk-nunjuk kekayaan tersebut yang menimbulkan perasaan iri hati orang yang melihatnya.

Sifat menolak dan tidak menghargai orang lain juga menunjukkan sifat seorang yang riak dan takbur. Sifat ini hanya dapat disingkirkan jika kita membiasakan diri menjalani hidup secara sederhana atau sekurang-kurangnya jika kita kaya, kita bersifat pemurah, tidak sombong dan kedekut.

Hakikat sebenar kewujudan kita dalam masyarakat sekeliling akan dipandang tinggi. Mereka menghormati kewujudan kita dan bukan kewujudan kita dibenci disebabkan kebakhilan kita dan sifat kita yang suka menunjuk-nunjuk.

 

Posted by: | Posted on: December 7, 2015

CAMPURAN SERBUK KAYU MANIS DAN MADU – MENGELAK RISIKO SERANGAN JANTUNG

Campuran madu asli dan serbuk kayu manis boleh mengurangkan risiko serangan jantung dan kolestrol. Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.

 

Posted by: | Posted on: August 14, 2015

CIRI-CIRI KEPIMPIAN YANG BAIK

leader

Pertama- Boleh berfikir jankaan di hadapan

Islam mengajar kita untuk berfikir bukan setakat dunia tetapi menjangkau dunia baru kita tidak nampak, tentang alam kubur, juga dilatih berfikir tentang mahsyar suatu masa yang belum terjadi. Maksudnya seorang pemimpin yang bijak dapat dilihat dari apakah ia mempunyai visi atau tidak, juga sejauh mana visi yang dicita-citakannya itu.

Seorang pemimpin yang hebat mesti memikirkan jangkaan yang akan berlaku dihadapan dan membuat persediaan ke waktu itu. Seorang pemimpin sejati dia tidak hanya berfikir untuk hari ini saja, tetapi mampu membuat perancangan, misalnya sampai 5-10 tahun ke depan, strategi jangka panjang dan jangka pendek.

Apakah hanya akan berkaya-kaya di dunia, tapi direbus di akhirat? Atau melimpah ruah di dunia dan di akhirat menjadi ahli Syurga? Tidak sedikit orang yang cita-citanya hanya sampai dunia saja. Berlatihlah memikirkan visi yang jauh ke depan, kerana berfikir jauh itu menentukan apa yang boleh kita lakukan.

Kedua- merancang dan membuat strategi

Mampu merancang dan menentukan mana yang harus didahulukan. Jangankan memimpin sesuatu yang besar, untuk menetapkan hal yang sederhana saja memerlukan kemampuan berfikir. Membuat sesuatu yang mudah saja jika tidak memakai strategi tentu akan gagal, apatah lagi untuk memimpin sesuatu yang besar. Jika seseorang tidak mampu menentukan mana yang harus didahulukan dan tidak mampu merancang, itu tidak layak menjadi pemimpim.

Ketiga- menggali potensi rakan kumpulannya

Tidak ada kejayaan seorang diri. Kejayaan hadir dalam jemaah atau kumpulan. Pemimpin yang bijak harus mahir membaca, menggali dan mencungkil potensi ahli kumpulannya. Lihat kepimpinan Nabi SAW bagaimana? Nabi SAW mengetahui potensi sahabat-sahabatnya, sehingga potensi mereka semua dapat digunakan untuk kembangkan islam. Contoh, Rasulullah SAW memahami potensi Bilal, walaupun ia hanya seorang budak yang hitam legam, tetapi ia sangat taat dan mempunyai suara yang bagus, sehingga azannya menyentuh kalbu. Oleh kerana itu, bacalah potensi orang-orang di sekitar kita. Di rumah potensi isteri dan anak apa, potensi pembantu apa, potensi tetangga bagaimana? Dalam bisnes apa potensi rakan bisnes kita?

Keempat – memberi motivasi

Setelah potensi dibaca dan digali, lalu mereka digalakkan agar dapat berbuat sesuatu. Seorang pemimpin tidak cukup hanya pandai merancang dan bercita-cita, tetapi harus mampu memberi motivasi agar masyarakat dapat bergerak. Semua memain peranan mengikut potensi yang ada dalam diri masing. Gabungan semua orang membentuk satu kekuatan untuk mengerakkan suatu yang kita rancangkan.

 

Posted by: | Posted on: March 9, 2015

TEKNIK MEMBELA ANGSA EMAS DENGAN BISNES MAB

Diwaktu mewah ekonomi tengah rancak , ramai ushawan mencipta produk baru  dengan meletakkan harga yang mahal. Bisnes jenis ini dinamakan bisnes bermusim. Ia hanya mampu bertahan dalam tempoh waktu yang singkat, waktu ekonomi tengah rancak. Di waktu ekonomi menurun mereka akan mengeluh kerana orang bersikap bertahan kerana kewangan mereka terhad. Usahawan membuat produk bermusin ini terpaksalah mencipta produk baru pula. Tetapi risiko ketika itu mereka berhadapann kuasa membeli sudah jatuh kerana ramai orang sudah tidak berwang lagi seperti di zaman mewah. Risiko gulung tikar mungkin ada.

Berbeza dengan bisnes compulsory. Biasanya harga tidaklah tinggi tapi ia tetap berjalan walau ekonomi tengah turun kerana produk tersebut menjadi keperluan. Adalah lebih mudah memilih bisnes yang compulsory dari memilih produk bermusim. Lebih baik mendapat untung kecil tapi berterusan daripada mendapat untung besar tetapi hanya sekejap saja. Untung kecil tapi berterusan serupa ia mendapat untung besar. Produk bermusim walau untung besar tapi kecil kerana suatu masa bisnes itu akan mati. Ternyata barakah wujud pada produk yang untungnya kecil krn ia ada nilai membantu golongan miskin.

Inilah konsep bisnes MAB yang sudah lama bertahan kerana bisnes bukan semata-mata mengaut keuntungan tetapi berkonsepkan membantu golongan kurang bernasib dari segi kewangan. Kejayaan bisnes MAB bergantung sejauh mana mereka mengurus kewangan dengan baik. Ada yang susah lama bisnes tapi simpanan mereka zero. Ada yang lebih bijak berfikiran jauh, memperuntukkan sebahagian simpanan membuat pasif income. Setiap tahun pasif income beranak pinak walau tidak mengeluarkan peluh setitik pun. Lagi besar pasif income lagi besar baby yang beranak nanti. Tapi jangan sampai tidak mengguna langsung duit yang beranak itu.  Ambil sedikitt untuk menikmati nikmat Allah tapi ibunya (simpanan pokok) jangan dibunuh (dikeluarkan). Biar ia  terus membesar supaya tahun hadapan ia beranak-beranak lagi .

Inilah teknik membela angsa emas. Ia akan bertelur setiap tahun. Hari tua kita pasti senang. Tak perlulah kita berkerja keras lagi untuk menyara hidup di hari tua yang sepatutnya kita menumpukan lebih akhirat. Kita mesti mejangkakan hari tua  kita samada kita boleh survive hidup lagi jika tiada wang. Di hari tua kita berisiko dengan tenaga semakin berkurang, penyakit, kos hidup dan kos perubatan yang semakin tinggi. Andai kita membela angsa emas dari sekarang, sekurang-kurangnya kita telah membuat persiapan  untuk hari tua. Jadikan konsep dihari tua, kita tidak berkerja tapi angsa emas akan bertelur emas untuk kita. Wang pula berkerja untuk kita dan sampai masa untuk kita berehat. Jika ini tidak dibuat alamatnya sampai mati kita berkerja itu pun jika kita masih sihat dan ada kederat lagi. Jika kita sakit, badan sudah tiada kederat kita pasti merana di hari tua.

 

Posted by: | Posted on: February 12, 2015

ORANG ZUHUD ADALAH GOLONGAN YANG SEDERHANA SETELAH MEMILIKI KEKAYAAN

Apa pemahaman kita terhadap zuhud? Jika kita melihat orang miskin adakah kita mengatakan ia zuhud. Adakah tepat penafsiran begitu? Secara pandangan zahir, zuhud dan miskin nampak sama tapi hakiktntnya  berbeza sama sekali.

Sebenarnya hari ini semua orang tidak mahu miskin. Orang miskin pun mahu kaya tetapi kekayaan tidak datang kepada mereka. Manakala bagi orang zuhud sebenarnya ia tidak mahu kaya tetapi kekayaan dan dunia  datang mengejarnya akhirnya ia dipaksa mengambilnya.

Contoh yang berlaku kepada Nabi S.A.W, Allah menguji beliau melalui malaikat Jibrail, menawarkan kepada baginda untuk menjadikan gunung Uhud kepada emas dan baginda boleh bersenang lenang dengan kekayaan itu tetapi baginda memilih jalan zuhud iatu berdakwah mengembangkan Islam. Walau pun begitu dunia terus mengejar baginda sehingga baginda kena menjadi pemimpin dunia ini. Kekayaan telah tunduk baginda. Baginda tetap zuhud walau pun telah kaya. Inilah makna zuhud.

Walaupun begitu, Nabi S.A.W bukan tidak galakkan ummatnya miskin kerana beliau sendiri pernah bersabda bahawa kemiskinan membawa kepada kekufuran jika iman tidak kuat.

Zuhud bukanlah persoalan zahir, tapi persoalan kerohaniah atau hati. Hati yang tak terikat dengan dunia. Dunia dipegang ditangannya tetapi tidak dipegang melekat dihatinya.

Dunia tak sampai merisaukan dan menyusahkan hidupnya. Kerana dunia hanyalah tool untuk mencapai matlamat ke akhirat. Dunia sebagai alat tempat bercucuk tanam dan hasilnya nanti untuk dituai di akhirat.

Dunia yang Allah beri diambil untuk keperluan hidup. Jika kita tidak berilmu, dunia boleh menjadikan kita  tersasar tujuan hidup di dunia ini. Allah menguji dengan memberi rezeki yang berlebih. Ingatlah yang berlebih itu wajib dikembalikan melalui jalan zakat, infak, sedekah dan kebajikan akhirnya ia memberi manfaat sesama manusia. Konsepnya lebih banyak nikmat yang Allah beri, lebih banyak manusia yang mendapat kebaikkannya.

Persoalannya mampukah kita merealisasikan zuhud dalam diri? Bercakap adalah mudah tapi yang boleh tahu hanya diri sendiri dan Allah sahaja. Jika kita telah zuhud, kekayaan yang kita miliki, rumah seperti istana, pesawat jet peribadi, kereta mewah dan pelbagai lagi, semua itu tidak menjadi riak atau menunjuk-nunjuk.

 

Posted by: | Posted on: January 22, 2015

MENCIPTA KEJAYAAN MELALUI VISUALISASI

Visualisasi adalah salah satu aktiviti yang boleh digunakan untuk mendapatkan sesuatu.  Ia adalah salah satu hukum dalam sains kuasa minda, salah satu hukum alam yang hanya 10% sahaja manusia tahu dan berjaya menggunakannya dalam kehidupan mereka.

Visualisasi mengaktifkan kuasa minda manusia dan memancarkan apa yang diperlukan untuk menariknya kembali kepada kita.  Konsepnya sama seperti berangan, namun aktiviti yang dilakukan bukan hanya sekadar berangan-angan.  Ia memerlukan satu perlakuan sistematik dan berterusan untuk memastikan getaran yang dilepaskan akan dapat menarik kembali kepada kita.

Untuk melaksanakan visualisasi yang betul, beberapa langkah penting harus dilakukan.

Langkah 1 – Tulis apa yang anda impikan.

Menulis apa yang kita impikan mestilah jelas dan terperinci.  Jika kita mengimpikan sesuatu impian maka kita perlu menulisnya dengan sejelas mungkin.  Nyatakan impian, jangka masa yang kita tetapkan, tempat, dan sebagainya.  Tulisan haruslah spesifik dan menjurus kepada suatu perkara sahaja. Contohnya;

“Aku ialah Usahawan berjaya pada awal Januari 2016

Langkah 2 – Cari tempat yang sesuai dan masa yang sesuai untuk anda berada dalam keadaan yang tenang, dan dapat menggambarkan apa yang kita impikan.  Masa dan tempat terpulang kepada kita, namun haruslah kita benar-benar tenang tanpa gangguan daripada sebarang keadaan.  Biasanya, waktu sebelum tidur, dan semasa selepas bangun dari tidur atau selepas qiamullai ketika berada diatas tikar sejadah untuk melakukan visualisasi.  Ini adalah kerana pada ketika itu diri berada dalam situasi yang sangat tenang.  Ketika badan berada dalam keadaan yang sangat tenang, fikiran yang kosong, dan mata (serta otak) yang hampir berkhayal.

Langkah 3 – Bayangkan apa yang kita impikan itu benar-benar berlaku.  Situasi ini adalah peringkat yang sangat penting.  Pada ketika inilah kita sedang bervisualisasi.  Pada peringkat ini, kemahiran berangan-angan perlu digunakan dengan sebaik mungkin.  Bayangkan situasi kita benar-benar telah menjadi bos sendiri , bayangkan pejabat kita, kita duduk di meja ketua.  Bayangkan wajah-wajah staf kita yang berurusan dengan kita.  Bayangkan kita benar-benar berada di sana.  Semakin kuat dan semakin jelas kita dapat menggambarkannya dalam minda, semakin kuatlah pancaran getaran itu dapat dilepaskan.

Langkah 4 – Sertakan dengan emosi yang sesuai.  Semasa menggambar dan memvisualkan keadaan itu, kita perlu juga mengalirkan emosi yang sesuai dengan kejayaan itu.  Rasakan sebenar-benarnya tentang perasaan kita apabila berada di sana.  Rasa keseronokan, rasa kesyukuran, rasa tanggungjawab untuk melaksanakan tugas.  Emosi yang berjaya dilahirkan akan membuatkan kita menjadi lebih yakin dengan visualisasi yang dilakukan.

Langkah 5 – Tindakan proaktif dalam diri.  Bukan dengan hanya bervisual itu kita akan mendapat apa yang kita impikan semudah mengetik dua jari.  Tindakan proaktif seperti berusaha bersungguh-sungguh, menonjolkan diri sebagai usahawan hebat, rajin dan bersemangat dalam melaksanakan tugas, dan sebagainya yang perlu dilakukan oleh seorang usahawan.  Langkah inilah sebenarnya yang membezakan visualisasi kita  dengan visualisasi angan-angan.

Dengan melakukan visualisasi secara berterusan, ditambah dengan langkah 5 yang dilaku secara bersungguh-sungguh, pasti ada mata yang memandang dan menilai kita.  Hukum alam dan hukum sains kuasa minda akan menarik perhatian orang sekeliling akan memilih kita sebagai usahawan yang berjaya.

Pada ketika ini, apa yang berlaku adalah kuasa minda kita sedang menarik kembali getaran impian tadi datang mendekati kita semula.  Dengan langkah yang betul dan usaha yang bersungguh-sungguh, apa sahaja yang kita impikan pasti akan tercapai.

 

Posted by: | Posted on: August 8, 2014

POWER OF GIVING

Ramai orang berbisnes tapi berapa lama ia mampu bertahan lama sehingga boleh diwarisi malah membentuk dinasti dalam perniagaan mereka. Jika dikaji semua bisnes yang berkembang mesti ada konsep memberi. Memberi bermaksud bukan duit semata-mata. Ia meliputi segala macam bentuk seperti ilmu, idea, motivasi, nasihat,  tenaga dan lain-lain lagi.

Semua ahli bisnes yang berjaya mengamalkan konsep ini sehinggalah mereka menubuhkan Yayasan sendiri untuk memberi samada kewangan mau pun apa-apa khidmat kebajikan. Jika dikaji, semua usahawan sehinggalah billionaire dunia sekali pun menubuhkan Yayasan mereka sendiri seperti Billgates, Donald Trump, Roberk Kiyosaki, usahawan tempatan seperti Syed Bukhari, Faiza, Dr Azizan Osman malah semua usahawan-usahawan lain yang untuk kekal dalam bisnes mereka.

Kenapa perlu memberi?

Bukankah memberi akan mengurangkan harta? Jika orang tiada ilmu mungkin berfikiran begitu. Tapi orang yg berilmu dia akan cari jalan untuk memberi.

Kenapa?
Kerana bila dia nemberi dia akan mendapat pulangan balik. Pulangan balik itu akan menjadi berganda mengikut keikhlasan semasa ia memberi.
Ini adalah kerana Allah akan menggantikan balik harta itu malah Allah boleh menggantikan berganda-ganda lagi. Bagi Allah ia yang menjadikan rezeki. Memberi rezeki tidak akan mengurangkan apa-apa kuasanya. Dunia hanya ibarat sebelah sayap nyamuk sahaja.

Hukum memberi yang ikhlas  Allah telah tetapkan tersingkap dalam Surah Alfatihah ayat 2. Setiap hari kita membaca dalam solat 5 waktu. Kita bersembahyang tapi kita tidak faham apa yang kita ucapkan. Tafsiran dari ayat itu, sifat Allah Aar Rahman dan Ar Rahim. Sifat Ar Rahman terkandung diatas dunia ini tak kira muslim atau kafir, siapa berushaha memberi akan mendapat pulangan balik. Manakala sifat Ar Rahim Allah khas untuk nikmat  orang-orang yang beriman sahaja diakhirat kelak.

Di atas dunia ini siapa yang berusaha kena dengan jalan ilmunya akan mendapat rezeki Allah. Siapa yang memberi akan mendapat pulangan balik. Oleh itu untuk berjaya perlu banyak memberi. Banyak memberi, bersedekah, infak, wakaf, memderma, memberi makan adalah faktor-faktor yang menjadi bisnes itu berkembang dan mendapat rezeki yang luas dan berterusan.

Orang bakhil, tahi hidung masin, menipu, tidak membayar hutang, culas berzakat lambat laun bisnesnya akan berkubur jua.

Posted by: | Posted on: June 13, 2014

MANUSIA TAHU TAPI SEBENARNYA TIDAK TAHU?

pokok membebaskan oksigen untuk nyaman manusia bernafas, tapi manusia mengejar wang dengan menebang pokok dengan rakus hingga alam menjadi panas

pokok membebaskan oksigen untuk kenyamanan manusia bernafas, tapi manusia rakus mengejar wang dengan menebang pokok sehingga dunia menjadi panas

Banyak perkara yang manusia tahu tapi tidak tahu rahsia di sebaliknya.

1. Mendidik manusia menjadi baik ialah dengan usaha menyakitkan nafsunya.

2. Jika seorang muslim mati bersama sakit zahirnya, maka itu adalah penghapusan dosanya atau dia mendapat darjat di dalam Syurga. Sebaliknya kalau dia mati bersama penyakit batinnya, dia akan ke Neraka.

3. Manusia yang berpenyakit lahir (fizikalnya), sakitnya boleh merosakkan anggotanya sahaja tetapi manusia yang berpenyakit batin boleh merosakkan semua yang ada di dunia. Banyak perkara yang akan dirosakkannya.

4. Sesuatu perkara yang kita suka, sangat sukar untuk kita tadbir dan mengurusnya. Biasanya selalu sahaja kita melakukan kesalahan di dalam mengurusnya.

5. Banyak orang boleh memperkatakan penyakit batin tetapi gagal mengesannya. Lantaran itulah ada orang waktu menceritakan penyakit sombong, pada masa yang sama dia sedang memakai sifat itu.

6. Mendidik manusia secara tidak formal dari sikap diri kita lebih berkesan daripada sekadar memberi ilmu dan teorinya.

7. Ramai manusia dirosakkan oleh makhluk yang paling bodoh, yang tiada akal dan tidak bersekolah iaitu duit dan harta. Bahkan orang yang paling pandai seperti profesor pun dirosakkannya.

8. Bangsa yang mempunyai sifat taqwa dan ilmu akan menguasai manusia lain. Secara nyata banyak bangsa tidak memilih jalan ini. Maka mereka menguasai bangsa lain dengan kekuatan fizikal, maka dengan jalan ini kerosakan alam dan jiwa tidak berdoasa terlalu banyak.

9. Orang yang memiliki dunia selalunya jiwanya tidak tenang. Orang yang memiliki Allah, jiwanya tenang. Justeru itu orang yang memiliki dunia ada yang membunuh orang lain, kadang-kadang membunuh diri sendiri. Ini tidak berlaku kepada orang yang memiliki Allah.

10. Orang yang membunuh dirinya sendiri lebih besar dosanya daripada orang yang membunuh orang lain.

11. Kehidupan manusia di dunia ini sebenarnya mudah diselesaikan jika tahu rahsianya. Iaitu dengan iman dan taqwa. Nanti akan berlakulah, pemimpin menaungi dan menegakkan keadilan, orang kaya akan pemurah, orang miskin sabar, orang berilmu memberi ilmu, ulama-ulama memberi nasihat dan mendidik dan pemuda-pemudi memberi tenaga. Semua manusia bermaruah dan bersifat malu. Setiap orang akan mengutamakan orang lain.

13. Telah menjadi tabiat semula jadi manusia setiap orang sukakan keamanan, kasih sayang, simpati, dibantu, dihormati,dan tidak diganggu. Namun adakalanya manusia itu lupa, bahkan lumrah berlaku perkara yang dia tidak suka itu disebabkan oleh dirinya sama ada secara langsung mahupun tidak.

Sebagai contoh, apabila seseorang itu zalim, orang lain akan berdendam dan membuat kacau hingga hilang keamanan. Bila tiada keamanan, penzalim juga turut susah dan terancam.

Bila orang kaya bakhil, banyak orang dengki dan sakit hati. Risikonya dia juga ikut sama menanggung.

Bila seseorang itu sombong, orang benci. Jika berlaku sesuatu keadaan yang menyusahkannya, orang tidak akan ambil peduli dan orang tidak bersimpati.

Jadi, sikap kita itulah adakalanya mengundang bala atau kesusahan.

Posted by: | Posted on: March 17, 2014

BENARKAN MINDA KITA SUPAYA KITA BERJAYA

Salam kasih sayang & kejayaan dari ZAI Permai

Kadang-kadang berlaku konflik dalam jiwa kita dalam kita hendak meneruskan sesuatu bisnes yang kita ciptakan. Berlaku konflik adakah kita boleh berjaya atau gagal dalam bisnes itu?   Ini disebabkan minda kita berada diantara dua persimpangan antara berjaya atau gagal. Maka berlakulah konflik dalam jiwa yang mewujudkan keadaan tidak stabil dalam minda kita.

Bagaimana hendak kita mengatasi konflik jiwa supaya ianya tidak mengganggu emosi kita? Emosi adalah faktor penting penentu kejayaan dalam berbisnes. Emosi yang bercelaru ini juga menjadikan bisnes kita bercelaru.

Untuk itu, BENARKAN kejayaan dalam minda kita. Dalam MEMBENARKAN kejayaan dalam minda maksudnya kita merasakan SEBENAR-BENARNYA kejayaan, sepenuh hati dan tiada ragu-ragu lagi tentang kejayaan yang kita fikirkan itu. Ini bererti kita kita telah berjaya memprogram kejayaan untuk minda kita bertindak.  Minda akan faham dan percaya bahawa apa yang kita BENARKAN  itu adalah yang betul. Hanya kita saja perlu melaksanakan tindakan sebagai jalan untuk merealisasikannya.

Inilah satu teknik (BENARKAN MINDA) untuk memecah tembok penghalang (BREAKTHROUGH) dalam minda. Jika kita sudah berjaya memecahkan tembok penghalang itu, bererti kita telah berjaya masuk  dan berada di dalam zon kejayaan minda kita.  Segala maklumat dan data-data kejayaan telah pun kita simpan dalam minda itu.

Di alam fizikal kita hanya perlu merealisasikannya seperti apa yang kita designkan dalam minda tadi dengan melakukan kuasa tindakan secara fizikal. Kita hanya perlu memilih  jalan yang betul untuk kita sampai kepada kejayaan yang telah diprogramkan itu. Mohon doa kepada Allah supaya menemukan orang yang boleh menunjuk jalan (MENTOR) supaya kita akan sampai kepada kejayaan itu.

Ini adalah kerana jalan yang benar itu biasanya ada onak dan berbagai penghalang untuk kita sampai. Akan ada bisikan-bisikan supaya kita tidak meneruskannya. Dalam keadaan itu, kita perlukan energy yang kuat supaya semangat tidak luntur. Momentum baru perlu dijana untuk menggerakkan tindakan kita.

Kita tidak akan sampai jika momentum itu menjadi lemah. Biasanya kita akan bersemangat di garisan permulaan kerana momentum ketika itu tinggi. Itu adalah lumrah tetapi momentum itu akan semakin berkurang dipertengahan dan akan habis  ketika hendak sampai di titik penamat. Jika kita tidak menjana kembali momentum itu, maka  kita tidak akan memiliki kejayaan yang kita berimpian itu.

BENARKAN dalam minda bahawa kita telah berjaya, maka minda akan membentuk diri kita seperti sebuah magnet kejayaan yang akan menarik masuk kejayaan kepada kita. Maka kita akan menjadi orang yang sangat hebat dan berjaya. Segala macam kehebatan itu akan berlaku dengan kehendakNya dengan syarat diniatkan untuk tujuan kebaikkan.

Inilah kehebatan minda (subconcius mind) yang ALLAH ciptakan. Ianya dapat dirungkaikan dengan mempelajari ilmu Metafizik yang berkaitan dengan ilmu gelombang. Ilmu untuk mencipta AURA diri untuk menjadi insan yang hebat seperti ulama-ulama Islam yang membina tamadun Islam dahulu. 90% kekuatan diri adalah melalui ilmu ini dengan memasukkan roh Islam, maka terpancarlah kehebatan melalui nusrah  Allah.

Concius (akal biasa) Subconcius (minda bawah sedar)

Concius -10% (akal biasa)
Subconcius  90% (minda bawah sedar)

Lihat tindakan luar biasa oleh  Sultan Muhammad Al Fateh juga mengguna subconcius mind. Semasa melancar perang melalui laut, didapati sekeliling Kota Konstantinopel di pagari dengan rantai dalam laut. Kapal perang dapat tidak melalui kerana akan tersangkut pada rantai tersebut. Pada masa itu timbul konflik antara berjaya atau gagal. Masa inilah subconcius mind diaktifkan iaitu membenarkan ia berjaya ditanam dalam minda dengan cara memecah tembok kegagalan (breakthrough). 90% kejayaan ditanam dalam minda subconcius. Tinggal lagi 10% iaitu merealisasikan melalui concius minda iaitu tindakan secara fizikal bagaimana melaksanakan breakthrough itu secara logik akal.

Sembahyang munajat dilakukan bersama tenteranya maka Allah memberi nusrah dengan mendatangkan idea iaitu satu tindakan luar biasa mesti dilakukan untuk berjaya. Apakah tindakan luas biasa itu? Beliau melakukan tindakan luar biasa dengan membuat breakthrough, menggerakkan beribu kapal dari laut bersama tenteranya naik ke atas ke bukit hanya dalam tempoh masa satu malam sahaja. Serangan dilancarkan dari atas bukit tersebut sehingga merobekkan benteng pertahanan Kota Konstantinopel akhirnya menawan kota tersebut. Beliau berjaya kerana kejayaan itu telah diprogramkan dan beliau MEMBENARKAN mindanya. Tiada konflik antara berjaya dengan gagal. Beliau yakin berjaya kerana ada sabdaan Rasullullah s.a.w.  Allah izinkan kejayaan itu kerana niatnya betul iaitu  untuk menaikkan Islam yang mengangkat kehebatan  Allah dan bukan kehebatan beliau.

Minda inilah yang selalu digunakan oleh para-para Rasul, Nabi-Nabi, Wali-Wali Allah, ahli-ahli Sufi dan pengamal-pengamal Thoriqat yang berlaku dengan adanya nusrah dari Allah.

Tidak akan bergerak satu objek walau sekecil zarah (atom) sekali pun di dunia ini melainkan   dengan izin Allah.